Nuffnang Latest

Friday, December 4, 2009

Phuket - Bapuk Recce


Petang tu after work, Siti, my officemate merangkap my neighbor tolong drive kan keta I balik. Hubby and I naik salin seluar (I bukak seluar) terus menuju ke Monorel. Sampai KL Sentral, kitorang naik AeroBus ke LCCT. Nasib baik tak jem. Sampai LCCT, makan dulu, then check-in. Tunggu punya tunggu, sekali delayed la pulakkkk! Abis sume flight ke Jakarta, Medan, Phuket delayed…tapi lagi teruk, Bandung cancelled terus! Read about Zaff’s experience here. Dah la tu, sambil menunggu, ada la akak Indon ni, duduk skit nyer depan nun...nak tepon je datang kat tepi kitorang. Dah la cakap satu Jakarta bleh dengar! Dah lepas satu, satu call dia buat! Tapi bila nak buat call tu, dia tetap akan berjalan ke tepi kitorang, and benti! Bleh tak? Rupanya dia buat free show kat mat-mat Indon yang duk blakang kitoranggggg...patut laaaa...nak main sepak raga bersama-sama la tu kottttt! Sampai last-last, I tutup telinga and cakap kuat-kuat kat hubby. Gelak gile kitorang masa tu! Kahkahkah!

Naik flight, dapat duduk hot seat! Luas leg room dia. Tak payah beli…hehehe…next time, next time! Flight kitorang pun actually not meant for Phuket, tah mana-mana diorang amik…flight attendants pun sume dari flight lain. Gile arh!

Sampai je, Na and Cawan dah ada kat sana…diorang amik flight pagi, kitorang gerak flight malam and lucky us, they came and fetched us right on time. Tak payah layan ulat-ulat kat depan airport tu yang ingat kitorang ni orang Siam! Na kata hujan lebat tadi siap angin kencang macam rebut taufan. Fuiyoh! Gile ganas! Patu diorang siap tido dalam keta je. Rupanya lama dah diorang tunggu! Hehe…flight delay la, cam biasaaaa…memula kata sejam, patu dua jam, patu sejam balik.

So we walked to the rented car…which later we called a moving-Flintstone-aquarium. Kenapa? Sebab Suzuki Caribbean ni tingkap belakang dia besarrrr macam aquarium 10 kaki. Hahaha! Memang sesuai untuk bersiar-siar sambil amik gambar ye. Patu ada bocor kat lantai sebesar dua ibu jari. Kalo hentak lagi tu, rasanya bleh luas lagi tu! Kahkahkah! Tu yang dapat nama tu!

Right after diorang amik kitorang, terus gi isi minyak. Siam ni minyak mahal. Seb baik kitorang share…memang bagus travel ramai-ramai ni. Untung! Patu kitorang pun dibawak oleh diorang (oh yea, diorang penah turun Phuket dulu, so diorang tau la tempat-tempat mana yang kita nak pegi) ke arah Phuket town. On the way tu Na cakap banyak viewpoint yang diorang dah tengok. Ada yang best, ada yang tak. Yang best tu diorang akan bawak pegi esok.

Satu benda yang paling kelakar sepanjang perjalanan tu, speedo meter keta! Boleh tak, dalam masa Cawan nak tunjuk betapa kelakar nyer meter tu, in fact, meter tu lagi mengkelakarkan dirinya! Memula indicator tu tunjuk kat 80kmph, tetiba zassss terus ke maximum speed! Jangan kata max speed, sampai jatuh jarum tu kat paling bawah meter! Dah la tu, tergedik-gedik jarum tu bergerak ke kiri ke kanan from 0kmph to 200kmph to 0kmph to max macam kena buatan bomoh Siam! Kahkahkah! Lawak gile tergelak-gelak kitorang dalam keta. Patu dah, terus stuck kat max speed! Tak bergerak dah! Tambah lagi satu, lampu dashboard plak tetiba tup hilang! Rupanya, tempat cerah, dia gelap…tempat gelap, dia akan cerah! Scary ok! Adeh…joke of the nite…

Sampai kat Phuket town, kitorang tak sabar-sabar nak ke Bangla Road. Katanya tempat shopping! Bleh cari souvenirs. Kitorang park agak jauh and walked to the said location. Along the way, banyak restaurants, hotels, spas, shops…and…and…bapok? WOW! Ni yang I suka nih! Memang dari kecik kitorang adik-bradik memang diasuh pegi tengok bapok kat Taiping Lake Garden. Bapok sana ikut perayaan. Hahaha!

Masuk je Bangla Road tu, terus ternganga…penuh dengan entertainment siut! Mat saleh tonggang mabuk-mabuk, bapok and pelacur dok goyang sana sini buat pole and lap dancing, orang lain jalan-jalan, I sibuk amik gambar bapok! Hahaha! Ada sorang bapok ni, fuiyoooo cun abis cam actress Bollywood! Lentik, slim, tinggi, depan belakang sume ada la! Memang kalah kita orang pompuan ni (but still Na masih pegang title la part depan tu…hik!).

Sambil layan lagu skit-skit, kitorang gerak sebab takut kena bom. Haha…tak la, sebab takde barang bleh dibeli pun. So kitorang amik gambar kat sign Patong Beach and Welcome to Patong je la membuktikan kitorang penah ke sana. Gile sedih! Kahkahkah!

Patu kitorang balik ke Thavorn Hotel. Na dah tolong check-in kan siap-siap. Besar hotel ni…tapi…tapi…spooky! Gelap…suram…tak ramai orang. Lampu bilik bleh kira. Patu corridor pun cam sayup-sayup je gitu. Gambar-gambar pulak sume stok besar gabak, yang tahun 1900s yang omputih melawat Malaya la, jepun melawat Siam, tuk bendahara la pahlawan la bomoh la, yang tunggu nak dimakan anai-anai je…eiiii! Sape nak tengok gambar ni kat hotel weh, letak la kat museum! Paling tak bleh blah, masa nak bukak pintu, tak leh. Na dok ajar, “Camni Biq, camni”, mata I tetiba terpanggil untuk tengok pintu ujung corridor tu! Flip…ke luar…flap…ke dalam…patu stop…Na dok masih “Camni Biq, camni” lagi sambil this time, tapi dia pun tengok, hubby pun tengok. Ya Allahhhhh pintu tu betul-betul sebelah bilik kitorang okkkkkk!

Dapat bukak pintu, terus masuk bilik. Masih terdiam. Terpikirkan camne pintu tu tetiba bergerak. Padahal, takde sape pun, takde angin sume. Before that tak bergerak pun, Nape tetiba kitorang sampai situ, nak bukak pintu baru dia nak bergerak?! Takpe la, buat bodo dulu. Skali tengok katil single bed dua ketul la pulakkkkkkk! I terus tolak control table kat tengah tu, tak leh, sebab wayar-wayar sume berselirat! Tak puas hati. I tarik single bed I, tolak single bed hubby ke dinding, sambung ngan single bed I! Ha amik! Takde pasal aku nak tido sorang-sorang! Penakutttt! 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

<<Saksikan gambar Phuket - Bapuk Recce kat sini!>>

3 holler:

BlueEwoke said...

chaiyok!! chaiyok!! teruskan menulis!!

Ely Hasrul said...

mana ko pegi sure ade supernatural berlaku hahahahhaa

biqque said...

na, tengah paddling nihhhhhh!

skin, nyampah aku entiti2 camni tau!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog