Pages

Saturday, January 5, 2013

Melawat Rumah Kelahiran P. Ramlee, Pulau Pinang

Dek kerana nak penuhi jugak kehendak itinerary yang agak dah lari tu, kitorang decide masuk town balik, untuk melawat Rumah Kelahiran P. Ramlee, kat Jalan P. Ramlee. Dari Batu Maung tu dah terpisah dengan Skin sebab diorang nak gak pi cari Esso untuk isi minyak, tanak station lain. Aku tak kisah sebab diorang ada GPS. Silap-silap diorang sampai dulu.

Dalam keta, anak sedara aku dah buat keje gile. Dah boring agaknyer, keta takde radio. Memula buat "spender", patu buat "bra" plak! Hahahaha! Kelakar betul! Skali aku ajar diorang buat "baju kurung". Complete set! Kahkahkah!

Masuk town jer terus nampak si banggunan nan sebatang ni. Tak lain dan tak bukan, si Komtar. Masih menjadi landmark terkenal Penang. (Dengar kata patung buddha kat Kek Lok Si dah patah kepala, betul ke?)

Dari sini, dah senang nak cari Rumah P. Ramlee, since sedara makcik tinggal kat area ni. Ada signboard besar tengah jalan.
 

Sampai je rumah P. Ramlee ni, terus park kat depan arkib dia. Rumah dia kat belakang tu je. Ni rumah kelahiran dia, kira masa dia kecik-kecik la. 

Dah puas jalan keliling rumah, kitorang lalu bawah rumah. Kat bawah rumah tu ada dua benda peninggalan arwah. Beskal tua dengan sampan. Aku tatau la dia guna sampan tu waktu banjir ke apa. Hahaha! Dah tertulis dilarang sentuh, biasa la, rules are made to be broken bak kata omputih. Aku pasti ramai jugak yang sentuh handle beskal tu... 
 
Dah agak surut orang kat atas rumah, baru kitorang naik. Baru sampai kat pintu, aku dengar pakcik jaga tu cakap "Encik, tak bleh amik gambar!" Mana nak sangka, encik tu adalah Hasrul, laki Skin! Hahahaha! Hasil ketidaksengajaannya itu, dapat gak la abadikan gambar dapur umah dengan bilik tido mak pak dia. Tapi P. Ramlee tido mana, jangan tanya aku. Sebab dalam rumah tu ada satu bilik tido jer. (Photo : Credit to Skin)

"LAPAQ! JOM PEKENA NASIK KANDAQ TELOQ SOTONG!" kata semua.

3 comments:

  1. gambar mak esah bawak basikal x leh blah.

    nak gi membidan di mana tuuuuuu?

    ReplyDelete
  2. wah mcm best tmpt ni.. ada rejeki nk g melawat lah hehe :)

    ReplyDelete
  3. meng, gambar lama masa mak esah nak bidankan si anak nya si romli tu lah...hahaha!

    feyqa, ha bleh2, sonok tul tgk rumah dia, i teringin la nak ada umah kg camni...

    ReplyDelete