Nuffnang Latest

Friday, March 5, 2010

Hanoi - Day 1 : Out of Expectation (Part 1)

“Sape nak antar kita sok pagi ni?”

“Hmm…try mintak tolong Meor la…kita suh dia tido umah kita, sok pagi antar, kita bayar la dia…”

“Ha ok la gitu…”

Makanya keesokan paginya, sebelum subuh lagi kitorang dah bangun and berangkat ke LCCT. Lepas antar, Meor terus pegi keje. Terima kasih Meorrrrr!

6.30am tepat, kitorang berlepas…wah, tak delay! Dalam flight, kitorang kebulur sebab menunggu makanan. Dapat je makanan, terus makan tak sedar diri sebab dah bertekad, lepas makan nak tido. Maklum la, perjalanan ke Hanoi kali ni 3 jam (Hanoi lambat 1 jam dari M’sia.)
Agak dah nampak fajar menyinsing, matahari mula naik. Terpaksa tutup tingkap sebab direct sangat cahaya nyer. Tido balik.

“Cuaca diramalkan hari ini cerah dengan suhu 17 darjah celsius…blablabla” kata pilot.

Cerah? Awan tebal cam suram je ni! Landing je kat Noi Bai International Airport, kitorang terdiam.

“Ni kabus ke, jerebu ni?”

Dalam hati dah menyumpah sebab takut gambar tak cantik. Keliling airport tu tak nampak apa! Kawasan sawah padi yang terbentang luas tu pun sayup-sayup tah kat mana mula dan kat mana hujungnya.
Kitorang berjalan keluar dari kapal terbang, menuju ke Immigration untuk isi Arrival Card. Masa ni kitorang dah pandang keliling.

BERBEKALKAN BAJU LENGAN PENDEK (hubby even worst, he wore short pants) KAMI KESEJUKAN! HOI! SINI MUSIM SEJUK KE???

Ok, kita imbas kembali. Masa kitorang check internet, Hanoi nyer climate for February was, min temp=15, max temp=20. And approaching March (since kitorang pegi end of Feb), gradually akan bertukar panas.

Tapiiiiiiiiiii kenapa sejukkkkk? 17 darjah celsius pun sejuk gedi? Lagi celaka, bila semua orang Locals and Tourists, PAKAI BAJU SEJUK ala-ala winter attire tu siap ada yang pakai leather jacket and trench coat!
Kami? Hanya t-shirt lengan pendek, yangmana mampu berpeluk tubuh menggeletar dan ditertawakan oleh orang sekitar. Shiat!

Tak cukup dengan itu, melangkah keluar je dari airport, berkoyan-koyan orang menunggu kat arrival hall bersama bunga dan nama (tapi bukan untuk kitorang hehe) dengan pakaian berbulu musim sejuk mereka yang mengalahkan warga Tibet.

“Kita KENA beli baju sejuk esok! Haihhhhh kalo tau, bawak je dari M’sia. Tak yah buang duit!”

“Takpe, kita beli yang paaaaaaaaaaling murah…”

Dengan tidak membazirkan duit menaiki teksi, kitorang pun naik shuttle bus ke Old Quarter. Memang purposely cari hotel kat situ sebab bas tu akan berhenti kat situ sebagai perhentian terakhir. Harga? 2USD per head.

Agak sejam lebih jugak perjalanan dan kitorang lalu banyak highway yang ada sawah di kiri kanan jalan. Tu sume tu di export ke M’sia la tu. Sedap? Nanti I cite ok. Apa yang menarik perhatian, banyak sungguh motor yang bawak lebih muatan. Ada yang bawak bihun, kotak, beg, sayur, u name it. Itu la mode of transport diorang dengan kepadatan 6juta orang bernisbah 3juta motor. You do the math!
On the way, ada nampak Petronas. Sonok jap tengok. Patu ada lalu a part of Mekong River yang sangat luas dan bosan. Tah camne la orang ikut trip Sungai Mekong tu kan. Ada yang kata memula best, agak sejam tu dah keras bontot, dua jam dah rasa cam nak terjun, tiga jam rasa nak balik, empat jam terus menyumpah diri sendri.

Kitorang masih dalam keadaan terkejut beruk sebab kabus masih tebal. Baru kul 10am…tapi takkan la 10am still ada kabus? Hmm…takpe, tunggu masuk town. Masuk town, agak cerah. Tapi macam rintik-rintik. Tatau la nak kata embun ke hujan ke, tapi orang tak pakai payung and jalan tak basah.

Sampai kat perhentian terakhir, pemandu bas tu suh kitorang turun. Turun-turun je terus nampak satu park yg penuh dengan bebola bunga buatan. Wah bahasa! Masa ni, ramai sungguh la penarik beca yang offer mana nak pegi.
“No, no, thanks…”

Cukup la kena ripped off kat Saigon dulu, dah tau sangat dah peel diorang ni. Kata murah, harga charge ikut tempat, tapi rupanya ikut jam. Takpe la, sekian terima kasih ye pakcik. Kitorang jalan kaki je.

Berbekalkan ‘Buku Hikmat’ (Trip Cookbook buatan sendri), kitorang jalan kaki from Vietnam Airlines nyer kedai, cari St. Joseph Cathedral. Sebab Especen Hotel tu blakang church tu. Tanya tukang kebun tepi jalan, tak tau cakap English plak. Last-last kitorang tanya orang dalam kedai Vietnam Airlines tu. Dia pun tunjuk la jalan.

Nasib baik la bahasa Vietnam ni kita bleh eja macam bahasa melayu, walaupunnnn bunyinya sebenarnya tak sama. But at least, kita bleh blasah la sebut kan. Bukan cam Thailand, tulisan dia je dah tak paham.

Pusing punya pusing, akhirnya sampai ke church tu. Memang macam dalam internet, rekabentuk dia sangatlah gothic abis. Kitorang amik gambar skit. Then gerak cari hotel.
“The Especen Hotel is located at Ngo Huyen Road.”

Ok, ikut map, kitorang ada la lalu Hoam Kiem Lake, tasik kedua terbesar dan glamer kat Hanoi city tu. Ada satu pagoda kat tengah-tengah tasik, tapi nanti dulu, kita cari hotel dulu ye.

Akhirnya, kitorang sampai ke satu lorong (macam lorong blakang kedai) and nampak la sebarisan hotel dan backpackers hostel. Ha memang ramai la omputih kat sini. Betul lah ni tempatnya.

Before kitorang check in kat Especen, kitorang ada la tengok satu hotel ni, Viet Fun Hotel. Bilik pun menarik, tapi sebab dah book Especen, kitorang tak amik la. Bila kitorang check in Especen, rupanya takde breakfast. Patu bilik cam biasa-biasa je la. Alamek!

“Tak pe la, sok kita cari hotel lain…ha…kita bleh la merasa sume hotel kat jalan ni…”

Lepas letak beg, kitorang keluar. Singgah kat satu mart, beli donut 4 ketul. Maka bermulalah sesi mencari tinggalan sejarah. First POI (places of interest) yang tercatit dalam buku hikmat, is Hoa Lo Prison. Banyak sejarah penjara ni. Ramai pejuang kebebasan ditahan masa zaman French occupation dulu. Bila Americans datang, diorang kena tahan, tapi dapat lebih layanan yang bagus, compared to locals. Tak adil kan?
Masuk kena bayar, 10,000Dong=RM2. Murah kan? Dari luar, macam penjara biasa je la. French kasi nama Maison Centrale. Macam-macam ada kat dalam tu, tapi tak brapa banyak sangat la. Basically menunjukkan bagaimana suasana dan kehidupan penjara tu dulu. Semua banduan dipasung kat kaki, dalam keadaan duduk beramai-ramai dalam satu hall atau bilik. Kira bleh sembang la. Tapi mana-mana banduan yang kira cam hebat la kesalahan dia, akan duduk dalam cell sorang-sorang. Still kaki dipasung, but adjustable…kira nak seksa, kena ketatkan lagi dan lagi dan lagi.
Antara barang yang ada is guillotine, benda paling popular la untuk chop off kepala banduan. Patu diorang berak secara open. Taik terus masuk ke baldi. Sebabnyer? Sebab pernah ada banduan yang escape melalui sewerage system, yang luasnyer hanya sebesar stereng kereta. Siap kerat lagi bar tu sejengkal, then try lepaskan diri. Believe it or not, diorang berjaya tau! Patu siap kena tangkap tak lama kemudian, masuk balik penjara.

How they got escaped? Ada pelawat yang datang bawakkan asid la, parang la, tah camne leh lepas pun tatau. Kat dalam ni jugak ada video pasal perjuangan kebebasan ni melawan French as well as government pada waktu tu. Ada jugak footage how Americans been treated. Siap dapat makan roti, main snooker, bleh potong rambut, bleh jalan sana sini, tanpa kaki dipasung. Locals? Kurus keding. Sian sungguh.
Kat satu laman penjara ni ada satu pokok almond besarrrrr tanpa daun. Tatau memang takde daun sungguh ke or sebab musim sejuk. Kira pokok ni banyak gak la berjasa dengan hasil dia, kepercayaan dia. Ada jugak lukisan tembaga hasil kerja tangan banduan, terpampang kat dinding, menggambarkan akan kekurusan banduan dulu and how they got tortured. Dalam tu jugak ada nama-nama, gambar-gambar, and pakaian banduan yang top/glamer masa tu. Muka sume cam pesawah padi, tapi hebat. Haha.

Last skali, ada satu ruang tatau untuk apa, kat dinding tu ada ukiran banduan kurus, patu ada tempat sembah. Tatau la diorang sembah apa, ke baca doa untuk orang mati ke, ape ke, kitorang tatau sebab takde info. Belasah je la amik gambar and blah dari situ.

More Pictures of :

Airport, On the way, Especen Hotel, Hoa Lo Prison
(click here for Day 1 Album and see page 1-4)


2 holler:

Anonymous said...

Hi! I dont know Malay so I have to read your post by using Google Translate. Seems you had a good time there in Hanoi. North Vietnam is the only major region in SEA that features a subtropical climate, and due to high humidity, chilly wind and lack of sunshine, it can be really cold in Hanoi in winter, nevertheless the temperature can just drop down to 6oC (which looks not very cold at all).

And Hanoi is located thousands of km away from the Mekong river in the south. The Hanoians dont have any idea of the lifestyle there, it is, just another world far away.

cheers,
nhd

Biqque said...

hi nhd, i have yet to re-post some of my post in english. apologize that u have to use google translate and i bet, lines went haywire :)

anyway, ya, i had fun there exploring hanoi but i didnt explore mekong river. maybe next time :)

tx for reading :)

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog