Right after kitorang keluar je dari Hoa Lo Prison tu, terus kitorang mengunyah donut sorang 2 ketul. Lapar. Nak cari kedai halal, memang tak dapat lagi la skarang selagi tak abih itinerary untuk harini kan.
Kitorang berjalan ke arah town. Masa ni teringat kat Saigon, betapa susah nyer nak lintas jalan. Macam ayam lari sekitar reban sambil elak kena tangkap. Memang kena gak cuba lintas. Selagi motor je yang lalu-lalang, takpe lagi sebab diorang pandai elak dan akan kasi kita jalan. Tapi kalo kereta, ha memang tak sangat la kan. Baik henti kan je la.
On the way, ada la singgah kejap-kejap kat kedai-kedai tepi jalan. Paling menarik kat Hanoi City ni, especially kat Old Quarter, setiap nama lorong/jalan start with “Hang xxxx” (which xxxx mengikut nama product yang diorang jual). Bagus kan? Centralize. Tak suka kedai tu, pegi kedai sebelah. But basically barang yang sama la. Cuma design or harga lain-lain. Kena pandai tawar. If possible, bayar guna Dong, though diorang request USD (but depends on the currency conversion masa tu la kan).
Berpuluh nama jalan jugak la kat area tu, ada lorong jual kasut, baju, souvenirs, letrik, barang dapur, spectacles, accessories rambut, workshop, barang sukan, beg, helmet and many more. Gile nak sebut sume. Yang I ingat “Hang Be” jual kasut patu ada kedai makan halal. Hehe. Malam kang kita pegi ok?
Masa tengah sibuk window shopping sambil mencari jalan, akan ternampaklah di kiri kanan bahu jalan orang local makan sup sambil minum dan merokok di atas kerusi kecik yang orang buat basuh kain tu. Itu dah jadi tabiat diorang. Ada jugak makcik-makcik tua yang menggendong buah-buahan dan manisan.
“Pineapple madam? Pineapple? Manggo?” “No thanks…no, no…” Bila kita tanak, dia offer benda lain plak.
“Take picture? Picture?” Sambil meletakkan pengandang/gadang (whatever it calls) kat bahu I. Tak cukup benda alah tu, dia bukak topi sawah Vietnam dia and letak atas kepala I. Err…err…mana hubby ni…
“Ok…ok…” Sambil pose. Dia amik 3 kali. Ni kang ada yang mintak duit ni.
“Buy mango madam? Please? Please?”
Ha kan dah agak dah. Ko yang paksa aku bergaya, ko nak suh aku beli buah plak. Memang tak ar kan. Haha!
Hubby tatau menahu pun pasal cite ni sampai la malam, bila dia tengok balik gambar. Hahaha!
Ok, enough with the drama. Cari jacket!!! Sejuk wehhhhh! Kitorang jalan dari kedai ke kedai, sampai tak larat dah nak pilih yang mana. Harga agak mahal sebab tengah season dia kan. At last I beli satu jacket tebal ala-ala Urban Legend nyer furry hoodie tu dengan harga 280,000Dong=RM60 (cam sial kan? If bawak jacket bulu kat rumah yang Skin belikan kat Melbourne tu pun takpe!). Hubby beli satu knitted long sleeve ala-ala golfer gaya mutu keunggulan dengan harga 200,000Dong=RM48 (memang buang duit tul lah!)
Lepas beli, kitorang nak tengok water puppet plak. Masa kat Saigon, tak sempat nak tengok. So kat Hanoi ni banyak masa, kitorang nak try tengok camne. Ada dua tempat kat sini, tapi kitorang pegi yang depan Hoam Kiem Lake. Nama tempat tu, Thang Long Water Puppet. Ramai gile orang beratur nak beli tiket…dengan agent yang skali beli berpuluh-puluh. Memang masak la beratur. Dalam dok beratur tu, dah nak sampai turn kitorang (lagi dua orang kat depan) dengan selamba ada sorang minah local ni (agent la) terussssssssss ke depan counter. Konon nak mencelah la.
“She cuts queue?” kata mat saleh depan kitorang.
“Ya, she cuts EVERYONE!” kitorang menyimbah minyak petrol dengan niat membakar.
Nasib baikkkk la mat saleh tu paham bahasa, dia selamba je terus hulur tangan beli tiket! Minah tu terkebil-kebil tunggu tepi counter mengharapkan dia dilayan selepas itu. MALANGNYE, hubby pulak terusssssssss menyelit dan menghulurkan duit untuk 2 tiket.
“2 please!” Haaaaaaaaaaa main-main ngan orang yang dah penat beratur sejam ni!
Sampai sudah minah tu tak dapat. Ada la dalam 7-8 orang kot buat camtu kat dia. Haha! Baik la ko beratur, dapat gak tiket tu nanti. Since kitorang memang dah tak sempat nak amik gambar lake tu, kitorang beli je tiket water puppet kul 5pm.
Masuk dalam, terus masuk teater and duduk. Nasib baik cun dan ber-aircond. Kitorang duduk second class, sebab first class mahal. Tapi dapat duduk dekat dengan air la. Since I bawak spec, hubby ada camera yg leh zoom, no hal lahhhhh.
Memula para bangsawan masuk. Dua pompuan menyanyi, sorang pompuan main alat tradisional cina cam gitar kecik tu, sorang laki main gendang, sorang laki lagi main macam-macam alat (serius dia main banyak benda). Diorang nyanyi memang macam bangsawan dulu-dulu. Sambil dok gelak-gelak macam penglipurlara. Sedangkan semua orang tak paham akan kelawakan Vietnam diorang tu. Hahaha! Kecuali puppet tu yang beraksi lawak la, then baru kitorang paham.
Ada 11-12 sitcom puppet dalam air tu. Satu-satu keluar. Agak terpesona sebab diorang guna kayu dalam air, control dari blakang blind (bidai), siap silang-silang. Paling cun ada naga lawan, pari-pari menari, and sekumpulan orang istana datang melawat kampung. Air kotor warna ijau. Sebabnyer? Sebab tanak kasi nampak kayu tu, kaler ijau gak.
Agak sejam gak la dalam tu, tapi puas hati. Last skali, para puppeteers keluar dari blakang bidai tu and introduced themselves (tak cakap, tepuk tangan je). Ada 5 laki, 5 pompuan, pakai pakaian tradisional and half bottom diorang pakai waterproof attire. Hebat tuh! M’sia ada?
Lepas keluar dari teater, hari dah agak gelap. Padahal baru kul 6pm (kalo kat M’sia kul 7pm pun cerah lagi kot…). So kitorang gerak ke Hoam Kiem Lake untuk amik gambar pemandangan diwaktu malam. Tapi agak jauh la nak amik gambar Ngoc Son Pagoda tu. Dah sah-sah gelap, gambar gegar. So kitorang pegi ke tokong terdekat je kat lake tu, ada jambatan macam kat Negara China. Amik gambar skit lebih kurang sebab dah gelap. Tapi tidak sejuk lagiiiiii sebab dah pakai baju sejuk! Hehe!
Kat tokong tu jugak ada gambar harimau besarrrrrrrrr kat dinding. Selamba je I pegi amik gambar sambil usap dagu dia macam alalalalalala tu. Tetiba ada sorang minah ni datang sembah.
“Huh! Tu tempat diorang sembahyang la!”
Malu aku…terus belah dari situ…MANA NAK TAUUUUU! Cam comel je harimau tu kan. Dah la tahun ni tahun rimau. Peace!
“Jom cari kedai makan halal tu? Nisa Restaurant.”
Berbekalkan map dalam buku hikmat, Nisa Restaurant ni having Malay cuisine and located at Nguyen Huu Huan. Belakang Hang Be, jalan jual kasut tadi. Ha bleh la. Kitorang pun decide amik cab. Since kitorang ada experience kat Saigon, kitorang dah tau la cab mana yang bleh dipercayai. Always take MaiLinh Taxi. Diorang guna meter and cari jalan betul tak pusing merata.
Ye, harus diingat, semua cab driver TAK PANDAI SPEAKING. So, you have to have the street name written on a paper, or show them where you intend to go ONNNN the map. Tak yah cakap macam ayam dengan itik. Senang.
Sampai jugak kitorang kat kedai tu. Nampak mewah, mesti mahal ni. Ye la, kedai Halal ada 3-4 je kot kat sekitar town ni. Haruslah mencengkam harganya kan. Kitorang masuk, ada gadis Vietnam ni tanya nak makan apa. Kitorang speaking la cakap nak nasik beriyani daging dengan pho (sup). Saje nak merasa pho tu sebab kat luar sume ada babi. Sedap katanya. So halal, dia guna daging lembu la kan.
Kitchen diorang kat atas, tempat makan kat bawah. Ada beberapa mamat melayu yang kedengaran cakap melayu! Ni orang M’sia nih! Tapi kitorang wat dek je la. Skali tu, gadis Vietnam tadi tu bleh cakap melayu daaaaaaaaaa…seb baik tak kutuk, hehehe! Dia paham and pandai cakap skit-skit katanya.
Makanan? Hmmm…ok la…sup tu macam sup biasa la…nasik beriyani tu plak herbanya sangat banyak dan keras. Blasah. Janji kenyang. Kitorang balik jalan kaki but stop kejap kat one big Tourist Center. Tanya currency and amik map Hanoi City. Oraits. Better skit dari map buku hikmat nih! Bleh balik hotel and tido…
More Pictures of :
Old Quarter, Water Puppet, Hoam Kiem Lake, Nisa Restaurant
(click here for Day 1 Album and see page 4-6)
best best.... better then my trip so far.... sebab gi dulu ngan minah suka makan and dia bukan melayu...sigh... mengaku traveler but blur gile... hence, takat jln gitu2 jek ler..
ReplyDeletehahahaha! ye ke? tu ar, kita ni benda lain ok lagi, makanan halal tu...patu plan mmg kena study dulu, then baru mix n match kat sana...
ReplyDeletehttp://wwwsinamalaysia-sina.blogspot.com/ sila tengok tour yang minah buat untuk ke orang malaysia di saigon and hanoi , tolong kan send pada kawan mana nak datang . thanks
ReplyDeleteowh thanks :)
ReplyDelete