Best gile kot jalan-jalan masa Gong Xi Fa Chai! Kitorang memang dah plan nak jelajah Rembau ni since start cuti Raya Cina. Sebabnyer, memang dah tau, takkan jem nyer. Which is true, kitorang guna highway LEKAS (melalui Balakong), terus sampai ke Seremban.
Cuaca agak mendung, tapi tak hujan, so awan tak biru la. Dalam tak banyak kereta tu, ada jugak yang accident. Terbabas teruk jugak la.
Agak tak paham jugak kenapa orang tak guna highway ni. Instead of, orang akan guna highway KL-Seremban yang dah sah-sah jem gile tu. Tapi untuk orang dari Shah Alam, nak datang ke arah Balakong tu memang kirim salam la kot kan.
Kurang dari sejam, dah nampak signboard sempadan. Sumpah dekat! Rasa macam eh, dah sampai Negeri Sembilan?
Masa drive kat highway ni, banyak yang kitorang sembangkan. Teringat masa road trip South Island, New Zealand. Rindu betul nak drive kat sana. Kat sana, banyak kambing biri-biri. Sini, apa pun tadak. Lalu je kawasan Nilai ni, masyaAllah, bau taik ayam kuat gile!
Kitorang benti kejap kat satu hentian minangkabau besi ni utk solat. Tak ramai orang pun so best la tak perlu nak rebut-rebut dengan orang nak masuk toilet. Rasa macam kat tempat asing sungguh masa ni.
Sampai kat town Seremban pun masih terkejut, sebab tak jem. Kalo hari biasa ni, huh beratur! Nampak kedai cendol yang popular, tapi tak benti. Ingatkan nak cari kedai Leman Dawi tu, tah la kat mana hala, kena cari dulu.
Ada satu main road ni tutup sempena rumah terbuka Gong Xi Fa Chai, so kitorang terpaksa pusing satu lake garden tu untuk cari bangunan yang berbumbungkan minangkabau. Tapi tak jumpa. Pusat Kraf ke Pusat Budaya tah, tapi yang kitorang jumpa hanya satu bangunan putih ni. Wifi zone tuh!
Kitorang benti and park. Jalan kaki, terus pusing satu roundabout ni untuk amik gambar. Rupanya, Perpustakaan Negeri. Hahaha! Masa ni ada dua orang laki, dok sibuk amik gambar. Ko amik gambar aku, aku amik gambar ko. Diri tegak. Agak pelik disitu sebab jarang gile la dua laki nak jalan-jalan amik gambar kat bangunan. Hahaha! Hubby cakap diorang datang dari jauh tu, biar la...
Masa ni aku start message ex-bf aku zaman skolah menengah (ye, aku masih baik ngan ex aku tu, kitorang macam kembar, dia pun dah kawin), tanya dia tau tak Pusat Kraf tu. Dalam dok sms tu kitorang jumpa satu bangunan ni. Punya la sonok, ingat betul dah! Rupanya ni Wisma Negeri. Hahaha!
Patu kitorang naik keta and buat satu lagi pusingan, untuk amik gambar tugu ni. Agak tak paham kenapa depan perpustakaan ada tugu untuk perwira yang telah gugor...mungkin bangunan ni ada sejarahnyer...takut la camni nak masuk library! Hahaha!
Masa pusing lake garden tu nampak satu lagi bangunan yang sama macam perpustakaan tadi. Rupanya ni la Pusat Kraftangan. So mananya Pusat Budaya yang bumbung minangkabau tuuuuuu? Haihhhh...tu la, patut bawak map tadi. Kat New Zealand, bleh jer cari...Seremban pulak yang tak lepas!
Pusing-pusing lagi, asik jumpa bangunan yang sama. Bosan punya pasal, amik je la gambar apa-apa pun. Kedai bata ada la...cantek!
Patu hubby ajak pegi cari TKC. Maklum la, budak STAR kan bermusuh ngan MCKK. MCKK plak girlfriend diorang kebanyakannyer budak TKC. Hahaha! Jumpa la, depan kubur Kristian, dalam hutan. Mesti banyak flasher keliling pagar kan?
Kitorang teruskan misi mencari Rembau. Sebabnya, hubby bayangkan Rembau tu macam satu town yang besar. Tunggu dan lihat je la.
Sekali sampai, ha amik! Besar lagi Tepen! Ok, Tepen besar sangat. Besar lagi Parit Buntar! Masih besar lagi. Ok, besar lagi Bagan Serai! Hahahaha! Masa ni aku suruh hubby benti keta kat tepi lorong, aku jalan kaki, amik gambar batu tanda ni. Betul-betul kat simpang traffic lite. Sume orang tengok aku. Hahaha! Nak je aku cakap, amik gambar untuk kajian tempatan tingkatan 3.
Agak dah puas dengan pekan Rembau yang ada satu dua je pasaraya, kitorang gerak balik ke arah Pedas. Ada nampak satu Wet World kat Air Panas. Nasib baik airnye tak panas. Hahaha.
Awal-awal aku cakap kat hubby, aku nak amik gambar signboard Pedas. Tak kira la camne pun. Dah la gelap, nak amik gambar masa keta tengah bergerak memang kirim salam. So aku suruh hubby patah balik, patu benti kat tepi jalan. Wah! Teringat masa nak amik gambar kambing merino dulu, camtu la kitorang patah balik. Sebab takut bukan nyer nak datang lagi kan, so better amik. Dapat jugak :D Masa ni aku buat cite, camne dapatnya nama Pedas ni. Zaman dulu-dulu, ada orang tengah makan. Patu dia lari kuar kedai, ada plak orang macam Parameswara kat situ, tanya apa nama tempat ni. Yang orang tu tengah terjelir lidah, sambil cakap Pedas! Pedas! Dengan kuasa veto yang orang besar tadi tu ada, dia kasi la nama Pedas...hahaha!
Then balik ke arah Seremban. Nak cari masak lemak cili api memang tak dapek den nak nolong, dah malam. So kitorang benti cari burger jer. Maklum la, siang tadi dah blasah steak, duit pun dah terbako. Kedai cendol Leman Dawi plak tutup.
Misi Rembau berakhir di Nilai, yang mana kitorang nak cari bamboo blind utk pintu tepi. Malas nak tengok jiran sebelah nanti. Hahaha! Tak la, sebab hujan tempias, kena pintu kaca tu, abis rosak kang. So beli la 2 keping 5'X6'. Memang murah. Kat Giant, Tesco, Ikea, kedai hardware, sume lebih RM100 satu, kat sini, dia letak RM200 untuk dua, patu turun RM180. Kedai pun dah nak tutup. Aku layan lentok kat bangla pakistan tu skit, dapat la RM170 untuk dua.
Paling best untuk misi jelajah ni, yang penting, kitorang dah pegi Eiffel Tower. Ko hade? Hahahaha!
(Hmm...kesian, kesian...dah kemaruk sangat agaknyer ko ni Biqque...)
Biqque,
ReplyDeletehang citer..seolah2 flashback memori daun pisang laaa..
laluan lekas memang laluan wa ke Jelebu tiap2 bulan (demi keje)..memang bau ayam amat kuat.
Rembau...laluan wa balik kampung kalau jem kat plus hiway tuh gile
Seremban...well, time wa sekolah teknik..ingattt lagi
Nilai 3 ...gile dekat dengan rumah (ate..dok kat bukit mahkota..hahah)
lorrr.... awat x sms ...
ReplyDeletetu laluan ako balik kg gak tu :p
tapi tapi erkk ako pun x nah sampai bangunan kraf tu ehehehe :p
cendol leman dawi dah x sedap arr... cam erkk biasa je..
klu nak, aritu dah sampai rembau ada satu tasik, ada satu gerai makan kat situ, dia punya cendol mmg power plus dia punya cucur udang pun marbeles... ;)
huhuh dah sampai ke Rembau..so nampak gayanya kalah lah dengan tepen yek! Ok Icam mesti suka nih, sebab Perak menang hahahhaha..
ReplyDeleteIngatkan ada pegi Istana Menanti tu, katanye ade hantuuuuuuuuuuuuuuuuu.. Ok lepas ni jom hutan Belum kt grik plak reramai..
rembau memang macam pekan cowboy, kecik je tak de ape2 pun.. but pasar malamnya best. banyak mende pelik boleh dapat kat situ
ReplyDeleteomg!!! kat nilai ade eiffel tower? curlast ko jah! hahaha
ReplyDeleteni trip balik hari ke? heheh. tp papepun, mmg syiokk wo highway takde kete! pecut laju jek
cis, i'm not first!
hahaha suka Icam Rembau kecik aje.. aku pon tbyg ade hantu sbb ad etugu perwira tuh tp lebih tbyg TKC tuh lagik byk antu.. lelagik kt kubur huhuhuu
ReplyDeleteKak Ma dulu TKC lah
Bangunan Bata tuh tingat bangunan kt Penang..
ReplyDeleteimaginasi ko tuh mmg lawak sbb bleh ade 'org mcm parameswara' hahahhahaha
Eiffel Tower tuh mmg respek abis!!! cer tanya Icam Perak ade tak? hehe
ReplyDeleteBiqque,
ReplyDeleteI'm the first???
aww....Johnnnn....ke tepi..ke tepi...
anash, hahaha! dpt gak tahta ek? ooo kira ni mmg laluan u la, bagus2...sama cam ako la ek...ingatkan takde orang guna laluan ni...mmg LEKAS, kalo tak LEKAS, mau sumpah LEMBAM!
ReplyDeletena, dulu dah gi istana tu, SUMPAH HOROR OK! tanak gi dah hahaha! tapi cantik la...NAMUN perak tetap terbaek! hi 5 icam!
lilyputih, ooo ye ke? tak jumpa plak...
john, haahhhhhhhhh ada hokeh!
skin, mmg pun...kalo tgk tingkap, mcm bleh muncul je tetiba hahaha!
LEKAS tu last option ler sbb PLUS hway leh nmpk mcm2 tp LEKAS nmpak hutan kelapa sawit sajork. hahaha.. tuh laluan balik KL aku tuh klu dah kt Sban lg sangkut.
ReplyDeleteNa: Icam tau tak sapa Duta Melawat Perak? apesal la MB Perak tak amek Icam ek.. ooo.. Icam lum glamer as blogger cam pemakai gelang magnet tuh glamer.. patut le pun. (jaki plak aku nengok duta perak tuh) hahaha...
p/s: next trip hutan belum ke? aku free nti may/june je weyh...
Erk.. SOmban kg eden
ReplyDeletehutan belum tu mmg belum lagi kita terjah, marilah!
ReplyDeletehaaaaaaaaaaaaa camne tah mamat tu tetiba leh jadi duta perakkkkkkkkk! eiiiiii!
fabulous, kg ekau ek? :D somban best apo...
lawaklah ko ni. Aku pun x sure muzium budaya tu celah mana, tapia aku rasa ada 1 tempat yg aku tau mcm muzium, dia kalau dr seremban ko nak ke highway KL/Selatan, dia sebelah kanan, mcm terperosok sikit.. nak masak lemak jejauh buat ape... umah aku kan ada hahahah (statement berani mati)
ReplyDeleteko kang aku datang ko tak masak siapppppppppp! hahaha!
ReplyDeletetah, ramai tak brapa nak sure kat mana pusat budaya tu...misteriiiii...hahahaha!
hahahaha....... weiii memula nak komen pasal jalan kosong! tapi nengok eiffel tower nih, huh!!! aku tak ado!!!!!!!!
ReplyDeletebila masa diorang pasang nih???? tak ado pun dulu! grrrrrrrr
rombau mmg kocik cik ro ooi..., kampung my late dad tuh... but jarang gielr blk. org nogori murtad dia kata hehehheh....
ReplyDeleteok, lain kali kena guna LEKAS so that lekas sampai.
BELUM belum sampai lg, lalu jek dulu, dok kat Rompin ada event. seafood sodap dgr cakap. ehehehh.... jom! cuti2 mesia. melaka dah masuk waiting list.
tok!tok!tok! *ketuk pintu tanda lama tak datang*
ReplyDeletefirst, fuiyooooooo header!! mantap ~ @_@
second, amazing race malaysia ke apa nih? comel je selongkar sebijik-sebijik semua tempat. =D
third, gambar last sekali. muahahahahaha..... saya nak pergi jugak la amik gmbr bawah menara tu! ^_^
masmz, tokojut tak? haaaaaa...jom ramai2 amik gambar kek bawah menaro ni hahaha!
ReplyDeleteha lily, kompom masuk list ha. nanti kita terai :D
ainul, haaaaaaaaaa lama tak mai singgah kan...hehehe! saje jalan2 cari rembau...tak sangka plak kocik!
Ketepi ketepi pakcik dah kembali!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteKat manalah area2 eifel tower ni biqque. Aku blur... N9 mmg aku fellllll.
yeay alhamdulillahhhh pakcik janggel dah pulihhhh :D
ReplyDeletekat nilai 3...kat blkg2 kedai2 tu...
hola....sbb jeles leleh air liur tgk trip uollss ni..maka mak dengan rela hati "i follow" hini blog.... mane tau sbb org2 mcm kome dapatla teman pusing2 1 dunia...heehehe
ReplyDeletewww.baitijannatijamilah.blogspot.com
hahaha mekasih bulattttttttt :D
ReplyDeleteeh..ni kampung den nih..umah den x jauh dengan petronas rembau tuh...
ReplyDeletedalam gambo nampak cantek plak tugu kat traffic light nih..padahal aku hamper tiap2 minggu lalu lalang kot situ x pnah prasan pon..
tips: ekau kalau nak meraso cendol loman dawi tuh kono poei totongah hari..time tu dio bukak..potang roman die tutup..cendol habes..
apo ekau buek poie rombau tuh? kobau banyak lah..len kali ko rombau poei air terjun kek gunung dato'..xjauh..kurang 10 kilo je dari pokan...
eh, lupo nak bagi salam...assalamualaikum dan salam perkenalan..selamo nie, den jadi SR jo kek blog ekau nih..
hahaha jimah, kelakar la ko! tx for reading :D
ReplyDeleteaku pun tatau la nape tetiba nak menjengah rembau tu, best gak jalan2 :D sape sangka tugu yg orang rembau tak pasan tu masuk blog! ha glamer tauuuuuu hehehe!