Pages

Wednesday, March 10, 2010

Halong Bay : Day 3 - As Expected

Pagi ni kitorang bangun awal. Semalam dah kemas beg siap-siap. Turun bawah, sempat makan telur je. Air teh terlalu panas sampai tak sempat nak hirup. Lagipun nak cepat. Kitorang terus capai beg, jalan ke arah Sinh Café. Nasib baik sekangkang kera je.
Sampai kat situ, ada satu couple ni tengah tak puas hati ngan agent. Dia question pasal tiket keretapi dia ke tempat nama Sapa. Dia kata dia mintak sit seating, tapi dia dapat bed seating. (Kitorang heran, bukan lagi bagus ke dapat bed sitting, bleh tido…jauh tu perjalanan dari Hanoi ke Sapa). Dia kata dia nak tuntut gantirugi sebab dia tak mintak and tak tido pun dalam keretapi. Adeh…memang mangkuk gak la mamat ni. Masa beli ko tak pikir ke sume tu.

Then minah agent tu mencelah and suh kitorang tunggu kejap. Katanya 8.15am nanti minibus sampai. Laaaa…skarang baru 7.45am, sempat lagi kalo nak hirup air teh tadi! Cis!

Kitorang lepak jap kat tempat travel tour tu. Nampak macam ramai je yang berkumpul kat situ, tapi tatau la diorang sama trip ngan kitorang ke tak.

Setelah agak lama mat saleh tadi tak dapat duit dia balik, travel guide kitorang pun sampai. Kitorang jalan keluar ke jalan besar, naik minibus. Dalam van tu dah ada beberapa omputih. Ha, ni sah takde Asian la ni, slalunyer camni la…kitorang je Asian. Lepas kitorang, ada 3 lagi couple European yang join. Besar-besar beg diorang.
Perjalanan dari Hanoi ke Halong Bay Pier/Wharf mengambil masa 3 jam. Naik highway, bayar tol ada la 3-4 kali. Kalo drive sendri memang tak lepas la. Tak dibenarkan pun. Jalan ok, cumaaaaaaaaaaaaaaa driver ni slow cam siput! Biasa la kat Vietnam ni semua kereta/motor suka main hon. Skit-skit hon, skit-skit hon. Bayangkan, semua minibus tour yang lain bleh selamba je potong van kitorang?! Jangan kata bas, lori pasir pun potong!

“Eiii I tak tahan laaaaaa…slow gile…memang pemandu berhemat!”

“Brapa dia bawak?”

“60km sejam! Ni highway ni! Jalan elok!” kitorang mengumpat kat kerusi blakang sekali.

So, rasanya maybe leh sampai lebih awal dari 3 jam tu. Rasa cam nak tolong bawak je van tu. Argh!

“Ok…hi, welcome to Hanoi, Vietnam. I would like to thank you all for visiting Vietnam and take Halong Bay tour with us…” ok, I tipu je, dia tak cakap English pekat camni…kitorang sebenarnya tak paham sangat apa dia cakap tapi sebab kitorang ni Asian, kita akan paham jugak la apa yang diorang cuba sampaikan.

“My name is Truong, and I’m going to be your travel guide. Please remember my face, coz I cannot remember all of your faces. Easy to remember only one face right?” kitorang gelak. Bleh la layan.

Memula agak gelabah gak dengan bahasa mamat travel guide ni, cam tak best je. Dah la bayar mahal kan. Tapi lama-lama cam bleh buat geng gak ar sebab dia tau kita Asian. Apa yang omputih tu sume tak paham, kitorang plak kena reconstruct ayat English tu untuk diorang paham.

Kiri kanan jalan semua sawah padi. Kalau nak tau, kerajaan yang own all the fields tau. Diorang kasi rakyat tanah tu untuk buat agriculture je. Tak leh benda lain. If buat benda lain, kena amik balik. Hasil? Semua dapat kat government la…rakyat dapat skit je. Dah la buat rumah mahal kat sana. Satu tingkat bleh dapat 2 tingkat kat M’sia. Sian gak la kat diorang.
Kat sawah padi ni jugak, any family member yang mati, akan di tanam kat sawah tu or after been cremated, abu tu akan ditabur la kat sawah tu. Kira bersemadi dengan tenang la kat tanah sawah. MAKA, KITA DOK MAKAN BERAS VIETNAM TU, PEPAHAM JE LA YE. HAHAHA!

Dah separuh jalan, lepas bayar tol, banyak la gadis-gadis/makcik-makcik kampung yang jual roti. Dek kerana pengaruh French kat sana kuat, roti kat sana sumeeeeee panjang, besar dan keras. Jual tepi jalan tu tak bercover, sume abuk melekat, sedap la kot kan...nahhhhh!

“Ok, we stop here for about 20 minutes. You can go inside and meet at the bus later…remember my face…” tolong baca dengan nada English yang korang susah nak paham ye.

Kitorang pun turun. Dapat la exercise kaki skit lebih kurang. Nasib baik minibus tu bersaiz van MPV terbesar with 16 seating.

Ruby Emperor nama kedai tu. International stop from Hanoi ke Halong Bay. Again, dah agak la mesti mahal. Sebab sana sume handmade. Paling gile, gambar bukan main water color or pastel or oil painting ke hape, sume main jahit guna tangan! Siap benang ada tone sumelah! Huiyooo! Harga? Tak yah tanya…ratus-ratus USD. Ada la yang murah, kecik bersaiz poskad, watpe.
Tertarik dengan buah-buahan yang dibeli oleh tourist sampai beratur tak benti-benti, I pun beli gak. Beli buah limau bali and mango. Macam kat M’sia takde ek. Buah limau bali tu sebiji besar tu 40,000Dong=RM7 and mango 25,000Dong=RM4.50 sebijik! Hamik hobat…

Kat luar kitorang lepak kejap. Cuaca panas gile terang-benderang. Ramai la mat saleh minah saleh lepak kat corridor siap ada yang bongkang. Agak dah cukup 20minit, kitorang naik van, gerak. Macam tadi, slow…zzzz…zzzzz…

Paddy fields…paddy fields…paddy fields…

Tido.
Bangun.

Paddy fields…paddy fields…paddy fields…

Tido.

Bangun.

Paddy fields…paddy fields…ENUFF! Bila nak sampai ni? Mangkuk slow macam katak la driver nih!

Tau tak, akhirnya kitorang sampai gak kat pier/wharf tuuuuuu! Like finally! Travel tours yang lain siap benti, potong balik, benti, potong balik pun dah sampai dulu tau!

Kat pier, kitorang kena tunggu kejap. Masa ni baru dapat tau ada yang pegi day trip, ada yang 2days 1nite, and ada yang 3days 2 nites. Kitorang diberi tiket setiap satu. Sume agent tu yang buat. Penjaja tepi jalan sume cekik darah, mahal gile diorang jual air. Kitorang tunggu jap, sementara boat yang tengah parking amik turn untuk amik orang.
Banyak boat/junk kat sini. Ada yang cantik, ada yang buruk. So, masa nak beli package, tak semestinya gambar yang diorang tunjuk tu SAMA macam boat yang kita akan dapat. Risiko baybeh! Risiko! So berhati-hati semasa membeli.

Masa turn kitorang, tengok boat…

“Huh? This one?”

“That was my first impression when I saw the boat…” kata sorang mat saleh ni pada I yang tengah tercengang tunggu nak maki travel agent tu.

“This is not what we paid for…”

“Yeah…”

“OK, RIGHT HERE, RIGHT HERE…” travel agent tu jerit terlompat-lompat panggil kitorang.

Dengan kitorang, mat saleh, girlfriend dia, semua lega…fiuhhhhh…boat lain!

Ha, seb baik boat kitorang cantik. 3 stars katanya. Lepas boarding, kitorang diberi skit taklimat. Kena check-in bilik, lunch, then baru gerak. Atas boat kitorang tengok ada 3 couple je. Us and another 2 European couples (masa ni tak tau lagi orang apa). Tapi ok lah, lagi kurang lagi bagus, tak la pack sangat macam kat Thailand dulu.

Masa pilih bilik, kitorang cam gelak-gelak mintak katil double. Mat saleh tadi siap mintak bilik best sebab nak honeymoon. Haha! Kitorang dapat bilik last, kira dekat dengan enjin. Tapi nasib baik la enjin tak bunyi kuat. Letrik takde, nanti malam baru ada. Nasib baik jugak la tak panas. Bilik pun cun. Toilet siap ada heater.
Letak barang, and naik atas (bilik tingkat bawah, makan tingkat 1, atas skali deck untuk lepak). Boat ni boat kayu yang tangga dia siap macam tangga umah kampung. Ukir-ukir. Nasib baik la semuanya ok. Tak kena tipu la. Tu untungnya amik dengan company yang kita dah survey lama kat internet.

Kitorang duk berhimpit kat satu meja, enam orang. Sume couple. Anak kapal jugaklah yang jadi tukang masak. Travel guide kitorang tu jugak la tolong serve. Driver kapal? Selambaaaaa…duduk bersila atas kerusi sambil isap rokok yang mana skali-skala selamba je lepas stereng gi blakang. Punya la luas laut tu! Nasib baik tak langgar batu.
Masa makan baruuuuulah dapat tau, mat saleh tadi tu orang German. Girlfriend dia pun German. Lagi satu couple, orang French. SATU HARAM HAPE TAK PAHAM ENGLISH TAU! Tapi diorang sume ni best, nak bersembang and suka buat lawak. Paling tak bleh blah, nak sembang, tapi tak reti English. Nasib baik la si German tu, Philip, pernah belajar skit-skit French masa kat kolej. Tu pun siap salah-salah lagi. Dia siap kutuk depan-depan yang French memang tak reti English.

And so, we have new friends on board. Philip and Katharina, Jean Claude and Nelly. Masa dapat tau nama Jean Claude tu dah gelak dah. Rambut kerinting blonde tapi nama ganas. Hahaha! Bini dia si Nelly tu plak dah macam gipsi dah, rambut kerinting mahogany, mascara setebal-tebal alam.
Lepas makan, kitorang lepak kat deck atas. Panas gile eventhough angin sejuk. Omputih bleh la nak sunbathing. Kitorang memang kim salam la, dah hitam. Kitorang banyak lepak kat deck bawah, tengok driver kapal tu bawak kapal, sambil amik gambar. Memang best duk depan. Boat tu tak la laju mana, tapi sebab air tenang, tak rasa langsung mabuk laut ke ape. Sesekali ada la boat lain lalu, siap lambai-lambai.

Halong Bay. What a magnificent experience. One of the 7th UNESCO World Heritage Site. Menarik sebab penuh dengan limestone (not more than 2000 islet) merata-rata. Serius boleh sesat tak tau jalan pulang tau! Bentuk plak macam-macam. According to legend, dulu batu-batu ni umpama dragon yang diturunkan oleh tuhan untuk jaga keselamatan tanah Vietnam (agak-agak korang ngeri tak tetiba kuar naga dari laut tu? Dah la air ijau!) Banyak jugak "orang laut" yang hidup atas kapal kecik sebagai rumah diorang. Makan, mandi, tido semua kat situ.
First stop, kitorang benti kat Thien Hung Cave. Masuk je, nyesal pakai baju nipis. Sejuk! Teruskan perjalanan, lampu warna-warni merata-rata. Memang cantik. Serius cantik. Kuning, merah, hijau, biru, purple, semua ada. Semua direct tuju ke arah batu-batu cantik dari bawah sampai ke atas.

Kat sini, travel guide kitorang tunjuk bentuk-bentuk batu yang menyerupa singa. Memang macam merlion kat Singapore. Ada bentuk sitting Buddha, crocodile, octopus, semua dia kata easy, easy, macam ala senang je nak teka kan. Kebanyakannyer, kitorang la tukang tunjuk skali lagi kat Germans and French tu. Tapi ada satu benda tak leh blah…

“There…you see…elephant, elephant…” kata travel guide.

“Uuuu…elephant” dalam slang French.

“Meow…meow…” French tu sambung.

Kitorang…

“Kepala hotak dia elephant meow meow! KAHKAHKAHKAHKAH!”

Lepas tu ada lagi beberapa bentuk. Ada bayang sorang laki pandang sorang pompuan. Paling bodoh, ada bentuk nipple and breast. Besar plak tu batunyer! Hahaha! Yang ni easy, easy kitorang cakap. Ada jugak lubang-lubang cahaya, cantik. Dulu ada banyak monyet masuk kot situ, tapi skarang monyet sume dah lari. Patu ada gak air terjun. Dalam gua ni, masuk kot lain, keluar kot lain. Memang diorang dah sediakan track untuk tourist. So senang nak ikut.
Lepas keluar, kitorang kena lalu jambatan untuk sampai ke satu kedai souvenir. Tak beli apa pun, semua dah ada. Then dari situ, ada satu lagi gua, Hang Dau Go Cave. Tapi cave ni takde lampu warna-warni. Corak dia plak nampak biasa macam gua lain. According to legend (again) ada 2 dragons kat sini yang resembled Ying and Yang.
So kitorang decide tak turun ke bawah. Letih. Hanya French and Germans je turun. Kitorang lepak ngan travel guide, sembang ngan dia. Dia kata dia penah makan anjing (yup, Vietnamese suka makan anjing, tak kira la anjing neighbor ke, jalanan ke, diorang blasah, janji bukan anjing sendri). Dia jugak penah makan kucing, katak, ular. Adeh, pengsan aku dengar!

Agak setengah jam kat gua ni, kitorang berkumpul and balik ke kapal.

Tetiba agent tu cakap, kita akan singgah kat satu tempat, untuk amik lagi 5 orang. Aiks? Takde dalam itinerary pun. Hmmm. Kitorang benti kat satu pier which this pier adalah tempat untuk orang transit ke Cat Ba Island. Nak pegi ke Cat Ba Island ni kurang-kurang kena amik 3days 2nites. Baru sempat. Kat sini jugak baru la nampak sekor ikan puffer, yang terkontang-kanting makan sampah. Laut seluas alam ni, baru nampak dia sekor! Haha!
Then kitorang start gerak ke tempat bermalam. Before that kena benti kat Titop Island, untuk bayar entrance fee. Setiap kapal yang bermalam kat Halong Bay, mesti bayar. And dah dikhaskan dah, MESTI kena tido kat area tu je.

Patut-patut kitorang kayak dulu. Tapi sebab dah pegi amik orang tadi, tak sempat. Nasib baik la semua bleh terima adhoc plan tu (walaupun tak sepatutnya camtu, nanti I cite). Since tak jadi kayak, kitorang benti kejap kat Titop Island tadi sementara agent tu gi bayar. Masa ni dah sunset. Kat Titop Island ni bleh benti if nak mandi laut and main beach volley. Tapi kitorang tak turun. Titop Island ni bukitnyer tinggiiiiii…Uncle Ho penah panjat bukit ni, atas tu ada satu rumah. Nama Titop ni sempena nama Soviet hero, Germann Titov (ala communism kan…)
Lepas bayar, boat pun gerak ke arah Fishing Village, tempat bermalam. Kat sini, tetiba tour guide kitorang ajak semua terjun laut dari atas kapal! Tanpa baju! Hahaha! Dengan cuaca yang sejuk tu, kitorang sume gelak tengok dia pakai seluar katak je. Yang terima bet, Philip and Jean Claude! Hahaha! Jean Claude tu leh layan gak tu! Muka cam takde perasaan je. Tah paham tah idak, tapi dia memang terjun la.
Masa ni 5 orang baru tadi, baru la gelak-gelak ngan kitorang. Baru nak jadi geng. Gelak sebab tengok Philip ngan Truong dok lompat berulang kali. Air dah la ijau gelap, sejuk, memang tak ar kannnnn. Tapi best la, diorang sporting.

Lepas mandi, dinner. This time dua meja. Couple satu meja, new comers satu meja. Kitorang yang couples ni dah macam orang mabuk. Sembang macam satu kampung leh dengar. Dengan English campur French campur German, bunyi dah macam Zulu! Diorang ye la minum beer, kitorang ni, air mineral je! Mabuk kat mana pun tatau! Hahaha!

Paling ultimate, minah French si Nelly tu, bleh la sepatah dua English dia tau. Laki dia si Jean Claude tu memang fail la, dia bleh cakap French ngan kitorang macam kitorang ni paham. Dengan muka tak bersalah macam sembang ngan kawan. Hahahaha! Lagi lawak, kitorang kena explain kat diorang satu perkataan tu, siap dengan perbuatan.

“Dive? You know…dive?” sambil buat gaya terjun tiruk.

“Owh…plung-je, plung-je…” sambil buat bentuk tong gas, then berenang-renang.

“KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH!” kitorang gelak cam nak mampos!

Patu kitorang cite pasal bizarre food la like katak, ular, monkey and such. Jean Claude tu duk tunjuk tanduk, kitorang ni dah pikir setan ke, ape binatang ni. Rupanya rabbit! Bongok gile! Hahahaha!

Then kitorang cerita la pasal M’sia, German and France. Dari segi sejarah la paling best. Zaman-zaman Nazi, nak-nak si Philip tu kan polis. Diorang pun tak sangka camne kitorang banyak tau pasal German and France. (Thanks to Astro). Patu diorang kata English kitorang pun bagus (dah ko pun cakap English intermediate, bleh la). Hahaha!

France and German kalo bercuti memang sebulan dua la. Ternganga diorang dengar kitorang ni AL 15 hari je. Kitorang bagitau la kitorang ni keje IT. French couple tu jual baju kat Bordeaux (jual baju leh jalan merata wehhh…serius merata dah diorang pergi, sume tempat mesti dive) while German couple tu, Philip is a police officer, and girlfriend dia study Facility Management.

Dalam dok gelak cite pasal Negara sendri, port meja sebelah cam berminat. Diorang ni 3 orang from UK, and satu couple from South Africa. Dok gelak bila semua teka The Big Fives that you should see in Africa…lion, elephant, rhino, giraffe and satu lagi tu yang sume dok teka. Lawak gile. I cakap stakat elephant, kat M’sia pun ada. Tapi diorang kata elephant kat sana besarrrrrrrrrrrrrr gile. Haah ek, memang besar pun. Hahaha!

Diorang ni sume jumpa kat KL. Naik flight yang sama datang ke Hanoi and that’s how they make travelmates. Diorang takpe la, bleh selamba je kan. Tido mana pun takpe, tak mandi seminggu pun takpe, baju yang sama tiap-tiap ari pun takpe, makan apa pun takpe. Kita sume terhad. Patu diorang ni cuti kaw-kaw sebulan dua. Dari Hanoi ke Hue ke Natrang ke Saigon ke Cambodia ke China ke Laos ke M’sia. Cam haram kan?! Dengki sial! Patu stakat Asia ni memang sedap la duit diorang lagi tinggi. Tapi diorang ada gak stock gi Peru tuh. Haih...apa-apa pun, diorang SUME penah pegi M’sia, penah pegi Tioman and Perhentian. AKU JUGAK TAK PENAH SAMPAI NEGARA DIORANG, MALAH TIOMAN DAN PERHENTIAN JUGA YE…(loser…)
Dah balik tido! Budak kapal ni bleh plak pasang lagu ting tong dum che dum che disco funky hungga hungga! Nasib baik paham bahse, tutup sebelum orang nak tido…memang tak sedar tido atas kapal…nyenyak!

More Pictures of :
Ruby Emperor Souvenir Shop, Bai Chay Tourist Wharf, Hai Au Junk Boat, Thien Hung Cave, Hang Dao Go Cave, Titop Island, Around Halong Bay

(click here for Day 3 Part 1 Album and see page 1-5)
(click here for Day 3 Part 2 Album and see page 1-6)

9 comments:

  1. i love this post!. must be hell fun on the deck. seriously i would do the same. tido dlm boat bukan selalu kan? rasa2 ala2 Mr.Sparrow. best giler.. and your new frenz ARE FARRRNYY!!!!! hillarious! i bet sorang cakap itik sorang lagi ckp ayam.. hahaha.. klaka... "miowwww..."

    ReplyDelete
  2. hahahaha tu la deb, lawak nak mampos sampai aku tak tau camne nak cite dah dlm post ni. banyak sangat!

    yup, biar la mahal skit pun takpe, janji dpt new experience kan...(ala aku amik yg murah2 lagipun...)

    ReplyDelete
  3. if i ever go again... it will be overnight cruise lak lar....

    ReplyDelete
  4. ASSLAMULAIKUM
    SALAMAT DATANG KE MUSLIM TOUR AMINAH DI VIETNAM DAN HANOI !

    sila tengok blog dulu sebelum nak pergi tour thanks
    http://wwwsinamalaysia-sina.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. seronok dapat tido kapal...tapi perjalanann kat 4 jam!!

    ReplyDelete
  6. aminah, tx.

    nekcik, lama kan? kalo van tu pasang lagu vietnam, laaaaaaaaagi rasa lama hahahaha!

    ReplyDelete
  7. Hi.nak tanya u all ambik package dari mana ke Halong Bay ni? Thanks

    ReplyDelete
  8. wani,

    kitorang amik kat tour operator area hotel yg kitorang duduk, tak ingat apa namanya...

    ReplyDelete