Nuffnang Latest!

Monday, October 28, 2013

Jaket Travel Ala Budak Kolej

Dah lama rasanya tak travel ke oversea…takpe, ada hikmahnya ni (cuba tenangkan diri sendiri hahaha!) Lagipun kitorang baru je lepas selesai Home Makeover Palmiera Cacatoos Part 1. Memang agak rabak la poket kan kalo cite pasal hias rumah. Ok la, tukar topik nak berangan skit.

Seronoknya travel oversea ni sebab aku jenis yang suka sangat beli baju baru semata-mata untuk nampak cantik dalam gambar. Setiap trip aku semuanya takkan ulang baju yang sama sebab nanti bila nak letak gambar kat dalam blog atau “Wall of Frame” kat tangga rumah (ye, aku tak panggil Wall of Fame sebab memang situ tempat gantung frame pun), nampak bertukar-tukar la skit bajunya kan. Hehehe.

Perangai ni aku serapkan jugak kat hubby aku walaupun dia ni tak suka spend untuk benda yang dia rasa tak perlu. Tapi haritu untuk pegi ke Sydney, aku tension la sebab dia still nak jugak pakai jaket hitam yang slalu sangat dia pakai tu. Menyampah ok! Pegi Korea jaket tu, pegi India jaket tu, pegi mana tah lagi still jaket tu jugak.

 

So, seminggu sebelum kitorang pegi Sydney, aku try la google gambar jaket yang sesuai untuk hubby. Walaupun musim Spring, angin kat Sydney ni kalo meniup kencang, mau sejuk jugak satu badan! Jaket yang dicari-cari untuk hubby kali ni kalo bleh aku nak yang ada warna terang skit la supaya nampak lebih ceria.

Aku google senang jer, college football jacket. Hahaha! Skali keluar la gambar-gambar jaket kolej ala-ala omputeh tu kan. Memang aku berkenan sangat! Tapi aku tak sure la plak brapa harga jaket camtu. Banyak la website aku masuk. Belek punya belek gambar ada la satu tu warna kuning nama Varsity Jacket jual kat Zalora Malaysia dengan harga RM89. Lor…ada jual kat sini rupanya!


Masalahnyer tak sempat la pulak nak tunggu delivery! Patutnya awal-awal lagi aku dah order online jer…pfft! Sebab dah tak cukup masa nak mencari, kitorang pun pegi la ke shopping complex yang dekat dengan rumah untuk cari jaket yang lebih kurang macam jaket tadi. Berdesup ha hubby drive sebab sonok sangat nak shopping katanya. Ye lah, aku plak janji nak bayo…cis!

Yang best nyer, tak sangka la plak bleh jumpa yang skit lebih kurang macam jaket yang aku nak tu! Cuma kalernyer terbalik! Instead of baju tu kuning, yang ni tangan nyer kuning. Hahaha! Tapi agak unik sebab ada huruf “S” kat baju tu, sesuai la dengan nama hubby. Suka sangat! Hubby pun apa lagi, try la, ada size dan murah plak tu. Untungla ada orang belanja…


Masa kat Sydney, bila tengok hubby pakai baju tu keluar dari Malaysian Hall, terasa macam alahai muka budak Universiti plak hubby aku ni. Nampak muda jer dengan jaket kaler kuning dan kasut hi-cut Adidas dia tu. Bila tengok balik gambar-gambar kat sana, memang menarik la jaket tu sebab kaler kuning tu naik sangat! Tak sia-sia beli ha!

 
 

Haih bila nak shopping lagi ni?? Negara mana plak yang aku nak terjah ni? Of course la yang sejukkkkkkk gitewwww…hmmm…

15 comments:

just.HY said...

nice sweater! kdg2 ade gak terpikir nk beli mcm budak2 basketball pakai tu. nmpk mcm cool giler~ suka kaler maroon+grey tu. hahah

tp jaket hitam msti ada dalam almari wlpn 1. ;)

Anonymous said...

I always wanted to have one of these baseball / uni jacket kind of type! Xyah holiday sangat. Lepak je dulu. Hahaha. Ni kan masa-masa yang perlukan you untuk bertenang.

Unknown said...

Jacket tu memang akan menampakkan semua macam budak kolej kan. Kalau ko duk sibuk shopping baju baru for each trip, aku koya beli tudung baru. Penyakit sangat.

Diana Diane Teo said...

Even now husband ikut Biqque berfashion-fashion di oversea. Hahaha. Itu jacket baru memang look very smart and makes your husband look more younger ;)

Ren said...

Nak sebuah plis!

Cik-Anne said...

weols beli jacket camtu kat SYdney...hihihihi...btw salam blogger

hairi said...

"Setiap trip aku semuanya takkan ulang baju yang sama sebab nanti bila nak letak gambar kat dalam blog atau “Wall of Frame” kat tangga rumah, nampak bertukar-tukar la skit bajunya kan. Hehehe."

Aku pun ada pemikiran macam ni. Haha.

k.e.r.i. said...

Serupa lah pemikiran kita.

Aku rasa ko patut serapkan pemikiran macam ni kat Jard lah kak.

HAHA.

Biqque said...

john, nanti jgn lupa dptkan satu ye :) *hint hint!*

zaraab, tgh menenangkan diri gak ni hahahaha...

bibie, uih skang tudung lagi la tak leh cakap...warna-warni je aku amik! hahaha!

diana, he has too! else, nanti gambar tak cun :D

janggel, sila dapatkan!

cik anne, ha kat paddy's market ada :)

hairi, haruslah kan demi nak gambar lain2 setiap trip hehe!

keri, WAJIB ni suh jard melawa! hahaha...

Nanatron said...

sama prangai lah kita. dok plan baju apa nak pakai hari pertama, hari kedua, hari seterusnya. apa yang tak cukup, beli! skang ni baju anak pun aku beli just for the sake of pictures nampak cantik! :D

Biqque said...

nana, betul2...dah siap dah day 1 day 2 pakai apa, senang kat sana tak terpinga2 nak tenung baju, buang masa! hahaha...insyaAllah sok baju anak plak :)

Unknown said...

zaman uitm dulu ada sehelai..hahaha

Biqque said...

na, ada lagi kah jaket itu hahaha...

Senang Travel said...

sweater monster university.. kasi hubby haa..

Biqque said...

mr pilot, menarik kan sweater tu! hehehehe! fraternity sgt!

Subscribe To This Blog