Cuaca pagi ni agak mendung. Hai…kitorang ni memang takde luck la dengan pulau-pulau kat Siam ni!
Lepas check out, tak sampai 10 minit, minibus (van pelancong) Phi Phi Cruiser datang amik kitorang untuk dihantar ke pier. Boat yang disediakan memang besar. Dah nama pun cruise kan, 4 tingkat semuanya. Kitorang lepak kat covered area, dimana kerusi duduknyer sebijik macam recaro. Wah! Memang selesa. TV plak tayang cite Mr.Bean. Sesuai untuk mengisi masa lapang selama hampir sejam lebih perjalanan, walaupun dah ditayang berulang kali. Hehe.
For breakfast, diorang sediakan tart jem nenas yang sangat la sedap sedangkan raya dah pun abis. Hot coffee and tea pun ada. Lepas makan, kitorang keluar ke blakang boat. Boat dah gerak dari pier and on the way nak keluar tu, banyak boat nelayan baru balik. Memang tongkang abis bentuknyer. Siap lambai-lambai lagi macam PATI. Since kat tepi boat tu leh lepak/lalu, kitorang pun duduk kat situ. Dapat la amik gambar gila-gile skit dekat pelampung penyelamat tu. Haha! Pulau-pulau kat sekitar pun tak brapa clear sebab cuaca still mendung.
Dah agak setengah jam, kitorang berjalan ke depan boat. Lepak betul-betul depan driver. Tetiba sume orang lari bertempiaran sebab air laut terpercik masuk ke dalam boat. Hahaha! Seb baik tak kena. Dalam dok gelak kat orang depan tu, sekali kitorang pun kena! Hahaha! Amik ko. Terus kitorang ke tepi boat balik.
Patu naik atas skali, roof top. Ada ramai orang lepak, again macam pendatang haram. Hahaha. Kitorang amik gambar skit-skit and turun balik. Terus lepak kat covered area, tengok tv, sampaiiiiii la tertidur kejap. Bila nampak boat dah menghampiri pulau-pulau batu yang bersaiz kecil, baru la kitorang bangun amik gambar. Ada la hujan kejap. Tapi kitorang dah tekad, hujan tak hujan, snorkeling tetap akan diteruskan!
Sampai kat Phi Phi Pier, kitorang turun sebab semua orang turun. Tarik beg, terus ke information center. Kitorang tanya orang situ, kat mana nak snorkeling sebab tiket kitorang dah included sume tu. Diorang cakap atas boat tu la. Ya Allahhhhhh! Terus kitorang lari seret beg, pegi balik ke boat besar tadi! Pegi sana, kitorang tanya balik boatman tu, dia kata ha betul, naik, naik! Fuh! Nasib baik! Bodoh ke hape diorang ni tak bagitau/announce dalam boat tadi. Penat je seret beg kat pier tu, jauh tau!
Dalam boat, I salin wetsuit terus. Mana tau, kang nak terjun tiruk terus, senang. Hehe. Then kitorang amik gambar sekitar pulau. Boat tu tak benti sebab ni boat besar. Nak benti and masuk celah-celah islands tu kena naik long tail boat. So, if korang nak explore lebih, better amik long tail boat nanti kat sekitar pantai Phi Phi ye, sebab tour package nyer amat lah menarik!
Ok, masa naik boat besar ni, kitorang ingat memang terus gerak ngan boat besar ni la kan. Rupanya, diorang tukar kepada boat yang separa besar, aka macam tongkang nelayan dua tingkat tu la. Kitorang risau gak beg tinggal kat boat besar tu. Tapi diorang kata takpe, nanti amik balik sebab yang pegi tu sume orang yang memang dah bayar package untuk snorkeling. So semua orang akan pegi la. Memang la sume orang pegi, aku risaukan orang boat tu sendri yang kopak beg ke apa kannn! Tapi fikir-fikir balik, barang berharga sume kitorang bawak pun. Takde mende la dalam beg besar tu.
First kitorang lalu Monkey Beach, then benti kat Pi Leh Bay untuk snorkeling. Air sangatttttttt biru tapi tak berapa nak jernih sebab hari tak terang. Tapi pedulik hape! Kitorang terjun jugak dan snorkeled. Ikan cantik-cantikkkk. Walaupun tak nampak lion fish, puffer fish, box fish, takpe la…trigger and morish idol ada! Yang lain-lain tu takpe la, setakat sergeant major tu memang kat mana-mana pun ada kan. Ada la nemo sekor dua. Itupun setelah budak boat tu yang umpan dan tangkap untuk kitorang tengok. Hahaha! Tapi puas hati la, sebab banyak gile ikan!
Then kitorang naik boat balik and pusing lagi keliling. Host dalam boat tu sumpah kelakar. Dia cakap English la tapi dia suka buat lawak. “Don’t leave your belonging because your belonging belongs to u” KAHKAHKAH! Kitorang di beri free drinks jugak. Masa minum tu terdengar macam orang cakap melayu! Rupanya budak-budak laki 4 orang sebelah kitorang tu orang Singapore! Oooo…diorang paham la kitorang duk cakap dalam bahse melayu selama ke ni! Kahkah!
Ada la lalu Maya Bay, tempat famous cerita The Beach yang sume orang cakap tak best sebab dah ditambah pokok kelapa dalam blue screen. Kitorang tak singgah masuk sebab kena naik long tail or speed boat. Takpe, nanti kita cari!
Lepas islands sight seeing ni sume abis, kitorang turun dari boat dua tingkat tadi, naik balik boat 4 tingkat yang sebelum nyer. Tapi satu perkara yang best, toilet boat dorang sumpah bersih! Memang tip top! Siap ada orang bukak kan pintu, and lepas kita ‘selesai’ diorang akan tengok cuci ke tak before orang lain masuk. Bagus kan? Ok, naik boat, amik beg, turun ke pier yang kitorang terturun memula tadi. Hehe…
Masa ni dah basah-basah dah sebab terjun laut tadi kan. Memang orang keliling tak kisah pun. Kitorang terus ke arah Phi Phi Hotel for lunch. Again, lunch ni pun included dalam package tadi. Ha camne? Berbaloi tak? Berbaloi-baloiiii. Set lunch ni satu meja 8 orang. Kitorang 4 orang je. Makanan belambak! Sedap plak tu! Kitorang bantai makan tak hingat orang lain. Tetiba datang lagi 4 orang…opppps…ko makan je la apa yang ada eh. Hahaha! And don’t worry, makanan halal sebab 80% locals are muslims.
Lepas makan, kitorang jalan di persisir pantai and di kiri kanan kitorang penuh dengan kedai-kedai souvenirs, restaurants, tours and packages, scuba diving, boats, semua lah. Memang senang. Sambil lalu tu ada sorang mat saleh kedai scuba ni sempat hulur kat Cawan sekeping map. Ada nama Andaman Beach Resort disitu…dimana? DI HUJUNG MAP! Haaaa…resort kitorang hujung skaliiiiii! Paling murah di Phi Phi tapi paling mahal dalam trip Siam kitorang kali ni! Bayangkanlah!
Jalan punya jalan, tak sampai lagi. Dah ke kiri, kanan, masuk celah sana sini, tetap tak sampai lagi. Wah kena sewa basikal ni kalo nak bersiar-siar! Tetiba nampak sekor mawas berbaju Spongebob selamba dok bergaduh ngan sekor fake Chihuahua. Kahkahkah! Serius! Monyet tu pakai baju Spongebob siap squarepants! And that Chihuahua betul-betul fake! Ingatkan barang branded je Siam fakekan, anjing pun diorang ciplak! Kahkahkah!
Banyak bistro and restaurants kat part ujung-ujung ni. Yang mana, akhirnya, sampai la ke resort kitorang. Masuk-masuk je dah nampak swimming pool! Besarrrrr! Tergedik-gedik pegi check in and nampak ayat Quran kat pintu masuk. Oooo hotel muslim ni! Bagus! Tengok bilik, macam chalet batu. Basic gile. Jadi la. Letak beg, terus lari ke swimming pool (ok la, tak lari, jalan je…) Lepas terjun swimming pool, buat bising, sedangkan sume mat saleh kat keliling pool tu dok bersantai baca buku. Hahaha! So kitorang berubah air, gi mandi laut plak. Kat depan hotel tu je. Landai gile pantai dia, sampai kat tengah pun still cetek.
Pas mandi, kitorang ingat nak terjun pool balik, tapi sabar…sabar…kitorang salin baju, siap untuk dinner and cari package untuk esok. Masa jalan ni tak plak terasa jauh ke apa. Nak cari kedai muslim kat pasar, tapi jual buah-buahan je. Ces! Terus kitorang makan kat restaurant. Agak mahal la…kitorang kongsi je laki bini.
Patu jalan cari waterproof bag untuk besok nyer trip. Memang nak beli sejak dari Samui lagi, tapi sini lagi murah. Kedai auntie tu sorang je murah. THB350=RM35…daripada kat Samui THB600! Na sempat beli pancake coklat + pisang (ala roti pisang letak coklat la senang cite). Tapi sedap! On the way balik, kitorang dapat kowtim satu long tail boat for esok dengan mamat muslim sorang ni. Oh ya, sana, hampir sume mengaku "U muselim, I'm muselim...same-same" tapi tattoo penuh lengan! Camne tuh? So kitorang dapat dalam THB1000=RM100 for one boat, kitorang je. Cun!
Then kitorang balik. Lalu depan satu bistro ni, tepi pantai, ada orang main api. Lawa dia pusing-pusing, telan, sembur sume. Kitorang redah je masuk tak bayar minum pe sume, lepak amik gambar. Seb baik tak kena halau. Hehe! Patu, mamat tour kat area hotel kitorang tu masih dok mencuba nasib suh kitorang amik long tail boat dengan dia. Tapi mahal. Memang tak ar kan…balik bilik terus tido. Tak sabar nak tour island sok!
<
5 comments:
hahahah pakai baju spongebob? ahhahahahhahahaha
haahhhhhhh! kitorang gelak gile ok!
haha..lawak sungguh entry nih.. senang2 je ckp muslim sbb derang nak kowtim ngan kita la tu.. hehe
ye sangat tepat. kalo orang rusia lalu pun diorang ngaku diorang rusian kottt...hahaha!
ok i tak abis bace..sebab ingat je kat cruiser tu buatkan i mual2..heheehehhe..adeh..tension2!!!
Post a Comment