Kat opis, malas keje. Tapi balik lewat. Sampai umah, solat, masak steak plak. Pilates tak buat2 gak!
Ha, ni tengah naik "seh" la ni, tak pasal2 kena jawab panjang2! Tak dapat hadiah pun takpeeeeee *letak pisau kat tengkuk penaja*
Note : Kalo nak tengok orang lain punya, pi tengok link kat comment blog cik Fatt.
Note : Kalo nak tengok orang lain punya, pi tengok link kat comment blog cik Fatt.
Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
Namo amboooooooooo biqque aweeeeee eeeeeee... kalu nok namo panjeeeeeeeee mu kene ghoyak panje skittttttttttttttttt lagu biqqueeeeeeee weeeeeeeeeee... eeee... eeeee...
(ah naya post ni jadi panjang kang ni...tukar style...ala2 stand-up comedian...)
Aku biqque. Konon dulu cas cute la walhal kepala besar, badan kurus, macam sudu. Ex-bf aku panggil aku baby sebab aku panggil dia daddy *lambai2 kat laki aku yang tengah baca*. Tapi takkan kawan2 aku nak panggil aku baby plak kan? Dah la aku tak suka nama Marina, bersepah merata dunia ada nama ni. So diorang panggil la “bi” je. Patu sume stok mulut ganas, panggil nama jenis jerit2, “bikkkkkkkk, bikkkkkkkk”, tu yang jadi bunyi camtu tu. Sejak tu, aku commercialize kan skit dgn ejaan nyer jadi bique. Mana tau plak ada orang dah guna, aku tanak kalah, aku doublekan q tu jadi biqque. Dah punggah orang dok panggil aku “biki” la, “biku” la...blasah je la. Umor 33, dah kawin, takde anak, keje IT, orang Tepen yang cas kel-el tapi skang nyesal rasa cam nak balik duk Tepen jer. Haha!
2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Mak pak aku hippies ya a awwww. Tapi yang pasti bapak aku gangster Tepen la. Hidung je dah sah2 turun kat aku. Dari kecik, diorang suka bawak kitorang gi Padang Besar (border Thailand tu) dengan Penang. SETIAP TAHUN, without failed. Kalo ada kaler merah kat atas jalan tu dari umah aku ke sana, pen kilometrico pun abis dakwat. Ingat tak iklan tu? Tak abis2 dakwat pen tu hahaha! Itu cite aku kecik2. Memang tak penah la gi luar negara sebab family aku jenis suka perabih duit dan2 tu gak. So secara ilmiah nyer, aku mula travel masa study. Sewa keta, pi tido chalet mana2, siap buat aktiviti tah pape. Masa tu guna duit MARA kaw2 sebab yuran semester kitorang antara termahal di M’sia (nasib baik convert jadi scholarship! Dah la tu, tak antar aku gi Amareka, lempar aku kat PPP/UiTM!) Lepas kawin, baruuuuu lah aku jejak overseaaaaa…which was back in Feb 2008, laki bini redah 3 tempat, Jogja-Bali-Jakarta, DENGAN sendirinya.
3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Korang tau tak apa bezanye? Ejaan. Hahaha! Tak yah gaduh2. Simple je. Aku petik satu quote ni…“Tourists expect toilet paper. Travelers carry their own (with the carton roll removed and pressed flat).” Aku gambarkan aku ni ada dua2, tapi lebih ke arah traveler la. Tipu la if korang tak ngaku korang tourist! Isi form pun kena ngaku korang jalan2 atas dasar tourism kannnnn hahahaha! Ok, ok. Selama aku berjalan ke luar negara la kan, semua aku ngan laki aku buat sendri. OK, BANYAK YANG LAKI AKU LA YANG BUAT. *lambai lagi kat laki aku.* Dia amik dept research, aku amik dept documentation. Macam orang lain, rasa cam bagus la if dapat buat apa yang orang tak buat, or buat benda yang sama tapi dengan cara yang berbeza. Tepuk dada, tanya pakcik google.
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency.
“OF CHOS“ (orang tak reti speaking) la pandai2 sendri. TAPIIIII, pandai2 sendri tu kira sangat well-planned la. Kira siap sume plan, duit, barang apa nak bawak. Aku paham nape orang amik tour agency, sebab tak semua orang sanggup buat sendri. Terpulang. Tapi kalo korang nak amik tour agency, SILA LA AMIK AKU OK? Hahahaha! Wa jamin wa bleh kasi lu kaw2 “sok-sok” (syok) punya leleh nyer plannnnn *asah parang*
5. Siapakah travel partner anda?
Travelista. A homo sapiens that I sleep with. *tadah tangan pada tuhan* Dulu sebelum kawin aku tatau pun dia kaki jalan sebab muka baek je duk umah. RUPANYA tipu aku bulat2, pi sana sini masa kolej yeeeeeeeee! *lambai sambil kecikkan mata* Hahaha! Kalo korang nak tau, dia ni kejam, suka simpan aku kat rumah sampai aku jarang jumpa kawan2. Kalo dia bunuh aku patu claim duit insurans pun orang tatau. NASIB BAIK LA, dia ni nak berjalan! Nak berjalan, ke obersi aje! HAAAAAA, APA “LAGAH” (lagi), aku tadah je muncung ni tanya nak pi mana, nak pi mana! Aku ni plak jenis outgoing. Kemaruk berjalan. Tak kisah la, pi mana pun, asalkan berjalan. So kitorang ni kira cam sepasang laki bini yang bertuah la sebab dua2 minat berjalan. Aku cakap betul, kalo korang suka jalan, TOLONG la cari orang yang suka berjalan. Kalo tak, korang mati bunuh diri masuk neraka jahanam nanti! AYANG, AKU CINTA PADAMU. Besides him, Chawana dan si kecik Aqilah ler :)
Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
Macam aku cite tadi, aku gi laki bini, hanimun kat Jogja-Bali-Jakarta, bulan Feb 2008. Belagak local, cakap berabuk macam sinetron, drive keta Avanza, itinerary sume buat sendiri. Sukati mak pak kitorang je gi sana-sini, kena saman, siap rasuah pak polisi, patu jumpa pompuan pakai kebaya merah tepi jalan, calit beras kat dahi! Nasib baik tak murtad!
7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini.
Allah! Takde la banyak benor...*jeling mata kat sidebar blog sebab ada skit amnesia*
"america-houston, australia-gold coast, cambodia-phnom penh + siem reap, china-tianjin + beijing, india-agra + delhi + jaipur, indonesia-bali + jakarta + jogja + makassar + medan, korea-seoul, new zealand-south island, qatar-doha, singapore, thailand-koh samui + krabi + phi phi + phuket, vietnam-halong bay + hanoi + saigon"
CELAKA SIUT, aku tak dapat bayangkan camne Lily Globetrotter tu nak jawab soklan ni! Mau penuh 5 kertas kajang depan blakang!
8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut.
If tanya negara, memang penah la same country berkali2. KALO TEMPAT, memang tak penah ar…aku kalo dah pegi sekali tempat tu, ha udah le. If aku pegi lagi sekali pun negara tu, aku make sure aku tak pegi balik tempat yang sama. Sebab kang aku tak lagi ternganga2 teruja tahap maksima macam first time pegi. Maklum la, aku kan tiga suku. *goyang goyang…goyang kepala…goyang, goyang….goyang kepala*
9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa.
Ya ampunnnnn! Udah dibilangin ngak mau diulangi tempet yang sama deh! Kok di nanya2 laaaaagi! Aku seriuuuuus ni! Gi mana sih...ya udah, gwe ngomong aja ya...ya mungkinnnn *dengung disitu*...MUNGKIN AJA ya, gwe pingin kembali ke tanah Texas. Kerna apa ya, kerna lewat disana, gwe bisa mencekik “dirty rice” again. *tetiba meleis campur english*. Ha, orang letak pasal tempat kan, aku letak pasal makanan ni. Dirty rice ni kan cam nasik campor hati ayam yang telah jadi ketul kecik2 sebesar zarah. So sambil makan nasik tu, dapat rasa la hati ayam tu bila kunyah. Nak2 plak dimakan bersama lobster! PATU TAK PAYAH BAYAR!
10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan.
a) Eu adoraria ir ao Rio de Janeiro. Quero ficar bem na frente da estátua de jesus, como horatio fez. *kibas2 cape*
b) Ich möchte nach Auschwitz zu besuchen. Hmmm ... ich kann nicht warten! *diri tegak, angkat tangan kanan ke depan*
c) Kluk kluk em ni!xau ulele plap !em Afrika. *garu bontot*
11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti.
Paling kelakar? Paling kelakar bagi aku masa aku ngan Chawana naik tuk-tuk takde pintu yang bawak membabi-buta kona kanan kona kiri u-turn tak pasal2 patu gelak macam setan! Hahahaha! Bodoh gile!
12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti.
Ni kira malu kelakar sebenarnya...masa kat tembok besar cina la. Penat2 aku mendaki sambil peluh mencurah2, ada pakcik cina ni siap pakai baju askar (aku rasa dia pencen askar) jual air dengan souvenirs. Kat beg galas dia penuhhhhh dengan badges tau. Kira cam sume country ada la kat situ. Patu dia akan tegur la sape yang lalu, dan tunjuk badge tu, sambil suh beli la barang2 dia. Sampai turn aku, dalam banyak2 badge tu, dia tegur aku and tunjuk badge satu negara ni. Korang tau negara apa? INDIA! BLEH??? Aku tatau la nak malu ke bangga ke sebab Ashwaria Rai orang India and dia cun tapi Rajinikan orang India gak tapi tak hensem! Aku tau la kat semua negara yang aku gi, aku ni di cop as local! Tapi apsal bila aku gi India, aku tak di cop local plak! Aku siap beli baju ngan skirt kembang kaler ijo ok! IJO! (Tengok sini.) Pusing2 depan Taj Mahal, takde plak orang cakap urdu ke hindi ngan aku! *koyak2 baju* Ha! Pakcik ni la!
13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Camne ek...boleh la...kira cam ada, ada la...takde, takde la...tapi paling best aku penah rasa kira es teler la. Ada buah "avocad" (dorang tak sebut avocado) dalam dia. Mmmmmphhhh dap errrrrrr! Tapi paling tak bleh blah sampai balik Mesia pun aku cari is Padthai! Nak2 plak lepas mandi laut terus makan direct masak atas sampan. Perghhhh!
14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya.
Tapiiiii takde gambar es teler! Aku tatau nape tak amik gambar masa tengah layan es teler tepi jalan tu. Maybe takut mbak tu suh bayar duit. Hahaha! Tapi aku ada gambar Padthai :D
Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Aku ada sume jenis bag kot...troli ada, backpack ada, sling bag ada, handbag pun ada. Yang penting, tak yah masuk dalam perut kapal. Sume aku hangkut naik cabin. Cepat dan senang! Hahaha! Ikut keadaan negara yang aku nak gi, and arrangementnyer la. Kalo aku tak pindah2 hotel, and transport tu senang cam zasssss je sampai, aku bawak beg troli. Nak2 kalo kena bawak banyak baju and baju tu gemuk2. Kalo jenis kena jalan kaki laju2 merentas desa, aku bawak beg galas je. Paling cam haram aku pi India bawak sling beg British India yang berharga LIMA BELAS RINGGIT kaler turqouise!
16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan.
a) Percayaaaaaaaa pada diriiiii dengan harapan dan keyakinannnnnnn haannnnnnn...*zap zap zap menari ala akademi fantasia* Beg troli merah ni pi sume tempat2 yang tak pindah randah and transport senang. Contoh, Texas ngan New Zealand.
b) Beg deuter ni pi sume tempat2 yang perlu berjalan kaki banyak and tak banyak baju nak melaram. Contoh, Korea, Thailand.
c) Beg biru bentuk bazooka ni baru gi India jer. Aku sendiri sampai skang tak sangka aku bleh bawak beg ni je, sedangkan aku ni jenis suka tukar2 baju! Memang yincredibly yincredible like yindia! *gigit lidah*
17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti.
Tolak tepi la passport/iti/buku bagai tu ek, sume orang tau kena bawak, kalo tak memang ko tak yah la lalu kastam tu langsung. Ko balik rumah je. So, benda yg aku tak leh tinggal are tweezer, minyak cap kapak, hair dryer. Bleh??? Aku benci bila rambut aku buruk sebab if muka aku buruk skali pun, aku kena cover dahi aku yang luas macam Tyra Banks ni. Tapi kadang aku tak heran dah, luas pun luas lahhhhhh hahaha!
18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe.
Henpon, towel, jam. Towel bleh beli or guna je hotel nyer. Henpon ngan jam, bleh share ngan laki aku. Hahaha!
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Aku kalo jalan2 obersi MEMANG takkan bawak benda yang berteknologi seperti laptop. Aku malas. Sebabnyer aku akan semmmmmmbang sepanjang jalan. Kalo dedua sebuk ngan benda2 ni, baik pandang dinding je. Cuma masa kat Texas je aku bawak sebab aku gi lama and bosan kat bilik sorang2. Tapi yang nyata, buku hikmat aku tu akan ku conteng kaw2 setiap hari, apa yang menarik aku nampak/buat aritu, termasuk la segala expenses kat sana. Amik gambar tu memang wajibulghunnah. Aku bunuh diri la if gi jalan2 tak bawak kamera! Harus aku jadi mcm mamat India yang Lily Globetrotter jumpa. Beli memory card, nampak orang pegang camera, suh dia amik gambar tapi guna memory card sendri! HAHAHAHA! ORANG PALING GENIUS PENAH AKU DENGAR!
20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
AKU TAK MALU NAK BERGAMBAR DAN AKU SUKA BERGAMBAR SEBAB AKU SUKA AKU ADA DALAM GAMBAR TU. TITIK. Sebab apa? Untuk koleksi peribadi. (Macam artis amik gambar lucah pulak bunyinyer...hahaha!) Ok, kat rumah aku, kat area tangga, aku gelarkan tempat tu “Wall of Frame”. Frame Ribba bingkai itam yang aku beli kat Ikea tu, aku akan buat satu frame, satu negara. So dalam riban2 gambar yang aku amik, aku akan select 16 keping SAHAJA utk wall tu. Ini passion aku. Bila orang datang rumah, tetamu yang agak2 malas nak naik tangga tu, bleh langkah satu2 sambil tengok gambar, tup2 dah sampai atasssssss...hahahaha! Walhal diorang tak sedar, tangga aku tu bergelombang tapaknyer, sebab aku buat sendri!!! Ni pun ada lagi 5 frame tak siap lagi.
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah.
SUMPAH AKU BANYAK GILE GAMBAR POYO/BANGANG/TAH PAPE! TAPI AKU TAK LARAT DAH NAK KOREK! HAHAHA! *nanges*
Aksi lompat bintang!
Aksi peace yo!
Aksi tiru gaya!
Aksi retis!
Aksi sengal!
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Fridge magnet. TIDAK “SAK” LAGI! Since peti es aku bersaiz tapir, aku terpaksa cramp kan sume magnet tu kat belah depan. Tapi lepas balik NZ, aku TERPAKSA gak letak kat belah tepi. Nak beli peti es bersaiz gajah, memang tak muat dah dapur aku tu. Paling tidak, aku beli besi, aku gantung sepanjang dinding je nanti...(gambar cam haram sebab amik guna henpon!)
23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Satu perangai aku, aku sanggup berabis duit beli utk orang. Orang tu adalah family aku dan kawan2 rapat aku. Walhal utk aku, cukup la sekadar magnet dan sekeping baju. Tau brapa ramai family aku tu? Ni belah aku ye. Abah, makcik, kakak dua orang, abang ipar dua orang, abang sorang, kakak ipar sorang, anak sedara LAPAN orang (skang SEMBILAN). Belah sana, pak and mak mentua, kadang2 je kasi kat anak sedara sorang. Patu kena plak blood sistas aku ada la lima orang, ngan anak angkat aku sami and myra. Tu kalo aqilah tak pegi sama, aku belikan jugak. HA SAPE NAK JAWAB? Sampai laki aku cakap, udah2 la beli kat orang...tapi aku tak leh, aku hati ada baik juga daaaaaa...
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
Disamping fridge magnet, ada gak la baju2 nama tempat tu...tu pun kalo baju tu cun, murah, dan muat size aku yang perut agak boroi ni ha...
Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random).
a) China – bulu ketiak panjang. Toilet hancing. Sume barang buat sendri. Kalo kat map tu nampak dekat, TIPU! Jauh ok! Sabar je la...
b) New Zealand – jalan raya takde lobang. Bersih di mana2 aja. Utamakan pejalan kaki dan pengayuh basikal. Ko bodo la kalo ko hon orang or tak benti kat sana. Ko gi dok India or Indonesia, ha ko hon la puas2.
c) Texas – orang sana tak penah keluar pun dari Texas tau. Ha, kita ni lagi gempak la gak pi jalan sana sini. Asia ni diorang tau Philippine jer kot…sebab omputih banyak kawin ngan orang Filipina.
Aku tambah satu lagi.
d) India - pemalu actually diorang ni. Miskin tegar sungguh, sian pun ada...tapi tu la, nak wat camne...kang aku cakap pasal gomen kang, panjang lebar kang ni. (Aku patut try la kunyah sireh kering tu, patu amik gambar gigi merah hahaha!)
26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel.
Saya berangan…AAAAAANGAN ANGANNNNNN…INGIN MENCARI PASANGANNNNNNN…*goyang jari telunjuk kiri kanan* tapi pompuan tak leh kawin empat! So kena angan lain. Hmm…(sila baca dengan nada budak darjah 6 jawab soklan cita2) Saya berangan untuk membuka satu kedai yang bertajuk “Travel Treasure” dimana saya membeli barang2 yang popular atau rare dari luar negara, (sila baca dengan rakus) PATU AKU JUAL KAT SINI DENGAN HARGA YANG MAHAL PATU AKU KAYA, KAYA, KAYA, AKU PI LAGI LUAR NEGARA, BELI LAGI, PATU JUAL LAGI, PATU BELI LAGI, JUAL LAGI SAMPAI AKU MATI. *mengeluh sambil betulkan remos*
Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
Actually aku nak letak Visa US sebab itu la benda paling mahal penah aku bayo untuk sekeping kertas dalam passport aku. Tapi sebab kena letak stamp, aku pilih stamp NZ sebab
a) ada cop Rugby World Cup 2011
b) ada cop Fern leaf
c) NZ BEST TAHAP CIPAN!
Ni pun gambar cam haram sebab amik guna henpon! OK SUDAH! SUDAH! AKU NAK MUNTAH DAH NI TYPE PANJANG2! *muntah ijau laju2!*
ok...am i first one to comment??? hahaha...
ReplyDeletelawaakkk laa biqque gaya penulisan ko. mesti kalo jmpe real life mmg cara cakap ko, aku dh dpt agak.
koleksi FM ko aku sgt2 jeles!!!!!!!!! dengan lily punye pn aku jelesss!!!!
nampak sgt ko tak tido lagi! hahahaha!
ReplyDeleteha tu la, meh kita berjumpa supaya kita bleh gelak sepelaung satu kampung bleh dengar!
uih tak leh lawan lily, dia goddess abis la bab FM ni! hahaha!
Biqque!!!
ReplyDeletebaru baca komen ko yg virgin tu. LOL gelak sorang2 aku kat umah nii haaaa!!! hahaha. auuummmmm u. LOL
insyaALLAH...boleh je nk jmpe. tggu aku stdy leave dulu ye. keke
buahahahahaha! ye la, grrrrrr gituuuuu...
ReplyDeleteHahaha gambar2 ko beraksi tu semua aku suka! Memang nampak kesengalannya!
ReplyDeletePastu citer mamat india bawak memori kad tu...siyesssss ????? ada org camtu???? OMG! Speechless aku!!!
Paling aku suka part pakcik pakai baju askar tunjuk buttn bge India!! Hihkhikhiki (eh nak gelak pon dah tonggang langgang) HIKHIKHIK!!!!
Aku jele*
***** tertinggal pulak S
ReplyDeletebiq,
ReplyDeletesori..masa ko anta link dah siap tu aku tido. entah camne pas magrib aku tumbang..sah le mlm ni aku jadi burung antu...
ko punye entry kan mmg lawak...aku rasa mcm tgk citer tamil sbb ada part gigit2 lidah lagi...HAHAHA...gelak guling2 aku terus segar bangun tido. adohai...ko kan biqque, kalau ada anugerah khas kategori hiburan utk entry ni, aku rasa ko menang. si ely dah kalut nak pilih pemenang tu. memula aku bajet nak suka2 jek sekali respon korang mmg +ve so maybe aku akan consider something utk entry yg best :)
jap gi aku dtg balik utk review eh...thanks a lot biq for participation. though pjg, yes i admit that...but im sure org2 yg bc entry2 korang ni akan suka coz byk sikret2 yg dorg tatau pastu tau..feel like close gitu..ailebiu lah biqque..xoxo...HAHAHA
biqque! lupa lak...anak MARA ke? sama laaa mcm aku! kaya seyyy dgn MARA ni..nasib baik aku kene byr 1% je. thanks MARA. Ko di jiwa ku selalu.
ReplyDeletebiqque, giler kentang byknya ko punya fm hahaha
ReplyDeletehaha..
ReplyDelete1.baby ????? nak panggil MAK IKAN lah hahaha !!
2. anak mara? dulu berangan nak gi obersi under tajaan mara, skali kena rijek awal2..i skang ni anak ppum, hihi.. tapi ciput ! eh tak leh mengomen,nanti ppum marah..kehkeh
uh, anak gengster ? tak caye..tak caye
5. aku pilih fatt lah kahkahkahhhhh !!! ok fatt, aku guro2 jek ;p
10. bile nak pi ni?? stok pisau kat leher sume tu.. bek u sediakan ridsect siap2,nanti sembur je kat mata die tu,kihkih
11.india??? x sabor ni!!!
12..bile tengok muka ko kan, ko ade look-alike india lah..sikit2 la,, hihiihi
20.aku suka gambor kat temple of heaven tu , cun !
22..gila...byk nak mamposss... mesti ko bukak peti slow-mo ni, takut fm tu berterabur..kannn?
23. baik nye kooooo... takpe, nanti Allah murahkan rezeki ko eh ;)
26. kejammmmm !!
japppppp! aku tambah lagi gambar diva pelbagai versi! hahaha!
ReplyDeletehahahah aku baca soklan fatt kan aku dh tau ko sure jawab hairdryer hahhahahahhaha...
ReplyDeletepackcik kt tembok cina tu cam haram hahahahhaa pasnih cubak ko jadik org pantai timur pulok. and paling budush aku dok ikut tune part nk bukak travel treasure tuh hahahhahahahhahaha
okek aku mmg bias + pilih kasih lalalalalalala
hahhaha best!!!!
ReplyDeleteako suka baca !!
sengal sey ayat ko.. hahaha..
pape pun tatap best!!
Ok tak boleh blah, yg ni memang i nk gelak kaw kaw punya....
ReplyDeleteNak tau i gelak kat mana satu?? I gelak kat beg troli merah u tu...sebab pakai mangga pintu tapi saiz cinonet!!!!!! kah kah kahhhhhhhhhhhhhh apa kelassssssssssssssssss (ecehhhhhhhhhhh jgn marahhh huhuhuhuh)
skin, hairdryer wajib kot! patu serius aku nak bukak kedai tu! hahaha!
ReplyDeleteako, sampai midnite ok buat menatang ni!
na, mmg celaka bengong mangga beg tu okkkkkkkkkkk! sbb yg elok nyer ilang ke apetah, terus i beli mangga bodoh tu je! hahahahahaa!
janggel, if ko dengar masa lily cite, mmg tersembur2 air liur ok! sumpah kelakar! siap pose macam2 cara lagi!
ReplyDeletefatt, i lebiu too! yoyo! <--tanak kalah dengan xoxo hahaha! best gak buat benda ni, serius :D
john, haah, anak MARA tapi mak pak aku tak keje MARA tau. sumpah mahal fee setiap sem kitorang. konon nak fly ke US. siap pilih uni dah ok! tapi recession plak masa tu...cipet tul! sejak tu aku tekad belajar rajin2 supaya bleh convert loan jadi scholarship kihkihkih!
kemang, mak hayam, bukan mak ikan! hahaha! betul, pak aku gengster...orang yang keje dalam lubang (manhole) tu kuar kepala je, tgk idung aku, terus kenal aku anak pak ein ok! hahaha! FM tu sume melekat kuat, tak jatuh :D
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ tepaksa rekues kat lili suh dia buat video youtube cite pasal tu!!! Mesti genpak kan... Wah tetibe dapat idea! Kekeke
ReplyDeleteyaaa AMPUNNN!!! Diva sangat ok! ok, aku kalah! hahaha..... mmg gaya MAK HAYAM TERUNGGUL! BIQQUE!
ReplyDeletetak penah lagi laaa aku jmpe manusia bwk hairdyer bila travel. bwk iron tu penah jugak la. kekeke. nasib baik x bwk iron board skali! ko x bawak hairstraightener ke? LOL
penat ok korek gambar2 tu sume! nak collagekan lagi! aku buat dlam keta pagi tadi otw pi keja, bleh???
ReplyDeleteplg bengang bila hotel/motel tu ada supply hairdryer! buat penat jer! ko jangan, aku penah bawak rambut dengan bulu mata pelesu lagi! tanak kalahhhhhh! last2 duk dlm beg je hobatnyer...
Maigoshhhhh ada tambahan gambar yang tak menahan tuh! Ko memang DIVA la biqque, aku terpaksa akur John tewas hahahahah!
ReplyDeleteAksi lompat tak hengat dikeliling donia! Lihatlah Donia! *buat gaya Arwah Azean Irdawati.....
perh gamboooooooo ko !!!
ReplyDeletemmg bebetul mak hayam niii!!!! mendiva gila! hahaha
hoi janggel! azean irdawati tak arwah lagi lah! ko bidaah niiiii...
ReplyDeletekemang, diva terlarang!
janggel,
ReplyDeletekang masuk sepupu sepapat azean irdawati sakitle ko...
biqque,
amboi terus up habis gambar melompat..aku rasa ko bleh lawan sama janggel sape lompat paling tinggi...aku bab melompat mmg fail..semedangnya fail...aku masih tak sempat nak review..kang aku dtg kali ke-3..jgn marah mak ye nok...tata~ memuahhh
aku xtahan aksi lompat bintang sbb aku tingat jula juli bintang 7 hahaha..
ReplyDeleteweh travel treasure tu ko leh start dgn jual scrap book ko tuh haa.. xyah bukak kedai lagikpon. online ajeee.. patu selit2 dgn magnet, poskad, t-shrt ha kan menariks tuh hehe
Astagfirulllahhhh...ngucap sambil urut2 dada...
ReplyDeleteEh betul ke dia x ninggal lgi?? Abestu aritu yg kuar tv3 tu??? Ampunnn ambe tatau hehehehe.... Choyyyyy! *sambil tepuk2 mulut.
hahaha, jenuh gak satu lompatan tu 2-3keping :D
ReplyDeletetakpe nyah, mak tak marah, kuar masuk kuar masuk (lucah nyer) banyak kali pun mak tak kesah...tapi kalo ko tak review, YE MAK MARAH!
skin, rasa cam nyesal lak tak beli banyak2 and jual!
janggel! tu dia kuar tv mintak orang derma la kat diaaaaa (tapi katanya dia order set kusi mewah, wallahhhhhualam!)
hye sis biqque...wah..seriously.. jeles dgn fm sis..sob sob..rase nak curi dengan fridge2 skali..boleh??hehe. btwn..gmbar sis mmg styleee..=)
ReplyDeletebest nye lah kan dapt husband kaki jalan sama...
biqque, aku rase ko memang klakar la!
ReplyDeleteaku setuju kalo ada awards, ketegori hiburan, aku nak vote sama..wihihihi
xde kaitan: aku baru baca entry sivaji the boss ko.
hahahahah gelak guling sebab aku enjoy citer tue jugak dan terbayang2 setiap scene yg ko senaraikan!
hoho salute giler entry ni.. btol2 best lak cadangan fatt.. ok semua org boe gulung tikar. jom lambung biqque amai2..haahaa
ReplyDeletejap2...nk korek2 gmbr yg lompat2..tak nak kalah niH!!! hahah
ReplyDeletewow...byk tempat gak u dah jalan yea.
ReplyDeleteYang x leh blah....aksi diva yg mcm2 tu....nampak best dgn pelbagai gaya. like it..
pastu....FM tu buat wa jelessssss. Bykkkkkk nyerrrr.
anyway...sgt terhibur membaca assignment anda ... :)
langkah kaki, if nak curi, blh i beli peti es baru :D
ReplyDeletemas, aku mmg gila2 :D part sivaji tu, kalo ko tgk ada satu clip cite tamil, kuda lari laju2 masuk bawah lori siap mengiring, patu skidding ok! kelakar nak mampos! hahaha!
shah_rule, kasi lambung lah! kasi lambung lah!
john! ko tanak kalah??? tak bleh jadi nih!!! aku kena up lagi berkati2 gambar diva style terbaru!!! kahkahkahkah!
leez, bleh la...tapi tahun ni and tahun dpn skit :(
aku mmg takut nak komen kat entry ko ni tau! sbb tu aku kasik yg hujung2 skali review..sbb nak baca ko punya cerita kena full concentration...hehe...
ReplyDelete1. hoi ko kena sampuk antu siam mana ni? aku mcm biasa dgr je dialog ni. citer ngangkung eh?
Biq...nama ic ko Marina ke? jauh gila jadi Biq! hahaha...ayu siot! aku takleh relate nama ko dgn character ko...kontra abes!
err, nasib baik tak pgil ko "Bibik"!! HAHAHAHA...hei jgn nak tumbuk aku, skrg ni aku review..kang aku kasik potong markah!
YO! FROM TEPEN WITH LOVE! aku rasa org tepen mmg gile la kan? agaknye...
2. ada hikmahnya tu ko tak pi amareka. tp akhirnya smpai gak ko kat amareka kan? kazen aku dulu patutnya pi UK..bkn ulu kelang tp united kingdom tp sbb hal yg sama gak dia stadi UKM...UK la jgk..tp kat malaya...hehehe
3. TOYA!! mmg la kena isik tourism..kang aku isik bisnes ke melawat sedara mara dia mintak alamat, dokumen itu ini nak hulur apa? pui! hahaha
ok, aku sekali je jadi tourist..masa trip kompeni. mmg tak kena lgsung dgn jiwa aku. tp dah nama trip kompeni aku tadah jela..lelain sume aku p sendiri...camne tu? ikutkan naluri aku mmg traveller...ah nti la aku citer dlm entry aku..dok citer cni kang lain jadinya
4. ko mmg berpotensi menjadi the next along bukit belacan. tau bkt belacan katne? nu kat ampang nu!! hahaha
5. TOYAAA!!! takpelah, aku relakan ko mentoyakan diri. ko tunggu la...aku dpt laki yg kaki jalan, itu jam plak aku toya...hahaha
tp aku suka drama ko lambai2 kecikkan mata...mmg aku bleh imagine cane..pastu ko sengih2 gitu..hahaha...lawak
6. aku tak brp paham part pompuan baju kebaya merah..dia antoo ke apa? wei, aritu masa kat tanah lot, aku jumpa lebai pakai kepiah siap dahi hitam (tanda kuat sembahyang) join sekaki pegi kat holy water tu. aku ingt dia nak cuci kaki, sekali mcm amik air semayang..pastu nah, calit beras kat dahi...ya allah, mmg aku rasa nak paranawei kat org tua tu...buduh melantun2...aku nak je ckp, pcik, lebai tu buat hiasan jela yek! bodoh babun!
7. eleh...takle banyak mana!! *saja nak cari gaduh*
aku smpai harini blum dpt entry dr lily. aku rasa mesti dia pening menjawab soalan aku..kesian dia...takpe...kita kasik chance dia lengah2 dulu
8. eleh, yeke?? *saja cari gaduh lagi* yang haritu ckp nak ripit NZ tu apedia? *sambil tangan angkat pesen karam singh walia + gigit lidah*
9. wah pelik nau menu ko makan ni...masakan indon eh? tapi nape takyah bayau? ko dpt RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN KE??? *saja jek nak kasik hangin* HAHAHA
10. eleh...lebai gugel kan ada!!
#1 - I love to go to Rio de Janeiro. I want to be right in front of the statue of Jesus, as did horatio
#2 - I would like to visit Auschwitz. Hmmm ... I can not wait!
#3 - bontot ku berkarah. pasal itu aku garu! HAHAHAHA
11. nasib baik ko tak tergolek. aku baca mana tah yg ada org tu siap tulang kaki dia terkeluar ok...ngeri!
ReplyDelete12. kaler baju ko tak menahan...sebatu lagi aku bleh nampak. pendek kata kalau ko terlepas dlm group lautan manusia aku takyah riso...aku panjat tangga je aku dah tau ko katne. HAHAHA. tp kan, ko patut berbangga hoccay sbb muka ko muka potostat...pi mana sume org ckp local except for india..hehehe
13. jus alpukat la! aku tak penah try padthai..tp masa kat bangkok aritu aku tgk byk...cuma was2 nak cuba. tak silap aku rasa cam kue teow jela, kan?
15. ko bwk beg selempang BI tu jek..muat ke sume baju dgn pentis, baju dalam ko? pasti?
16. drama la ko ni! HAHAHAHA...sengal gila tapi takpe, aku terhibur :D
17. dahi luar tu tanda org byk pikir + bijak. so gimme 5!
19. aku penah bc dulu kat blog lily..mmg aku gelak pecah perut itu jam...kinda smart ekceli dia punya pemikiran...tp mmg takleh blah...HAHAHA
20. cool! *sebut mesti gaya sivaji* fyi aku lgsung tak penah cuci gmbr aku travel...so mebi in future aku akan buat. paling2 pun aku buat hardcover yg glossy tu..nak gantung mebi blum lagi sbb aku pun blum ada umah sendiri..sob sob sob...
21. frame #1 - gmbr ko melompat tu mesti bergegar gempita bumi seketika...HAHAHA...
frame ke#2 - ko bajet SAILORMOON KE???
frame last - aku suka gmbr ko buat muka bajet sedih smbil pegang besi tu...pastu gmbr bajet pesalah, dgn gmbr ko cekik kangaroo...HAHAHA..ko mmg gile la biq...eh tapi kan, aku ada 1 gmbr mcm hitler tu..nanti aku keluarkan *takmo kalah*
22. eh mcm sama je peti esbok kita...ekekeke..weh ko beli board besi kat ikea tu...lagi puas..ko tepek lah kat sepanjang wall of fame ko tu..tp pastikan, tade tangan2 monyet yg kidnap fm ko
23. aku puji sikap yg psl ni..mmg ko baik hati punya olang...aku tak mengipas ko..tp aku rasa utk spend duit yg byk beli souvenir utk ahli keluarga & kengkawan rapat bukanlah mudah & memerlukan wang besarrrr juga *geleng-geleng pale pesen ayappa*
25. a. HAHAHAHA. cam tootttt!!! aku gelak siot time ni..mmg dorg punye bulu tiak pjg..pompuan pun sama..aku rasa nak pitam...sbb smpai terkeluar2 celah pelipat lengan....euwww~
c. mmg orag Texas gitu eh? dorg ni terkena sawan ape smpai takmo tinggalkan tmpt dorg? aneh!
d. yeke deme ni pemalu? klu amik gmbr dorg, dorg mintak duit tak?
26. sengal!!! mmg aku rasa ko patut jadi along bukit belacan. tidak syak lagi!
soalan bonus - naik bute bijik mate hambe sbb jenuh telek setem pasepot ni..cer ko amik balik..takpun resize kasik tecit...
Wah..aku cam tak caye aku dah habis review jawapan ko...mmg mencabar minda sungguh sbb penuh dgn aksi dan drama..HAHAHA
iklan - john, baik ko up gmbr lagi diva...kuarkan sume gmbr lompatan ko..bleh celen dgn biq & janggel...aku sokong! HAHAHA
ok aku dah habis...pape nti kita tungguuuu....
jawapan dengan gaya yang bersahaja, seronok & terhibur membacanya disamping dapat menambah pengetahuan. Terima kasih Biqque atas perkongsian, terima kasih juga Fatt atas usaha yang sangat kreatif & unik ni.
ReplyDeletep/s: lepas komen ni terus nak cari butang untuk jadi Follower. Ada ke ?
Azizan Zolkipli, 11.11.11
tu dia! fatt dah review!
ReplyDelete1. tah, tapi aku buat style mokyong!
ha, jangan tak sangka nama ic aku marina. kalo nak tau nama penuh, aku kasi clue "anak mahathir, adik anwar" cer jawab!
ada orang panggil aku bibikkkkkkkkkkkkkk! percayalah...
tepen sempoiiiiiiiiii *wo! wo!*
3. tu la, tekad hidup selaku traveler, tak de nyer nak tourist2 ni...
5. ko kawin nanti jgn lupa ajak kitorang ok! nak interbiu laki ko siap2 hahaha!
6. pompuan tu tetiba kuar dari utan ok! kira cam nak restu kitorang lalu situ la...eiii tah pape!
7. *tarik rambut fatt*
8. macam aku ckp, ripit negara memang iye, tapi ripit tempat tu tak...kira pi tempat lain plak ar...*tarik rambut fatt lagi*
9. pree sebab laki aku leh claim :D
10. tak siok ar amik gambar oranggggggggggg *giyang pala*
#3 - bontot ku berkarah. pasal itu aku garu! HAHAHAHA <<---KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH! KO MMG PANDAI!
12. dah rasa cam chameleon plak muka leh tukar2 :D
13. haah dia cam ketiau skit tapi rencah dia lagi sedap!
15. ha caya tak, MUAT!!! aku susun kaw2 nyer dalam tu :D KATA TRAVELER...TEKAN SAMPAI MUAT LAAA...HAHAHA!
17. 5!
20. cool! *sebut mesti gaya sivaji* <--KAHKAHKAHKAHKAH! bab gambo tu takpe, janji simpan siap2...
21. frame last - banyak lagi gambar sengal, tapi segan nak tunjuk *bluwek!* ko ada gambar hitler gak??? BRING IT ONNNNNNNNN BEBEH!
22. kadang riso gak bebudak datang, satu2 dia aim...hahaha!
23. tu ar, kadang duit tak cukup, tapi kalo tak beli, sayang...TAPI BILA BELI ORANG TAK SUKA SIAP MINTAK BARANG LAIN HA ITU YE, AKU MARAH!
25.
c. tak, sebenarnya orang amareka ni tak kaya...mcm orang nz la...kira duk dalam negara sendri jer...nak kuar, takde duit sgt...
d. haah, if pompuan, ko nak amik, diorang akan cepat2 cover muka ngan sari. bila amik jugak, kang dia hambat ngan penyapu, mintak duit! hahahaha! tu plg extreme la...
26. betul, tunggu aku ada duit, aku bukak kedai tu :D
soalan bonus - ala...kena readykan camera, patu transfer ke lappy, becintaaaaaaaa arrrrrrrrrrr...
john, BRING IT ONNNNN! *simbah petrol*
azizan, ada butang ditepi (sidebar) yang tertera "join this site" sila2 :D
Biqque,
ReplyDeletePadthai tu nasik togeh ke????
Gambar men'diva' tu aku rasa memang Fatt tuju kat ko larrrr.... hehehehe seswaiii bangat :D
masMZ, dia cam ketiau yg buh togeh...bukan nasik.
ReplyDeletehahahaha! sah2 diva terlarang! hahaha!
aku baru nak komen sebab baru sempat baca. entry ko paling meletop la sbb ayat bombastic!
ReplyDeletetapi tak menahan tgk gambar2 tu la... nampak sgt suka bergambar.
ok. betul lah kawan-kawan lain cakap. kak biqque memang the vas dlm blog travel. *pengsan gelak*
ReplyDeletewohoooo hebaknya fridge magnet sampai sendat peti ais macam tu. wow3..
akak, saya paling jeles akak jumpa mr right suka travel gak. so suwiitttt.. hehe.. hopefully nnti sy jumpa yg kaki jalan jugak. amin. =D
Ehemmmm hi Ainul!!! *sambil lambai2 tangan....
ReplyDeleteliz, tertinggal ketapikah? hahaha! tu la namanya diva terlarang...
ReplyDeleteainul, sila banjer kwn2 yg lain tu buah oren sorang sebijik ye, ada ong gitu...
mmg dah sendat sangat ok! tatau nak lekat mana lagi dah!
harap2 sume jumpa jodoh dgn kaki jln jugak, aminnnnnnnnnn!
HAMBOIH JANGGELLLLLLLLLLLLL! KO TAK NAMPAK MASMZ TLG LAMBAI SAMA KAT BLKG AINUL TU!