Nuffnang Latest

Friday, March 12, 2010

Hanoi Day 4 - Expect The Unexpected

“Kayak kul bape?”

“7am…bangun la…diorang sume dah naik kayak tu…”


Bangun pagi, tak mandi, salin baju, terus keluar bilik. Boat dah benti kat Fishing Village untuk berkayak. Amik life jacket kat pelantar, naik kayak.

Philip dah kuar awal-awal gi kayak sorang-sorang. Girlfriend dia tak ikut. Nelly and Jean Claude pun dah kuar before kitorang. Cuaca masih lagi suram dan sejuk. Matahari tak nampak lagi. Keadaan agak misty. Menakutkan pun ye gak sebab air sangatlah gelap (teringat lagi naga dalam tasik hehehe…)

Kitorang agak terkejut sebab air yang gelap ni TERSANGATLAH kotor…ada sampah, ada hasil buangan, keladak dari boat dan “orang laut”. Tapi rasanya bot-bot yang bermalam kat sini lah penyumbang terbesar. Tak paham kenapa diorang tak saman or upah orang untuk jaga kebersihan kawasan Halong Bay ni.

“Tak yah mandi la…confirm kang gatal ni…”

“Eiiii memang takkan mandi la…”

Kitorang terus kayak ke arah satu-satunya batu besar kat tengah-tengah kawasan tu. Slalunya orang berkayak akan pusing batu tu, dan pegi ke satu lagi batu yang ada gua kat dalamnyer.
Boat lain masih berlabuh. Tak bangun lagi la kot orang-orangnyer. Or diorang breakfast dulu. Memandangkan tak ramai yang kayak dari boat berdekatan, so macam best jugak la. “Orang laut” pun dah start keluar meniaga sambil dayung sampan kecik diorang. Ada yang murah, ada yang mahal. Tapi kitorang still tak beli.

Dah amik gambar kat kawasan batu tengah tu, kitorang terus berkayak ke arah batu satu lagi yang ada gua tu. Tapi tak sampai depan-depan pun, sebab masa ni boat dah start bergerak. Bila boat nak melintas, diorang akan hon, dan orang yang berkayak kena benti kejap. Ye la, kang ada yang dilanggar kapal besar kang. Tak pasal-pasal je.
Kat gua ni tak nampak la plak ada orang tinggal ke tak. Tapi ada la sumber-sumber lubang cahaya yang masuk. Kitorang teruskan keliling batu tengah tu lagi. Masa ni nampak Philip sedap je dok layan tangkap gambar sorang-sorang. Nelly and Jean Claude pun ada sekitar tu. Bagi kitorang, best lagi kayak kat Thailand kot. Maybe sebab airnyer jernih dan berombak. Tapi kat Halong ni, tak berombak. Sangat tenang. So takde la penat sangat nak melawan arus. Lajuuuu je gerak.
Masa ni barulah nampak boat mahal 3-4 tingkat yang mana bleh dapat breakfast kat tepi corridor, bilik sendiri. Setiap bilik ada ruang makan open deck nyer yang tersendiri. Tapi yang naik boat tu sume orang-orang tua. Ha, sok tua, baru la dapat merasa naik kapal tu kot. Hahaha! Maka simpanlah duit ye.

Lepas kayak, kitorang mandi and naik atas untuk makan. Macam biasa, kitorang hanya makan sayur. Segala meat yang non-halal, dapatla kat diorang. Meja still ada kroni masing-masing. Masa ni dah jadi makin rapat, tapi hari ni kitorang dah nak balik. Diorang still ada lagi 1 malam kat Cat Ba Island.

Masa makan, kitorang dah start tukar cite/experience dengan geng meja sebelah. Macam-macam info yang kitorang dapat, as well as them. Kebanyakannyer nak ke M’sia lagi lepas Hanoi trip ni. So kitorang suggest la mana-mana tempat yang menarik kat M’sia, especially pulau-pulau kita.
Lepas makan, kitorang kena check out bilik. Sebab nanti sampai kat Pier, ada orang lain plak akan masuk and ganti. On the way balik, kitorang singgah lagi kat Pier/Wharf semalam, tapi tak sampai darat la, hanya tukar boat. Germans and French kena tukar boat untuk ke Cat Ba Island. Jangan heran ye, tukar-tukar boat ni dah biasa sangat, so memang plan kita senang-senang je ditukar ganti. Kena terima la or else, complaint.

Sempat gak bertukar FB dengan Katharina. Sambil bye-bye/bon voyage kat Germans and French, I sempat jerit kat Katharina,

“Are you sure you gonna follow Philip to do the jungle tracking?” sebab kitorang tau dia takut dengan nyamuk sebab penah kena denggi. Dia terus buat muka tanak and Philip cakap,

“Ooooooo you are not my friendddddd…you are baddddddd…” hahaha!

Lepas diorang jump on another boat, I jerit lagi kat Katharina,

“DON’T FORGET TO ASK FOR THE RING! PHILIP, SAY THE MAGIC WORD!”

Diorang gelak.

Couple dah lama, 3 tahun. Tapi Katharina masih menunggu Philip to propose her, bleh tak? Hahaha!

Lepas boat gerak, kitorang lepak kat tempat depan deck driver. Masa ni kenal Claire, minah UK yang travel sorang-sorang. Dia dapat travelmate dia kat KL aritu, John. Dia cite, diorang kena tipu gak la ngan travel agent diorang. Patut nyer diorang dapat kapal cantik, patu ikut itinerary, takde ganti boat and pi balik pi balik. Diorang siap kena pack barang sume patu tak sempat buat sume benda. Kesian diorang. Diorang kata nasib baik dapat naik kapal kitorang, cantik, bersih, and selesa sebab tak ramai.

Claire ni dah merata gak dia pegi. Lepas trip Vietnam, dia akan ke Cambodia, Laos and M’sia. Dia nak ke Sabah. So kitorang kasi tips banyak kat dia untuk dia ke KL and Sabah. Dia siap benti keje untuk travel Asia ni, ikut budget dia, dia akan lepak dalam sebulan. Gile arh!

Agak dah penat bersembang, kitorang lepak asing-asing. Ngantuk pun ye gak. Cuaca agak panas arini. Wharf pun dah dekat. Batu-batu sekitar Halong Bay pun dah nampak sama je sume. Ada la satu tu bentuk gajah tersembam. Hahaha! Si Truong tu duk tunjuk batu bentuk ibu jari macam “good” tu. Dari jauh dah nampak. Nak sampai dekat ngan batu tu ada la dalam setengah jam. Hahaha!
Sampai kat wharf, kitorang tengok tak ramai yang naik boat. Ye la, boat keluar awal pagi, kitorang sampai dah tengahari. Truong bawak kitorang jalan kaki gi kedai makan. Satu-satunya kedai makan terbesar kat area tu. Memang dah charter kedai tu la kot.

Masuk dalam kedai, ramai gile orang. Satu meja dalam 8 orang. Ada nak dekat 50 meja kot. Dah macam cina kawin. Ni kompom tak halal ni. So kitorang makan sayur je la. Ada satu sup tu, sedap. Memang sayur. Skali dah hampir separuh, tetiba ada daging kecikkkkk je cam diorang buat stock. Alamakkkkkkk…terus tolak tepi. Yang lain, sotong, ikan, sume kitorang belasah sebab seafood. Sedap plak tu!
Masa nak gi toilet, singgah kat counter. Ada 3 balang berisi ular, katak, cicak and such. Berombak-ombak je dada tengok. Urghhh! Terus gi kat meja, lepak tunggu Truong. Dia kata lagi 15 minit, van datang. Hubby pegi beli air mineral siap-siap sebab kat dalam kedai tu mahal.
Minibus datang, terus I naik duk seat first row! Siap book untuk hubby kat sebelah. Hehe! Leg room luas skit. Tengok driver,

“YA ALLAHHHHHHHHHH DIA LAGIIIIIIII!!!”

“HUH! CONFIRM LA LEMBAP NI DRIVE!”

Ye, memang betul, dia bawak 60kmph! Memang petang la baru sampai ni! Most of the time dalam van, kitorang tido or sesekali pandang tepi amik gambar. Bara je dengan hon keta lain yang pintas van kitorang tu. Shiat!

On the way nampak lagi makcik-makcik menjual roti French tu. Patu ada orang mati, siap usung tepi jalan beramai-ramai tatau nak gi tanam kat mana.

Tak lama pastu, kitorang benti kat satu kedai. La, kedai yang sama. Ruby Emperor tu jugak. Again, kitorang beli buah mango and lepak kat kerusi dalam kedai tu.
Naik van balik, and teruskan perjalanan. Truong cakap dia akan hantar semua orang ikut mana yang kita nak turun. Since kitorang akan duk lagi kat Viet Fun Hotel, dia antar kitorang sampai situ gak. Senang.

“Okkkkk bye-byeeeeeee…” kitorang pun blah meninggalkan Truong, dia pun naik balik van tu.

Kitorang jalan kaki skit, pegi balik ke Viet Fun Hotel and check in. Diorang pun dah kenal kitorang, and this time dapat bilik 16USD dengan harga 15USD. Cun lah!

Lepas mandi, lepak jap. Petang baru keluar balik. Misi utama, menghabiskan duit Dong yang ada! Part ni I suka sebab I akan jadi sungguh tak keruan! Hahaha! First kitorang gi kedai t-shirt yang custom-made tu. Kelmarin dah tengok, satu helai 100,000Dong=RM24. Masa kitorang pilih-pilih, memang dia je satu-satunyer kedai yang buat baju camtu. Kalo jual kat uptown ni laku weh! Rupanya harga local pun sama, dia tak markup kat tourist. Sebab skang tengah trend “What the Pho?” and “I Love Pho”.
Memandangkan kitorang dah makan sardine hasil belian dari Hapro untuk dibawak ke atas kapal (tapi tak makan), kitorang dapat la berjalan lama skit malam ni. Kitorang ke arah Hoam Kiem Lake. Tetiba macam ramai sangat kat situ. Rupanya jalan tu ditutup, ada pasar malam. Dong Xuan namanya. Sebijik macam Petaling Street. Diorang jual barang-barang branded untuk locals.

Ada gak benti kat depan satu kedai ni, penuh ngan anak patung. Hubby cakap ada sorang blogger ni amik gambar berlatar-belakangkan anak-anak patung camtu, so kitorang pun try la amik se-shot dua. Haha! Siap lintas jalan, amik gambar dari seberang jalan tuh!
Patu kitorang amik gambar kat belon la, pagar la, ape la, tah pape. Saje nak buang masa. Then kitorang lintas jalan, pegi ke arah Hoam Kiem Lake. Lampu warna-warni menghiasi tasik tu, cantik. Ada la terdengar suara sorang makcik ni, dok amik gambar, cakap melayu. Ha M’sian la tu!
Then kitorang lepak tepi jalan. Masa ni nampak sorang laki late 40’s hantar sorang pompuan muda yang tak cun, dengan rambut kusut masai. Patu minah tu cam dapat duit, blah gi tempat lain.

“Hoih! Ni tempat amik antar pelacur ke?”
Patu ada lagi dua orang pompuan naik motor asing-asing, benti kat tempat yang sama. Kitorang saje la amik gambar hubby tengah mencangkung, diorang kat blakang. Tatau la diorang saje lepak ke apa kan. Sekali ada bas singgah.

“La…tang sini gak la dia nak benti!” rupanya bus stop!

Agak dah bosan, kitorang jalan ke arah satu-satunya bangunan besar warna putih, ada KFC kat situ. Tapi tak halal la kan. Then kitorang decide nak benti minum kopi kat Little Hanoi. Tapi sebab malas and mahal, tak jadi plak. Kitorang terus jalan balik ke arah hotel.

Dah nak sampai,

“Kita massage nak? I ada lagi duit ni nak abiskan!”

“Ha bleh gak…”

Sorang 50,000Dong je punnn! Dalam RM15 camtu. Kitorang masuk, naik tingkat satu. Bukak pintu, lampu malap. Ada sorang laki tengah di massage oleh sorang pompuan, laki tu tak pakai baju! Tapi lepas kitorang masuk, dia malu kot, dia pakai. Hahaha!

Kitorang duk atas kerusi yang sangat la empuk. Memang sedap. Rasa cam nak beli satu letak kat rumah (ya rightttt, sofa yang ada pun tak terduduk). Massage ni hanya 30minit. Kaki sahaja. Bau lotion tu sangat la sedap. Memang rasa cam nak tidur je kena urut. Nasib baik yang urut hubby tu laki :D hehehe.
Cukup 30minit, kitorang bangun. Tak minum pun teh tawar diorang kasi. Kitorang bayar, terus gerak balik hotel. Rasa segar siut! Memang tak syak lagi, pasni gi mana-mana pun WAJIB masukkan aktiviti massage dalam itinerary!More Pictures of :
Kayak, Bai Chay Tourist Wharf, Thang Long Restaurant, Ruby Emperor Souvenir Shop, dong Xuan Market, Hanoi City

(click here for Day 4 Album and see page 1-5)

6 holler:

Lily Riani said...

cam best jek overnight nye.... my fren said the same thing... but we were weary.

biqque said...

ye la, takut tu takut gak, tapi cam u have to buang rasa takut tu bila kat negara orang :D u shud try la...provided orang lain on board tu best and tak bosan la...

dibitz said...

tau la suka FT...

biqque said...

FT??? *pengsan*

Hulubalang said...

apa nama travel agent utk 2D/1N package halong bay tu yer?

Biqque said...

tak silap Queen Salute Cafe Travel. ada gambar kat post ni :

http://biqque.blogspot.com/2010/03/halong-bay-day-3-as-expected.html

guide dia ok, kelakar, tapi van tu slow la...yg bestnyer sbb atas boat tak ramai, so tak havoc sgt.

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog