Nuffnang Latest!

Tuesday, July 31, 2012

Drama Raya Seberang : Episod 1 – Karim cari pasal?

“Huh, Karim dah beli tiket? Apsal tak bagitau?” Rodiah berteriak pada Hamid, takut rancangan asal tidak menjadi.

Hamid terpinga lantas menalipon ummi, dengan khabar yang tak boleh diterima akal. Bukan apa, sudah berjanji, perginya bersama, kembalinya baru tak sama. Ummi memberitahu pada walid. Bagi walid, mudah saja. Ikut sahaja tarikhnya. Nak lari kemana lagi.

Hamid diberi tugas mencari tiket kapal laut serta tempat penginapan. Namun, hanya tiket pergi sahaja yang baru di cekau. Tak balik kah? Belum beli katanya, mahal. Asalnya mahu ke kampung halaman Sapora di Ambua, Papua New Guinea, tapi dek kerana tiket yang mahal, terpaksa melencong ke Madang.

Seminggu sebelum berlepas, Sapora ada mengutus surat pada Hamid. Cemburu Rodiah tidak terkira sampai nak koyak surat tersebut. Kata Sapora, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan segala bagi perjalanan kali ini. Hamid menghela nafas lega. Tak perlu lah dia mencari tempat penginapan serta kereta segala.

Hari yang ditunggu telah tiba. Hamid dan Rodiah dari rumah, walid dan ummi serta Jaafar dari Pantai Timur, manakala Sapora, Karim, Didit dan Rufi menginap di hotel berdekatan. Semuanya bakal ketemu di pelabuhan. Rodiah tidak banyak berkata-kata. Malas nak beria. Didit seperti biasa, tampak kurang kasih sayang dari kedua ibu bapa, seringkali datang kepada Rodiah dan Hamid. Walid dan ummi, tak perlu nak cakap lagi. Cucu emas sediakala.

Setibanya di pelabuhan Ambua, abang dan adik Sapora menunggu. Dijanjikan dua kereta lembu, tapi hanya satu yang tiba. Rodiah dan ummi elok memasang muka. Dah la panas. A/C dipasang sepanjang perjalanan. Jauh jugak, makan 2 jam lah! Sakit bontot! Dalam perjalanan, perut berkeroncong. Disebut-sebut “nasi bebuk”, makanan tradisi Papua. Rodiah dah jangka, tak sabar nak tengok apa penerimaan ummi. Ya lah, kat Pantai Timur pun dipilih kasih kedai makannya. Seperti yang dijangka, ummi dan walid geleng kepala. Ternampak kepala ayam terkulai dalam pinggan. Semut pula, buat highway. Kensel! Walaupun restoran itu paling besar dikawasan itu.

Kedengaran bunyi telepon. Sapora mengangkat. Cakap Papua bersama ibunya. Sumpah tak paham sampai semua diam. Katanya, ibunya dah masak! Muka ummi mencuka. Yang tersurat, tak mahu menyusahkan orang. Yang tersirat, nak ke makan di rumah orang? Ummi tu betul-betul pembersih. Akhirnya termakan juga hasutan Rodiah, berhenti makan di kedai besar “nasi bebuk”. Boleh la. Walid yang bayarkan semua.

Hampir petang, hotel yang di cari, tiba-tiba ditukar ganti. Ummi sekali lagi mencuka. Hotel di Madang, tengah pekan, sibuk, jem, rimas. Tambahan pula, letih berada dalam kereta lembu yang sesak seramai 8 dewasa dan 2 budak. Rodiah dan Hamid diam. Dibiarkan saja. Maklumlah, orang Papua ada bersama. Ha, silalah.

Malam menjelma. Sapora gigih pujuk ummi singgah ke teratak ibunya nun jauh di kaki Gunung Hagen. Redha semua orang. Gelap gelita kampungnya. Kesan-kesan sulfur masih bersepah di serata kampung. Rumah ibunya Sapora dibina hasil dari batu keras sulfur. Sejuk juga. Maklumlah, berlantaikan tanah. Terkejut Rodiah melihat kakinya kotor melintasi dapur.

Keluarga Sapora kata, satu kampung sedia menunggu kehadiran mereka. Tapi semua dah pulang. Ayahnya senyum, tidak berkata. Bahasanya kurang difahami barangkali. Tapi ibunya, masyaAllah, ramah serta kuat ketawa. Satu perkataa, sepuluh kali ketawa. Macam kena ganja. Tapi Rodiah suka. Maklumlah, Rodiah pandai membawa diri. Ibunya Sapora pun suka sama Rodiah.

Hotel yang dipilih, mengalahkan istana. Agak terkesima, dalam hutan begini, punya hotel gempak gila? Ya. Cantik dan mewah, segalanya ada. Tiga bilik disewa. Walid bayar lagi. Yang pasti, Sapora dan Karim, tidur dirumah ibunya. Rodiah suka. Didit? Menangis tak terkira.

“Esok makan dirumah ibu Sapora ya, ummi?” Ummi tersentak.

-Drama raya ini adalah drama hiasan. Tiada kaitan dengan yang dah mati.-
-Siaran ulangan drama raya musim lalu ada di sini.-

14 comments:

Ely Hasrul said...

ya allah.. dlm hati cik ro 'ha mcm ini kesayangan semua?' hihihii

Biqque said...

cik ro tgh kumpul tenaga tu, tunggu la...

masMZ KaKiJaLaN said...

alaaaaaaa drama takde pakej gambo wayang sekali ker??????????

Ren said...

Furst skali nak puji nHEADER yang lawoooo kebaboom itew! Meriahuolssss!

Wowow macamni ngopernya menantu kesayangan yer....kekkekekekeke

Anash said...

jenuh nak fahamkan perhubungan kekeluargaan itu...
iyela
baca tengah2 bab ...
heheh

header cun ok...
so sweeetttttttttttttt

Supermeng Malaya said...

sapora tu cun tak?

ada mcm wanita kat header tu? aku yaqin wanita tu cun lagi!

bak sposen

Unknown said...

Wow ni kalau mana2 penerbit drama baca episode ni je, memang confirm terus sign ngn u nih, nk buat drama diorg!! keep it dap setazahhhhh!!hahahah

Biqque said...

masmz, pakej gambar kena subscribe lain. takde dlm ini siaran.

jggl, terpaksa main rame-rame mcm ellaaaaa hahaha! menantu kesayangan TETEP i hokeyyy!

kak anash, sila tgk siaran ulangan bab 1-5 yg dulu :D cun? jgn ckp mcm najwa latip, saya nak hana tajima JUGEK!

meng, sapora putih skit dari yg dlm header tu, tapi yg pasti, yg dlm header tu bak kata ko lagi cun (nah singgit aku kasi!)

na, hero tak hensem cam adi putra, laku ke??

Ren said...

Ok la biqqque , meh aku jawabkan utk kak tansree, kalo bukan najwa latep, atau bukan hana tajeema, mungkin macam Maria Elena heheehe

Farikica said...

ehh..dah tulis cerpen plak..?

Fatt said...

pening aku nak paham storiline ko ni..siap bersambung2 dari episod raya lepas...bila nak habis ni??

anyway header tu cantik. gigih ko menukar2.

Biqque said...

jggl, maria elena plak hahaha!

farikica, cerpen buang masa namanya hahaha!

fatt, tu la ko, asik kena tinggal ketapi jer...

header cantik ke aku yg cantik? #perasan

3plepl8 said...

eh nk ke papua xde kapai teghobang ke? kna naik kapal laut bila mau smp daaaa...ya karim...

Biqque said...

3plepl8, kapai laut best skit, melambung2 :D

Subscribe To This Blog