Nuffnang Latest

Monday, December 28, 2009

Krabi - Laa Korn Means Gudbye


Bangun pagi, terus pakai baju I Love Krabi. Maklumla, last day arini kan. Nanti nak balik dah. Kitorang gi breakfast kat tempat semalam gak, senang. Makan ala kadar, kitorang terus gerak ke Tsunami Memorial Sculpture kat Nopparat Beach. Semalam pegi dah malam, so arini nak pegi siang sebab nak tengok apa yang ada kat situ.

Naik motor macam mat rempit (konon) sampai la kat area Nopparat Beach tu. Cuaca harini sangat cerah dan cantik. So amik gambar pun cun sebab awan biru je (amik gambar sambil naik motor, bleh?). Air agak surut, so ada boat yang tersadai atas pasir.

Sampai kat Tsunami Memorial Sculpture, park motor, tengok takde orang pun. Betul ke ni. Slalu tempat-tempat camni, ramai pengunjung kan. Naik jambatan, tengok ada satu kolam, takde air, ada tangan keluar dari kolam tu. Huish! Terkejut aku! Scary plak! Patu ada satu benda tatau nak panggil apa, diperbuat dari kayu, dalam tu bleh masuk. Bentuk cam bakul besar la. Dalam tu ada 2 pasang tangan yang hold each other. Patu ada la description, malas nak baca. Hehe…pape pun, memang sadis la kisah tsunami tu…even kat Astro pun skang tengah tayang balik footage dari orang yang still hidup. Hish, menakutkan la if I were at their place. Mintak-mintak la tak jadi lagi dah.

Then dah, takde pe dah. Laaaaa…tu je ke? Kitorang lepak jap kat bangku depan tu, then decide nak gi mana plak. Since takde ape dah, kitorang jalan-jalan gi pantai je. Cantik gak. Masa ni teringat Byron Bay yang cun melecun tu. Haihhhh, memang tak leh lawan ar. Tapi kitorang sempat gak la amik gambar sekitar area tu.

Balik hotel, kemas barang, call balik mamat yang hantar kitorang aritu. Charge dalam THB500=RM50 je. Murah RM10 gitu. Bersemangat dia. Memang if korang nak gi Krabi, korang try la amik dia ni. Memang puas hati. Sebab pe? Sebab dia baik hati dan bawak kitorang ke Fisheries Research Center, tempat ternak Nemo! Memula kitorang cam contemplated gak sebab takut kena bayar ke, kena pau ke, tapi dia awal-awal dah cakap, “FREE! Don’t worry. NO CHARGES!” Hehe…duit dah abih la woi!

Tempat tu on the way je nak ke airport. So tak menyimpang jauh la. Sampai kat tempat tu, kitorang turun and jalan kaki masuk. Kolam besar-besar. Ikan pun besarrrrrrrrr. Macam araipama je. If jatuh, kompem kena makan. Haha! Nemo kat sini, semua dijual di Bangkok. Kena makan ke, kena bela ke, wallahualam. Tapi dogface pufferfish, starfish, sume ada! Comel-comel! Ketam pun besarrrrrrrrr…macam sedap je! Ni yang teringat Fatty Crab nih!

Dengan cuaca yang panas terik, kitorang balik ke minibus a.k.a van. Terus pasang aircond. On the way ke airport, kitorang sembang la ngan driver tu. Macam-macam dia cite pasal Krabi. Dia siap kasi name card (kat sape tah card tu skang) untuk sapa-sapa yang nak book dia.

Sampai airport, Cawan kasi kat dia duit minum sebab dia baik kan, so kita pun puas hati. Masuk airport, tercengang-cengang kitorang cari tempat nak check-in. Haha…rupanya nun kat hujung dunia. Masa check-in ni dah dapat tau, yang flight delay…macam biasa la Air Asia kannnnnn…so kitorang lepak kat kerusi, sembang-sembang. Muka masing-masing dah hitam legam. Mampus la aku nak putihkan balik kulitku ini. Haha!

To summarize, trip kali ni penuh dengan pantai dan santai. Memang best. And nasib baik la takde benda apa-apa yang buruk berlaku. Sebab lepas kitorang ke Krabi, Phang Nga banjir. Huish…nasib baik la takde pape. Alhamdulillah, kitorang selamat pegi and selamat pulang. Err...enough la kot dengan Siam. Takmo gi dah. Hehe.

Lepas ni, ke Hanoi kita…Na? Minah tu duk uwek-uwek, tah pegi tah idak. Haha!

Saksikan gambar Krabi - Laa Korn Means Gudbye kat sini

5 holler:

dibitz said...

hahaha description uwek2 tu buat aku gelak pulak tetiba... congrats to her.

anisizatyA.J said...

patutlah cm familiar gila dengar Krabi, guess what, sazzy falak bru bertolak g sana smlm. hehe i bc twitter die :D

biqque said...

hahahahaha anisssss! tolonglahhhh! tak tahan i gelak! sazzy falak gi sana sbb frust kalah sehati berdansa kot...

dib, tak sabar nak tgk baby dia camne plak :D cawan siap order baby boy tuh!

BlueEwoke said...

haha bace entry ni teringat, yang i makan mempelam masam beli kat pasar malam sblum tuh, pergh gile betui.

Tak tahan ngn pakcik driver tu, suspen gile bile dia bawak ke kolam ikan huhuhuh..

Muka Sazzy falak tu cam tak caya gile time diorg announce pemenang tu hahahaha..kesian gile diorg, kalau tak, dpt pegi rome dah..

biqque said...

tgk u gigit pelam masam tu, ya Allahhhhhh menceceh2 air liur aku! hahaha!

i masih tak dpt tgk ulangan muka sazzy tu...geram la, nak tgk gak la! mmg diorang budget diorang menang tu...

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog