Nuffnang Latest

Monday, February 25, 2013

Melaka By Night : Ikan Bakar Umbai, Stadthuys, Muzium Samudera, Menara Taming Sari, Night Market

"Umbai la kot..." 

Kitorang pun setuju je. Malas nak cari jauh-jauh. Lagipun penah makan dah kat situ. 

Kitorang pun parking kat bawah pokok. Bunyi kicauan burung je dah dapat agak, kompom la ada aksi tembak-menembak peluru putih kat atas keta kang. Tapi dah itu je yang ada. Betul-betul depan surau, senang nak solat mintak doa kat Allah jangan la teruk sangat burung tu melepas secara jemaah.

Lepas solat, Pak Ein dah sibuk suh jalan dulu, riki kedai mana yang best. Aku dah malas dah, masa ni aku cakap, makan je kat kedai no. 1 ni, sebab penah dah try. AKU ULANG, KEDAI NO. 1 YE. KARANG KORANG TAU LA KENAPA AKU ULANG. Lagipun sama jer sume tempat.

Kitorang pun duduk la kat meja panjang ni. Si Sami sejak dari mula dah terbongkang atas meja. Tak pedulik dah apa orang nak kata. Aku, Kak Ngah, Abang Mus, ngan Skin pi pilih ikan, sotong, udang. Baru la nampak yang ikan pari dia tak banyak, tinggal satu je. Cis! Nyesal plak tak jalan dulu tadi. Tapi takpe, kitorang order yang lain. Aku share jer ngan Kak Ngah. So, dapat la tiga keping kertas order.

Sedang enak berbual sambil layan patung Spiderman yang muka tak sudah tu, dalam tak sedar, air tak sampai. Nasik lemak pun dah abis atas meja. Otak-otak plak langsung tak datang menghulur. Haiiiii...apa cer ni! 

Kitorang panggil berkali-kali jugak la si pelayan yang silih berganti jalan menonong jer konon ingat la order kita, tapi akhirnya nan hado! Apa lagi, Kak Ro terus bangun, PI KUTIP NASIK LEMAK KAT MEJA LAIN! Haaaa puas hati aku! Sambil buat muka bengang abis dah ni! Patu aku sound budak yang bakar otak-otak tu, suh hantar kat meja aku. Walhal tepi tu jer!

Makin lama makin menjadi. Aku rasa korang pun dah baca kat blog Skin akan kecelakaan yang menimpa dirinya. Masa ni aku dah bangun la sebab order yang sampai, tak menepati permintaan. Lagi teruk, ada yang tak sampai! 

Aku terus gi kat kaunter sambil tunjuk satu, satu, "NI, NI, TAK SAMPAI LAGI. DAH LAMA DAH. YANG SAMPAI SEMUA SALAH. APA NI?" Terkebil-kebil la budak kaunter tu dengan muka cam haram jadu! Si pelayan tu dok kata betul, betul, sambil dok tunjuk kat mamat yang amik ikan kitorang awal-awal tadi. Korang tau dia kata apa? "Ooooo...patut la...order lain, lain...len kali duk jauh-jauh skit..." 

"HAMBOIH! DAH KITORANG SATU FAMILY, APE HAL NAK DUK ASING-ASING?! KORANG NAK SALAHKAN CUSTOMER KE??? CAMTU???" 

SUMPAH AKU CAKAP KUAT GILE SEBAB AKU MARAH SANGAT! JANGAN DAH PI SITU, OKEY?

J.A.N.G.A.N!

Dengan suasana yang agak tegang, kitorang bayar and blah dari situ. Cari belacan. Hahaha! Bleh? Siap komplen nak cari yang murah gile. Beli 3, tapi sume lupa nak bawak balik. Ada dalam peti es aku ni ha...

Seperti yang dijanjikan, kitorang pegi jugak la town malam tu. Nak jalan jugak tepi sungai tu. Masa ni dah nak agak jem, so kitorang parking tepi lorong. Ada la apek tua ni jaga parking, mintak duit. Aku tak bayar pun, laki Skin yang bayarkan. Mekasih :D

Then kitorang jalan-jalan la kat Stadthuys tu. Ada la ayor pancut lampu ijo. Walaupun terpercik-percik ayor nyer, family Pak Ein gagah jugak amik gambor...


Patu kitorang teruskan perjalanan kekakian ke kincir angin tadi. Still tak bergerak, so amik gambar je la. Cantik rupanya di malam hari. Sonok anak sedara aku sorang tu, dok layan DSLR baru dia...sampai abis battery!
 

Kat tengah jalan, ada satu roundabout kecik. Ada kancil batu sekor kat situ. Masa ni keta dah banyak tapi aku layankan je la bebudak ni nak bergambar.

Abang-abang beca masa ni dah mula menjaja beca lip-lap diorang, siap pasang lagu dun-cit-dun-cit boom box kalah keta kat Stadium Shah Alam ngan Taman Tasik Tepen. Ada yang pasang lagu Hindi, ada yang pasang lagu Dangdut, tak lupa jugak ada yang pasang lagu Disko. HOI! MANA LAGU DONGDANG SAYANG?! Sungguh tak mencerminkan Melaka. Hahaha!

Dari jauh nampak la Menara Taming Sari, tapi tak naik sebab nak bayo untuk satu kampung memang tak daya. Lagipun Cik Ro dah naik kat Sentosa Island, udah le. (Ewah, kat negara orang, naik! Kat negara sendri? Hmmm...)

Patu Pak Ein tak abih-abih la nak pegi jugak tengok kapal besar atas darat tu! Muzium Samudera namanya. Walhal dia pegi ada la berjuta kali kot! Haih...nak bawak cucu merasa katanya...tapi tak masuk pun, sekadar amik gambar jer. Dia tau, anak cucu dia sume gile gambar. DIA PUN SIBUK LA SUH REPAIR CAMERA DIAAAAAAAA...

Kat depan Muzium Samudera tu ada pasar malam. Barang ada yang murah, ada yang mahal. Kitorang tak beli apa pun. Ada gak cite menarik kat blog Skin pasal peniaga kat tempat ni.

 

Agak semua dah ngantuk tak larat, kitorang jalan balik ke keta. Masa ni baru la nampak segala tembakan burung-burung kat kedai makan tadi. Tak yah susah-susah beli sticker. (Ingat tak dulu-dulu, sibuk orang tampal sticker splash air/taik burung tu? Hahaha!)

On the way balik, sempat benti kejap kat tepi jalan, beli hasil Melaka. Tanpa berpikir panjang, aku cakap kat Skin "Eh, kita beli la kudap-kudap untuk lepak hujung minggu ni ngan bebudak Travelholic!" 

LAKU ABIS DODOL MELAKA TU YEEEEE HAHAHA! BABAI MELAKAAAAAAAA :D


12 holler:

Supermeng Malaya said...

ok register kat otak.

JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.

* echo

Henry Fox said...

asal ko tak berubah biq? mana tudung kau? hahaha

teringat pulak cerita ely hasrul psl kedai no.1 ni. kekeke lawakkkk!

Biqque said...

meng, hahahaha ingat!

john, ko jugak yg ajar...takpe, jap je, nanti2 aku tarik balik :)

Janggel / Rain said...

Hahahhaa lawak komen JOHN!

Biqque said...

janggel, saje je si john ni...malas aku nak layan...

Orga said...

baik puan, aku pun akan noted tak nak pergi situ jugak. tapi tips yang ko buat tu pun best jugak, kalau marah pergi beli belacan, hehe...

Anash said...

hehehe...
ok
jangan pegi kedai no 1
(padahal pegi umbai pun tak pernah...hahahaaha...ko nih betul ke orang melaka???)

jom jeram jom...
hehe

Biqque said...

orga, ye, kalo marah, sila beli belacan hahaha! gula melaka skali ye kalo bleh :D

kak anash, apa ni org melaka nih! hahaha!

Hulubalang said...

ada satu tempat lagik selain umbai apa ke nama tempat tu kat ngan kg alai kalau x silap...

jalan menghala ke merlimau, rasanya dekat gak ngan umbai kot...

sana sila makan sate udang..mmg mabeles...tp bukan kedai no. 1 la..

Biqque said...

HB, aku penah gak try tempat2 lain, tapi takde la mcm sampai tahap SEDAP nyer gitew...hahaha...wah, satey udang? kena suh Pak Ein buat ni! hahaha!

Hulubalang said...

hahaha...xde la cam sate yg biasa tu...cuma dicucuknye udang tu ngan lidi pastu dia bakar ke apa ke xtau la tp mmg sodapp...

Biqque said...

HB, owh kalo gitu, kita panggil cucuk-cucuk namanya hahaha...

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog