Dah lama rasanya tak travel ke
oversea…takpe, ada hikmahnya ni (cuba tenangkan diri sendiri hahaha!)
Lagipun kitorang baru je lepas selesai Home Makeover Palmiera Cacatoos Part 1.
Memang agak rabak la poket kan
kalo cite pasal hias rumah. Ok la, tukar topik nak berangan skit.
Seronoknya travel oversea ni
sebab aku jenis yang suka sangat beli baju baru semata-mata untuk nampak cantik
dalam gambar. Setiap trip aku semuanya takkan ulang baju yang sama sebab nanti
bila nak letak gambar kat dalam blog atau “Wall of Frame” kat tangga rumah (ye, aku tak panggil Wall of Fame sebab memang situ tempat gantung frame pun),
nampak bertukar-tukar la skit bajunya kan. Hehehe.
Perangai ni aku serapkan jugak
kat hubby aku walaupun dia ni tak suka spend untuk benda yang dia rasa tak
perlu. Tapi haritu untuk pegi ke Sydney,
aku tension la sebab dia still nak jugak pakai jaket hitam yang slalu sangat
dia pakai tu. Menyampah ok! Pegi Korea
jaket tu, pegi India
jaket tu, pegi mana tah lagi still jaket tu jugak.
So, seminggu sebelum kitorang
pegi Sydney,
aku try la google gambar jaket yang sesuai untuk hubby. Walaupun musim Spring,
angin kat Sydney
ni kalo meniup kencang, mau sejuk jugak satu badan! Jaket yang dicari-cari
untuk hubby kali ni kalo bleh aku nak yang ada warna terang skit la supaya
nampak lebih ceria.
Aku google senang jer, college football
jacket. Hahaha! Skali keluar la gambar-gambar jaket kolej ala-ala omputeh tu kan. Memang aku berkenan
sangat! Tapi aku tak sure la plak brapa harga jaket camtu. Banyak la website
aku masuk. Belek punya belek gambar ada la satu tu warna kuning nama Varsity Jacket jual
kat Zalora Malaysia dengan harga RM89.
Lor…ada jual kat sini rupanya!
Masalahnyer tak sempat la pulak
nak tunggu delivery! Patutnya awal-awal lagi aku dah order online jer…pfft! Sebab
dah tak cukup masa nak mencari, kitorang pun pegi la ke shopping complex yang dekat
dengan rumah untuk cari jaket yang lebih kurang macam jaket tadi. Berdesup ha
hubby drive sebab sonok sangat nak shopping katanya. Ye lah, aku plak janji nak
bayo…cis!
Yang best nyer, tak sangka la
plak bleh jumpa yang skit lebih kurang macam jaket yang aku nak tu! Cuma
kalernyer terbalik! Instead of baju tu kuning, yang ni tangan nyer kuning. Hahaha!
Tapi agak unik sebab ada huruf “S” kat baju tu, sesuai la dengan nama hubby.
Suka sangat! Hubby pun apa lagi, try la, ada size dan murah plak tu. Untungla ada
orang belanja…
Masa kat Sydney, bila tengok hubby pakai baju tu
keluar dari Malaysian Hall, terasa macam alahai muka budak Universiti plak
hubby aku ni. Nampak muda jer dengan jaket kaler kuning dan kasut hi-cut Adidas
dia tu. Bila tengok balik gambar-gambar kat sana, memang menarik la jaket tu sebab kaler
kuning tu naik sangat! Tak sia-sia beli ha!
Haih bila nak shopping lagi ni?? Negara
mana plak yang aku nak terjah ni? Of course la yang sejukkkkkkk gitewwww…hmmm…
nice sweater! kdg2 ade gak terpikir nk beli mcm budak2 basketball pakai tu. nmpk mcm cool giler~ suka kaler maroon+grey tu. hahah
ReplyDeletetp jaket hitam msti ada dalam almari wlpn 1. ;)
I always wanted to have one of these baseball / uni jacket kind of type! Xyah holiday sangat. Lepak je dulu. Hahaha. Ni kan masa-masa yang perlukan you untuk bertenang.
ReplyDeleteJacket tu memang akan menampakkan semua macam budak kolej kan. Kalau ko duk sibuk shopping baju baru for each trip, aku koya beli tudung baru. Penyakit sangat.
ReplyDeleteEven now husband ikut Biqque berfashion-fashion di oversea. Hahaha. Itu jacket baru memang look very smart and makes your husband look more younger ;)
ReplyDeleteNak sebuah plis!
ReplyDeleteweols beli jacket camtu kat SYdney...hihihihi...btw salam blogger
ReplyDelete"Setiap trip aku semuanya takkan ulang baju yang sama sebab nanti bila nak letak gambar kat dalam blog atau “Wall of Frame” kat tangga rumah, nampak bertukar-tukar la skit bajunya kan. Hehehe."
ReplyDeleteAku pun ada pemikiran macam ni. Haha.
Serupa lah pemikiran kita.
ReplyDeleteAku rasa ko patut serapkan pemikiran macam ni kat Jard lah kak.
HAHA.
john, nanti jgn lupa dptkan satu ye :) *hint hint!*
ReplyDeletezaraab, tgh menenangkan diri gak ni hahahaha...
bibie, uih skang tudung lagi la tak leh cakap...warna-warni je aku amik! hahaha!
diana, he has too! else, nanti gambar tak cun :D
janggel, sila dapatkan!
cik anne, ha kat paddy's market ada :)
hairi, haruslah kan demi nak gambar lain2 setiap trip hehe!
keri, WAJIB ni suh jard melawa! hahaha...
sama prangai lah kita. dok plan baju apa nak pakai hari pertama, hari kedua, hari seterusnya. apa yang tak cukup, beli! skang ni baju anak pun aku beli just for the sake of pictures nampak cantik! :D
ReplyDeletenana, betul2...dah siap dah day 1 day 2 pakai apa, senang kat sana tak terpinga2 nak tenung baju, buang masa! hahaha...insyaAllah sok baju anak plak :)
ReplyDeletezaman uitm dulu ada sehelai..hahaha
ReplyDeletena, ada lagi kah jaket itu hahaha...
ReplyDeletesweater monster university.. kasi hubby haa..
ReplyDeletemr pilot, menarik kan sweater tu! hehehehe! fraternity sgt!
ReplyDelete