Nuffnang Latest!

Thursday, August 9, 2012

Drama Raya Seberang : Episod 3 – Rodiah kecewa lagi?

"Kelmarin di hotel kaki Gunung Hagen, ada orang ketuk pintu tak?" Tanya Jaafar pada Hamid. Hamid dan Rodiah saling berpandangan. Takde pun. Mungkin housekeeping yang menghantar buah barangkali. Tapi kata Jaafar, jam 2-3pagi.

"Ah sudah. Bukan bilik depan Jaafar masih kosong?" Hamid mengulas.

Berita ini diperkatakan semasa jamuan pagi di ruang makan hotel indah di tengah kota Ambua. Sapora yang kelihatan tersenyum tiba-tiba berkata. "Bukan tak mahu cerita kak, tapi memang di sana ada cerita nya. Abang saya sebetulnya tidak setuju kita menginap di situ." Masa ni, Rodiah rasa macam nak lepuk Sapora pun ye jugak. Untung jugak semua sudah tidak lagi menginap disana. Sapora membuka cerita, ada kisah disebaliknya. Maklumlah, selalu kosong tidak bertamu. Apa lagi, berpenunggu lah. Hutan pula tu.

Sepemergian Karim, Sapora lantas membuka satu lagi cerita. Rufi tidur tanpa diapers. Walhal ummi berulang-kali menyuruh Karim turun ke kedai. Apa saja Karim ni. Sedang enak Rodiah menganyam ketupat, Sapora tambah lagi satu berita hangat. Sepeninggalan Rufi pada kangkungnya (atuk/nenek) malam kelmarin, Rufi tidak henti menangis. Rindukan susu gantung ibunya. Apa saja Sapora ni, tinggalkan anak tanpa candu. Dikhabarkan abang serta adik Sapora datang ke kota Ambua, berjalan keliling laluan popular, mana tau berjumpa Sapora. Mereka nak ke hotel nan indah itu, tidak pula berpakaian molek! Pasti dihalau pergi oleh pegawai. 

Sayu sungguh kisah abang dan adiknya Sapora. Tapi tidak salahkan mereka. Sapora dan Karim lah yang tidak pandai urus keluarga. Ummi dah walid mula geleng kepala. Anak emasnya membuat perkara. Ada-ada saja. Rodiah dan Hamid? Saling berpandangan, hanya mampu terkesima dalam hati. 

Masa yang tinggal hanya beberapa jam, sebelum bertolak ke Madang. Rodiah tidak melepaskan peluang untuk mencari beberapa lagi buah tangan, tapi diasak berkali-kali oleh peniaga jalanan. Rimas. Tapi itu sudah diketahui sejak mula. Rodiah kembali ke hotel, bersiap-sedia bersama semua. Kereta lembu yang disewa, sekali lagi dimuatkan dengan semua kaum keluarga. Sempit! 

Sapora tiba-tiba bertanya "Abang tahu tak jalan ke Madang? Abang Sapora tidak dapat menghantar hari ini." Rodiah pandang pada Hamid. Eh yang ditanya tu, laki Rodiah. Rodiah sebetulnya bertanya pada laki Sapora sendiri. Jam sudah menunjukkan kelewatan masa. Doa-doa sajalah kapal lewat tiba di pelabuhan. 

Sapora akhirnya mengalah dan mencari kereta kuda, buat panduan pada kereta lembu yang disewa. Sapora serta ummi juga Jaafar menaiki kereta kuda, manakala Rodiah, Hamid, Karim dan walid, di dalam kereta lembu sewa. Karim sedaya upaya mengikuti rapat kereta kuda yang bergerak laju itu. Tiba-tiba Karim berkata yang kereta lembu perlu diberi makan! Ummi mencuka ke sejuta kali. "Kenapa tak diberi siap-siap makan pagi tadi?!"

Dalam keadaan gegas, baru terasa, jauh juga Madang ni. Tepat 2 jam setengah, ke semua masuk ke balai menunggu, tanpa Sapora dan Karim serta Didit dan Rufi. Tidak sempat bersalam-salaman. Namun tanpa diduga, mereka tiba-tiba masuk jua. "Kena bayar kak. Mahal." kata Sapora. Haruslah walid yang menghulurkan duit. Ketap lagi gigi Rodiah.

Untung juga kapal lewat tiba. Sempatlah Rodiah membeli-belah dulu. Ummi dan walid bermain dengan cucu. Menasihati Sapora dengan pelbagai cara. Karim? Tidak ada gunanya. Pelakon antarabangsa lagaknya. Depannya bahagia, belakangnya dihulur duka pada keluarga. Rodiah memang tidak boleh terima. Tapi tidak berkuasa. Biarkan pergi begitu saja. Mungkin di dalam drama raya lain kali rasanya...

-Drama raya ini adalah drama hiasan. Tiada kaitan dengan yang dah mati.-
-Siaran ulangan drama raya musim lalu ada di sini.-

4 comments:

Ren said...

Omai tetibe keluar part last..(walau dalam sibuk bergtalk)

Susu Gantung? HAHAHAHHAHA

Unknown said...

teringin plak nk pegi gunung hagen pas baca drama nih..lawo ke gunung tu wahai Rodiah??

Ohmaiii harap2nye drama karim dan sapora ni selesai la, jgn sampai berlanjutan sehingga raya depan..

Deme tak nk masuk foto celen ke?

Supermeng Malaya said...

rodiah tu ketap2 gigi ada kena kancing gigi ke?

Biqque said...

jggl, nak cepat abis before raya katanyaaaaa hahaha!

na, cantik sungguh tau gunung hagen tu! nanti2 u pi tauuuu!

foto celen? takde blog tak leh!

meng, rodiah nak tayang gigi dia yg putih tuuuuu hahaha!

Subscribe To This Blog