Nuffnang Latest!

Thursday, December 15, 2011

Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang

Lepas makan laksa yang sedap itu, kitorang pun teruskan perjalanan. Plan asal, nak pegi Kek Lok Si la, Reclining Buddha la, Rumah P.Ramlee la, kita tengok je la nanti, yang mana yang kena terjah. Hahaha! Buat masa sekarang, dek kerana hubby NAK sangat tengok Empangan Teluk Bahang (dia bangun awal pagi tu, drive keta sorang-sorang pegi cari tempat tu, tapi tak jumpa).

Kat mana empangan ni? Atas pada Batu Feringghi, ke arah Balik Pulau. Untuk sampai ke Balik Pulau, bersedialah untuk layan corner macam rempit touching lutut seret tongkat berapiii je atas jalan. Tapi sebab kitorang naik keta, layan lentok atas seat je la. Jangan la ada yang muntah. Dulu masa aku kecik-kecik, aku akan baring dan tengok langit. Sebab itu je benda yang tak bergerak. (Ye, aku motion sickness ya amat. Kalo laut, aku tak mabuk.)

Dalam dok layan corner ni, aku tengok side mirror, kepala Sami dah terjengol keluar tingkap keta Skin! Uih budak ni layan angin ke! Kiri, kanan, kiri, kanan, sonok betul dia. Mau gugur jantung Skin kalo terpelanting keluar. Tapi Sami cute gile!

Sampai satu tempat ni, nampak Taman Rimba Teluk Bahang belah kiri. Kat depan, ada satu bukit tinggi, siap tangga untuk naik ke atas. "Ha, ni la empangan tu..." kata hubby sebab seronok sangat, akhirnya jumpa juga tempat tu.
Kitorang benti di sebalik tepi empangan tu, betul-betul kat pintu masuk dia. Masa ni masyaAllah punya la panas terik! Nak terbakar je kulit lengan, kaki, kepala. Gagah jugak la berposing sebab aku tak rasa aku akan datang lagi tempat ni. Empangan ni lebih kurang macam Empangan Batu kat Hulu Langat. Allahhhh...empangan mana yang takde batu ye dak. Tapi cun gak la tempat ni. Ada seketul menara di situ.

Dah tak tahan sangat dengan kepanasan yang melampaui minda, kitorang teruskan lagi untuk membuat satu pusingan Balik Pulau, menuju ke War Museum kat Batu Maung. Actually kalo masih berada di Penang Town, lagi dekat pegi ikut arah Bayan Lepas. Kira ke arah Jambatan Pulau Pinang la. Tapi since kitorang dari Batu Feringghi, maka membuat satu pusingan jugak satu keseronokan sebab jalan ni banyak orang jual durian. (Tapi tak benti pun! Cis!)

Kitorang sempat benti kat satu stop ni, betul-betul parking tepi jalan (so jaga-jaga la ye) dimana kita bleh tengok pemandangan di sebalik Penang. Ye, hutan semata-mata. Dah la tu, langit tak biru langsung. Walhal tiga hari dah tak hujan. Masa kitorang pegi la nak hujan pun kan. (Panas marah, hujan marah, ni la manusia!)
Bunga kuning?

Ko pun nak jugak bangggggg? (Ye, bukan senang nak tengok abang aku buat lawak.)

Patu ada gak Kilang Buah Pala dah Air Terjun Titi Kerawang. Kitorang tak benti pun sebab nanti akan ke Chowrasta jugak.

Ok jap jap, ni part paling best! Aku sengaja je suh anak sedara aku amik gambar ni. Cuba tengok signboard tu. 
Aku rasa Abang G si Fatt tu la yang conteng! Hahaha!

Ada la dekat sejam perjalanan yang bengkang-bengkok. Aku tengok seat blakang, sume dah pengsan. Sian plak tengok 4 orang terlentok-lentok with each other. Kalo la Acu korang ni ada keta "roti benggali bergerak" (Starex), kan senanggggg...
 
 

5 comments:

Ren said...

Gamba sami kuar pale kat tingkAp yg black n white tu sangat super cantek ye... Suka!!!!

Aku tak penah pulak pwgu empangan tu.... Hnnn kene ripit penang ni.

hanie said...

empangan tu..dekat jugak la dengan kampung ceq.. tp mmg hangat meletit kl pi tgh hari. hahahaha

Biqque said...

janggel, masa aku tgk dia live sambil kepala dok layan angin, comel sungguh! ala, kalo tak kerana family, tak tau la sampai ke tak...tapi best gak explore tempat2 gini...

hanie, ya ka? awat tak habaqqqq kalo dak, bleh singgah makan nasik panaih! hahaha!

Ely Hasrul said...

sami sonok gile kuar kepala gitu. wind blow dia katanye.. penat aku nk memegangnye.. patu bile dia tau ko amik gambo dok jerit la auntie biqqqqqq hahahaha...

jenuh gak aku nk sebut typo Janggel tuh - pwgu hahhahaha

Biqque said...

La, dia jerit keeeee??? Hahaha! Pwgu tu hape???

Subscribe To This Blog