Pages

Thursday, April 8, 2010

SMVIP '94-95


SMVIP
(Jangan tanya lagu, sumpah I tak tau!)

Pengurusan Perniagaan (PPN) 1994-1995
(Antara budak 'baik' yang tak pakai tudung...me and Ziti...hahaha!)

Cari di mana saya :D
Clue : Rambut ala-ala Nick Carter dan Aaron Kwok!
Buduh laaaaa! Hahaha!

Tak sangka bleh jumpa balik classmate lama kat FB. Rupanya ramai yang dah jumpa balik, cuma I je yg diorang tak jumpa-jumpa. Rasa macam kelakar pun ada bila tengok masing-masing dah beranak pinak, bertukar wajah, keje macam-macam. 15 tahun...15 tahun tak jumpa, macam-macam cerita, macam-macam benda terjadi...

Walaupun slalu balik Ipoh and sesekali tu lalu depan sekolah lama, rasa macam tak puas...Vocay yang sekarang ni ditukarkan ke Teknik, adalah sekolah Vocay TERTUA di Malaysia. Tua sampai padang pun takde sebab penuh dengan bengkel...kena pinjam padang St. Anderson if nak buat sukan...tu pun masa I form 5, baru Sukan Kali Ke-2. Boleh tak??? :D

I took Pengurusan Perniagaan, course kedua yang mana bilangan perempuannya paling ramai (paling ramai, Pengurusan Pejabat). Kat Vocay ni, ramai lelaki (ramai gile!)..sebab course untuk SPMV and SKM banyak offer kursus teknikal. Wah, zaman ni, rasa cam jenuh cuci mata tengok pelajar lelaki. Especially lepas assembly, on the way back to class. Best!

Kitorang nyer kelas dari pagi sampai petang. Memang letih and ngantuk. Masa rehat adalah masa yg paling best sebab bleh keluar jalan kaki ke Ocean Ipoh or pegi tengok wayang. Or else, makan kat kantin je, berhadapan kelas mekanikal motor. Hehe...teringat plak boipren lama...punya sorok, kat skolah takde sape yang tau...budak-budak Taman Meru je tau :D

I antara pelajar yang duduk luar. My best friend was Ziti. We both stayed and Taman Cempaka, tempat ramainyer budak Maktab Perguruan and Politeknik. Kitorang berdua banyak join aktiviti haram kat luar. Haha! Kawan ngan orang besar-besar. Bebudak kelas yang lain semua tinggal kat asrama, and they were very close to each other as I believe, macam-macam kisah sejarah yang diorang cipta.

Dua cikgu yang paling I ingat, Cikgu Kamaruddin (Akaun) and Cikgu Jasmin (Disiplin). Cikgu Kamaruddin ni best, terer, tapi garang. Sape tak dapat jawab soklan Akaun dalam masa beberapa minit and submit kat meja dia, kena berdiri atas kerusi. Hahaha! Cikgu Jasmin lak cikgu disiplin yg sangat garang. At the same time dia jugak cikgu netball. Since I main netball, dia takde la nak marah-marah I sangat, sedangkannnnnn I ni dengan rambut karat, cukur kening, kain berconteng kat setiap pelipat! Gile jahat! Tapi tak penah kena.

First student that I remembered, si Zulhairy, budak English kelas sama ngan I (dulu kan course lain-lain tapi masa English and Math, kita ikut group). Kitorang tak penah bercakap depan-depan, tapi kitorang SUKA conteng meja tinggalkan mesej. Tah pape, tapi best. I dated his friend for a while, Syed, tapi senyap-senyap. Budak perempuan lak yang paling aku ingat is Norul, si dada lentik. Hehe! Dia ni memang suara nyaring, tapi lawak. Another Nurul was called Vidal Sassoon sebab rambut dia sangat cantik. Dia best friend dengan Fadh, dua-dua ni player netball negeri tak silap. Diorang kelas Pengurusan Pejabat, sama ngan sharmin si gigi taring yg manis itu. Hehe! Nani plak asik dengan boyfren. Lin si kaki penembak handal Perak pun kelas kitorang. The rest, Liza, Arfa, Julia, Niza, Surina, Nad si bini Popeye, Suzana, Sharina, and many more. Sume happening. Budak laki plak Anuar and Roni la yang paling I ingat. Wah, skarang semua dah berubah! Anuar Din dah gemuk, Roni dah gagah! Hahaha!

Ada re-union sebenarnya bebudak kitorang ni...I tak penah pegi sebab diorang tak dapat cari I slama ni...so this time, 2nd May, I REALLY wanna go sebab rasa macam best sangat. Best bukan pe, best sebab nak bergosip! Hahaha!


5 comments:

  1. nad c bini popeye??/ hamboooiiii...hambooiii... ko igt x adik angkat kite dulu tu marina? heheheheh....

    ReplyDelete
  2. adik angkat! mesti la ingatttttttttt! kahkahkahkah! nad, aku rindu la kat ko...hahaha!

    ReplyDelete
  3. wow! taman cempaka.... ehehhehe for awhile when my mom got relocated to ipoh, we all lived at taman istana belakang SMI.

    gambo lama i... i dont think my school life is half as interesting as yours. cam best jek u all.

    ReplyDelete
  4. ala lily, i TAK pernah jumpa diorang balik after form 5...with the power of FB, semua jumpa balik ni haaaa (online la tapi)...

    :D

    ReplyDelete
  5. adoii xtahan seh gambo koo akahkahkahakhakhakhakhakhakah

    ReplyDelete