Pages

Wednesday, November 30, 2011

Ladang Tebu Chuping, Perlis

Selepas subuh, kitorang semua bertolak dari rumah Kak Ngah. Penat semalam dari KL tak abis lagi, harini turn aku plak kena drive. Laki aku nak repeat NZ katanya, aku drive, dia amik gambar. Pfft! Cantik ke pemandangan?

Cuaca agak cerah di pagi hari sebab semalam dah hujan kaw-kaw agaknyer. 5 cars in line, Erna (kawan Ida...Ida ni kakak ipar aku) jadi ketua convoy since laki dia orang Perlis. Memula tu aku agak nak baran la sebab dia drive cam hantu. Laju nak mampos! Aku ngan Abah dah geleng kepala sebab kitorang last skali, sebab family aku jenis yang convoy tunggu keta belakang. Nak kena sound gak ni. Hahaha!

Kitorang benti breakfast jap kat Bukit Merah R&R. Bantai apa je yang ada sebab nak kejar sampai ke Perlis, mengikut itinerary yang dah aku sediakan. Tapi hampeh, sebab ramai yang nak berak...maklum la, dah makan, mesti nak berak ye dak...kahkahkah!

Pak Ein kalo tak jumpak nasik, tak sah! Sama la ngan anak dia tuuuuu, tuuuuuu!

Patu kitorang gerak menuju ke Kedah tapi tak masuk la. Masa ni dah nampak banyak keta Thailand. Mula la tak sabar terkinja-kinja, bila la nak sampai. Sedang elok melayan syok, langit dah gelap! Aduhhhhh...ni la padahnyer berjalan hujung tahun!

Sedar tak sedar, Abang dah hilang tah ke mana. Kak Ngah call bagitau, dia gi amik anak sedara dia kat Sungai Petani. Kitorang tunggu kat Gurun nyer R&R. Sampai je situ, Abang dah ada. Mak aih! Laju nyer! (Ye, Ida tu drive cam pemandu F1.) Masa ni jugak, si Erna tu bleh plak accidentttttttttt! Ada keta hentam pintu tepi. Nasib baik minor jer. Sempat la kitorang berposing sementara nak tunggu dia sampai.

Patu aku remind sume orang, jangan bawak laju-laju. Kang tak pasal-pasal sedekah RM300 kat polis.
 Ahli termuda. Baru dua bulan tapi bersaiz 6kg.

Tapi haram...laju jugak la sekali-sekala. Tetiba nampak signboard UUM. Huih, kalo tak, aku dah kena sambung sini tau. Nasib baik batch aku fight gegila tanak gi UUM (MARA nak lempar kitorang kat sini sebab tak dapat antor obersi). Kalo tak, bercakap dengan jin macam Mastika la jawabnyer kitorang. Kihkih!

Patu nampak signboard Bukit Kayu Hitam. Dulu kecik-kecik slalu gi tempat ni. Tapi diorang cakap dah tak best sangat.

Tengok itinerary, memang dah tersasar jauh dah. Baru nak sampai Perlis, yang mana patutnyer kitorang dah sampai Padang Besar. Biasa la...kalo berdua, senang...ni beranak-pinak beramai-ramai, mesti ada lari nyer la...

Masuk jer Perlis, pemandangan bertukar jadi cantik...skitttt la. Cuma langit tak biru. Kalo tak, ada la rupa NZ gamaknyer. Hahaha!

Sampai satu roundabout ni, Abah dah jerit "Ha, jaga...kat roundabout ni amik gambar." Aku yang tengah drive ni tercangak-cangak cari, apa benda la yang nak di tangkap tu. Abah plak guna camera aku. Everytime dia tangkap gambar, kalo dapat snap, dia akan cakap "YES! YES!" bleh??? Patu kalo tak dapat, dia kena perli ngan makcik "Aaaa terlepassss...lambat..." KAHKAHKAH! Aku cam nampak je sok-sok kitorang tua, camtu la gamaknyer. Patu tak bleh blah, dah la guna lcd, dia dok kata "Huih lajunyaaaa, lajunyaaaa!" Abih tu, dah dia tengok tepi, laju laaaaa...

Owh ni rupanya yang dimaksudkan...signboard mengatakan Chuping ni tempat terpanas kat M'sia dan ladang tebu terbesar kat M'sia. Korang ingat diorang tebang satu-satu? Kim salam. Diorang akan bakar satu ladang ni, patu mesin jentolak tu akan sapu habis pukul rata satu ladang ni, KAUT SEMUA, bawak gi kilang. So, kalo rasa gula manis tu, ingat-ingat la skali tikus, ular, lipas, bagai...silap-silap, pekerja bangla pun ada hahaha!

Perjalanan diteruskan lagi dan kitorang tunggu masa je nak benti tepi jalan. Katanya ada menara pandang. But before that, Abah kata akan nampak gunung tetek. HUH? Bengong...tetek besar sebelah d'ohhhhh!
 

Langit masa ni dok kelabu lagi. Kejap-kejap hujan renyai. Aduh...camne nak bergambar niiiii! Tapi kitorang yang sungguh bergambar-tegar ni, turun gak siap bawak topi, payung, jaket. Nak jugak amik gambar. Bukannyer nak datang lagi kan...huihhhhhh memang menghijau la saujana mata memandang. Tah-tah kalo tengok dari atas, ada bentuk macam alien duk buat tu. Hahaha!
 
Tu, pregnant 6 bulan tu. Macam buncit tahap makcik-makcik jer...
 Tu laki aku tu...tah apa yang cuba dilakukan.

(Tunggu nanti aku cite part tertukar laki...kahkahkah!)

Masa nak gerak, sempat la kitorang berposing tepi jalan. Konon nak baring la ape la macam NZ, tapi tak brani sebab keta laju-laju! Hahaha!

Tetiba jumpa custom checkpoint...masa ni sumpah aku tatau nak benti ke hape sebab aku tengok keta lain sume jalan jer...Abah kata diorang nak check orang seludup beras, so buat muka M'sia jer...APA, AKU NI MUKA THAILAND KE??? (Muka local lagi...) Sah-sah muka aku turun dari muka Abah aku. Dia tak sedar agaknyer...hahahaha!


Note : Baca kat sini untuk versi Skin@Ely.

Tuesday, November 29, 2011

หาดใหญ่

Kata pegi Perlis dengan Penang...


...Hat Yai??? Apekah???

Kuang...kuang...kuangggggggggg...

Friday, November 25, 2011

Mini Handout, Baby Of Trip Cookbook

Dek kemaruk nak buat tour cookbook tapi dah tak de trip obersi, I've prepared mini handouts for Family Day Pak Ein 2011 that contain 4 pages of 2-days plan (KL-Perak-Perlis-Penang) and game details. Takde color. Hahaha!
Each family will received a button badge. Yang smiley kuning tu semua untuk mak pak. Yang kaler-kaler tu semua untuk anak-anak diorang. Senang nak cari kalo hilang, kot-kot mak pak sibuk nak shopping kat Padang Besar tu. Ikut hati aku, kat kereta pun aku nak print sticker ke, letak bendera ke, so that dari jauh, bleh nampak kereta-kereta yang terbabit. Hahaha! On the button badge tu aku tulis "Family Day Pak Ein 2011". Nak letak nama, tak muat plak. Hahaha! (Gambar ni before tulis.)

Ikutkan hati, BANYAK gile tempat yang aku nak pegi...tapi kerana kekangan masa (perghhhh mana aku dapat perkataan ni), tak dapat nak pegi semua tempat...yang nyata, salah satu tempat yang tersenarai tu, pernah masuk Hidden Cities kooooo! Haaaaa! Tungguuuuuu...

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA!

Nak tau camne aku tengok bola semalam? Aku duduk bersila atas coffee table, 8 jengkal je dari TV, sambil peluk bantal, yang sesekali aku terlompat berdiri sambil katok sofa! Hahaha! Stress gile ok! Masa menang tu aku ngan laki aku terlompat-lompat berpelukan, nasib baik tak bocor lantai umah.

Lagi tak bleh blah, time penalti. Setiap sepakan Malaysia, aku akan mencangkung blakang sofa, dan aku jengok skitttttttttttt je. Sambil-sambil tu aku dok berdoa pada Allah, demi maruah, tolong la bagi Malaysia menang.

Speaking of doa, hampir setiap kali Indonesia amik free kick or corner, aku akan mintak doa kat Allah, tolong la jangan bagi masuk. Sebab apa? Sebab aku tau Malaysia punya defend ngan striker, dua-dua tak bleh pakai.

First half memang sistematik. Bola melekat kat kaki, passing pun cantik. Masuk second half, dah main macam taik balik, style dulu-dulu yang masa orang benci gile kat bola Malaysia. Dah memang nampak gaya macam nak main penalti je bebudak ni.

Nasib baik la si Apek tu memang jenis terer baca bola and kekadang bleh save bola. Sabit Safee Sali tu takde jer, kalo dia muda lagi, kompom-kompom dia leh score! Fakri dengan Asra memang tak bleh pakai. Jenuh berbuih mulut aku macam “si menteri” tu dok maki hamun diorang. Sama la dengan Thamil tu. Malaysia ni pun, kena belajar, jangan dok counter dari belakang! Bodoh tul tau...buat orang sakit hati jer.

Badrol memang bagus la sebagai kapten. Memang dia turun naik, passing bola pun keras nak bandingkan ngan bebudak lain. Ada masa depan ni budak ni. Muslim dengan Irfan, kekadang ok, kekadang cam sampah.

Malaysia ni serius kena ada tiga team sebenarnya. Dah kena readykan bebudak bawah 19 untuk cover bebudak Harimau Muda yang akan masuk team Harimau Tua nanti. Hahaha! Takde la, pi la scout bebudak kat skolah menengah nun, ramai pe yang nak main bola.

Game semalam, yang paling aku suka, ialah commentator. Zainal Abidin Rawop! Co-commentator Razif Ismail. Diorang ni kat Astrol 801. Dari mula game, Zainal dah sulam-sulam dengan ayat-ayat yang bunyi cam dia bengang gile dengan Indonesia. Tatau la kot-kot diorang “kena” kat sana ke apa.

Tapi kelakar la…beberapa statement dia yang buat aku ngan laki aku gelak sakan,

“Ulang tayang la 10 kali, pengadil tetap meneruskan perlawanan”
(Konon terkena bola kat tangan pemain Malaysia masa buat wall)

“Duduk la kat situ lama-lama, takde siapa yang peduli”
(Pemain Indonesia berlakon sakit pegang telo.)

“Kadangkala pengadil juga tertipu”
(Pemain Indonesia berlakon tersembam kat petak penalti)

“Biarlah stadium kosong, namun Malaysia mahu meraikan kemenangan ini”
(Masa Malaysia baru menang)

“Biarlah menang penalti, yang pasti, Malaysia menang”
(Masa Malaysia baru menang)

“Sebelum ini harimau telah gigit sayap kanan, kini sayap kanan pula, habis bulu garuda”
(Tapi gambar ni harimau gigit kepala garuda...hehehe!)

Apa-apa pun, harap-harap, pemain Malaysia tak leka la pasni...jangan ingat hebat, patu kang kalah je ada alasan, menang plak jadi malas. Tengok pemain Indonesia, tiga sekawan Papua tu sume terer-terer tau. Diorang passing bola semua dapat kat kawan. Patu laju je cari bola. And guess what, diorang tak yah pun training luar negara. Korang, dapat main kat Slovakia lagi. Ok?

Nak baca paper online Indonesia la pasni! :D

I Am Now ITIL Certified!

Woohoo!

ITIL® V3 Foundation Examination.
The purpose of the ITIL V3 Foundation certificate in IT Service Management is to certify that the candidate has gained knowledge of the ITIL terminology, structure and basic concepts and has comprehended the ITIL core volumes for Service Management.

It was 3-day foundation course, but you actually have 2 days to learn and study, before you sit for the exam, on the third day. 6 crazy topics with 2-INCH-THICK book! (Rasa cam nak rebus dan minum or kunyah-kunyah je macam chewing gum or buat ulam!)

I attended this course at InfoTrek Training Center inside the Amcorp Mall. (Sempat shopping hadiah for family day.) They provided breakfast, lunch and tea+kuih, so ok la. It's a paid-by-IBM course (nasib baik...) coz some company like i-Perintis, they do "bond" those who attended for 6-12 months. Tak bley larik!

Frankly speaking, I had 50-50 expectation on this course. But 32 out of 40 is bloody enough for me, coz the questions were super tricky and confusing, though few of the questions were spot-questions.

Alhamdulillah, Allah granted my wish :) Thank you Allah.


Pray even harder, Biqque. Pasni bleh la try market kat luar :D InsyaAllahhhhhh...

Latest news!

I dapat CASH AWARD from IBM for my excellent service! :D It's for my new roll yang I dok gaduh pening kepala buat cam orang gile tu. The best part, I was personally nominated by my big boss and it got approved! 300USD bebeh!
For her commitment, passion and diligence in working with the GDF core team in achieving a Satisfactory rating for Forum 4 with a turn around from the MIR results. She has proven to have innate skills in her QA role and understood the role well with good articulation of the concept. Excellent display for leadership in her role for the GDF QA.
Alhamdulillah, Allah is answering to almost all of my prayers. Thank you Allah, thank you! I promise to be a good hamba :)

Monday, November 21, 2011

Game Untuk Family Day Pak Ein

Untuk memeriahkan lagi Family Day Pak Ein, kitorang plan nak buat game bodo-bodo.  Hadiah semua aku dah beli siap-siap aritu sebab setiap family, aku kutip RM20. Aku sponsor badge Family Day je tahun ni! (Ye la, nak sponsor hotel macam dulu, parah aku!)

Though this year tak seramai masa Family Day ke Pangkor, tapi lebih ramai dari Family Day ke Genting. Dewasa ada 13 orang (abang ipar yang sulung tak join), kanak-kanak ada 9 orang, budak kecik ada 2 orang. This year, ada dua family extra, yakni pasangan Skin dengan pasangan Erna. Sayang sungguh pasangan Chawana tak dapat join. Cis!

So mak pak, sila persiapkan diri anda, sekaligus askar-askar yang akan bertempur untuk korang ye. Aku ngan laki aku akan jadi pengadil dan photographer. Tapi game untuk dewasa, kitorang nak main! (Dalam kepala dah ada strategi nihhhhh!)

This will be the games that we gonna play at the private beach of Copthorne Penang. Harap-harap jangan la hujan...kalo hujan, terpaksa la main kat bawah bumbung tepi pool or dalam bilik je...

Kategori Budak Kecik
1) Cari dan Kutip.
- Bebudak kena cari 3 barang yang tertera dalam list, tak kisah la barang tu dari around that area or dari mak pak diorang or orang dewasa yang lain.
- Mak pak bleh tolong anak tu carikan tapi anak tu yang kena pegang.
- Sape paling tepat dan cepat, menang.
- Hadiah X 2.

2) Korek dan Isi.
- Bebudak kena korek pasir dan isi dalam bekas sampai penuh.
- Mak pak bleh tolong guide anak tu tapi anak tu je yang kena buat.
- Sape penuhkan dulu, menang.
- Hadiah X 2.

Note : Challenge nyer terletak pada budak kecik tu sendri. Nasib la kalo budak kecik tu moody, ikut kepala dia jer nak layan ke tak, ha kalah la anak korang.

Kategori Kanak-Kanak
1) Cari dan Kutip.
- Bebudak kena cari 5 barang yang tertera dalam list, tak kisah la barang tu dari around that area or dari mak pak diorang or orang dewasa yang lain.
- Sape paling tepat dan cepat, menang.
- Hadiah X 2.

2) Botol dan Air.
- Bebudak kena isi air dalam botol guna span, dalam masa 2 minit. Jarak air dengan botol lebih kurang 4 meter.
- Handicap 15 saat diberikan pada budak bersaiz kecik skit.
- Sape paling banyak air dalam botol, menang.
- Hadiah X 2.

3) Korek dan Kambus.
- Bebudak kena korek timbunan pasir yang ada barang berwarna.
- Setiap budak, satu kaler, 3 barang. Hanya amik kaler yang dia punya je, kalo bukan kaler dia, kena tanam balik, so that bebudak lain tak senang2 nak jumpa kaler dia. If tak tanam, disqualified.
- Sape paling cepat dan cukup 3 barang, menang.
- Hadiah X 2.

4) Gagau dan Teka.
- Bebudak kena gagau barang dalam kotak, dan bisik ke telinga pengadil.
- Sape paling tepat dan cepat, menang.
- Hadiah X 2.

5) Tiup dan Pecah.
- Bebudak kena tiup belon dan duduk atas belon tu sampai pecah.
- Sape pecahkan dulu, menang.
- Hadiah X 2.

6) Buta dan Makan.
- Bebudak kena tutup mata dan jalan ke arah pisang dan makan.
- Orang dewasa akan kasi arahan camne nak jalan ke arah pisang tu. Pisang tu plak orang dewasa yang pegang, tapi orang tu kena pegang pisang kat blakang dia, so that dia tak tolong suap.
- Sape makan abis dan cepat sampai ke garisan penamat, menang.
- Hadiah X 2.

Note : Challenge nyer terletak pada  bebudak tu sendri. Saiz badan dan size otak jugak memainkan peranan. Tapi aku bet, ada mak pak yang gaduh ni kalo anak dia tak menang. Hahaha!

Kategori Orang Dewasa
1) Lukis dan Teka.
- Budak 7 tahun akan diberikan tajuk dan lukis gambar tersebut. Orang dewasa kena teka apa benda yang dilukis tu. Mana tau, mintak ayam, lukis kambing.
- Sape tepat dan cepat, menang.
- Hadiah X 2.

2) Straw dan Getah.
- Pasangan kena pass getah ikat belacan tu melalui straw mengguna mulut. Kira macam mouth to mouth la tapi ada straw. Tangan semestinya kena ikat kat blakang.
- Pasangan mesti mengadap garisan penamat everytime nak pass kan getah tu.
- Takde rules. Pepandai la cari strategi. Kalo getah jatuh, disqualified.
- Sape getah tak jatuh dan sampai ke garisan penamat dulu, menang.
- Hadiah X 2.


3) Laki dan Bini. (Tambahan baru.)
- Pasangan kena jawab dengan tepat setiap soalan.
- Tangan kanan utk laki, tangan kiri utk bini. Laki bini kena berpaling, supaya tatau tangan mana yg diangkat. Kena jawab serentak.
- Paling banyak sama, menang.
- Hadiah X 1.

Note : Challenge nyer terletak pada game tu sendri sebab memang guna strategy abis! Buat la camne pun, janji menang. Silap aribulan, ada yang main jahat nih! 

So, to Family Pak Ein, are you readyyyyyyyy???

Ikan Bakar Mak Hayam

“Sudah-sudah la makan daging. Arini kita makan ikan plak.”

(Daging tinggal lagi dua keping jer! Nanti nak buat daging naik bukit!*)

*Daging naik bukit = makanan orang Cambodia.

Dek kerana teruja sangat nak makan ikan, korek cabinet, ada perencah ikan bakar. Cari aluminium foil, cukup-cukup je untuk balut 4 keping ikan. Hahaha! Nasib baik!
Aku sapukan perencah tu ke serata ikan, dan timbunkan carrot, bawang merah, kacang panjang, bawang putih dan halia, serta sedikit olive oil, patu balut ikan tu. Then letak atas grill and sesekali aku jenguk-jenguk la tengok ikan tu dah masak ke blum.

Agak frust sebab perencah tu tak cukup, so agak kering. Tapi sedap la jugak perencah tu. Boleh la...buat makan tengahari ahad yang hujan siap guruh dentam-dentum kilat sambar-menyambar macam nak bagitau je aku masak tak sedap hahahaha!

Sunday, November 20, 2011

Steak Untuk Chawana

Kelmarin main masak-masak dengan Chawana. Since Chawan keje pagi, selepas subuh aku paksa Na datang ke rumah. Cik Aqilah pun ada sama siap dengan beg susu bagai. Sonok betul diorang datang, aku siapkan bilik yang memang dah lama tersedia. Maklum la, orang jarang datang...

So tengahari tu kitorang keluar gi Giant, cari barang skit untuk masak steak. YE, STEAK LAGI YE. Tapi this time, ada side dishes la. Aku beli broccoli, jagung, carrot, tomato kecik dengan kentang. Dilupa jangan, set pisau nak makan steak. Kang ada yang guna pisau dapur kangggg...hahaha!

Seperti biasa, Texan Sizzling seasoning sekali lagi menjadi kawan baik daging korban.Yang lain, aku rebus dan toskan, patu sapu dengan planta dan sedikit garam. Untuk kentang, lepas rebus, aku grill kan sekali lagi. Tu pun still ada yang agak kental kat dalam nyer.

Since Chawan still tak balik-balik, kitorang makan bertiga je dulu. Emmmmm dap er! Petang Chawan sampai, baru dia plak makan.

Maka habis sudah daging korban 2 kilooooooo! 

P/S: Amacam Na, exercise rahang tak? Kompom dagu tajam pasni. Hahaha!

Friday, November 18, 2011

40 FREE TICKETS TO OSAKA!

CAM CELAKA AIR ASIA TENGAH DOK MELANTING-LANTING KAN TIKET FREE WOIIIIIIIIII! 

40 FREE TICKETS TO OSAKA!  

SILA KEJAR BAS NI! TADI BAS NI KAT TEPI OPIS AKU! (JALAN RAJA CHULAN, KL.) 2 ORANG DAH MENANG DENGAN HANYA JERIT PALING KUAT DENGAN JAWAB NAMA SHOPPING COMPLEX KAT OSAKA! AS SIMPLE AS THAT! BESIDES THAT, THEY ARE GIVING AWAY T-SHIRTS AND SUSHI PACKS!
Dok jengok apa tu kak? Dah abih dah session kat sini, diorang kat tempat lain dah.

THEY ARE NOW AT WISMA GENTING/COSWAY. AKU NAK JALAN KAKI, HUJAN PLAK! TAKPE LA, REDHA JE NGAN TICKET TOKYO YANG ADA...GERAMNYERRRRRRRR!

Thursday, November 17, 2011

We Are Four!

I totally forgotten “THE day”, till my hubby sms-ed me this morning,

“Happy anniversary to my beloved wife!”

Dush! Bukan laki yang lupa, bini yang lupa. But please excuse my kelupaan sebab aku busy dengan training and certified exam ye :D

We normally celebrate our anniversary by treating each other a special trip, disamping kasi hadiah. Alhamdulillah, we have been married for 4 years and tak penah lagi skip trip untuk kanda-dinda.
  • Kawin – honeymoon at Jogja-Bali-Jakarta, Indonesia
  • 1st year – anniversary at Singapore 
  • 2nd year – anniversary at Phuket-Phi Phi-Krabi, Thailand 
  • 3rd year – anniversary at South Korea, Korea 
  • 4th year – anniversary at South Island, New Zealand
Percaya tak, kesemua trip anniversary ni bukan untuk melampias nafsu serakah serta menyulam cinta semata? Ye, tidak sama sekali. Sebab kitorang akan jadi orang GILE yang explore SEMUA tempat dalam itinerary! Hahaha!

To my hubby cum travel partner,  

“Happy anniversary Ayang. May we live and die together.”

Dengan ucapan, 

"Before we die, tempat yang kita tengok dalam TV smalam tu bila nak pegi? Hehehe!"

Wednesday, November 16, 2011

Baggage Tags For Oct Lucky Follower

Ok! Those who got lucky in my Oct Lucky Follower, I've posted your gift yesterday. Harap-harap selamat sampai la ye, sebab penuh dengan setem! Hahaha!

Wanna know what's the item that you gonna get? Ni ha! Baggage tags. Each one of you will get one. Bleh jadi kaki travel pasni ye :)

Tuesday, November 15, 2011

Sekeping Camera DSLR Untuk Fatt

Dengan hati tulus ikhlas suci tanpa was-was khas untukmu, Fatt. Suka dak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

(Sila baca dengan nada abang jual bekas plastik kat pasar malam.)

"Mai dekat, mai rapat, jangan takut, abang tak hambat. Pasai apa Fatt dapat? Yaaaa tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, suku-sakat. Jangan terkejut, jangan TANJAT. Pasai dia nak sangat camera DSLR, tu dia kemain hebat. Pap, pap, pap, dasyattttttttt!" 

*pelepap katok lantai*

Ni hadiah khas untuk penganjur 26 Fakta Kaki Jalan. Ha, penah dengar tak penganjur dapat hadiah? Pertama kali la nih! Kihkihkih! Sebab dia gigih berusaha paksa-rela kita semua menebas lalang dalam laman sesawang kita. SYABBASSSS INSPECTOR SAHAB! SYABBASSSS!

Fatt, nanti habaq mai alamat mana cek nak hantar kamera ni na? Email kat biqque[at]yahoo.com