Ini kisah hidup Cik Rodiah. Hidupnya banyak dihabiskan di alam maya, di laman web hitam kesukaannya. Ada kehidupan sendiri katanya di'sana', walaupun dia sudahpun bersuami, yakni Pak Hamid, yang sungguh jauh beza caranya.
Cik Rodiah memang rapat dengan Cik Puan Lela Manja. Lagaknya sungguh seksi dan kaya, sebaik dia berkahwin dengan Tuan Hamdan. Dengan hasil cinta yang rakus, dia beranakkan Samrin. Cik Rodiah sayang sungguh, apa saja, untuk Samrin, tapi Samrin tak kuasa nak amik tau.
Pak Hamid pula berkawan biasa dengan Cik Pojiah. Pada awalnya, Abang Dahlan tak berapa nak berbual. Tapi dengan kesampukkan Cik Rodiah, Cik Pojiah semakin rapat, dan Abang Dahlan semakin seronok berkata-kata. Cik Pojiah pulak, dapat geng. Lagi mencanak keseronokan itu bila Anak Embun lahir ke dunia, bak anak korea mukanya.
Cik Pojiah pula melebarkan sayapnya, berkenalan pula dengan Cik Maimon. MasyaAllah, kuat berjalan orangnya. Tak tercapai dek akal nak mengikut, apatah lagi meniru gayanya. Dalam masa yang sama, Cik Rodiah pula kenal dengan Cik Rubaiyyah, tapi tak penah lagi berjumpa-jumpa. Entah bila ya.
Dalam Cik Rodiah sibuk dok mentelaah cerita Cik Fattimatunzaharah, uiiiiiiihhhhh dari sana saja dah ramai yang Cik Rodiah kenal. Cik Fattimatunzaharah ni, kalo bercerita pasal kilat dan petir, memang kompom meletup-letup. Cik Rodiah gemar dengan keazamannya, berjalan solo tah ke mana-mana.
Kendian Cik Rodiah sibuk main komen dengan Leman Yusop, si teruna lindungan kaabah. Kalo berjumpa dengan Cik Maimon, jenuh tepuk-tepuk meja nak bersuara. Cik Rodiah suka! Cute je mukanya. Anak ikan Cik Rodiah, hasilnya.
Ditambah pula dengan Aaron@Harun, bulat-bulat aje budaknya. Asik dok layan alam sekitar di merata-rata. Tapi jangan tak tau, ada skandal dengan Cik Aloyah, nun jauh di utara. Dah ke, nak ke, kawin lari, tak ketahuan pula.
Hari tu ada berjumpa Osman, si doktor yang mungkin bakal menengok luar dalam Cik Puan Lela Manja. Mampos pengsan dia nanti nak tahan bebel Cik Puan tu. Itupun, kalau jadi lah. Hamboi baik sungguh kalo dibuat menantu budak ni. Pegi berjalan pun masih disarung baju kerja.
Tak sempat lagi nak bertemu Mutalib@Ghafur. Allahhhhhhhhh salam cium tangan Cik Puan Lela Manja dengar-dengarnya. Tah bila la dapat ketemu. Nak jugak tepuk-tepuk bahu dia suruh belajar dulu sampai abis.
Sepantas cahaya, Rofe'ah Kutip Pungut masuk cerita. Ha tegar jugak ni datang melepak dari jauh. Tapi Cik Rodiah masih tak jumpa-jumpa dia lagi. Kalo part merapu, laju aje jawapnya.
Cik MusalmahJenab? Memang begitu namanya, sebab orang keliru dengan Aloyah. Kejap timbul, kejap tenggelam. Kutip batu la tu. Langsung tak tau apa-apa lagi di dunia luar sebab tak penah lagi bertentang mata.
Kan seronok kalau semua dapat berjumpa? Kalau ada lagi yang bersuara, boleh ditambah keluarga besar gile-gile remaja yang dah tak brapa nak remaja ni. Tahun depan la gamaknya. Dengan ucapan, nak Cik Rodiah backlink semua nama ke? :) Apa kata sedara sedari semua? :D
"pegi berjalan pun masih disarung baju kerja"
ReplyDeleteHAHAHAHAHA..aku tau! aku pun rasa bdk Osman ni lawak sebab Phuket tu panas gile kotttt yg siap pakai long sleeve. hahaha....
pes time ni aku jumpa. epic!
pasni sape barani celen encik Osman kita pakai baju pejabat pegi travel?? cabaran dibuka. tetttt!!!!
HAHAHAHA
ps : biq, gigih ko buat entry ni. part bawah2 tu aku takleh guess sape tapi aku tunggu pemilik nama samaran mengaku ;P
Nice entry :)
Dahlan dengan Poziah tengah makan roti canai nih..abis tersembur kari dari dalam mulut bila nama kami disebut2..memang glamer gitu..
ReplyDeleteKite dabel date Sabtu ni di dalam tempurung ok???!!!!!! heheheh
p/s: Cik Dahlan tu memang malu2 kucing mula2..lepas tu dia yg overst..sesuai kawan ngn cik Rodiah pot pet tu hahaha
mak aih.. dah besar dah keluarga Cik Rodiah gn Pak Hamid nih. ahli2 keluarga yg curlast jugak namanye.. terbelit2 lidah den nak nyebut ni ha!!
ReplyDeletecik pojiah,
ReplyDeletekalu lalu lalang sbtu nih dimana2 sila maklumkan, mana tau terjumpa, cencalok itu ade tersedia..
walaupon lagak ama cik puan lela manja begitu hebat skalik, ramai tidak tahu yg nama itu ade kebenarannye kahkahkahkahkahkah
p/s- aku tingat kt majid tau ko ckp psl takde sapa nama majid kahkahkahkaha
sape cik rubaiyyah? hahaha...
ReplyDeletetravel pakai baju keje??? wakakkaa...aku ade bc komen cik rodiah kat blog si osman nih! terkujat aku tengok! mcm mana die iron baju ek??? hahahah jahatnyaaa aku!
Cik rubayyah???? Sape plak tu??????
ReplyDeleteHAHAHHAHAHAAAA
Musalmah Jenab pulak sape? hahahaha sila sila jelasin. HAHAHHA
Takbleh blah pergi bejalan dengan baju kerja! Wakakaka.
rubaiyyah tu si byya...musalmahjenab tu masmz...hahahaha!
ReplyDeletecik osman kita paling glamer la dlm ini cerita hahaha! tengah berperang di medan hospital tuhhhh...
cik pojiah, tempurung tu harap2 la jadi! kalo tak, cik ro merajuk dgn pak hamid!
biqque
ReplyDeleteentry penutup 2011 yang kelakar...
dah macam pantun pun ada
syair sket2
gurindam ..ada nada
puisi..ada..
kalau nak merapu, yes.. campak la pada rafeah punggut..(nama kutip tak jadi...)..tapi kalau jumpa...errr...sopan terussss...(hehe)
memang citer osman la terselah di situ..
dah tahu dah siapa semua nama2 tu.. haha! lawak giler akak~ sakit perut sy baca.. adeh.. hehe
ReplyDeletesy lama lagi kat sini. june 2013 baru graduate. so boleh la stat menyimpan yer masing2 nak datang. buat rombongan cik pojiah naik belon terbang kat sini. kak lily dah stat tngok harga tiket dah. ^^
biq, na,
ReplyDeletekome nak caving kat Gua Tempurung kewwww???
Musalmahjenab ~ maszuber kot???? Hhahahahaha... Konpius jugak ka????? [Aloyah menjawab]
ReplyDeleteBulan-Ku @ Mai-mon. hehehehhe....
ReplyDeleteRubaiyyah tuh pening memiklir, yg lain i guessed it
aku ke Mutalib@Ghafur itewwwwww??
ReplyDeletehahaaaa !!
unik !
wow, terbelit ako nak baca esp nk nyebut setiap nama..
ReplyDeletememula baca igt sorang, terus baca ada lagi tambahan, kesudahnya erkk ako terkonpius bermacam2 nama ado haha :p
klakar arr biqque :p
hepi new year
hahhahahahhahahah adoi..seperti biasa cik rodiah nie memang klakarrrrrrr!!!
ReplyDeletecik musalmah dah berjaya keluar dari tempat jatuh gaung ari tue..adoi..berbirat2 ha badan...lepas nie harap2 tak terpeleot lagi lahhh..
ohh banyak mende aku ketinggalann neh!!
fatt, aku tak sangka sungguh best gile gua tempurung tu! nama je orang perak, tapi first time masuh ha...
ReplyDeletemusalmahjenab tu maszuber ler hahaha!
eh cik bulanku dah pulang!