Nuffnang Latest!

Monday, July 22, 2013

Resipi Berbuka Dan Sahur Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikummmmm...Ini bukan Ketuk-ketuk Ramadhan tapi berketuk-ketuk jugak la aku kat dapur sepanjang Ramadhan ni. Memang aku selalu masak walaupun bukan bulan puasa, tapi masa bulan puasa ni la boleh masak gempak skit sebab balik keja awal. Nak-nak laki aku tu tak suka pegi Pasar Ramadhan langsung, maka kena la masak tiap-tiap hari. Oh ya, bukan aku sorang je yang masak ye, laki aku tu lagi hebat memasak dari aku..especially bahan-bahan yang menggunakan rempah dan sos. Kalau aku, simple-simple jer campak-campak tauk-tauk janji jadi udah. Hahaha! 

Ok. Selain dari resepi-resepi sebelum ni, ada beberapa resipi lagi yang aku nak share kat sini. Ada yang pernah masak, ada yang baru first time cuba, dan ada yang beberapa idea ni datangnya dari blog Supermeng dan aku cuba sendiri. So segala sukatan yang diberikan adalah tertakluk pada lidah dan rasa kami laki bini :) Cubalah!

Beef Stew / Stew Daging Sekali Harung
Bahan-bahannya:
Daging batang pinang (dipotong kecil)
Kentang (dipotong 4)
Lobak merah (dipotong panjang)
Batang saleri (dipotong panjang)
Bawang besar (dipotong 4)
Rempah sup bunjut (1 ketul)
Tomato puri (separuh tin) 
Gula & garam (secukup rasa)
Daun sup & bawang (dipotong kecil)

Cara-caranya:
Rebuskan daging bersama rempah sup bunjut sehingga daging empuk. 
Masukkan semua bahan-bahan diatas sekaligus sehingga lembut. 
Masukkan gula dan garam.
Hiaskan dengan daun sup & bawang.

Bawal Tiga Rasa Letup-Letup
Bahan-bahannya:
Ikan bawal hitam (dipotong dua)
Sos ikan (2 sudu)
Sos cili thai (4 sudu)
Sos tiram (4 sudu)
Bawang besar (dipotong dadu) 
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris) 
Gula & garam (secukup rasa)
Daun sup & bawang (dipotong kecil)
Cili (dipotong)

Cara-caranya:
Goreng ikan sampai garing. Toskan minyak.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
Masukkan semua jenis sos dan tumis 3 minit.
Masukkan gula dan garam.
Tuangkan sos ke atas ikan bawal tadi. 
Hiaskan dengan daun sup & bawang serta cili.

Ikan Bawal Masala Bombay Mari
Bahan-bahannya:
Ikan bawal hitam (dipotong dua)
Serbuk masala (1 sudu)
Serbuk jintan putih (1 sudu)
Serbuk jintan manis (1 sudu)
Serbuk jintan hitam (1 sudu)
Serbuk ketumbar (1 sudu)
Serbuk cili (1 sudu)
Bawang besar (dihiris) 
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris) 
Daun kari (10 helai)
Gula & garam (secukup rasa)

Cara-caranya:
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan daun kari.
Masukkan semua jenis serbuk dan tambah air sedikit. 
Masukkan ikan dan biarkan hingga ikan masak sempurna.
Masukkan gula dan garam. 

Filet Ketam Sos Manis Tah Apa-Apa
Bahan-bahannya:
Filet ketam (1 paket)
Sos ikan (1 sudu)
Sos cili thai (2 sudu)
Sos tiram (2 sudu)
Lobak putih (dihiris bulat)
Lobak merah (dipotong panjang)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Cili (dihiris)
Gula & garam (secukup rasa)
Serbuk lada putih (secukup rasa)

Cara-caranya:
Rebus filet ketam. Toskan airnya.
Tumis bawang besar, bawang putih, cili dan halia.
Masukkan semua jenis sos serta lobak putih dan lobak merah sehingga lembut.
Masukkan gula dan garam.
Masukkan filet ketam.

Kentang Bilis Lobak Masin Bergabung Bersama
Bahan-bahannya:
Kentang (dihiris bulat)
Ikan bilis 
Lobak masin (dihiris dadu)
Bawang merah (dihiris)
Cili (dihiris)
Gula (3 sudu)

Cara-caranya:
Goreng kentang. Toskan minyak.
Goreng ikan bilis. Toskan minyak.
Goreng lobak masin. Toskan minyak.
Goreng bawang besar dan cili, dan masukkan ketiga-tiga bahan diatas.
Taburkan gula ke atas semua bahan sehingga lebur.

Butter Prawn / Udang Mentega Adik Manisss
Bahan-bahannya:
Udang
Mentega (3 sudu)
Susu pekat manis (3 sudu)
Bawang putih (dipotong dadu kecil)
Telur (1 biji)
Daun kari (10 helai)

Cara-caranya:
Goreng udang. Toskan minyak.
Tumis bawang putih.
Masukkan mentega, susu dan telur. Kacau hingga hampir pekat.
Masukkan udang dan kacau hingga sebati dan kering.

Nasi Bukhara Ayam Rempah Madu Yalla Yalla
Bahan-bahannya:
A) Nasi Bukhara
Beras basmathi
Daging (dipotong kecil)
Rempah bukhara (1 paket)
Bawang besar (dipotong dadu kecil)
Bawang putih (dihiris)
Tomato kecil (dipotong 4)
Garam (secukup rasa)  
Kismis (4 sudu)
Minyak masak (3 sudu)

B) Ayam Rempah Madu
Peha ayam
Madu
Garam & lada hitam (secukup rasa)

Cara-caranya:
A) Nasi Bukhara
Masak nasi. 2 cawan beras basmathi = 2 1/2 cawan air. Biarkan 5 minit yakni separuh masak.
Tumiskan semua bahan-bahan diatas kecuali kismis. Masukkan rempah serta sedikit air sehingga masak.
Masukkan semua bahan tumisan ke dalam periuk nasi dan kacau hingga rata. Masukkan minyak masak. 
Teruskan masak nasi dan kacau nasi setiap 4 minit. Masukkan kismis. Kacau lagi hingga nasi masak.

B) Ayam Rempah Madu
Gaulkan semua bahan-bahan diatas dan biarkan 20 minit.
Goreng ayam sehingga garing.

Salmon Berenang Ditepian Mashie
Bahan-bahannya:
A) Salmon Bakar
Ikan salmon
Halia (dihiris lebar)
Lemon (untuk perahan)
Garam & lada hitam (secukup rasa)
Aluminium foil (ikut size ikan)
B) Mashie
Kentang (4 biji)
Garam (secukup rasa)
Lepa sandwich (4 sudu)
Kuah cendawan instant.
Cara-caranya:
A) Salmon Bakar
Bentangkan aluminium foil dan letak halia dua hiris.
Letakkan ikan salmon diatas halia tadi.
Letak garam dan lada hitam, dan perahkan lemon keatasnya.
Balut aluminium foil dan masukkan ke dalam oven dan bakar 15 minit.

B) Mashie
Rebus kentang bersama garam. Toskan air.
Lenyek kentang dan masukkan lepa sandwich. 
Campurkan kuah cendawan instant dgn air suam. 
Tuang kuah ke atas kentang tadi.


Nota : Semua gambar adalah dari Instagram aku BiqqueBikuchan. Sila la follow kalau nak terliur dengan lebih lagi. Hahaha!

8 comments:

Ren said...

oooo baru aku pasan rupanya Bwal 3 rasa dengan Bawal Masala Bombay tu adalah seekor ikan kan? sebab ada ekor dan kepala di masakan berbeda.

Sedapnya.

Biqque said...

janggel, anda betul! hahahahahahahaha! maklum la makan berdua, terpaksa la potong kepala ekor :) jimattttttt!

just.HY said...

aku sangat teringin bawal 3 rasa tu dan jugak butter prawn! yummehhhh! untungla ade laki pandai masak. bini dia buat ape? kekeke ;p

Emy Tak Kecik said...

terpaut pada salmon menari apa ntah tu...mau try..mau try...

hebat nye menuuuuuuuuu....kecuqqqqqqq hehehehe

Anash said...

heheh..tu la..ikan bawal dipotong dua lalu terbentuk la 2 jenis lauk yang berlainan...

kompom..akak surrender bab pegang kuali campak campak ni...


(ada tak masterchef yang single?..*tiba2 tertanya plak?*)

heheh

Hulubalang said...

yeahh...resipi yg mudah dan sempoi... harus dicuba ni. Err tp aku tukang makan!!

Biqque said...

john, dah korang nak ayam golek, terpaksa mak esah buat hujung minggu ni :) laki nyer masak, bini nyer amik gambooooo hahaha!

emy, ha try la salmon tu, senang, cepat, sedap! :)

kak anash, perasan jugak kan hahaha! ok la tu makan berdua2an hehehe! sila cari yg pandai masak jugak ye! sekian!

HB, suh la OR ko masakkannnnnn :D

Metrobestmom said...

sedap ...nak cuba
moga menjadi
http://metrobestmom.blogspot.com

Subscribe To This Blog