Selendangmu mengibar di pantai
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini
menyambut tetamu pulau
setiamu menjadi lagu
nyanyian ombak pagi
rambutmu menjadi jalur hitam
terapung di laut malam
air matamu dingin embun
jatuh di tujuh telaga
dendam tujuh keturunan
melengkung tujuh tanjung
putihlah pulau ini
disimbah darah suci
Mahsuri
sumpah itulah yang telah menghidupkan Langkawi
kerana tanpamu
Langkawi tidak sebegini
~Zurinah Hassan~
Post tag : Beauty In Darkness (Biqque), Travelista (Shahrul), Chawanna (Chawan & Na), Coco Nutz (Kak Anash), Janggeltrekker's Life (Janggel), Kaki Berangan (Danny/John), Kaki Jalan (MasMZ), Traveller's Anatomy (Byya), Journey Of My Life (MasZuber), From Malaysia To The World (Dan Arif).
jgn lupe kim salam ngan cicit mahsuri.. hehehe
ReplyDeleteOhh baru tadi nampak presiden john kat INTAN..igt nak minta otograp tp segan plak hahahaha...maklum la retis terkenal skang ni..kannn
HB, gerun plak dgr ko suh kim salam kat cicit mahsuri...berdebar2 hahaha!
ReplyDeletewahhh ye ke? patut ko amik jer gambar dia dari jauh, ala2 paparazzi gitewww. hahaha!
Wow ayunya yg tuang kopi tuuuuuu
ReplyDeleteNi xde kena mengena ngan blackout505 kan kan? Hehehe...
ReplyDeleteCIcit mahsuri kan lawa orgnya...apalak nak takut...lain la kalau muncul tgh malam kekekeke...
Best yeh together-gether travel again =D
ReplyDeletejanggel, tu aku la tuuuuuu hehehe!
ReplyDeleteHB, ish kalo ko google gambar dia, patu pi plak tgk gambar2 dia kat rumah dia, mmmmmm ada skit meremang la hahahaha...
diana, when will u join us?? hmm??