Bangun pagi, pack barang, terus keluar pegi cari breakfast and tukar hotel. Maklum la, Especen Hotel tak kasi breakfast, plus tak halal plak tu kan. Takpe la. Kita tukar Viet Fun Hotel yang murah skit lagi, ada breakfast dan cantik. Bilik kitorang berharga 15USD=RM60. Ada internet free!
Plan arini lebih kepada sejarah dan literature. Ewah, paham ke kan? Kitorang jalan kaki ke jalan besar and naik cab. Seperti biasa, naiklah cab MaiLinh Taxi ye. First destination is Van Miew, Temple of Literature. Tempat ni dulu kira macam University la untuk orang-orang yang belajar pasal literature. Hasil-hasil penemuan diorang akan diukir kat batu besar empat segi yang dibawahnyer ada kura-kura besarrrrrr dok kendong. Tatau la apa yang tersirat. Tapi yang tersurat, memang camtu la bentuknyer.
Kat sini ramai gak pelancong, tak kira Asian mahupun European. Local pun ada, tah, bertenet kot. Rata-rata masuk sini sume sebab…sebab…tah tatau! Macam tokong cina je rupanya. So kitorang amik la gambar kat depan pintu gerbang sebesar alam tu. Memang dah macam kat China dah. Masuk dalam, ada satu lagi pintu gerbang, tapi kayu plak. Cantik. So kitorang amik gambar kat situ.

Lepas main entrance tu, kat kiri kanan ada dua kolam besar yang airnya berwarna ijau pekat. Tatau la ada ikan ke naga ke dalam tu sebab tak nampak langsung dasar. Lepas entrance pintu kayu tu, ada satu lagi kolam besar, kira cam kolam utama la kat situ. Pun kaler ijau pekat yang tak nampak dasarnya.



On the way nak keluar, kitorang pasang tripod and amik gambar berdua, senang skit. Orang tengok nganga je hahaha! Buat la aksi bersandar ke, nak terjun kolam ke ape ke, janji nampak best. Kat luar tu ada satu taman yang diorang buat bentuk naga dari pokok. Cantik gak. (Tah-tah betul ada naga dalam kolam ijau tu kan? Haha!)

Kitorang jalan kaki memandangkan tempat tu nampak dekat je dalam map. Tu senang ada map, ikut je mesti jumpa.
Sejam kemudian…
“Stadium?” “Stadium Vietnam ke? Tempat yang M’sia kalah tu ke?” main petik je sebut. Tah la stadium Negara ke tak, tah tak tau.
Kitorang benti jap kat kaki lima tangga luar stadium, lepak minum and makan roti sambil merenung kedai-kedai sukan di seberang jalan. Letih gak ikut jalan blakang ni, tapi full of experience. Lagi lawak, arini dah start panas. Kitorang dah la dua-dua pakai baju sejuk! Sume orang dah tak pakai baju sejuk! MACAM KENA TIPU JE SEMALAM SEJUK TAU! Buang karan je beli...
Agak dah recharge, bukak baju sejuk, kitorang jalan lagi. On the way nampak la kat celah-celah pokok, barber jalanan. Yes, betul nyer barber jalanan. Siap gunting rambut bawah pokok ala-ala mamak pokok ceri. Cool…siap ngan apron bagai. Haha! Patu ada sorang laki tua mengesot atas jalan, nak lintas. Lumpuh kaki dia. Bayangkan motor keta bleh elak je dicelah-celah, tapi tak marah pun. Punya la dah biasa. Tapi kesian la tgk pakcik tu…mesti homeless.

“Ni la kot…kita naik je dulu, then pegi belah depan…”
Sebuah bangunan tersergam indah, besar dan tinggi. Kitorang ikut koridor sampai la ke depan. Ada ramai orang.
“Huh? Tutup ke? Excuse me, what time the Museum will open?” kitorang tanya local yang buat duit dengan camera, amik gambar tourist.
“Now close. Open 2pm.” simple English.

Then kitorang terus jalan ke depan, ke arah Chua Mot Cot, or in English, One Pillar Pagoda. Cari punya cari, rupanya nun terperosok di belah kiri HCM Museum. Kecik je Pagoda nyer, tapi cantik la, antic. Kitorang amik gambar skit lebih kurang (sebab ramai sangat yang sembahyang kat situ) then kitorang benti beli magnet. Situ murah! 1USD for 2!

Mausoleum tu bentuknyer empat segi bertingkat. Memang macam bangunan Nirvana tu, tapi untuk sorang je, Uncle Ho. Ikut sejarah, Uncle Ho ni tanak pun diri dia diabadikan camtu. Dia nak, bila dia mati, bakar, abu dia tabur kat tiga tempat di Vietnam. South, Central, North. Tapi dek kerana terlalu mengagungkan Ho Chi Minh, rakyat Vietnam simpan mayat dia, yang mana setiap tahun, akan di hantar ke German for maintenance! Ha jangan main-main. 2 bulan lawatan ke Mausoleum tu ditutup, so tak yah pegi la, buang karan je.






Agak dah senja, kitorang patah balik jalan kaki, menuju ke arah Viet Fun Hotel. Sambil tu sempat la singgah beli souvenir untuk keluarga, sebab ada satu kedai ni amik RM. Dia biasa dapat customer dari M’sia katanya. Tadi dah beli topi askar Vietnam kat HCM Museum untuk Abah, Abang, Abang Ngah. Kali ni beli face mirrors, sling bags plak buatan Vietnam untuk Makcik, Kak, and Kak Ngah.

More Pictures of :
Van Miew, HCM Museum, One Pillar Pagoda, HCM Mausoleum, Tandor, Ly Thai To
(click here for Day 2 Album and see page 1-5)

4 comments:
alllaaa.... i didnt go the pagoda thing the last time... excuses to go again... kena pinjam buku hikmat nampak gaya ni.
hahaha sanggup ke nak pegi lagi tempat yg sama lily? hahaha!
bkn Jerman, tapi Rusia. kasi mekap itu mayat.
haah silap info, Russia :D
Post a Comment