Nuffnang Latest

Wednesday, December 23, 2009

Krabi - 4 Islands Tour



Since semalam tak book any tour package untuk 4 islands tour, pagi ni kitorang agak bergegas! Cari breakfast, jumpak kedai Siam yang pandai cakap Kelantan. Ha, boleh la. Makan bubur nasik. Patu balik hotel, tukar baju mandi siap-siap, naik motor, terus ke Aonang beach untuk sambar je mana-mana package yang offer. Semalam masa check, bleh dapat THB350=RM35 sorang with lunch. Arini, sama harga, tapi without lunch. Sebabnyer diorang dah masak awal-awal and tak kira last minute order.

Pikir-pikir, takpe la, bukannye nak makan sangat pun. If lapar, beli la nanti. Lepas bayar, park motor, kitorang berlari ke arah tempat kumpul sume orang yang nak naik boat. Minah kaunter tu pun lari. Lari tak pakai kasut plak tu! Sampai kat situ, sume berkumpul. Tengok-tengok, ramai orang local. Lerrr…tak bestnyer.

Naik tongkang biru. Boatman tu susun sebaris 5 orang, so that balance la boat tu nanti. Ada yang tak ckup, siap bleh duk atas bumbung boat. Kitorang dapat seat tengah, alaaaaaaa susah nak amik gambar. Takpe, cari idea. I mintak tukar ngan orang local tu. Hehe…dapat. Yang lawaknyer, boatman ni tak caya yang hubby tu bukan local. Dua tiga kali gak la dia tanya U sure?” bleh? Hahaha!

First stop, Tup Island. Before boat benti, kitorang dah jerit-jerit akan kecantikan cuaca dan air kat situ. MasyaAllah, cun gile ok! Jernih! Dengan langit yg biru, awan bergaris, memang sesuai sungguh bergambar. Kat sini dibenarkan snorkeling. Diorang kasi siap-siap, if hilang, kena bayar THB1000=RM100. Gile! So I ikat kat pinggang takut hilang. Hehe.

Tup Island ni keistimewaan nyer kat laut yang cetek. Bila air surut, bleh jalan pegi island depannyer. Kitorang tak brani nak redah, sebab takut kang tak sempat, air dah pasang, ha tak leh patah balik. So kitorang amik gambar dekat nak tengah je, then patah balik. Patu dok main air depan long tail boat je. Dah macam-macam aksi kat situ kitorang buat. Orang lain tengok cam bebudak ni tak penah tengok laut! Hahaha!

Lepas Tup Island, kitorang naik balik boat ke Chicken Island. Masa ni senyap-senyap hubby panjat bumbung boat, untuk dapatkan gambar yang lebih jelas. Ha takpe, cover, cover. Dari tepi memang nampak macam chicken, tapi lebih kepada turkey la. Tapi turkey gonjeng. Hahaha! Patu bila dah betul-betul depan kepala ayam tu, dah tak sama dah. Sah-sah macam batu je kan.

Kat sini, kitorang snorkeling. Memang best. I terjun terus dari boat, betul-betul atas ikan-ikan sarjan major yang tengah makan roti. Boatman tu memang sengaja baling roti sebab nak ikan datang banyak. Kitorang bleh snorkeling sampai tepi batu-batu tu, tapi takut terhempas je. So kitorang snorkeling dekat-dekat. I tried to dive tapi tetiba cam rasa gerun plak. Haha! Tengah sedap dok amik gambar, ada la ikan-ikan ni gigit. Cis!

Lepas puas mandi-manda, kitorang naik balik boat. This time, I plak join hubby naik atas bumbung. Mat saleh ngan minah saleh je ada atas ni. Ni ngan Cawan still kat bawah, tak leh panjat. Hehe. Kat atas ni kitorang sun bathing la macam diorang. Hamik ko, itam legam kitorang dibuatnyer. Masa amik gambar sendri, ada minah saleh ni offer nak tolong amikkan. Haha! Dia tatau kita ni memang terer amik gambar sendri!

On the way ke island satu lagi, nampak beberapa rock climbers tengah sedap panjat batu. Terer tuh! Nak tiru? Nantiiiii…hehehe! Sampai ke destination seterusnya, Poda Island. Tempat ni la yang I nak pegi sangat-sangat. Sebab banyak gambar krabi, mesti ada batu seketul kat dalam air tu. So I pun taknak la lepaskan peluang. Kat sini jugak, benti untuk lunch. Diorang kasi lunch pack, but since kitorang tak beli, agak mahal la dia charge. Na and Cawan je makan, hubby and I tak. Ais krim pun mahal tau!

So kitorang bergambar la dalam air, atas pasir, macam-macam gaya lah. Rupanya batu tu bukan batu yang I suka! Batu seketul yang I suka tu kat James Bond Island rupanyaaaa! Haihhhh! Takpe la, teruskan bergambar. Kat sini jugak ada monyet. So jaga-jaga la barang anda, takut dia curi buat reta. Hehe. Dah settle, kitorang naik boat balik. Still, kitorang panjat duk atas bumbung. Memang masa ni dah hitam gile la kitorang. Sun block SPF 100 pun tak guna dah. Tak jalan gak.

Next stop and final stop is Pranang Beach. Kat sini paling menarik dan ramai orang la. Lepas boat parking, kitorang terus tuju “kedai makan”. Kedai makan tu dalam long tail boat. Ada orang goreng and sediakan semua nyer atas boat. Tapi kita tak makan atas boat tu la, mau runtuh nanti. Since I ngan hubby lapar, kitorang order pad thai. Sedapppppp! Na beli roti pisang. Kitorang makan macam Somalia. Haha!

Lepas makan, tangkap gambar lagiiii. Ramai gile orang kat sini dok bersantai. Katanya, kat sini, hotel nyer mahal nak mampos yang tak tercapai dek akalmu. Hahaha! Satu malam THB75,000=RM7500 tuh paling murah! Gile pe! Tempat ni jugak dipanggil Railey. Ha, sape sebut Railey beach ni memang kenal la dengan tahap mahalnyer. Nak pegi ke sini HANYALAH dengan boat saje. Tak leh guna cara lain.

Kat hujung beach tu ada gua. Namanya Pranang Cave. Memang cun! Bleh rock climbing, hehe. Kitorang jalan dalam 200meter, sampai la kat hujung tu. Dalam cave, kitorang try amik gambar style travel and living. Wah, dah riki siap-siap, shot apa yang menarik! Tengok dalam cave tu, ada…ada…PENIS??? YA ALLAHHHHH! Banyak gile ok replica penis! Ada besar, ada kecik, ada kaler, ada plain! Ape nih??? Rupanya, ada dewi laut kat situ yang kuat main ngan nelayan. Nelayan tu plak bleh mintak penis dia jadi hebat dan besar la. Patu nelayan dah tak larat, diorang kasi penis tu kat dewi tu, suh main sendri. Bleh??? Hahaha! Patut la batu-batu kat sana, sume bentuknyer cam penis!

Keluar dari gua, kitorang menyusuri laut kat tepi gua tu. Tak la dalam. Cantik plak tu. Rupanya leh tembus ke gua satu lagi. Ada orang panjat, tapi kitorang malas, takut terlepas boat lak nanti. Lepas mandi-manda guna beg waterproof tu sebagai pelampung (ada ke patut), kitorang gerak jalan kaki balik ke boat. Bersedia untuk pulanggggg. On the way, ada 2 lagi Railey beach, yang jugak, mahal nak mampos.

Sampai Aonang, kitorang balik. Mandi, salin baju, malam keluar balik untuk dinner. Kat sini agak mencabar sebab Na nak makan sotong goreng tepung yang banyak dan murah. Adik dia kata, kat town Krabi. Krabi town dengan Aonang, agak jauh. Kitorang naik motor pun dari petang sampai malam. Haha! Dah la lalu jalan gelap! Takut je tetiba ada gajah ke hape kan.

Sampai town, kitorang macam, “Huh, ni je ke? Macam pasar malam je!” Rupanya tempat tu hanya bukak on Friday je. Ceh…tak dapat makan sotong goreng tepung yang banyak serta murah itu! So kitorang pun makan la kat satu gerai Islam ni. Sambil makan, kitorang tanya-tanya, apa tempat menarik. Nak beli souvenir. Dia kata, ada expo kat town. Pegi la. Before that, beli satu makanan special, macam roti dalam ada sausage, tapi pegangnye macam ais krim. Sedap!

Patu, kitorang pun pegi la expo yang dikatakan tu. Cahaya lampu dah nampak, tapi tatau masuk kot mana. Sedap je tetiba “Patah balikkkkk! Patahhh balikkkk” “Kong! Kong! Kong!” Ada anjing kejar motor Na ngan Cawan! Diorang depan kitorang! Ya Allahhhhhhh! Kelakar ok! Na dah siap angkat kaki tinggi-tinggi dah! Terer tul! Maklum la, dah biasa naik motor! Hahahaha!

Kitorang turun bawah, ada jalan masuk. Park, jalan kaki, masuk expo. “Expo ape ni???” Ya Allahhhhhh…takde tourist pun gi situ ok! Expo tu macam expo MAHA tu, untuk orang local beli tilam, bunga! Astaga…expo camni, kat KL pun aku tak gi! Kitorang pun selamba je la jalan buat cam orang local. First time jugak la nampak bugs goreng. Belalang, ulat, lipas, sume lah! Nak je try, tapi hubby geli. Haha!

Dah bosan, kitorang blah. Ada la tetiba dengar cam dikir barat. Rupanya ada persembahan. Macam sure heboh tu la, tapi sume cam lagu kebangsaan je macam 1Siam. Haha! On the way balik, gile sejuk naik motor. Gelap plak tu. Laju gak la kitorang sampai ke hotel. Sampai hotel, lepak sat, baru masuk tido. Hmm…sok nak balik dah…





2 holler:

anisizatyA.J said...

BEST GILAAAAA! belikan souvenir eh hehe ;)

biqque said...

dah balik baru mau cakap ke cik anis ku sayangggg hahahaha!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog