Nuffnang Latest!

Saturday, September 12, 2009

Berbuka Cara Kami

Sejak berpuasa ni, bleh kira brapa kali pegi pasar ramadhan. Ada la...DUA KALI! Satu kat ekuin, satu kat Kinrara.

I sebenarnya suka pegi param (pasar ramadhan) sebab suka tengok macam-macam makanan dan air yang dijual. Tapi hubby ni jenih suka makan masakan kat rumah (tak merasa sangat la nak makan kat luar I ni...waaaaa...). Di tambah pulak, setiap kali beli makanan kat param, mesti samada tak sedap or sakit perut cirit birit. Tatau la nape, tension gak sebab tak dapat nak merasa makanan lain kan. Asik masakkkkkkkkkkkkk (ikut sedap tekak sendri and tekak hubby je la) sampai tak tau dah nak masak pe.

Orang slalu tanya, "Sempat ke masak? Ko balik kul bape?". I balik kul 5pm. At this time, hubby dah terjongok dalam keta kat blakang office I...tunggu sambil berinternet. Dia balik kul 4-5pm. Around 5.20pm I kuar, terus merempuh jam, balik umah. Slalunya sampai rumah dalam kul 6-6.30pm. Bukak sluar, bukak baju , terus masak (hehe...serius, bukak sluar baju terus masak tau...tak sempat la nak naik atas dulu tukar baju sume, lambat!). First masak nasik dulu. Patu tengok la apa ada dalam peti ais, ikan, udang, sotong, daging, ayam, (ya Allah, laki aku penyokong tetap pasar borong), ha amik salah satu, masak lauk plak. Tak kisah la goreng je ke, masak kicap ke, asam pedas ke, masak merah ke, tomyam ke, janji ada lauk. Patu hubby masak sayur and goreng la ikan bilis kentang kesukaan dia tu. If ada petai, rebus petai. Dah, itu je lauk buka kitorang. Ni masak sekali sahur ni tau. Cuma sahur tu kadang ada tambahan telur masin. Simple dan cepat. If rajin lagi, marinade siap-siap daging, patu bakar. Jadi daging panggang. Hehe! Cukup time je pas masak, terus azan. Haaa...terus ngap!

Kuih memang kitorang tak makan. Hanya kurma (sedap woooo kurma yusoffff taiyubbbb safiya) jadi pembuka berbuka and penutup sahur. Paling kuat pun, kitorang beli murtabak je kat param. Sebab itu je yang sedap dan tak sakit perut sebab dia masak dan-dan tu jugak kan. Lauk lain ni dah sah-sah la masak dah lama, patu mesti diorang asik reheat je kan. Tu la pasal sakit perut kot.

Weekend pertama, kitorang berbuka berdua suami isteri. Eceh...best plak ye. Weekend kedua, berbuka bersama family I kat Baling, Kedah, umah my sis yang sulung. Siap main bunga api sume la. Weekend ketiga, berbuka dengan kawan-kawan rapat I, Sistas, kat Pizza San Francisso, Wangsa Maju. Uih makan sedap la sampai lepak 3 kedai and in total, 12 jam keluar berjalan! Tak hengat! And this weekend, weekend keempat, kitorang akan berbuka pulak dengan kawan-kawan hubby. Geng SekupangForum.net kat tempat yang sama Sistas berbuka, Pizza San Francissco. Asalnye nak buka kat Yuen Steamboat, Sunway. Last minute tukar sebab cam jauh sangat nak pegi untuk bebudak lain. Final weekend, iaitu weekend kelima, sekali lagi akan berbuka dengan family I di Taiping, then terus sambut raya kat sana. Yeay! THIS YEAR RUMAH I DULUUUUUU! HEHEHE! (Last year rumah hubby, kitorang beraya gi Jusco...hehehe...jangan tanya nape...)

5 comments:

3plepl8 said...

wooh itu tomyam manyak syiok ooo..psl tu malas nk pergi param. masak lg bagus. berjimat cermat kan amalan mulia di bulan puasa.

Biqque said...

dapat A ye ayang?

elly mustafa said...

beraya di Jusco???hmmm..thats new..

Biqque said...

yup! cara baru beraya :D

dibitz said...

part raya kat jusco tu i nak tergelak hahhaaha...

Subscribe To This Blog