Nuffnang Latest

Monday, December 7, 2009

Phuket - Buddha, Beach & Buy


Bangun pagi tu, kitorang terus siap-siap nak kuar breakfast. Turun bawah, tanya reception. Ya Allahhhhh macam itik cakap dengan ayam! English diorang sangat la teruk. Better lagi orang kat Samui! Kitorang tanya kat mana makanan halal, ok, dia faham. Tapi dia nak cerita kat mana tempat tu, siap terbenti-benti 7 seconds! Siap kena lukis peta…padahal, tempat tu macam dekat je ngan hotel tu tau, namanya Sharifah (dia sebut Saripat camtu).

So kitorang terjah je la sendri. Keluar kot pintu tepi hotel, lalu lorong blakang yang macam bangunan tak siap, patu tetiba tembus pasar pagi. Oooo…dekat ngan area Robinson gak la, kira belakang hotel ni. Pasar ni siang pasar basah. Malam jadi tempat makan. Kitorang pun masuk la…ada la akak Thai ni pakai tudung, tengah basuh pinggan. Tanya “Halal? Halal?” terus dia tunjuk dalam tu (ye, dia cakap Thai ngan I…duhhh). Redah pasar basah yg ada anjing lepak, pork sana sini, tembus jalan lain, rupanya across the road jeeee…

Masuk restoran tu terus tengok apa ada dalam periuk. Mostly masakan melayu. Ha cun la! Amik bihun goreng (manis gile) dengan telur. Semua harga makanan yang tertera kat board, start dengan THB60. Hmmm…sebelum dia markup harga makanan kitorang, before makan, kitorang tanya dulu siap-siap. Sume dalam THB60-80 camtu…kira ok la kot RM6-8.

Lepas makan kitorang decided nak cari tiket for boat transfer esok ke Phi Phi. Naik keta, tuju ke arah selatan kiri of Phuket. Dah sampai tah ke mana-mana ujungnyer, tak popular pun pier tu! Kitorang dah agak, ni bukan tempat biasa orang amik boat transfer ni…dah macam tempat simpan boat je. So kitorang patah balik naik ke atas, and ke arah selatan kiri of Phuket plak. Na and hubby macam penah terbaca dalam blog, ada orang pegi ke Chalong Bay Pier. So kitorang cari jalan ke Chalong.

On the way, dah nampak dari jauh, Big Budda. Warna putih. Tapi Na kata warna emas. Hahaha. Dalam dok tengok Big Buddha tu, kitorang akhirnya sampai jugak kat Chalong Bay Pier tu. Haaa sini la tempatnya! Ada 3 agents kat situ. Ada yang mahal sebab diorang sewa kedai. Yang duk tepi-tepi tu murah skit. So kitorang tanya la makcik ni. Huih terer speaking you! Seb baik, maka memudahkan communication kitorang.

Package yang dia bagi kat kitorang memang berbaloi. Boat transfer from Phuket to Phi Phi to Krabi, with lunch, snorkeling and sight seeing. Patu open ticket plak tu! Ha memang cun sangat la kan. Tapi since kitorang nyer itinerary sume dah teratur, tak risau pape la. Lepas bayar THB950=RM95 setiap sorang, kitorang gerak ke Big Buddha.

On the way nak ke Big Buddha ni tetiba baru la nampak segala signboard ke arah Big Buddha tersebut. Tadi takde langsung pun! Dalam nak cari Big Buddha tu, tetiba Big Buddha tu semakin jauh. “Eh…pesal signboard ni bertentang arah…Big Buddha tu dah kat blakang kita ni ha!” Cawan benti kat satu kedai tiles ni and Na tanya kat orang dalam tu. Haram sepatah tak paham. Last-last kitorang patah balik. On the way nak patah balik tu bleh plak ternampak Wat Chalong!

Haaa…terus menyimpang masuk ke Wat Chalong niiiii. Besar Wat nyer. Cantik tu biasa la, kuil Siam kan. Penuh warna-warni la. Lepas parking, kitorang jalan. Ada sorang disabled ni naik basikal roda tiga, dia benti depan kuil and start nyanyi. Kuat sore dia. Sedap gak la. Patu tetiba “bom bom bom pang pang tiung pung bom pang!” bunyi orang bakar mercun raya cina tu! Terkejut kitorang! Bakar hajat la tu kot.

Ada banyak kuil, ada yang tengah refurbish pun. Patu ada satu tu tempat monk dia yang dah mati. Kitorang tak masuk. Even kuil yang besar skali tu pun tak masuk, malas. Kitorang lebih tergedik-gedik nak ke arah gerai-gerai souvenirs kat tepi Wat tu. Hahaha! Pe lagi, dapat la magnet berbagai rupa, paling cun, bentuk tuk-tuk warna-warni…and macam biasa, beli kat orang ‘janji mati’ magnet la, Skin.

Dah agak letih kepanasan, kitorang gerak cari Big Buddha balik. This time, confirmed betul! Sebab dah nampak signboard masuk. Naik punya naik, ya Allahhhhh naik bukit ok! Tinggi! Keta tu dah sampai kena guna gear 1! Risau je rosak! Hahaha! Sempat tu jumpa gajah tepi jalan…seb baik sampai jugak ke atas. Skali tengok, laaaaaaaaaa under construction la plakkkkk. Yang besar tu kaler putih, yang kecik kaler gold. Dapat tengok dari blakang dia je, sebab if nak masuk, kena bayar. Tak kuasa la kitorang nak bayar untuk agama lain! Sekian, mari kita gi tempat lain.

On the way back to Phuket Town, kitorang sempat singgah kat beberapa view points. Ada yang tepi-tepi jalan je. And ada yang elok, betul, tempatnyer. So kitorang benti kat Promthep View Point, dimana tempat ni, baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak gajah! Serius, BANYAK gile! Beribu-ribu kot! Tapiiii…sume keras la. Haha! Tah sape nak sedekah, letak patung gajah kat sini kot. Tapi view point nyer saaaaaaaaaangat cantik! Skit lagi nak jadi cam Byron Bay kot…hahaha! Masa amik gambar kat sini, ada la sekor anjing ni sedap melayan perasaan tengok ke arah laut. Sampai sume amik gambar dia pun dia tak sedar. Masa kitorang nak guna timer untuk amik gambar berempat, tetiba plak dia nak datang ke arah camera I! Maka dalam gambar nampak la mulut aku dok syoh-syoh kan anjing tuuuuuu…cis!

Patu kitorang ada la benti jap kat Karon View Point, dimana tempat ni bleh tengok 3 beaches kat Phuket. Cantik gak. Tapi tak benti lama sebab Na and Chawan dah tengok dah semalam. Kat situ gak ada eagle cantik, untuk korang bergambar. Tapi kena bayar la ye. Oh ye, masa kat view point tadi, I gi toilet. Tak sabar nak terkencing, terpaksa tukar seluar lain! Hahahaha! Dah kena pakai seluar Hawaii!

Petang tu kitorang ke Patong Beach lagi. Nak tengok camne keadaan diwaktu siang plak. Memang dasyat la pembangunan kat sana setelah tsunami melanda. Cepat tul diorang buat balik sume hotel-hotel and kedai-kedai tu. Kitorang sempat benti tepi pantai kejap amik gambar. 'Paus putih' memang bertebaran terlentang kat atas pasir-pasir tu. Memang teruja dengan payung-payung beach berderet disusun cantik je sepanjang pantai. Patu ada la free show 'muay thai' dari atas lori bergerak, mengajak sume orang tengok di malam hari.

Dah agak petang, kitorang rasa nak shopping plak. Na cakap ada Premium Outlet and I’m gonna go crazy with the items! Rupanyaaaaaaaaaaa memang gile punnnnnnnnn! Dah la besar! Memang kalau kat America, satu hari tak abis kata hubby. Ada Warner Bros, Roxy, Quiksilver, Ripcurl, Levis, Polo, macam-macam lagi. Tapi memang dah nasibku, terus menuju ke arah surf shop je la kan, nak cari seluarrrrrrrrr! Masuk Roxy, murah siut! Sume seluar baju aku cuba, tapiiiiii takde size la plakkkkkk! Pegi Quiksilver, pun takde. Alih-alih hubby angkut 2 helai baju! Cis! Patu gi Ripcurl, mahal la plak, Patah balik Roxy, tak puas hati lagi! Tengok jam, alamak, Na kata kena hantar keta awal! Terus lari gi Ripcurl, sambar gak satu boardshort ni! Lega…walaupun mahal skit, I tetap dapat seluar mandi! Peace! (Tapi cinta beralih arah la dari Roxy ke Ripcurl…)

On the way nak gi keta, sempat hubby sambar 1 baju Superman! Cis! I gak tak dapat pape kat Warner Bros tu!!! Na ngan Chawan siap berbakul-bakul dah baju diorang sambar! Tak adillllll!

Then kitorang naik keta, gerak ke hotel balik untuk antar kereta. Bye-bye aquarium-flinstone. Patutnyer antar esok, tapi takut tak sempat nak kejar boat lagi. Kitorang naik atas mandi, siap, keluar plak cari makan. Teringat pasar pagi tadi, kitorang pun pegi cari gerai halal kat situ. Rupanyaaaaa, sume halal kat situuuuu! Ha pe lagi, nasik goreng la kitorang sume. Murah skit la, tepi jalan kan…dalam THB40-50=RM4-5. Lepas makan, kitorang jalan-jalan kat sekitar pasar tu. Ada Expo katanya, yang kita bleh beli souvenirs and barang-barang Thailand. Tapi, serius, sume barang ciplak abis! Ed Hardy bersepah sana sini. Eiii tak brani nak pakai pun. Hahaha!

Dah tak beli apa, kitorang masuk Robinson cari toilet. Pastu jalan kaki balik ke hotel. Balik terus tido…siap untuk esok! Ke Phi Phi kitaaaaaaaaaa. 

<<Saksikan gambar Phuket - Buddha, Beach & Buy kat sini!>>


1 holler:

azura samsuddin said...

zura suka sgt g jalan2 ni, Phuket ni mmg antara yg diidamkan nak pegi.. hopefully 1 hari nanti dpt g jugak hahaha

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog