Bangun pagi, pack barang, terus keluar pegi cari breakfast and tukar hotel. Maklum la, Especen Hotel tak kasi breakfast, plus tak halal plak tu kan. Takpe la. Kita tukar Viet Fun Hotel yang murah skit lagi, ada breakfast dan cantik. Bilik kitorang berharga 15USD=RM60. Ada internet free!
Plan arini lebih kepada sejarah dan literature. Ewah, paham ke kan? Kitorang jalan kaki ke jalan besar and naik cab. Seperti biasa, naiklah cab MaiLinh Taxi ye. First destination is Van Miew, Temple of Literature. Tempat ni dulu kira macam University la untuk orang-orang yang belajar pasal literature. Hasil-hasil penemuan diorang akan diukir kat batu besar empat segi yang dibawahnyer ada kura-kura besarrrrrr dok kendong. Tatau la apa yang tersirat. Tapi yang tersurat, memang camtu la bentuknyer.
Kat sini ramai gak pelancong, tak kira Asian mahupun European. Local pun ada, tah, bertenet kot. Rata-rata masuk sini sume sebab…sebab…tah tatau! Macam tokong cina je rupanya. So kitorang amik la gambar kat depan pintu gerbang sebesar alam tu. Memang dah macam kat China dah. Masuk dalam, ada satu lagi pintu gerbang, tapi kayu plak. Cantik. So kitorang amik gambar kat situ.
“Sorry, could u please help us to take…ok, ok, take picture please?” terus terang aku tukar soklan sebab takut guard tu tak paham. So dia amik gambar kitorang, kitorang plak amik gambar dia. Haha!
Lepas main entrance tu, kat kiri kanan ada dua kolam besar yang airnya berwarna ijau pekat. Tatau la ada ikan ke naga ke dalam tu sebab tak nampak langsung dasar. Lepas entrance pintu kayu tu, ada satu lagi kolam besar, kira cam kolam utama la kat situ. Pun kaler ijau pekat yang tak nampak dasarnya.
Kat tepi kanan ada kura-kura yang bawak hasil penemuan orang-orang yang belajar kat situ. Ramai gak la. Patu masuk satu lagi pintu, ada satu kawasan luassssssssss macam Forbidden City. Kira tengah-tengah tu ada pokok bonsai and blakang tu ada tokong. Kitorang masuk dalam tokong tu, amik gambar kat tingkap sebab macam tingkap lama. Then ada burung bangau tinggiiiii kat kiri kanan. Dalam tokong? Ada tuhan diorang maaaaaa…Tak tahan dengan asap, kitorang kuar. Amik gambar kat kawasan luas tadi. Then nak keluar, kena ikut jalan lain. Before keluar kitorang borong fridge magnet dulu. Hehehe. “Janji mati” dengan minah travel yg lain tu kena ingat gak.
On the way nak keluar, kitorang pasang tripod and amik gambar berdua, senang skit. Orang tengok nganga je hahaha! Buat la aksi bersandar ke, nak terjun kolam ke ape ke, janji nampak best. Kat luar tu ada satu taman yang diorang buat bentuk naga dari pokok. Cantik gak. (Tah-tah betul ada naga dalam kolam ijau tu kan? Haha!)
“Ok…next?” “Err…HCM Museum…kat situ ada 3 POI, Mausoleum dia, and One Pillar Pagoda.” “Ok jom…”
Kitorang jalan kaki memandangkan tempat tu nampak dekat je dalam map. Tu senang ada map, ikut je mesti jumpa.
Sejam kemudian…
“Stadium?” “Stadium Vietnam ke? Tempat yang M’sia kalah tu ke?” main petik je sebut. Tah la stadium Negara ke tak, tah tak tau.
Kitorang benti jap kat kaki lima tangga luar stadium, lepak minum and makan roti sambil merenung kedai-kedai sukan di seberang jalan. Letih gak ikut jalan blakang ni, tapi full of experience. Lagi lawak, arini dah start panas. Kitorang dah la dua-dua pakai baju sejuk! Sume orang dah tak pakai baju sejuk! MACAM KENA TIPU JE SEMALAM SEJUK TAU! Buang karan je beli...
Agak dah recharge, bukak baju sejuk, kitorang jalan lagi. On the way nampak la kat celah-celah pokok, barber jalanan. Yes, betul nyer barber jalanan. Siap gunting rambut bawah pokok ala-ala mamak pokok ceri. Cool…siap ngan apron bagai. Haha! Patu ada sorang laki tua mengesot atas jalan, nak lintas. Lumpuh kaki dia. Bayangkan motor keta bleh elak je dicelah-celah, tapi tak marah pun. Punya la dah biasa. Tapi kesian la tgk pakcik tu…mesti homeless.
Dari jauh dah nampak dah pagar and polis. Ha, dah nak sampai la ni. Pusing punya pusing, kitorang sampai ikut pintu belakang. Try tanya kat salah sorang polis, tak paham English plak. Sorang pun tak paham tau! Patu kitorang just jalan je ikut tepi-tepi pagar tu dan akhirnya jumpa pintu masuk ikut celah kedai. If kena bayar entrance fee, dahhhhh lepas bala dah…free! Hehe.
“Ni la kot…kita naik je dulu, then pegi belah depan…”
Sebuah bangunan tersergam indah, besar dan tinggi. Kitorang ikut koridor sampai la ke depan. Ada ramai orang.
“Huh? Tutup ke? Excuse me, what time the Museum will open?” kitorang tanya local yang buat duit dengan camera, amik gambar tourist.
“Now close. Open 2pm.” simple English.
Ler…ada time ni yang susah ni. Takpe la, amik gambar je dulu. Nak masuk pun macam lambat lagi, patu tak teruja sangat nak tengok dalam…best lagi Army Museum kot.
Then kitorang terus jalan ke depan, ke arah Chua Mot Cot, or in English, One Pillar Pagoda. Cari punya cari, rupanya nun terperosok di belah kiri HCM Museum. Kecik je Pagoda nyer, tapi cantik la, antic. Kitorang amik gambar skit lebih kurang (sebab ramai sangat yang sembahyang kat situ) then kitorang benti beli magnet. Situ murah! 1USD for 2!
Ada satu lagi tempat kena pegi kat area ni which is HCM Mausoleum. Bukan Museum ye, Mausoleum…tempat simpan mayat Uncle Ho. Memula kitorang nampak dari belakang je. Tatau nak pegi depan camne. Pusing punya la jauh (memang jauh ok!), at last sampai jugak. Kat sini ada askar jaga. Ramai! Macam jaga Sultan.
Mausoleum tu bentuknyer empat segi bertingkat. Memang macam bangunan Nirvana tu, tapi untuk sorang je, Uncle Ho. Ikut sejarah, Uncle Ho ni tanak pun diri dia diabadikan camtu. Dia nak, bila dia mati, bakar, abu dia tabur kat tiga tempat di Vietnam. South, Central, North. Tapi dek kerana terlalu mengagungkan Ho Chi Minh, rakyat Vietnam simpan mayat dia, yang mana setiap tahun, akan di hantar ke German for maintenance! Ha jangan main-main. 2 bulan lawatan ke Mausoleum tu ditutup, so tak yah pegi la, buang karan je.
Kitorang ada la amik gambar duduk, diri, tapi last-last kena jugak “preet” wisel askar tu sebab tak kasi buat camtu. Ada yang lepas garisan pun kena. Strict gile. Guard pun ada tukar shift. Kitorang blah lepas sekumpulan Nihonji (Jepun la) datang melawat sambil pakai topi sawah Vietnam beramai-ramai.
Lepas habis ketiga-tiga tempat, kitorang balik ke Hoam Kiem Lake. Naik cab je senang, sebab jauh lagipun. Kitorang benti kat jalan Hang Be (jalan ni lagi) sebab kat sini ada kedai halal nama Tandor, which offers Indian Cuisine. Nak halal, memang mamak je la kan (even tekak ku bukan tekak mamak). This time kitrorang layan nasik putih, ayam kurma, sayur campur. Perghhhhh lain sungguh rasanya! Blasah je la, janji lapik perut! Harga? Mahal la…tapi terpaksa.
Then kitorang jalan kaki ke arah Hoam Kiem Lake. Smalam nampak ada patung apa tah, then nak amik gambar bunga. Sampai situ, baru la dapat gambar Ngoc Son Pagoda kat tengah-tengah tasik tu, di waktu siang. But still nampak cam hazy la.
Memandangkan Hanoi ni menyambut hari ulangtahun ke 1000 (lama kan?) so banyak la bunga-bunga hiasan di sepanjang tasik tu. Cantik-cantik diorang decorate. Siap ada yang tengah buat iklan ke drama tah. Then kitorang jalan terus lagi, cari mana patung yang kitorang nampak smalam dari atas bas.
Rupanya, patung tu patung Ly Thai Tho. Ingatkan Confucius. Hehe! Ly Thai To ni la raja dulu-dulu yang kasi pedang kat kura-kura besar dalam Water Puppet Show tu! Hehe…dia jugak la yang menamakan Hanoi. Ada bini ke ada anak ke, sila la google ye. Tapi yang nyata tempat tu cantik sebab penuh dengan bunga. Bunga sakura bersepah-sepah je kat sana tau.
Lagi gempak, local sume pakai camera DSLR. Diorang beli macam murah je kat sana. Even budak kecik tolong tangkap gambar mak dia pun guna DSLR tau! Melampau…
Agak dah senja, kitorang patah balik jalan kaki, menuju ke arah Viet Fun Hotel. Sambil tu sempat la singgah beli souvenir untuk keluarga, sebab ada satu kedai ni amik RM. Dia biasa dapat customer dari M’sia katanya. Tadi dah beli topi askar Vietnam kat HCM Museum untuk Abah, Abang, Abang Ngah. Kali ni beli face mirrors, sling bags plak buatan Vietnam untuk Makcik, Kak, and Kak Ngah.
Sampai kat area hotel, kitorang terus singgah kedai-kedai yang jual tours untuk Halong Bay. Ada 30USD, 40USD, and 45USD. Ada jugak paling murah dan paling mahal, ikut trip and bentuk bilik dalam junk/boat tu. Kitorang singgah Sinh Café sebab takut nak amik dari agents yang tak fofular. Takut kena tipu, dah banyak sangat kes dalam internet/forum kan. So lepas kowtim, dapat USD40=RM135 untuk 2Days 1Nite. Trip from Halong City-Titop Island-Fishing Village-Bai Tu Long. Boleh la tido dengan selesa untuk ke Halong Bay esok!
More Pictures of :
Van Miew, HCM Museum, One Pillar Pagoda, HCM Mausoleum, Tandor, Ly Thai To
(click here for Day 2 Album and see page 1-5)
alllaaa.... i didnt go the pagoda thing the last time... excuses to go again... kena pinjam buku hikmat nampak gaya ni.
ReplyDeletehahaha sanggup ke nak pegi lagi tempat yg sama lily? hahaha!
ReplyDeletebkn Jerman, tapi Rusia. kasi mekap itu mayat.
ReplyDeletehaah silap info, Russia :D
ReplyDelete