Nuffnang Latest

Saturday, January 5, 2013

Mai Pekena Nasi Kandar Line Clear, Pulau Pinang

"Parking dah mahal?! Gile lah..." Ye, opposite Line Clear tu, dulu parking nyer murah je. Mengambil kesempatan betul diorang ni tau. Sah-sah orang akan parking gi makan kat situ. Tu tak kira nak jalan kaki ke Chowrasta nak beli jeruk. 

Since perut dah berkeroncong, kitorang parking la jugak. Cross jalan, tuju ke Line Clear. Macam biasa, dari jauh dah nampak kena beratur. Family Pak Ein je beratur dah sampai ke luar jalan.

Sambil beratur, pemandangan sekeliling terpaksa la diabaikan. Serius aku cakap, kalo mak mentua aku ni, mampus dia nak makan kat tempat-tempat camni. Family Pak Ein? Belasah jerrrr! Hahaha! Satu benda yang membuatkan kitorang terpinga-pinga, camne bleh cepat sungguh nasik dia masak. Dia masak macam rebus tau, patu tapis dalam raga, siap. Jadi sebutir-sebutir camtu.
Pakcik, katup skit molot tu...

Part ni paling best. Bila queue dah sampai kat cabinet lauk, tengok lauk je dah terliur. Rasa tak sabar je nak suh mamak tu cepat-cepat bubuh dalam pinggan. Seratus orang lalu kat kari kepala ikan tu, seratus bendasing la yang berterbangan. Hahaha! Biasa la tu...dap errrr!

Ni la hasil pilihan nafsu hatiku.Telur sotong dengan telur ikan WAJIB ADA!
Ni plak laki aku nyer. Dia amik ayam je.
Ni Skin nyer. Uish! Teringat-ingat plak masa buat post ni!

Masa kitorang makan, ada sorang mat saleh ni makan depan meja kitorang. Dia guna dua jari jer. Patu sambil makan dia macam geleng kepala sekali-sekala, tapi senyum. Aku tengok dia makan ayam jer, nasik yang kena kuah sume dia tak sentuh. Dia senyum je tengok kitorang makan. Ye la, tengah lapor! Mesti dalam hati dia kata "dah la tempat kotor, tak sedap, mahal plak tu...camne la local bleh makan siap menjilat jari..." Hahaha! Tapi at least, dia nak la mencuba makanan local kan. Ok la tu. Patu dia bangun, dia siap pegi tengok belakang. SILAP BANYAK LA KAN. KALO LALU LORONG BLAKANG, SAH-SAH KO AKAN NAMPAK TOILET DAN TONG SAMPAH. Abis la...mesti dia masuk blog. Kihkihkih!

Lepas makan, semua jalan pegi Chowrasta, tempat jual-beli jeruk paling popular kat Penang. Kitorang beli jeruk mangga jer. Sambil-sambil jalan tu bleh merasa ye. Jangan malu-malu, makan free :D

Patu hujan agak lebat. Ada yang dah tak larat and nak terus balik ke Tepen. Aku, hubby, Pak Ein and Makcik decided nak jalan lagi. So kitorang drive pegi Padang Kota. Malangnyer hujan dan tak brapa nak cun untuk sesi bergambar. Dah la takde parking. Nasib baik dapat jugak kat tepi padang tu. Masa kitorang passed by tempat lepak kat padang tu, ada beberapa pakcik tua dok bersuara dengan lantang (in English), mengutuk kerajaan pusat. Wah menarik ni! Open speech! Baru nak join, dah abis la plak...cis!

Then kitorang cari tempat nak solat, tercari-cari mana la surau. Rupanya memang takde tempat nak solat pun kat toilet tu. Atas keperihatinan pakcik yang uruskan toilet tu, dia buat satu bilik kecik sebagai tempat solat. Muat-muat untuk dua orang. Dia pun suarakan la betapa perlunya surau kat area tu sebab yang dok ramai melepak petang-petang bersama keluarga kebanyakkannya orang melayu. Kadang-kadang sian, satu bas turun nak solat, terpaksa la bentang sejadah atas rumput. Kerajaan pusat cakap nak sediakan surau. Kerajaan negeri cakap tak leh nak buat sebab kerajaan pusat tak kasi. Ha camne tuh...nasib baik ada insan-insan budiman yang sedekahkan duit, suruh pakcik tu belikan sejadah, telekung. Dapat jugak pahala kan...

Since kitorang nak balik ikut Jambatan Pulau Pinang, dari Padang Kota, kena la lalu depan Dermaga Feri. Masa ni punya la jem masyaAllah! Dengan moto besar nyer dok berconvoy! Siap suh sume kereta ketepi! Apa kes! Macam la orang lain tanak balik, diorang je yang nak balik! RUPA-RUPANYA ADA ANAK MAMI KAWIN KAT TEPI FERI! BLEH??? KELAS KO KAWIN TEPI FERI! KAYA SUNGGUH SAMPAI JALAN PUN KO KASI JEM KAN!

Atas jambatan, Pak Ein ngan Makcik dah tido. Aku layan main lampu. Takde teknik apa-apa, main belasah je goyang-goyang janji aku tak tido. (Which aku tetido jugak pastu...)
Macam penyangkut baju kan?
Hujan all the way...

Babai Penang...next year Family Trip, nak pegi belah selatan plak!
FUH HABIS JUGAK! (Adhoc Melaka Trip blum start lagi ni...adeh...)
WATAMMATTTTT!

4 holler:

Supermeng Malaya said...

nasi kandar line clear memang mantop. tapi aku pegi sekali tu ada tikus besar arnab lalu kat tepi...

Biqque said...

meng, makan kat lorong mmg sedap bila ditemani lipas, tikus, dan seangkatan dgn nyer hahaha :D aku gi sini sabit nak mkn telor sotong jer, sedappppppp sgt!

Nafisa81 said...

sdap betul ker? hadus...berkeroncong tgk lauk dalam pinggan awak..

Biqque said...

nafisa, sedapppppppp sgt esp telor sotong tu! ya Allah terliur plak i...

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog