Pages

Tuesday, September 14, 2010

Drama Raya : Episod 3 – Rodiah sedap mengumpat?

“Oooo…ye keeeeee…”

Rodiah berlakon terpaku dan terkesima bila ummi mula bercerita. Kisah lama dikaitkan, kisah baru disulamkan. Ternyata Karim pandai sungguh mencipta sejarah. Tapi, disebabkan title anak emas tu masih bertahta, apa saja yang dikata, semua diterima. Dah agak dah, takpelah.


Rupanya ummi mungkin segan dengan Rodiah. Tambah pula, si Hamid yang sentiasa menunggu masa untuk ummi sedar atas kesalahan Karim selama ini. Tapi yang salah, ternyatalah Karim. Tipu kiri, tipu kanan. Dengan alasan, takut ummi tak dapat terima menantu seberang. Seberang pun orang kan? Apa nak kisah?

Rodiah masih berlakon naïf. Bagai semua cerita masih baru tapi sebenarnya dah basi macam lemang semalam. Dalam hati kecil Rodiah mula bertanya. Ummi masih tak tau keseluruhan cerita. Sikit-sikit Rodiah bagi hint. Dengan harapan, banyak lagi yang boleh dikorek.

Sesekali Sapora turun kebawah, untuk membantu. Tapi ummi seringkali menolak tawarannya dan suruh dibawanya Didit ke taman permainan. Rodiah dapat agak. Beberapa kali jugak Rodiah selaku kakak besar, mencipta kerja untuk Sapora. Bukannya ummi berniat untuk membenci, tapi masih ada sikit rasa terkilan yang dipendam. Ye lah, buat sesuatu, membelakangkan keluarga. Ummi mana yang tak terasa.

Walid pula, tak abis-abis bermain dengan Didit. Itulah cahaya hatinya sekarang. Tiada cahaya lain yang dapat menyambar kilauan itu. Takpe la. Rodiah dan Hamid, masih menunggu cahaya langit. Nah, layankan saje la walid. Janji semua gembira.

Akhirnya ummi terima dalam terkilan. Bak kata orang putih, forgive but not forget. Bukan senang nak terima menantu seberang. Yang sama negara pun tinggi sungguh syarat-syaratnya. Maklumlah, nak kan yang terbaik untuk anak kesayangannya. Ummi mana yang tak nak. Nah skarang, terima juga. Lagi pula, Sapora cantik bertudung, baik budi pekerti, sejuk mata memandang. Nak buat macamana, memang halal pun dimata Allah.

Walid? Apa lagi…beli ais krim dan coklat untuk Didit saja. Bawak ke kedai, bawak ke pasar ramadhan, kemana sahaja lah pendek kata. Sampai sanggup tak matikan enjin, biarkan aircond terbuka, tingkap terbuka, janji Didit boleh bermain girang disampingnya. Hinggalah tiba waktu berbuka.

Dimeja, semua juadah sudah tersedia. Meja 8 kerusi bak rumah menteri, buat pertama kali digunakan. Selama Rodiah kawin, baru sekali Rodiah merasa meja tu. Itupun masa Rodiah kena interview. Yang selebihnya, semua duduk di meja makan 6 kerusi di dapur kering. Ye lah, buang masa nak kemas segala.

Malamnya, Rodiah dan Hamid keluar dengan Jaafar. Dua beradik tu memang tak bleh diharap. Nak berasap la tu. Karim dirumah menemani Sapora dan Didit. Takkan nak keluar? Menempah maut namanya.

-Drama raya ini adalah drama hiasan. Tiada kaitan dengan yang dah mati.-

No comments:

Post a Comment