Pages

Thursday, October 28, 2010

Bencana Di Indonesia

Gempa bumi.
Tsunami.
Gunung berapi.

Hmmm...tak cukup-cukup lagi ke? Tak tau la nak kesian ke apa...tak kesian, ni bencana alam...dah kesian, rakyatnya sendiri yang buat pasal...wallahualam.

Apa-apa pun, cerita yang paling menarik, adalah Mbah Marijan. Dulu kitorang ingat Mbah Marijan ni perempuan, rupa-rupanya lelaki. Mbah Marijan ni dikatakan "penjaga" atau "juru kunci" Gunung Merapi di Jogja. Sampaikan sepelusuk penduduk Jojga dibawah kuasa Sultan Hamengkubuwono (ye, Jogja adalah satu-satunya negeri yang ada Sultan kat Indonesia sebab banyak Islam kat sana), malah Tuan Presiden sendiri pun menganggap Mbah Marijan ni ada kuasa untuk mintak supaya Gunung Merapi ni tak meletus.

Islam atau tidak? Ye, kesemuanya Islam. Tapi ahli ulamak di Indonesia sebenarnya dah banyak kali dah nasihatkan orang ramai supaya tak taksub sangat ngan Mbah Marijan ni, ye la, dikhuatiri syirik plak kan. Kita sendiri pun boleh pikir mana yang betul mana yang tak. Selama ke ni bagi diorang, mungkin la Mbah Marijan ni punya pasal la, Gunung Merapi tu tak meletus setelah 400 tahun yang dulu (skit-skit tu biasa la). Tapi skarang, dah meletus, diorang kata plak Mbah Marijan ni "tewas" dek kuasa lava dan debu volkanik. Siap ada yang kata berlakunya kejadian-kejadian aneh sebelum Mbah Marijan ni meninggal dunia.

Seperti semua orang sedia maklum, dia ni memang tak nak pindah pun dari kaki Gunung Merapi tu selama ni, katanya biar la dia mati kat situ. Ada pengabdian spiritual baginya. Tapi dia tak paksa plak orang ikut dia, sape nak pindah, pindah la. Maka, tak tau la sape yang bodoh sape yang pandai kat sini. Kalau benar la ada orang sebegini di utuskan Allah, perlu ke diorang taksub mempercayainya? Mungkin la kot atas dasar popularitas dia selama ni. Kitorang pun bukan cerdik pandai agama nak menghukum haram dan halal.

Jogja ni setahu kitorang, memang suka percaya benda-benda camni. Dulu masa kitorang melawat Jogja, kitorang ada baca semua sejarah silam diorang yang sampai ke hari ni, masih dipraktikkan. Contoh, kisah Ratu Kidul kat Pantai Parangtritis. Katanya Ratu Kidul ni penjaga laut kat situ. Kalo tanak jadi pape seperti banjir ke, tsunami ke, orang mati lemas ke, tiap-tiap tahun kena buat penyembahan. Malah, Sultan kat Jogja ni pun turut turun padang. Siap ada tapak tempat Ratu Kidul ni nak singgah kat pantai tu, untuk jumpa dengan Sultan. Ni Islam nih! Itu tak masuk lagi kisah-kisah lain di Prambanan dan Borobudur. Ratu Jongrang dan sebagainya. Tapi tu takpe la, bukan Islam.

Apa-apa pun, kitorang bersyukur sangat-sangat sebab M'sia tak termasuk dalam bencana-bencana alam yang teruk camni (sebab tu jugak la M'sia tak secantik negara-negara yang ada bencana, takpe la kan.) Kalo tak, tatau la nak lari mana dah. Semoga Allah lindungi kita semua, Amin.

P/S: Kampung adik ipar aku kat tepi Gunung Merapi tu lah! Tah apa cerita orang sana...dengar-dengar habis segala tanaman.


2 comments:

  1. salam

    just nak luruskan informasi...Merapi bukan baru meletup setelah 400 tahun...tapi gunung ni memang tiap2 hari "eruption" (keluar asap, abu volkanik, kekadang lahar)walaupun dalam tahap kecil dan terkawal. Thats why Merapi termasuk dalam senarai gunung2 berapi paling active di dunia

    nah, setiap 5 - 10 tahun sekali ianya akan mengeluarkan eruption yang besar dengan size yang bermacam2..tahun 2010 ini kira special lah sebab sampai terjadi hujan abu di kota Yogyakarta.

    Letupan dahsyat Merapi yang direkodkan oleh sejarah iaitu tahun 1006 (zaman hindu - buddha), sehingga mengakibatkan seluruh pulau jawa tertutup abu dan membenamkan bangunan bangunan besar seperti Candi Borobudur sehingga ianya ditemukan kembali oleh Raffles pada abad ke 19.

    Kemudian letupan berturut-turut pada 1930 (besar), tahun 1961, 1969, 1976, 1994, 1997, 1998, dan 2001 yang ianya tidak besar.

    kemudian tahun 2006 hampir bersamaan dengan Gempa besar yang melanda Bantul (selatan Yogyakarta)yang membunuh 2 orang sukarelawan.

    mengenai siapa mbah marijan..akan saya tulis di comment berikutnya

    (bersambung)

    Mohd Fauzan
    orang Jogjakarta, tinggal di Seri Kembangan Selangor.
    website: www.bensholiday.com.my

    ReplyDelete
  2. makasih biq kongsi link :)

    wah, aku tertarik dgn komen encik fauzan di atas tapi dah lebih setahun dia tak datang balik menunaikan janjinya.

    mana cerita mbah maridjan ye encik fauzan? ke nak promote pakej holiday siap letak link! iskk

    tak dinafikan aku paling dgr byk cerita mengarut kat jogja. klu kat tempat lain rasanya kurang. apapun jogja memang best, mgkin himpunan cerita pelik2 ttg sultan hingga ke dongeng rakyat yg menjadikan ia popular.

    sbnrnya aku pun dgr local kata mbah maridjan ni ada amal ilmu2 ghaib dan teori dia yg lava takkan mengalir lalu kat rumah dia itulah yg menjadi pegangan pengikutnya yg takmo pindah. mmg silap besar le kan sbb benda ni mengalir, kalau dia belajar konsep fizik dan sains aku rasa mesti dia tak tersilap

    semoga mereka2 ini mendapat pengampunan dr Allah & ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh

    ReplyDelete