Dari kecik, arwah mak dengan abah suka bawak kitorang jalan-jalan. Sebab tu la kuah tu tumpah kat kitorang adik-bradik, paling teruk kuah tu tumpah, kat aku la (Allah, kuar town Tepen tu pun aku suka...apetah lagi ke luar negara.) Since kitorang duk Tepen, tempat happening yang paling dekat memang Penang lah. Penang kan heaven dari dulu sampai skang. So, almost every year, kitorang mesti pegi Pesta Penang, without failed.
Alah, Pesta Penang je ke?
Tak. Sampai Penang jer, terus ke Bukit Bendera la, Tangga Seribu la, Padang Kota la, u name it. Balik Pulau pun penah. Lepas dah terjah sume tempat ni (berjuta kali tapi masih sonok), kitorang akan camping tepi pantai, pasang khemah kain terpan (yang kaler biru oren tu, macam kat pasar malam dulu-dulu), ikat kat depan dengan blakang keta, hampar tikar, ha berguling la anak-beranak kat situ. Pasir tak pasir, tak pedulik dah masa ni. Makan tak perlu risau sebab almost sume family yang camping kat situ bawak dapur, patu masak. Siap bleh bau lagi orang sebelah masak apa. Yang budak-budak ni plak akan mandi laut dari pagi sampai petang sampai kecut, patu malamnyer baru pegi Pesta Penang.(Aku tatau la skang ada lagi ke tak Pesta Penang ni...if ada pun, maybe dah tak best cam dulu.)
Zaman 80an tu, orang camping secara besar-besaran ala-ala hippies. Sometimes, family yang sama jugak kitorang akan jumpa tiap-tiap tahun. Kira dah boleh tau la tu tempat sapa, so ko jangan la gatai nak amik. Hahaha! Zaman tu takde fesbuk, so tak leh la nak confirm tarikh apa ko nak pegi dengan harapan dapat jumpa kawan lama. Tapi semua orang macam dah tau la tarikh apa yang sesuai untuk lepak kat situ, sebab Pesta Penang ni sebulan lamanya. Paling best nak pi, dah hujung-hujung tahun.
Pesta Penang ni standard macam pesta bodo-bodo la, tapi kira raja segala pesta kat kampung-kampung tu. Ada la buaian pusing, tikam-tikam, baling tin, baling gelang dalam botol, rumah hantu semua tu. Rumah hantu plak siap mamat-mamat muda yang jadi hantunyer. Silap pegang, kena katuk ngan jantan lain. Tapi yang paling gempak adalah, konsert rock! Jangan tak caya, Search, Wings, May, semua turun ok. Senang-senang je ko nak bergambar dengan diorang. Aku ni pulak, dari kecik, arwah mak aku suka hulur aku naik stage, nyanyi. Ya Allahhhhhh...aku plak tak reti malu! Takut tu takut la, tapi nak nyanyi jugak. Masa ni aku membesar dengan kakak si Farawahida (penyanyi kulit hitam manis tu). Family dia memang sume pandai nyanyi. Diorang duk sebelah umah aku.
Bapak dia memang suka masukkan anak-anak dia dalam pertandingan nyanyian. Ada satu pesta kat Tepen ni, aku pun masuk la. Dengan pakai baju hip hop Chicago Bulls serta jaket merah, rambut letak gel ala-ala kembang kiri kanan ada ekor macam Ruhil (pengaruh kakak aku la masa ni), sluar trackbottom, pakai slipar. *curlust ko maria* Bdk2©. Aku mintak lagu Norshila Amin – Kad Ucapanmu. Lagu sedih, tapi nyanyi kat pesta...bleh???
Aku pun nyanyi la dengan penuh perasaan sampai terkuar urat tekak. Aku berjaya hit high note. Orang pun tepuk tangan. (Yang tak tepuk masa tu mesti tengah sibuk main baling tin.) MASA NI AKU DARJAH 6 OK! Patu dah abis, dapat la hadiah cam complimentary la. SEKATON ROKOK SALEM! Bleh??? Sebab Salem yang taja konsert malam tu, ada Search, Fabian, Dinamik, perghhhh sume nama-nama kumpulan Rock zaman tu la. Aku amik kotak rokok tu dengan muka blur. Aku turun stage, aku kasi kat bapak aku. Hahaha! Pengaruh tak baik sungguh! Dah la bagi rokok bapuk!
Haih...aku ni banyak cite kelakar zaman kanak-kanak...nak-nak aku hidup membesar pada zaman 80an...bebila aku bukak balik semua cite-cite bengong tu. Hahaha!
Berbalik pada cite Penang tadi. Arwah mak aku orang Sungai Kecik, pak aku orang Simpang. So, laksa Penang, pasembor, nasik kandar tu dah memang ada dalam darah aku. TAPI, aku hanya akan cari laksa makcik kat Tanjung Bungah je. Bertahun aku makan laksa makcik ni. Makcik ni dah arwah, skang anak-anak dia sambung. Dulu roda tiga jer, skang lori kecik. Betul-betul kat satu corner ke Batu Feringhi jalan besar ni, ramai orang meniaga. Ha, sape yang pegi Penang, sila la benti situ ye. Laksa dia yang buatkan sedap tu sebab dia tabur bunga kantan. Siap letak otak/petis udang. Perghhhh! Tak nama Biqque la kalo tak 3 pinggan siap bungkus lagi 2!
Kalo nasik kandar plak, kitorang akan pegi Line Clear. Memang yang glamer slalunyer nasik kandar beratur, tapi Line Clear ni best sebab dia ada telur sotong. Penah makan? Dia cam bulat-bulat putih tu. Huihhhhh! Sedapnyerrrrr! Meleleh ayaq liuq! Tapi untuk orang berlagak tak suka tempat sempit and tepi lorong, tak yah pegi la ye. Kang tengok mamak tu lipat kain pelikat dia, tak lalu plak. Hahaha!
Pasembor plak slalunyer kitorang akan makan kat Padang Kota. Kat situ jugak ada sotong bakar. Sambil-sambil makan, abah aku akan pancing ikan. (Pak Ein kaki pancing hardcore siap ada boat fibreglass yang dia tambah stereng sendri. Sape nak merasa, meh datang umah aku.) Paling kelakar, ada orang tanya, ada ikan ke pakcik? Dia akan jawab, tengok la...kadang-kadang ayam, kadang-kadang kambeng. Bleh? Hahaha! (Tiga suku tu jugak la aku dapat dari abah aku. Gengster Tepen pun ye gak. Tu yang susah kalo kuar Tepan dulu, orang kenal sebab hidung aku sebijik hidung dia.) Tapi saban tahun ke tahun, makin mahal kat area tu sebab Padang Kota tu dah jadi cam tourist trap. So kalo pegi pun, dak tak feel cam dulu.
Penah dengar cucuk-cucuk? Bukan cucuk-cucuk macam kat KL tu, yang cicah kuah kacang tu. Bukan. Ha, ni satu benda yang tak semua orang tau. Cucuk-cucuk ni hanya ada kat Pantai Bersih, tepi dermaga feri kat Seberang Perai tu. Yang jual tu pakai roda tiga jer. Dia cam cucuk buah-buahan, telur, sotong, timun, patu cicah dengan kuah rojak. Ada pedas, ada tak pedas. Sesuai untuk seisi keluarga. MasyaAllahhhhhh...menitik-nitik kuah rojak tu kena kasut pun ko tak sedar! So far, still ada sampai skarang. Pegi la try.
So seperti tahun-tahun lepas, tahun ni kitorang plan lagi. Last 2 years,
Pangkor. Naik banana boat siap dapat lama sampai orang lain komplen, apsal kitorang dapat lama.
Pak Ein special maaaa. Last year pi Genting. Terketar-ketar sejuk sampai tido pakai jaket dua lapis. Indoor je dah cukup gempak sebab rollercoaster tu je dah penuh ngan family aku.
So this year, kitorang pilih Penang untuk mengimbau kenangan lama (padahal tiap-tiap tahun pegi.) Tapi akan shoot ke Padang Besar dulu (tempat mak pak beli periuk, orang muda beli baju/sluar branded grade A), then baru gi Penang. Ikutkan, nak je explore tempat yang orang tak penah explore lagi macam British Detention Camp kat Batu Maung, Penang Fort, Japanese Detention Camp, yang kuar dalam Hidden Cities tu. Tapi bawak budak-budak ni susah. Kang ada yang tak balik kang. Hotel pilihan kali ni pulak ialah Copthorne Hotel, sebab swimming pool dia besar, and ada private beach. Tu je yang available 7 bilik dengan kadar relevant (cuti skolah weh), patu puas hati dengan facilitiesnya. Bleh la kitorang conquer hotel tu nanti.
Harap-harap this year akan menceriakan lagi Family Day aku. Family aku rapat, so kitorang memang sayang each other. Nak-nak aku kadang sponsor tu ini, lagi la sayang diorang kat aku kannnn *tangan kat dada, mata ke atas* Fatt©. Tak sabar betul aku nak buat game gila-gila kat orang tua dengan budak-budak! *Setan mode*