Nuffnang Latest!

Monday, August 6, 2012

Drama Raya Seberang : Episod 2 – Sapora jugak yang untung?

Nyaman sungguh pagi itu di perkarangan hotel mewah di pedalaman Ambua. Nasib baik takde hantu! 

"Apa aturcara kita hari ini?" Rodiah bertanya pada Hamid. Tapi Hamid sekadar senyum dan mengangkat bahu sebanyak dua kali. Buat tak tahu atau sememangnya dia tidak tahu. Rodiah tak kisah.

Sekeluarga tanpa Karim dan Sapora, semua turun ke bawah untuk menikmati hidangan pagi. Tak banyak yang disediakan, namun Rodiah pada kebiasaannya, akan mengambil cereal bersama telur, juga gorengan yang ada. Hamid pula tidak menyempat mahu mengajak Rodiah melihat Gunung Hagen yang pernah meletus seketika dulu. 

"Nak kayuh basikal?" Hamid memberi idea gila pada Rodiah. Sedangkan pergi ke shopping complex pun Rodiah suruh parking depan pintu, inikan pula mengayuh basikal ke kaki Gunung Hagen. Tak nak berdosa, Rodiah turutkan saja. Kini, Rodiah pula yang gila, dipaksanya Hamid membonceng basikal kembar dua. Lebih laju katanya. 

Berdua keluar Rodiah dan Hamid, melencong ke pusat golf ternama di Gunung Hagen. Penjaga pintu membenarkan mereka masuk, almaklumlah, dari hotel gah bak istana. Tak sampai 30 meter, Rodiah dah kejang lutut! Hamid pula tak sanggup nak teruskan, dek kerana, ada pelawat yang berkata, nun jauh sungguh nak melihatnya. Batalkan saja, pulanglah mereka berdua kembali ke istana.

Karim dan Sapora tiba, membawa sekeluarga ke rumah ibu dan bapanya Sapora. Kali ini, keadaannya lebih mesra dan ketawa, melihatkan pohon bambu sepemeluk besarnya. Gila lah! Teruja melihat besan, Ummi dan Walid hanya tersenyum, tak tahu nak berbahasa Papua. Jenuh Sapora menjadi pengantara. Kelakar jugak lah sebab ibunya Sapora, berkata sepatah, gelaknya seribu daya. Hahaha! Dah rupa kena ganja, gelak sampai terlentok ke lantai. Kelakar juga rupanya mak dia. Tapi kesian, Ummi, Walid, Rodiah, Hamid, dan Jaafar, gelak selang 2 minit delay. Sebab kena tunggu translation.

Sambal goreng bersama lele goreng menjadi hidangan. Sementalaah yang lain nasik sepinggan, Rodiah menjadi-jadi berpinggan-pinggan! Sedap katanya. Suka sungguh ibunya Sapora, memuji Rodiah, katanya mesra alam. Di perkarangan rumah, lembu, anjing, semua ada. Rumah dibina sendiri, berlantaikan separuh jubin separuh tanah lava. Indahnya.

Di ajaknya Ummi dan Walid ke bumi Malaysia, namun ibu dan bapanya Sapora terasa rendah diri, yang kaya sanggup melawat si miskin. Rodiah menyampuk, memeriahkan suasana. Pak lawak jugak si Rodiah ni. Langsung semua pulang ke hotel, ke Ambua pula, untuk menginap di sebuah hotel mahal di sana. Rodiah ketap gigi menahan, melancong sungguh kali ini.

Ambua skarang dah tak macam dulu. Jem sana-sini. Kena pulak hotelnya betul-betul dihadapan jalan popular untuk membeli-belah. Memang sakan la si Sapora dan Karim mengajak masuk kedai mahal, dah rupa butik pun ada. Rodiah sambar satu baju, beli sendiri. Kedengaran Walid menyapa Ummi, hadiahkan baju seketul dua pada Sapora. Ketap gigi lagi lah si Rodiah. Tidak mengapa.

Walid beria nak naik kereta kebal keliling Ambua. Dah diberitahu, mahal harganya. Tapi Sapora kata, dia boleh berbahasa Papua, so no hal la. Alih-alih, ke butik kain saja! Mana tamannya? Mana istananya? Dah kena kencing agaknya. Rodiah dan Hamid, sama-sama ketap gigi. Biarkan duit terbang dibawa angin. Nasib baiklah bukan dari poket mereka. Tapi, Sapora juga yang merasa. Dapat lagi kain lawa. Berkoyan-koyan jumlahnya.

Malam tiba, makan di kedai mewah umpama raja dulu kala, siap gamelan keroncong semua ada. Sedap makanannya, tapi pedas menggila sampai keluar air mata. Didit ada bersama, tapi Rufi tinggal sama "kangkung"nya. Itu bahasa Papua pada atuk neneknya. Sakan pula berbelanja di depan hotel, sampai tengah malam kekdahnya.

Rodiah, Hamid dan Jaafar keluar bertiga. Apa dah jadi??

-Drama raya ini adalah drama hiasan. Tiada kaitan dengan yang dah mati.-
-Siaran ulangan drama raya musim lalu ada di sini.-

6 comments:

Ren said...

Yaampunn jenuh aku google Ambua tu kat mana..

Memang bahasa depa lain macam bahasa javanese ke?

3plepl8 said...

kahkah....indahnya pergunungan Hagen...kalu kena musimnya mungkin salju (bkn salji) jatuh berguguran.

Biqque said...

janggel, camtu la kalo nak paham, tak tahu, berbuat baik pada pakcik google hahahahahaha!

bahasanya mmg tak leh nak gi langsung...tak tau mana ekor mana kepala!

3plepl8, salju sangatttttt...salju kaler ape? kelabu? hahaha! bleh mati oooooo...

Ely Hasrul said...

makan ati sgn sapura

Fatt said...

cer ko kasi klue skit watak ko mana satu sbnrnya. rokiah ke sapura?

Biqque said...

skin, makan ati berulam jantung.

ala fatt ni, naik coach malam plak...nyamps!

Subscribe To This Blog