Dari kecik, arwah mak dengan abah suka bawak kitorang jalan-jalan. Sebab tu la kuah tu tumpah kat kitorang adik-bradik, paling teruk kuah tu tumpah, kat aku la (Allah, kuar town Tepen tu pun aku suka...apetah lagi ke luar negara.) Since kitorang duk Tepen, tempat happening yang paling dekat memang Penang lah. Penang kan heaven dari dulu sampai skang. So, almost every year, kitorang mesti pegi Pesta Penang, without failed.
Alah, Pesta Penang je ke?
Tak. Sampai Penang jer, terus ke Bukit Bendera la, Tangga Seribu la, Padang Kota la, u name it. Balik Pulau pun penah. Lepas dah terjah sume tempat ni (berjuta kali tapi masih sonok), kitorang akan camping tepi pantai, pasang khemah kain terpan (yang kaler biru oren tu, macam kat pasar malam dulu-dulu), ikat kat depan dengan blakang keta, hampar tikar, ha berguling la anak-beranak kat situ. Pasir tak pasir, tak pedulik dah masa ni. Makan tak perlu risau sebab almost sume family yang camping kat situ bawak dapur, patu masak. Siap bleh bau lagi orang sebelah masak apa. Yang budak-budak ni plak akan mandi laut dari pagi sampai petang sampai kecut, patu malamnyer baru pegi Pesta Penang.(Aku tatau la skang ada lagi ke tak Pesta Penang ni...if ada pun, maybe dah tak best cam dulu.)
Zaman 80an tu, orang camping secara besar-besaran ala-ala hippies. Sometimes, family yang sama jugak kitorang akan jumpa tiap-tiap tahun. Kira dah boleh tau la tu tempat sapa, so ko jangan la gatai nak amik. Hahaha! Zaman tu takde fesbuk, so tak leh la nak confirm tarikh apa ko nak pegi dengan harapan dapat jumpa kawan lama. Tapi semua orang macam dah tau la tarikh apa yang sesuai untuk lepak kat situ, sebab Pesta Penang ni sebulan lamanya. Paling best nak pi, dah hujung-hujung tahun.
Pesta Penang ni standard macam pesta bodo-bodo la, tapi kira raja segala pesta kat kampung-kampung tu. Ada la buaian pusing, tikam-tikam, baling tin, baling gelang dalam botol, rumah hantu semua tu. Rumah hantu plak siap mamat-mamat muda yang jadi hantunyer. Silap pegang, kena katuk ngan jantan lain. Tapi yang paling gempak adalah, konsert rock! Jangan tak caya, Search, Wings, May, semua turun ok. Senang-senang je ko nak bergambar dengan diorang. Aku ni pulak, dari kecik, arwah mak aku suka hulur aku naik stage, nyanyi. Ya Allahhhhhh...aku plak tak reti malu! Takut tu takut la, tapi nak nyanyi jugak. Masa ni aku membesar dengan kakak si Farawahida (penyanyi kulit hitam manis tu). Family dia memang sume pandai nyanyi. Diorang duk sebelah umah aku.
Bapak dia memang suka masukkan anak-anak dia dalam pertandingan nyanyian. Ada satu pesta kat Tepen ni, aku pun masuk la. Dengan pakai baju hip hop Chicago Bulls serta jaket merah, rambut letak gel ala-ala kembang kiri kanan ada ekor macam Ruhil (pengaruh kakak aku la masa ni), sluar trackbottom, pakai slipar. *curlust ko maria* Bdk2©. Aku mintak lagu Norshila Amin – Kad Ucapanmu. Lagu sedih, tapi nyanyi kat pesta...bleh???
Aku pun nyanyi la dengan penuh perasaan sampai terkuar urat tekak. Aku berjaya hit high note. Orang pun tepuk tangan. (Yang tak tepuk masa tu mesti tengah sibuk main baling tin.) MASA NI AKU DARJAH 6 OK! Patu dah abis, dapat la hadiah cam complimentary la. SEKATON ROKOK SALEM! Bleh??? Sebab Salem yang taja konsert malam tu, ada Search, Fabian, Dinamik, perghhhh sume nama-nama kumpulan Rock zaman tu la. Aku amik kotak rokok tu dengan muka blur. Aku turun stage, aku kasi kat bapak aku. Hahaha! Pengaruh tak baik sungguh! Dah la bagi rokok bapuk!
Haih...aku ni banyak cite kelakar zaman kanak-kanak...nak-nak aku hidup membesar pada zaman 80an...bebila aku bukak balik semua cite-cite bengong tu. Hahaha!
Berbalik pada cite Penang tadi. Arwah mak aku orang Sungai Kecik, pak aku orang Simpang. So, laksa Penang, pasembor, nasik kandar tu dah memang ada dalam darah aku. TAPI, aku hanya akan cari laksa makcik kat Tanjung Bungah je. Bertahun aku makan laksa makcik ni. Makcik ni dah arwah, skang anak-anak dia sambung. Dulu roda tiga jer, skang lori kecik. Betul-betul kat satu corner ke Batu Feringhi jalan besar ni, ramai orang meniaga. Ha, sape yang pegi Penang, sila la benti situ ye. Laksa dia yang buatkan sedap tu sebab dia tabur bunga kantan. Siap letak otak/petis udang. Perghhhh! Tak nama Biqque la kalo tak 3 pinggan siap bungkus lagi 2!
Kalo nasik kandar plak, kitorang akan pegi Line Clear. Memang yang glamer slalunyer nasik kandar beratur, tapi Line Clear ni best sebab dia ada telur sotong. Penah makan? Dia cam bulat-bulat putih tu. Huihhhhh! Sedapnyerrrrr! Meleleh ayaq liuq! Tapi untuk orang berlagak tak suka tempat sempit and tepi lorong, tak yah pegi la ye. Kang tengok mamak tu lipat kain pelikat dia, tak lalu plak. Hahaha!
Pasembor plak slalunyer kitorang akan makan kat Padang Kota. Kat situ jugak ada sotong bakar. Sambil-sambil makan, abah aku akan pancing ikan. (Pak Ein kaki pancing hardcore siap ada boat fibreglass yang dia tambah stereng sendri. Sape nak merasa, meh datang umah aku.) Paling kelakar, ada orang tanya, ada ikan ke pakcik? Dia akan jawab, tengok la...kadang-kadang ayam, kadang-kadang kambeng. Bleh? Hahaha! (Tiga suku tu jugak la aku dapat dari abah aku. Gengster Tepen pun ye gak. Tu yang susah kalo kuar Tepan dulu, orang kenal sebab hidung aku sebijik hidung dia.) Tapi saban tahun ke tahun, makin mahal kat area tu sebab Padang Kota tu dah jadi cam tourist trap. So kalo pegi pun, dak tak feel cam dulu.
Penah dengar cucuk-cucuk? Bukan cucuk-cucuk macam kat KL tu, yang cicah kuah kacang tu. Bukan. Ha, ni satu benda yang tak semua orang tau. Cucuk-cucuk ni hanya ada kat Pantai Bersih, tepi dermaga feri kat Seberang Perai tu. Yang jual tu pakai roda tiga jer. Dia cam cucuk buah-buahan, telur, sotong, timun, patu cicah dengan kuah rojak. Ada pedas, ada tak pedas. Sesuai untuk seisi keluarga. MasyaAllahhhhhh...menitik-nitik kuah rojak tu kena kasut pun ko tak sedar! So far, still ada sampai skarang. Pegi la try.
So seperti tahun-tahun lepas, tahun ni kitorang plan lagi. Last 2 years, Pangkor. Naik banana boat siap dapat lama sampai orang lain komplen, apsal kitorang dapat lama. Pak Ein special maaaa. Last year pi Genting. Terketar-ketar sejuk sampai tido pakai jaket dua lapis. Indoor je dah cukup gempak sebab rollercoaster tu je dah penuh ngan family aku.
So this year, kitorang pilih Penang untuk mengimbau kenangan lama (padahal tiap-tiap tahun pegi.) Tapi akan shoot ke Padang Besar dulu (tempat mak pak beli periuk, orang muda beli baju/sluar branded grade A), then baru gi Penang. Ikutkan, nak je explore tempat yang orang tak penah explore lagi macam British Detention Camp kat Batu Maung, Penang Fort, Japanese Detention Camp, yang kuar dalam Hidden Cities tu. Tapi bawak budak-budak ni susah. Kang ada yang tak balik kang. Hotel pilihan kali ni pulak ialah Copthorne Hotel, sebab swimming pool dia besar, and ada private beach. Tu je yang available 7 bilik dengan kadar relevant (cuti skolah weh), patu puas hati dengan facilitiesnya. Bleh la kitorang conquer hotel tu nanti.
Harap-harap this year akan menceriakan lagi Family Day aku. Family aku rapat, so kitorang memang sayang each other. Nak-nak aku kadang sponsor tu ini, lagi la sayang diorang kat aku kannnn *tangan kat dada, mata ke atas* Fatt©. Tak sabar betul aku nak buat game gila-gila kat orang tua dengan budak-budak! *Setan mode*
biqque, nk jadik suku sakat u boleh x? ape pengerasnya? kehkehkeh....
ReplyDeleteby the way, *curlast ko maria* bukan dari i..i dgr dari org jugak. hihi..bermaksud hebat sungguh ko! hahaha..
pfttt...best giler siot ade fmly day. fmly aku pn penah bwt jgk dulu. mmg havoc abes laa..tp skung dh susah dh. sbb masing2 duk jauh2...
peh hebat gilos ade family day.. gua tak penah ado pon +_+
ReplyDeletejohn, meh, meh! aku tau apa maksud dia :D dan bagi aku, sape sebut dulu dlm dikalangan kawan2, kira dia punya la hahahaha! tak kira, tak kira!
ReplyDeletefamily day mmg best...nak2 sume kepala gile (kecuali sorang abg ipar aku la) hahaha!
kemang, ko cuba la usulkan kat family ko :D
org sekampong ghupenye kite ni....kome punye rumah sebelah rumah farawahida tu ke? aku penah sekejap kat tmgs, kenal la si anne hot fm tu..dia senior aku...mmg dr zmn skolah dah glamer....tp aku kenal dia sbb dia jln kengkang mcm org bentan...uhuk uhuk....kengkang pun cantek...ko mampoo?? *tangan kat dada mata bulat*
ReplyDeleteko punye cerita zmn budak mmg kelakar...tp aku takleh relate antara baju chicago bulls dgn lagu norshila amin...mmg tak "in"...patutnya ko kena nyanyi lagu mengerti (kru)...kih kih kih...
eh ko penah tgk citer Rock tak? aku tiap kali tgk citer tu rasa terimbau zmn kecik2 kat tepeng...aku kira junior ko bberapa thn tp still hidup dlm zmn 80an..of coz aku akan terflashback bila dorg nyanyi kat jam besar tepi supermarket berkat (aku still panggil berkat wlpun dah berzaman nama dia tukar ke the store) dan larut matang...owh...org2 lama je akan panggil nama2 tmpt ni based pd nama2 lama...nmpk sgt aku dah bertukun kat tepeng tu lama...but nowadays tepen dah terlalu pesat...pagi tadi aku pegi jogging kat tmn tasik seronok jgk...sambil kenang2 balik zmn skolah dulu dok merayap dgn kwn2 pas Koku hari sabtu...nostalgia...i love tepen! <3
mmg tak syak lagi ko orang tepen! aku dah agak dah sejak aritu :D terasa2 akan keuaraan ketepenanmu itu! hahahaha!
ReplyDeletedulu umah tok dia, sebelah umah aku. kira kecik2 tok dia la jaga aku kalo mak pak aku keje. takat bogel2 mandi paip air depan tu, dah biasa sangat la ngan diorang hahaha!
baju tu mmg tak bleh blah ok...tu yg aku kata curlast tak bertempat tu! mcm jipang pun ye! hahaha! buduh gile aku rasa kecik2 dulu...nak-naik main fashion show, kawin2, bola cop, aci nyorok, polis sentri...haih...aku paling tua, tapi main ngan bebudak, sah2 la aku menang kahkahkah!
hoih orang gile je tak tgk cite rock uu tu!!! aku suka gile cite mamat khalid kowt sbb dia ada sentimen melayu yang betul2 dlm kehidupan seharian. aku ni kakak dua orang, so diorang membesar dgn lagu2 rock kapak, maka aku yang kecik takde geng ni pun join sekaki. sbb tu aku tau sume lagu rock kangkang! tapi tak lupa jugak zaman rap 4u2c ngan kru duluuuuu! tu zaman kita gak tu! hahaha! suar gq bagai! omg!!! nanti aku nak cite la hahaha!
jangan main2 berkat tu, supermarket plg hebat sebelum taiping jaya tau hahaha! aku merayap gak, siap lepak kat stesen ketapi...tapi susah, orang kenal pak aku! pak ein telekom! "hang anak pak ein ka? hang pi balik!" hahahaha cam haram! pakcik tu kuar dari lubang jalan ok! bleh kenal aku!
serius, i love tepen to death! tua2 sok aku nak duk sana. family aku sume still kat sana ko tau, aku je yg terlepas kat kl. so kalo balik tu, mmg aku akan blk tepen la. skali balik mmg lepas gian siut!
weh, next time aku blk, bleh ar lepak cashier :D kita pekena mee combat ka, pekena teh kat rahman ka...hahaha!
aku rasa sedih sesangat sbb aku tak da kampung!!!! huaaaa......... kampung mak aci dak? heheheh..... kedah mali, minang mali.
ReplyDeleteaci la tu...kg gak :D
ReplyDeleteNampak gayanye melepas la pasembor yg i idam2 kan tu..haihhhhhhhhhhhhhhh...
ReplyDeleteala naaaaaaaaaaaaaa jom laaaaaaaaaaaa! suh cawan cuti sehari jerrrrrrrrr! dia kan banyak cutiiiiiiiiiii! ckp la kat kexen tu kata dah book hotelllllllllll :(
ReplyDeleteape nih cawan tarik diri!!!! aku baru nk bergaya posing org amik gamboooo...
ReplyDeletetgh nk game polo air nih! aku jadik pengadil hahahhaa
tu dia tepen.com.my dh kuaq...jom pekena black mountain kt pot paling rock skali kt tepen.
ReplyDeletekah kah kah....mmg aku rasa ko lagi tepen dari aku sbb aku cam ingt2 lupa katne cashier...chop, tmpt tu kat sebelah larut matang tu eh?
ReplyDeleteaku dulu time kecik sememeh...pantang kena buli mesti nanges...then bila dah besar aku plak membuli org...biasala...org yg ditindas ni mesti melawan bila dah power..kah kah kah...
dulu ko sekolah rendah kat mana eh? tah2 kita satu sekolah...aku dulu skolah kat SKT...klu sama bleh ngumpat...tp skrg ni aku tak brp suka la tepen...too many development smpai dah hilang skit2 identiti dia...
so far just parents aku je ada kat cni, the rest sume kat kl...aku plak...in between...tp rasanya one day aku akan balik semula kat kl...aku dah tersbumbat duduk kat cni...tapi aku mmg suka dok tepen...sbb peaceful, everything within reach...nak gi taman tasik dekat, malls dekat..traffic jam takde..so heaven.
fatt, kalu sama sekolah nk mengumpat ? hahahahhaha terbaekk
ReplyDeleteadeh aku tgk entry pangkor tu, belek gambo lama.. kurus nyeeee
ReplyDeletehoi product SKT ke??? hahaha sama ngan laki aku and kexen aku! aku skolah rendah memula convent. asik dpt no. 8, mak aku marah, so dia tukarkan aku ke skolah simpang :D bangga la anak dia dapat no. 3, tah pape kahkahkahkah! walhal kat convent lagi bagus sbb lawan bebudak pandai!
ReplyDeleteaku still tepen kuat sebab aku mmg blk sana tiap kali cuti...laki aku pun orang tepen tapi mak pak dia duk ipoh la ni. laki aku LAGI tepen dari aku sbb ada gak nama2 lama yg aku tak ingat. hahaha!
cashier tu bawah larut matang, tempat2 makan tu. cina n melayu. kalo makan es kacang black mountain cina tu perghhhh!
tu la, aku plak dah bosan duk kl since start keje...aku dah tak tahan dgn jem kat sini. cukup la zaman2 jahiliah aku kat sini. hahaha! aku nak duk tepen, aman sentosa relaks2 cam orang lama...