Pages

Sunday, February 28, 2010

Safe And Sound


I'm backkkkkkkk!


Wait for my Hanoi trip journal, kay!

In the meantime, u can listen to Because I Got High - Afroman :D

Monday, February 22, 2010

German! German! German!


Hiking? Trekking? Naahhh...just backpacking...

Been holding the 'nafsu' to buy this type of bag for quite sometime (dunno where and when to use, just nak membeli), but knowing me who is super pemalas, small and petite (tak bleh blah kan perasaan 'perasan' itu?) I hardly carry backpack when I'm travelling. Amazed of aD who is far smaller than me who can carries more than 40+10 liters (kan?) in her rubber shoes (dulu, skang Timberland suda), I am called to buy and do the same thing! (Bravo, bravo!)

"But don't get excited to much, for I still don't dare to go for hiking nor trekking in the woods, NOT UNTIL all leeches and maggots and worms and snakes and er er er those that have no feet to walk on, vanish from this world!"

Ok...got some advised from Salhazira, budak gunung as well, she advised me to get a Deuter as a starter. I went to Bangsar, an outdoor shop that sells Deuter and such, with 20% discount in hand. Hmmm...nice offer. Then we went to Lafuma, but the price was ridiculous and hilarious (ye, kelakar ye...tidak dinafikan lagi.) Sebab? The promo that we saw was for last year! I called Salhazira again and she directed me to one auntie's shop at Pertama, where I can be lot happier to bargain with.

Since all budak gunung went there to get their system, I pun pegi. The salesperson tu kakak pakai tudung macam jual kuih. First impression? Just a normal salesgirl who sell bags. But? Tettttt! Wrong judgment! She has 15 years knowledge in selling bags to budak gunung and she knows what is best and what not! (Note: She has not conquered any gunung in her life!) Hamik! Hahaha! I met a guy name Megat during the buying and he gave me lots of advise. Yeah, his guess was right (sebab aku mekap) when he heard that I was looking for style and color (biasa la pompuan) but he later taught me (a.k.a cucuk jarum) bout how important to get a comfort system and better usage. Aaaa...

First, I jatuh chenta dengan Deuter Futura 32 (coz the color is green). It falls under Hiking model and it suits me very well. The net (ye, jaring) air comfort system can never make u sweat at the back. So stylo kan? Plus point, it has rain cover! Harga? Zzzzzz...kalo beli tak naik gunung, aku tatau la...

FUTURA 32
-Granite Bamboo
-H20
-Rain Cover

SPECIFICATIONS:

Style: 44738
Volume: 1950 cubic inches
Torso: 17-21 inches inches
Weight: 3 lbs. 10 oz.
Dimensions (HxWxD): 26 x 13 x 9 inches
System: Aircomfort
Materials: Micorip Nylon-Polytex

FEATURES:
- Top Lid Pocket
- Side Bellow Pockets
- Compression Straps
- Hydration Compatible
- Divided Main Compartment
- Side Mesh Pockets
- Front Stash Pocket
- Stabilizer Straps
- Interior Valuables Pocket
- Integrated Rain Cover
- Ice Axe & Trekking Pole Loops
- Carrying Capacity = 25 lbs.

Then, that 'brader' sudah cucuk satu lagi beg la to me. Fox 40. It falls under Family category and system dia sedappppppppp sangat sebab guna air contact! 'Brader' tu pun cakap sesuai dengan aku. The solid reason? It has 2 compartments where it has top and bottom loading. Haaaaaaaaaa baru practical for backpackers! If top loading, gile mampos nak amik baju kat bawah kan. This is what I'm looking for as well. Patu green color plak tu. And even bigger than Futura (40 means 40 liters). But human nature, the bigger the space, the more u want to dump in rite? Riteeeeeeeeee? (Hair dryer maybe...don't tell me u guys don't do that...)

Cumaaaaaaaaaa Fox ni takde rain cover. Takpe la, if hujan pun, takkan la I nak jalan jugak kan. Lagipun, I dah beli raincoat bodo kat Saigon dulu. Hehe.

FOX 40
-Granite Moss
-H20
-No Rain Cover

SPECIFICATIONS:
Style: 36080
Volume: 2450 + 250 cubic inches (lagi besar dari Futura)
Torso: 11-18 inches
Weight: 2 lbs. 14 oz.
Dimensions (HxWxD): 25 x 10.5 x 8.5 inches
System: Aircontact
Materials: Ballistic / Ripstop 210

FEATURES:
- Alpine Back System (adjustable tau! according to your back spine :D)
- VariQuick Shoulder Harness (ni yang best nih!)
- Ice Axe and Pole Attachments
- Bellows Side Pockets
- Burly Lower Side Pockets
- Bottom Access Zip Panel
- Sternum Strap with Emergency Whistle
- Hydration Compatible
- Gear Loops on Hip Belt
- Carrying Capacity = 25 lbs.

Lepas beberapa minutes, 'brader' tu proposed Osprey lak. Perghhhhhhhhhh harga tak bleh blah, US brand, bleh beli tiket ke Beijing masa promo 20%. When I told Salhazira bout Osprey, she and her hubby had a jaw dropping gak la. Hehe...nahhh...takkan la I nak beli kan. Same goes to Karrimor, a UK Brand. 50 liters and above je yang masuk Malaysia.

So, mesti korang ingat aku nak gi German kan melihatkan tajuknyer? Mimpikan je la...I'll stick to German backpack jer...(dah beli pun Fox 40 tu!) Ye, made in Vietnam (nak pegi Vietnam, tapi beli barang Vietnam kat Malaysia...hehe!) But if pegi sana, takkan dapat nyer Deuter ori sebab diorang buat sume untuk export je. Yang akan nampak ditepian jalan, sume fake, fake, fake! (Nak tau fake ke tak, tengok zipper and tali. If zipper tu YKK, baru ori...and tali pun banyak.) Harga ori yang I beli kat Malaysia? Tiket+Accomodation+Shopping magnet kat Indon/Thailand je pun...(if you know how cheapo I travel) :D

Adolf Hitler!


Friday, February 19, 2010

MakeupFreak Contest!

1) Gambar muka with masker or bedak sejuk
I dah buat! Ok tak?

2) Create an outdoor blog link at your blog entry

http://outdoorfreak.blogspot.com/

3) Become a fan of MakeupFreak in Facebook
See! See! There's me with your face on it!

4) Leave your blog in aD's contest entry
Dah!

5) Copy html and put at blog sidebar
Done! Tu, tu kat sebelah! Just for the purpose of the contest :D

Hanoi Trip Cookbook


HANOI IN
3 DAYS???
(alamakkkkk...kena cepat niiiii...ok, kena tambah breakfast untuk balik, kena print buku hikmat...alamak tak siap itinerary, cheat sheet and budget sheet lagi, cis! takpe, tunggu email, tunggu email...hmm lagi...lagi...baju pe nak bawak? hairdryer tak yah kot...tapiiii tapiiii nanti atas junk camne plak? argh tak yah, tak yah! ha, sling bag! kena cari sling bag baru! takde yang berkenan plakkkk...)

Ok, buku hikmat sudah siappppppppp! (perghhhhh ol skool a.k.a old town white coffee :D)

Front Cover (The image is Old Quarter)
Back Cover (The image is Hanoi Tower, a mathematical game or puzzle)

Wednesday, February 17, 2010

Taiping Panas!


SANGAT SANGAT PANAS!


Ok...memang la Taiping tu tempat paling lembap di Malaysia, so bayangkan la, tempat selembap tu bleh panas menggelitis sampai berpeluh-peluh tido and rasa macam tak bleh blah dah duk dalam rumah yang mana if bleh terjun dalam air terjun kat Batu Hampar tu memang heaven!!! SUPER PANAS OK! ARGHHHH!

Thats it for today...

Owh btw, Kak Ngah dah semakin ok...cuma batuk tu masih ada, ubat memang setiap 2 jam kena inhale...she told me, masa I tak sampai lagi, dia dah start nangis-nangis sebab rindukan I...I sampai je, surprisekan dia, terus dia peluk I sampai nangis-nangis...I LUV U KAK NGAHHHHHHHHH! Waaaaaaaaa! Hari Isnin balik KL pun dia peluk I nangis-nangis...sob sob...

Patu dapat satu lagi kes plak...kaki kanan Kak Saba yang selama ni bertahun-tahun ingatkan dah elok, rupanya semakin teruk...she got AVM (I dun know Vein Mulfuntion)...kira salur darah dia tak pegi straight, instead of going straight, dia cam bercabang-cabang and stop, cabang-cabang lagi and stop...without proper treatment, it can EXPLODE! YA ALLAH! Baru skarang kitorang tau! Sigh...makin lama makin bengkak and banyak lebam-lebam macam darah beku...she used to get a treatment kat HUKM, but it was 10 years ago...now kitorang tengah nak paksa dia buat semula...I know it hurts her so bad, esp part nak scan tu, panas kaki dia...but kena jugak buat, kang tak pasal-pasal kena potong kaki tu! Ya Allah nauzubillah...

"Ya Allah ya tuhanku, kau selamatkanlah kakak-kakakku, dan jauhkanlah mereka dari segala dugaan penyakit yang kau ciptakan...Amin..."

Friday, February 12, 2010

Shackles Were Officially Taken Off!

Ok...semalam penuh dengan benda negative kan...but hari ni...

HAPPY!

BAHAGIA!

BEST GILE!

TAK SANGKA!

(wonder why sume pink? sebab sangat shweeeeeeeeeeeeeeet!)

"Take the shackles off my feet so I can danceeee...
i just wanna praise u, just wanna praise u!"


Thursday, February 11, 2010

ARGH!!!


TENSION!

STRESS!

PRESSURE!

DEPRESS!

Why it always has to be ME, ME, ME who should think, worry, take care of everything???
Why can't others do, think, be like ME, ME, ME???
Is it soooooooooo difficult???

BE CREATIVE LA DEYYY! PIKIR! PIKIR!

Wednesday, February 10, 2010

Wonder Girls - Nobody


I am currently hook onto this song...first time I heard this song was when I saw their clips at MTV (Korean version). Classy and catchy! (a.k.a lagu stok gedik syok dengar la...)

You can download this song (English version) here, (Korean version) here, and lyrics (English version) here.

Ya Tuhan, Selamatkanlah Kak Ngah - Ep. 5

Hari ni kak ngah dah ok skit...dah masuk wad biasa, tapi 2nd class. Bilik untuk 1st class tak kosong lagi. Sian kat Ida sebab tido kat kerusi nak jaga kak ngah. Ida gilir-gilir ngan tok, siang tok jaga, malam Ida jaga. Sian tok.

Agak susah jugak kak ngah nak bergerak sebab dia still hook on gas tong kecik tu. Memandangkan dia bleh cakap skit, aku call dia. Dia tak sedar pun yang aku dan kak saba ada balik 3 hari masa dia critical tu. Tak tau la takde orang cakap or dah cakap tapi dia tak ingat. So aku and kak saba bagitau dia lagi yang kitorang memang ada balik, so that dia tak sedih. Patut la dia sedih...dia ingat kitorang tak balik!

Masa call dia aku cite skit-skit apa yang terjadi...termasuklah sape nangis, sape datang. Terharu dia. Aku laaaaaaagi terharu, sabar je tahan nangis. Dia ada gak cam tarik napas sekat-sekat so aku tak brani nak sembang lama lagi ngan dia. Tak sabar nak balik and tido atas katil hospital ngan dia...hehehe! (Tapi takut hantu :D)

Dia cite kat aku, nurse sampai tanya kat dia, dia keje apa...sebab ramai gile orang datang melawat dia! Sampai nurse suh orang balik dulu lah, senang cite. Tu la bagusnya orang ramai kawan and baik dengan orang...orang akan ingat kat kita.

Aku slow talk ngan kak ngah...lepas ni kita akan pantau aktiviti dia, monitor kadar kesihatan dia, cari cara terbaik untuk hilangkan asthma dia...dia nangis sebab dia sian kat anak-anak. Abah pun dah nasihat dia, jangan pikir sume tu, yang penting kena kuat dulu dan sihat untuk teruskan hidup. Aku cakap betul la...pasni, aku memang akan check/update pasal diri kak ngah, so that aku leh tau sume pasal dia. Aku tak sanggup lagi la nak lalu sume ni...

Aku tak sabar nak balik jumaat malam ni...tu la, dok cakap sangat tak nak balik kampung CNY sebab jam cam haram, this year, kena gak balik.

Monday, February 8, 2010

Ya Tuhan, Selamatkanlah Kak Ngah - Ep. 4

KAK NGAH DAH SEDAR!

ALHAMDULILLAH SYUKUR, TERIMA KASIH ALLAH S.W.T. DAN SEMUA.

Aku nangis tak terhingga bila dapat tau Kak ngah dah sedar. Nyesal plak balik smalam, kalo tak, dapat la aku bercakap ngan dia arini. Dah berhari-hari aku tunggu dia respon kat aku, tapi tak dapat...ni dia dah sedar, aku takde plak kat situ.

Ida ngan Abah dapat jumpa and cakap ngan dia. Ida nangis kata Kak ngah tanya kitorang, Kak ngah pun nangis. Nasib baik Ida bagitau dia yang kitorang sume ada tunggu berhari-hari. Patu Abah cakap, headmaster dia cite, Kak ngah tanya arini ari Jumaat ke, padahal arini dah ari Isnin. Dia tak sedar langsung dia dah tido 3 hari.

Segala tube semua dah detached. Tinggal susu yang masuk kot idung tu je and antibiotik. Lung infection nyer result tatau lagi...skang ni, yang penting dia dah sedar and kena go on with the medication. Apa-apa pun, syukur alhamdulillah...

Lepas ni, segala makanan dan aktiviti Kak ngah, kena pantau. No more ice, no more aircond, no more stress, no more lari keliling padang/senamrobik/perkhemahan and what not. She's too active! Skang headmaster sendri dah tengok, kalo dia tak excuse kan Kak ngah dari mengajar PJ, tatau la...memang aku maki la skolah tu!

Ya Tuhan, Selamatkanlah Kak Ngah - Ep. 3

Kak Saba terpaksa balik semalam jugak sebab Ahad dia kena mengajar. Tapi dia tak puas hati selagi Kak ngah tak bangun. Terus terang aku cakap, aku bengang gile ngan Abang Mus. Sebagai husband, dia patut paham, Kak saba tu tengah nak tunggu adik dia bangun. So jangan la paksa suh balik jugak. Tapi kitorang tak leh kata apa, kuasa suami tu lagi tinggi. Sebab dia kata if still sama je, better balik dulu. Tah la, tak paham.

So pagi ni aku uruskan rumah Kak ngah. Adik-bradik Abang ngah datang, aku buatkan air. Athirah dah banyak kali tanya aku, "Acu nak balik jugak ke KL?" aku tak dapat nak jawab...tatau nak jawab pe...aku terpaksa sebab aku kena keje..."Acu tak payah la balik, Athirah sunyi...if Acu ada, leh jugak layan kami..." YA ALLAH, BERDERAI JANTUNG AKU...aku memang tak tahan, aku suh hubby yang jawab nape kitorang kena balik...

Aku pun kalo bleh, tanak balik...tapi aku tatau nak buat apa dah...aku tak leh cuti lama...so aku gagahkan jugak balik KL arini. But before that, aku gi jenguk Kak ngah waktu lawatan tengahari. Masa sampai, parents hubby dah ada kat situ. Diorang masuk tengok Kak ngah tapi tak kenal. Ye la, dari depan terbaring camtu, rambut sume ikat kemas ke atas, muka bengkak, memang takkan kenal la. Aku sendri sedih tengok.

Harini demam Kak ngah still tinggi. 37.9 sebab ramai sangat yang masuk keluar. Tapi, dosage sedative tu dah dikurang ke 2mil. So Kak ngah cam separa sedar tapi still tak leh communicate. Dibah kata ubat tu tak leh bagi lama sangat takut dia tak sedar terus. Dibah dapat tengok x-ray Kak ngah and dia kata still ada jangkitan kuman tu kat peparu. Cuma, spasm (kejang) semalam tu dah berkurang skit la...occassionally rhonchi katanya...meaning, bunyi wheezing tu tak sepenuh tempat kat lung tu, kira ada yang dah tak bunyi la...so kitorang anggap tu sebagai satu perubahan yang baik.

Kat hospital, Athirah tanya lagi aku jadi balik ke tak...aku still tak jawab pape...sian kat dia. Kak saba called, tanya camne Kak ngah, aku cite la sume kat dia. Skang ni berharap Kak ngah dapat sedar, and bernafas sendri, tu je yang penting. Then dalam masa yang sama, kuman tu kena make sure ilang. Antibiotic and ubat sume still sama, tak tukar lagi.

Lunch kitorang kuar kejap, gi makan kat mamak. Terjumpa plak Abang ngah ngan parents dia makan kat situ. Semalam dah datang dari Teluk Intan, arini datang lagi. Sian diorang. Masa makan aku slow talk ngan Athirah, cakap aku kena gak balik. Nanti aku call dia tiap-tiap hari. If bosan, gi cari Wan tapi aku tau dia mesti takmo nyer tinggalkan Abah dia and dok ngan tok wan dia. Aku slow talk ngan Abang ngah, apa-apa info, bagitau cepat-cepat. Abang ngah tu tak leh nak pikir sangat, demam tinggi pun dia kata kurang, dah tak leh nak pikir dah tu. Ye la, mesti tak tau nak buat pe dah kan. Dia pun dok berterima kasih kat aku sebab buat macam-macam, especially bab doctor, nurse, accommodation sume. Mestila aku sibuk, tu KAKAK AKU tu dalam tu! Kan...

On the way, aku tak bercakap sangat. Dah la battery HP kong. Sampai KL baru aku dapat on patu dapat banyak miss called and messages. Abang kata demam Kak ngah naik 38. Aku dah mintak tolong Abang n Abah untuk tengok-tengok sama orang yang masuk tu. Takut bawak kuman. Aku call Athirah, nangis plak dia sebab sunyi. Adui...aku tak tahan la! Tak sabar nak balik tengok Kak ngah lagi.

Aku harap, sapa-sapa yang baca blog ni, doa-doakan lah...aku tak bersedia la nak tanggung semua ni lagi...biar aku mati dulu dari family members aku, bukan aku yang tengok diorang sakit, aku tanak...cukup la dengan kehilangan arwah mak...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah Kak ngah, Kau panjangilah umurnya dan Kau lindungilah dia dari segala kesakitan. Amin.

Ya Tuhan, Selamatkanlah Kak Ngah - Ep. 2

Pagi tu aku dengan Kak saba tak sabar-sabar nak pegi tengok Kak ngah. Kot-kot bleh masuk awal. tapi tak dibenarkan jugak. Kitorang lepak kat koridor, berkampung kat situ. Bodoh betul hospital, yang warded ko benarkan masuk, yang ICU dok tengah critical tu ko tak bagi masuk! Kat mana relevan nyer pengurusan camtu?

Then nampak Abang ngah datang bawak diapers. Semalam aku dah bagitau Abang ngah, yang Kak ngah period, so nurse suh beli pad. Dia ada belikan skali. Abang ngah dah naik pagi tadi, tapi sebab doctor pakar ada, diorang suh turun balik. Sian dia.

Dia lepak kat koridor, mencangkung sambil kesat air mata. Aku tak tahan betul tengok. Aku ngan Kak saba masa tu dah nangis sebab repeat cite arwah mak yang Kak saba simpan selama 14 tahun tu. Tepat jam 12.30PM, aku, Kak saba, Abah, Abang, masuk. Kat ruang legar ICU tu dah ramai yang tunggu turn nak masuk. Sedara mara, kawan-kawan Kak ngah, sume beratur. Aku dah mula risau sebab takut Kak ngah demam. Semalam 37.5, arini aku masuk tengok dah 37.7, so dah mula tinggi. Nurse pun cam ada la hint-hint skit.

This time kitorang dok sibuk call Dibah, tanya dia pendapat tentang apa yang kitorang dok baca kat monitor. Katanya dia still kena tengok x-ray Kak ngah, sebab nak tau how serious is the infection. Petang nanti dia datang katanya.

Athirah and Adieb masih tak leh tengok mak diorang. Aku duk cite skit-skit, and mintak diorang berdoa. Aku tak nangis depan orang, tapi bila aku balik, aku tak tahan. Sebab dok tengok gambar Kak ngah kat atas meja. Hubby dok sabarkan aku, tapi aku tak tahan sangat sebab aku rapat gile ngan family aku, nak-nak Kak ngah tu yang bela aku selama ni.

Lepas abis waktu melawat, aku balik umah Abah, untuk makan. Semua tak lalu, tapi kena gak lapik perut. Aku just nak Kak ngah sedar sekejap pun jadi la, untuk dia tau kitorang ada kat situ.

Petang tu nurse cakap demam dia lagi tinggi, sebab ramai sangat masuk, so maybe dia kena kuman tu. Yang lain, sume still sama, takde perubahan. Just that susu yang masuk ikut hidung tu dah ditambah, sebab dia tolerate dengan makanan tu (or else, muntah). Heart rate masih kurang. Diorang dah try kurangkan dosage untuk ubat tido, tapi bila Kak ngah sedar, dia cuba nak lawan macam tarik tube, ye la tak selesa, so diorang tidorkan dia balik.

Aku jaga kat pintu, and keep on informing orang untuk tidak bercakap atau pegang Kak ngah. Then Dibah sampai. Dia pakai tag doctor dia, and husband dia yang pharmacist tu pun pakai tag name diorang. So guard lepaskan. Kat dalam dia introduce diri dia and tengok sume report Kak ngah. Then barulah kitorang tau keadaan sebenar.

Dibah kata yg lain sume ok. Critical but stabil. Maknanya, memang Kak ngah critical, kalo tak, tak masuk ICU la, tapi stabil, kira tak macam orang lain heart rate, BP sume turun naik. Tapi respiratory dia masih lemah...normal is 15, tapi Kak ngah hanya 11. Means machine tu masih diperlukan. Sampai la dia bleh nafas sendri, then baru leh tengok lung dia kuat ke tak. Kahak banyak, tu biasa la utk asthmatic. Then dia cite kat kitorang sume keadaan dan possibility in a lay man term, ha baru la paham. Tapi dia kata too soon to predict sebab antibiotic tu tak kesan lagi...kita makan ubat demam pun 5 hari kan, ni baru 2 hari. Cuma dia kata TAKKAN ada orang mati pasal asthma. If mati, confirm akan didebatekan kat board doctor-doctor semalaya. Tapi, ada orang mati pasal asthma WITH H1N1 or apa-apa yang lain la, but not asthma itself.

Malam tu kitorang balik rumah, Dibah and Nyah ajak kuar makan. Aku memula ok, tapi tetiba aku tak leh tahan, aku nangis tak benti sampai Athirah plak yang datang pujuk aku. Hubby pun sama. Sungguh, aku tak leh nak cover dah. Aku just nak Kak ngah sedar. Aku bengang gile sebab aku period, tak leh nak solat and baca yassin. Hanya doa-doa sampingan je leh aku sedekahkan. Nasib baik semalam, headmaster skolah Kak ngah tu panggil semua cikgu and jiran, buat bacaan yassin kat surau. Abah ngan hubby jadi host, kitorang order koewtiaw kasi kat sume. Dah la kira harga sebungkus-sebungkus, tak kesian langsung tokey kedai tu. Tapi takpe la, dah sedekah dah pun.

Ya Tuhan, Selamatkanlah Kak Ngah - Ep. 1


"Kak ngah...hello..."

Tak de suara yg membalas..."Weh, Kak ngah, weh, nape ni?"

"Aku..." nafas terhenti... "kat...hospital..." terhenti lagi... "call...Abah..."

Luruh jantung aku. Aku terus call Abah. Rupanya Abah baru nak call aku sebab dia baru lepas call Kak saba.

Kak ngah was warded at 1AM sebab dia susah nak bernafas. Memang dia pernah masuk hospital, tapi tak pernah warded. Asthma dia memang slalu attack, but this time tak lega-lega. Aku terus jumpa boss, mintak balik kampung. I called hubby, he did the same thing too. Kitorang balik, capai baju seluar yg perlu, then gerak ke Taiping at 12.30PM.

On the way, aku tak bercakap sangat...tetiba Kak saba call...

"Kak ngah tak sedar dah..." and she started to cry heavily. Aku terus tergamam and nangis sepanjang jalan. Rasa macam nak cepat sampai je masa tu, aku tak ingat nak makan ke apa dah. Patu Kak saba called balik and kata Kak ngah dah masuk ICU. Diorang dah bius dia untuk masukkan tube untuk support pernafasan dia.

Guna machine??? This is serious...aku dah tak bleh blah masa ni. Tapi hubby mintak benti makan dulu, sebab dah kul 2PM, kitorang tak jamah apa-apa lagi.

Lepas makan, kitorang gerak balik. Abah cakap jumpa/berkumpul kat rumah Abah. Aku sampai, Kak saba pun sampai. Terus Abah cite apa yg terjadi. Rasa tak sabar nak pegi hospital nak tengok Kak ngah. Waktu melawat untuk ICU sangat terhad, from 12.30PM-2PM and 4.30PM-7.30PM. So kitorang dapat pegi yg 4.30PM nyer je.

Sampai hospital, aku tengok orang ramai gile beratur untuk tengok Kak ngah. Kebanyakannyer cikgu-cikgu sekolah dengan headmaster. Family sedara mara kitorang pun ramai. Sekali masuk, 2 orang je. Masa aku sampai, Abang ngah keluar, terus nangis. Dia peluk Athirah, anak sulung Kak ngah. Aku pun nangis skali sebab tak tahan tengok. Athirah tak dibenarkan masuk sebab still bawah umur. Kesian dia.

Patu Kak saba plak masuk, dia keluar and nangis. Ya Allah...terdayakah aku...turn aku masuk, aku masuk dengan tok. Aku dengan tok pegang tangan and nangis sebab masa kitorang masuk, nurse ngan doctor tengah tukar tube. Masa tu aku nampak semua benda macam jahat je dan tengah menyakitkan Kak ngah. Tapi aku tau they were trying their best (though aku tak rasa their best pun) to save Kak ngah.

Aku tak sabar nak tunggu Dibah, sebab dia sorang je doctor dalam big family aku. At least, dia paham and dia bleh cite kat kitorang. First day kat ICU, Kak ngah tak menunjukkan sebarang perubahan. Though heart rate, blood pressure, saturation dia ok, dia masih tak response dengan antibiotic and other 3 medications. Dosage sedative dia pun tinggi, 8mil. This time doctor kasi dia tak sedar langsung sebab nak kasi lung dia rehat. Ada jangkitan plak tu.

Actually kerana jangkitan tu la, lung Kak ngah tak berfungsi. Spasm. Kejang bak kata layman. Dia asik kecut je, tapi tak kembang. So respiration dia tak berjalan dengan betul. Disebabkan tu, dia kena guna machine untuk bantu dia bernafas. Tube tu dimasukkan terus ke dalam mulut. Sedih gile tengok dada dia berombak sebab bernafas. Aku tak tahan sangat.

Petang tu kitorang dihalau keluar sebab tak leh tido sana. Aku memang tak puas hati dengan hospital baru ni. Nama je bangunan baru, tapi takde tempat menunggu, kipas sebijik, orang kat dalam tu panas cam terbakar. Bodoh! Bayangkan if orang datang jauh-jauh, takde tempat nak tunggu! Memang aku akan komplen!

Malam tu kitorang datang balik. Abang ngah plan nak tido kat koridor je ngan anak-anak. Siap bawak toto, bantal and selimut. Biar pihak hospital nampak, betapa bodohnyer management diorang. Dek kerana kesiankan diorang, aku ngan Abah mintak izin guard, nak jumpa nurse. Nak mintak kebenaran, at least Abang ngah bleh tunggu kat dalam. Kitorang borak punya borak, last-last nurse tu kasi. Diorang sebenarnya pun tak leh buat apa-apa, pengarah baru dah kata tak bleh. Diorang pun paham, tapi kena ikut rules. Tapi aku ni yang tak paham-paham kan.

Tapi Abang ngah sian kat anak-anak. So dia tido dalam keta je. Aku ngan hubby balik tido umah Kak ngah. Kat umah aku nangis kaw-kaw sebab teringat kat Kak ngah. Memori teringat kat arwah mak dulu, masih terbayang-bayang. Itupun aku tak sempat tengok camne arwah mak meninggal. Balik-balik, dah kapan. Sebab tu Kak saba phobia sebab dia yang tengok semua tu. Setelah 14 tahun dia simpan, baru dia cite kat aku camne arwah mak meninggal. Lagi la aku nangis tak benti sampai selak.

Dalam kul 3Am camtu, dengar Abang ngah balik. Sian kat anak-anak dia kot. Lagipun tak selesa and sakit pinggang tido dalam keta.

Thursday, February 4, 2010

Bosan+Boring=Boran

B
o
s
a
n
lah!

with capital B...

haihhhhh...pe cite Hanoi nihhhhhh...idea, idea, idea!

bzzzzz bzzzzz bzzzzzzzzzz!


P/S: Yeay! Kes DSAI ngan Saiful dah start balik...nafsu politikus ku sudah kembali..."Mokhtar" la..."Can I" la...hahahaha lawakkkkkk! (Baca kat sini kalo nak tau). Lagi best, jangan kata Saiful sorang je dapat masuk tvtigasuku, si Tan yang tah mana datang yang keluar parti tu pun dapat satu slot untuk PC! Hebat, hebat...sampai apek tepi jalan pun diorang interview...yang bodohnyer, ko tanya yang tak suka, tapi kenapa bila pilihanraya, orang sokong DAP? Haaa...jawabbbb!