"I tengok Jalan-Jalan Cari Makan, Iqram Dizly makan bersila! Dia makan daging salai masak lemak, keli berlada, sayur daun-daun tu, siap dalam talam lagi! Patu ada penari kebudayaan kat sebelah dia. Tempat tu dalam istana lama, macam rumah panjang!"
Beria-ria aku cite kat hubby. Dia tetap tak percaya, sebab dah google banyak kali, memang takde tempat makan yang macam dalam istana lama warna hitam. Atap minangkabau serambi plak tu! Aku masih tak puas hati, aku google separately.
1) iqram dinzly makan bersila
2) makan dalam istana ada penari kebudayaan
3) jalan-jalan cari makan daging salai masak lemak
Yang jumpa tah apa-apa la for sure. Tapi ada satu hit, namanya Restoran Warisan. Bila google gambar, memang nampak macam istana lama, tapi bukan istana, lebih kepada wakaf istana ada la. Patu takde tempat bersila pun! Hahaha!
Then aku try taip istana lama. Keluar la Istana Ampang Tinggi yang mana gambar dia SEBIJIK macam dalam Jalan-Jalan Cari Makan, episod makan bersila tu! Siap ada gambar penari kebudayaan lagi!
"Haaaaaaaaaaaa! Restoran ni la! Yang ni! Ada tempat bersila!" Terjerit-jerit aku kat hubby.
Hubby tengok tepattt jer kat aku..."Ayang, ni MUZIUM ayang, kat mana makan bersilanya?"
"Ya Allah betulllll! Sumpah tak tipuuuu!" Masa ni aku tengah baca yang istana lama tu adalah replika. Tak bleh naik ramai-ramai, maximum 12 orang. Takut roboh agaknya. So takkan restoran kot kan?
(Cerita pasal istana lama tu nanti lain entry aku cite. Ni pasal tempat makan je ye.)
Dipendekkan cerita, kitorang pegi la cari Restoran Warisan tu. Tau jalan tu pun sebab aku call ex-boipren aku, dia orang Nogori. Selamba badak jer dok sembang dengan ex-boipren tanya jalan dengan perkembangan semasa dia, walhal hubby duk tengah drive kat sebelah. Hehehe! Ala kawan lama dia jugak.
Dari PLUS highway, keluar exit Senawang. Lepas tu straightttttt jer sampai jumpa satu simpang yang ada roundabout besar yang still under construction. Amik pusingan roundabout tu and pegi ke kanan (ada signboard kecik ke arah Kuala Pilah). Kalau straight tu bleh pegi Highway Lekas. Dah pusing tu ikut je jalan tu. Jalan dah elok, nanti nampak Ulu Bendul, tempat berkelah yang paling famous kat sana. Patu dah tak perlu lalu Bukit Putus yang legend tu, tapi sape nak try skill kona baring, bleh lagi, jalan tak ditutup. Then jalan straighttttttttt je sampai la nampak banner "Air Janda Pulang" sepanjang jalan. Sepanjang kiri kanan jalan tu ada orang jual daging salai pelbagai jenis dan jugak madu.
Dalam dok nampak banner "Air Janda Pulang" dengan "Coconut Shake" tu, korang silalah terliur sebab lagi 6 km camtu, baru akan nampak Restoran Warisan ni di sebelah kiri. Amik gambar restoran tu siap-siap buat kenangan. Masa kitorang pegi tu katanya hari Sabtu, ada persembahan tarian. Tapi nampak gaya macam hidup segan mati tak mahu jer pentas nyer.
Cuaca baru nak hujan. Time pun dah nak maghrib. So cepat-cepat kitorang turun and terus cari port.
Best gak la, tenang, sebab tepi sawah padi. Then kitorang tanya, "Dik, den berduo ni nak daging salai masak lomak dongan koli berlado." Ewah cakap Nogori pulak.
"Abis la kak." Katanya!
"Huh?? Alaaaa...datang dari KL ni, semata-mata untuk lauk ni, takde ke?" FRUST GILE OK!
"Memang abis cepat kak. Tengahari dah abis. Akak boleh pegi kat satu lagi branch kami, Kodai Makan Makan kat Melang. Situ ada."
"Melang?" Ternganga kejap, ingatkan Kak Melah baju bentuk hati.
"Haah, tepi Giant baru bukak tu. Betul-betul tepi Giant." Dah...Giant mana pulak.
"Situ mesti ada, sebab stock datang dari situ." Katanya lagi, confident jer, sebab aku tanya dia berkali-kali, betul ke ada, betul ke ada.
Kitorang pun bangun terus keluar dari kedai. Sempat jugak tengok menu, agak pricey tapi mungkin sedap, tiada siapa yang tahu. Budak tu kata 10 minit sampai, tapi sebab jem, kitorang sampai setengah jam jugak la. Tension betul! Tak nampak macam ada pembangunan pun, semua hutan jer. Adik ni kencing kitorang ke! Tup-tup lepas hutan-hutan tu baru la nampak Giant besarrrr belah kiri. Terus masuk Giant tu, ada Kodai Makan Makan kat deretan kedai dua tingkat. Kedai tu corner lot.
Aku terus amik gambar, nampak la manager kat situ dok sengih-sengih kat aku. Patu duduk, kitorang terus order benda yang sama kitorang mintak kat Restoran Warisan tadi. Harga kat sini jauh lebih murah dari Restoran Warisan tadi. Maybe sebab baru bukak sebulan kot.
10 minit berlalu, budak lain plak datang and kata, "Akak ada order daging salai masak lemak dengan keli berlada ke?"
"Haah, nape?" Aku dah terasa-rasa je nak tendang meja.
"Owh...kalo yang tu kena tengok kat tempat berlauk. Kalau ada, ada la." Dia tunjuk tempat nasi campur.
Uih masa ni rasa macam nak terbalik dah meja kerusi semua sebab hubby cakap, awal-awal lagi dia dah pegi tengok, memang takde. Yang ada sambal sayur daun-daun tu je. Patu aku bebel jugak la kat adik tu sebab tadi kata bleh order, ni kata kena pi amik kat situ plak. Dah la tu, abis plak tu. So aku terus order ketam masak sweet and sour.
Then manager tadi tu datang tanya kitorang dari mana. Dia kata memang cepat habis lauk special tu sebab paling sedap dalam Nogori katanya. Kitorang plak cakap kat dia, Restoran Warisan kat sana yang suh kitorang datang sini. Tapi hampa! Manager tu kata orang KL kalau nak datang, kena telepon dulu. Skali datang, satu bas! Habis semua. Huh! Yolah!
So ni je la yang kitorang order. "Air Janda Pulang" dengan "Coconut Shake" serta "Ketam Masak Sweet and Sour". Aku pun tak tau la apa sejarah air ni sampai bagi nama janda pulang. Pulang dari mana pun aku tatau. Tapi air nyer rasa macam air kelapa jer. Aku rasa air "Coconut Shake" tu jauh lagi sedap.
TAPI sebagai pemakan ketam yang abadi, aku syorkan korang try "Ketam Masak Sweet and Sour" ni. Hubby yang pemalas makan ketam ni pun cakap sedap! Aku order sebab masa duduk kat meja tu, diorang tak kemas lagi pinggan mangkuk orang yang makan before kitorang. So aku nampak ketam tu! Terus order. Baunya sungguh harum! Ketam ni digoreng garing dulu, baru dia campur dengan kuah. Kulit dia lembut skit so tak perlu guna hammer. Diorang dah katok siap-siap. Uihhhhh sedap gile kot nak-nak ada telur skit-skit! Patu kunyah-kunyang insang dia, sedut-sedut jus nyer! Ya Allahhhhh! Heaven!
Patu kitorang try sayur daun-daun ni. Kitorang suka sebab jiran sebelah rumah kitorang, bini dia orang Nogori. Bila dia buat, mesti kasi kat kitorang skit. Tapi sayur dia lagi MACAM-MACAM dari yang ni. Biasa la, buat sendri kan. Kat kedai ni baru la kitorang tau nama dia sayur daun kayu. Yang ni pun sodap!
Total kitorang makan malam tu, baru RM27. Gile murah! Ketam tu dua ekor. Nasi campur yang kitorang amik tu ada keli, telur, and etc. So sapa nak pegi, boleh la cuba.
Pasal makan bersila tadi tu, ha camni citenyer. Rasanya Jalan-Jalan Cari Makan tu dapat special treatment, diorang order makanan masak lemak tu siap ada talam bagai, patu bawak gi makan kat dalam Istana Ampang Tinggi tu! Sebabnya masa kitorang pegi muzium tu, memang ada tikar mengkuang, tudung salji, semua yang sebijik macam dalam episod tu. Memang sah la manager muzium tu yang bagi access, siap bawak penari kebudayaan untuk temankan si Iqram Dinzly tu makan haaaaaaaa! Pfft! So simpan je la angan-angan korang yang nak makan bersila ala raja melayu dulu kala tu ye...
Pasal makan bersila tadi tu, ha camni citenyer. Rasanya Jalan-Jalan Cari Makan tu dapat special treatment, diorang order makanan masak lemak tu siap ada talam bagai, patu bawak gi makan kat dalam Istana Ampang Tinggi tu! Sebabnya masa kitorang pegi muzium tu, memang ada tikar mengkuang, tudung salji, semua yang sebijik macam dalam episod tu. Memang sah la manager muzium tu yang bagi access, siap bawak penari kebudayaan untuk temankan si Iqram Dinzly tu makan haaaaaaaa! Pfft! So simpan je la angan-angan korang yang nak makan bersila ala raja melayu dulu kala tu ye...
P/S: Gambar tak banyak sebab frust tak dapat lauk yang nak dicuba. KAMI LAPAR! LAPAR! LAPAR!
P/S Lagi : Ha Meng, aku dah buat entry makan ni, mana entry ko???
P/S Lagi : Ha Meng, aku dah buat entry makan ni, mana entry ko???
20 comments:
wah sy org kuala pilah tu, main lalu lalang jeeee kat restoran warisan tu...takpnahnyeee ada hati nak singgah!hahahaha n kodai mkn2 tu br buka kot...sbb tak pnah tau plak...almaklum, balik pilah, setahun 3,4kali jer...family semua duk bangi dah..hehehehe btw kalo minat nak makan nogori...tp dia makan ikan, ayam salai la...tp ada gak masakan lomak cili api tuh...kat batang benar...if dr nilai, terus menuju ke stesyen komuter batang benar..nanti dpn sket tu, b4 simpang nak masuk hiway Lekas, belah kiri ada kedai makan nama apa eh...tak ingt...haha tp kedai bodoh2 je la...berasap2 kedai tu...ada byk kedai gak, dlm 3,4 buah sederet tu bersambung...tp hujung belah kiri skali yg jual salai2 tu...cicah ngn air asam dia..nyummehh...seswai utk selera kami la...hehehe ok...
woooowwwww!!!
sama kes macam saya.. kalau tengok JJCM.. terus nak terjah.. siap google tempat tu lagi.. hahahaha.. sib baik waktu nak pegi mr mama pun ok je... tengok mood dia gak kot2 nak bawa.. hahahahaha..
Dah mane makan bersilanya? Frust betol tau klu mai jauh2 jdi cmni. Buek malu kg den jo. Huhu
DJ, try la, tak tau la sodap ke tak...yg kedai u cakap ni, nanti bebila kitorang pegi sana lagi, kitorang try cari :D
jassnani, kan? nampak sedap jer terus wah mcm nak pegi :) hubby i ok jer, weekend je pun...
beb, ha lupa nak cite! ok, i dah add dah pasal bab makan bersila tu :D frust tu mmg frust, tapi sonok dpt pi muzium tu, nanti i buat entry.
WOW terpaksa torai lepas ni.
hahaha
aku hari tu lalu nasib x singgah kat air janda pulang tu.
teringin gak nak try..
next time la buleh combined dgn warisan ni...
kolo pilah
tompek den selalu bona datang
apasal plak tak perasan kodai makan nih?
kono poi laie nih...
giant tu baru eh buek ...hahah
tak pasal komen berbaur negeri sembilan..heheh
omgg..masak lemak daun tu..memang terbaik lah.. *start engin motor...vrom vroooommm*
sebagai orang minang, mmg sohih i kene try. nampak sangat i komen entry makan saje, buruk dak perangai. hahahahhahah
Mcm best je nk join korng nie brjln.. tp kitorg ni da berfamili... blh ke..?
janggel, paksa2 la diri torai haha!
meng, next time lalu, terus stop and try ok? penat buat entry ni khas utk ko tau hahaha!
anash, tibo2 eh tukar loghat nogori...haha!
na, sila start motor cepat! mmg sodap ar!
lily, u tak penah try ke? cepat try!
nabilah, u can do it :) try jer ngan family, byk yg i kenal bleh jer travel sana sini dgn keluarga :) cuba ye! hahaha!
makasih la..
* campak air janda pulang 1 botol
kena datang awal la ni gamaknya biqque...ddengar ko citer pun aku dah terliur dah, belum makan lagi. lauk paling sedap dalam nogori, wuuhaii...memang kena cuba :)
eh asal entry dalam bahasa melayu? hahaha dah kembali ke pangkal jalan? dramanya dialog korang laki bini nih! hahaha
jauh sungguh buat jalan2 carik makan ketam tu nampak sungguh juicy!
gambar awesome nampaknya! ;)
Saya pun orang Kuala Pilah =)
meng, sama2 *campak kelapa 4 bijik kat kaki ko*
orga, sila lap air liur tu dan bawak bini ko gi makan kat sana. hahaha!
john, entry ni dalam bahasa sbb nak balas dendam kat meng! jahat dia jahat dia jahat dia!
mas, ye ke? sonok la dpt mkn best tiap2 ari :D
Sy baru mkn air janda pulang smlm hahah.tertarik nk cuba sbb nama tu cm spesel..nway kalau nk try mknn n9 sdp cbe try g hardwood cafe dkt ngan jusco seremban 2.sodapppp ;)
Yang makan bersila kat dalam Istana Ampang Tinggi tue sempena Muzium ada wat program Warisan Makanan Negeri Sembilan kat sana..so Jalan-jalan cari makan dijemput utk menjamu selera masakan2 tradisional N.sembilan..
haiiii comel. makan berselo tu awak boleh join tapi minimum kene 15 pax dalam satu masa. paling mahal pakej rm15. macam yang iqram makan tu. boleh call 067631149 untuk tempahan. semua melalui tempahan kalau terjah memang takde. hehehe
bazilah, okeh nnti bebila kena pi try :D
anon1, oooooo ye keeee cis tipah tertipu tauuuu :p
anon2, ye ke?? menarik nih! kena kumpulkan kawan2 utk try la :D
Post a Comment