Tunggu punya tunggu, yang datang boat bodo. Huh? Ni ke boat nyer? Dah macam tongkang besar dah ni (ye, bukan fibre glass ala-ala mild seven tu). Memula masuk kitorang berempat je sebab kitorang je yang melepet kat tepi jetty tu dari awal setelah dihalau keluar dari cruise hebat tadi. Hahaha!
Naik boat, kitorang letak beg kat blakang kerusi. Kerusi nyer mcm kerusi bas ekspress. Nasib baik boleh lean back ala-ala baring gitu. Kalo tak, mau keras je. Sejuk, tandanya ada aircond. Bagus. Skali pusing belakang, tengok aircond, terbahak-bahak kitorang gelak. Betul-betul nyer size kuda macam kat office tuh! Hahaha! Depan blakang rupanya guna aircond tuuuu!
Makin lama makin ramai. Ada mat saleh, ada local. Local yang naik memang sume muka tak semenggah. Patu ada la geng rockers kampong dusun yang rambut panjang kerinting, baju itam, gelang rantai macam Mr.T, cincin dah macam buku lima and ada yang macam bleh rendam buat air jampi, kasut…ha kasut memang tak bleh blah…rockers pakai kasut koboi! Siap ada tajam-tajam tu kat blakang kasut dia! Kahkahkah! Koboi naik boattttt!
Memandangkan boat tak best, beg pun kat bawahhhhh sekali sebab masuk awal, kitorang tak ke mana-mana. Duk bercinta dalam boat je. Patu tak sedar, terus tido. Lama sungguh la rasanya. Tetiba bangun dah nampak darat. Bukit-bukau jugak Krabi ni!
Sampai kat Krabi Pier, ramai turun dengan lajunyer. Padan muka kitorang, kena tunggu sampai semua keluar baru bleh amik beg. Eiii bodo! Patu kitorang turun boat, sorong beg sejauh 100km (jetty ni) sampai ke darat and ada arrival area. Wah macam airport. Tengok keliling, kosong. Mana semua orang ni?
Patu buat sombong lagi, takmo berpaling even ulat-ulat teksi tu dok panggil-panggil. Takut kena tipu kan. Patu kat luar, hubby and Cawan dok nego ngan sorang ulat teksi ni. Bersungguh-sungguh dia nak suh kitorang amik dengan dia. Dia kata bleh kasi murah THB350=RM35. Keta pe tatau. Tengok orang yang ramai-ramai tadi, rupanya dah berebut duk dalam and atas bas! Patut laaaaaaaaa. Bas tu akan bawak diorang ke town! Celaka tul! Kitorang try tanya, dia kata dah penuh. Patu ulat teksi tadi dok cakap Thai bunyi macam dia dah kowtim ngan kitorang. Oooooo nak main sindeket yeeee. Silap banyak la!!!
Takpe, kitorang guna duit syiling, try call hotel. Dial-dial, tak dapat. Eh nape plak ni kan. Try tanya budak kedai souvenirs tu, dia tak tau. Dia suh panggil orang teksi kat luar-luar tu. Malas la, dah la tak suka. Patu kitorang masuk balik and orang kat counter tu cam panggil-panggil I ngan Na. Rupanya baik diorang ni. Siap tolong kitorang call kan guna handphone. Tapi no. tu tak betul gak. Rupanya hotel tu dah tukar no. baru…la, tak update kat internet ke bangggg!
Lepas dapat call, diorang tak mintak bayaran pun. Memandangkan hotel takde sediakan pickup, kitorang tanya-tanya diorang kat counter tadi. Diorang cakap harga memang tetap THB350=RM35 sebab diorang guna tiket. Tapi van besar dan cantik la. Ha takpe la, janji puas hati. Rupanya diorang tu muslim gak. Nasib baik.
On the way nak keluar ke van, ulat yang dok nego tadi nampak. Dia jerit-jerit tanya kita nak gi mana! Patu dia jerit “F**K YOU!” Haiiiii silap banyak laaaa! I pandang blakang, I gelak “HA! HA! HA!” Patu dia jerit lagi! “F**K YOU!” I gelak lagi! “HA! HA! HA!” Lawak gile ok! Kalo bleh lawan tu, aku lawan lagi! Seb baik aku berniat baik nak pegi sana kan.
Naik minibus van cantik tu, memang puas hati. Bersih, cantik. Rupanya ulat tadi tu bawak vios jeeee! Ingat muat ke! Bodo! Patu driver van kitorang namanyer, Rahim ke apa tah. Muslim. Dia kata Buddhist (ulat-ulat) tu memang camtu. Kita muslim ni, ikut rezeki. If ada rezeki, ada la hari tu. If takde, tak payah la nak carut-carut kat orang kan. Ha amik hobat.
On the way, macam-macam dia cerita. Bagus gak, dapat info pasal tambang, package, time of traveling, kat mana nak gi, sume dia cite. Tak mintak bayaran pun. Dalam perjalanan, kitorang tengok macam biasa je Krabi ni. Dah rupa kampong kat Changkat Jering ha. Macam kat Malaysia. Sampai je kat hotel, dia kasi kad, sok nak gi airport, senang, call je dia. Harga pun ok THB500=RM50.
Sampai Hotel Goodwill, terus ke kaunter. Process agak slow sebab diorang macam tak pernah dapat booking via Intranet kat site yang kitorang booked tu kot. Ada sorang uncle ni, fasih speaking, baik hati, sangat polite, kira mesra alam la. Patu budak laki tu pun bleh speaking, Cuma budak pompuan tu skit-skit je. Dah siap bayar, dia antar ke bilik.
Bilik jauh-jauh. Jalan je dalam hotel tu, kitorang pandai lantai. Sambil bisik-bisik “Pst…weh, weh, bersih gile wehhhhh…bersih siuuutttt! Licinnnn...” tanpa henti. Memang sungguh bersih! If korang nak stay sini, sila-silalah. Sampai bilik, tengok katil, terus jerit! Besar, cantik, towel siap bentuk gajah dua ekor. Lantai? Again! Bersih berkilau-kilau!
Lepas hubby mandi, I plak masuk. “Eh mana hot water ni??? Ayang, camne hot water ni???” Hubby malas nak layan sampai la aku marah-marah. Dia masuk and try, tak leh gak. Dia kata tadi dia mandi, bleh. Ha, ni nak marah ni! Nape bila I nak mandi tak leh lak??? Hubby siap tanya “Hai slama ni tak penah kisah pun…” “Memang la, tapi dah ada, I nak la guna! U bleh guna!” aku mintak hak kesamaan. Hehe.
Patu I call receptionist tu. Tak sampai 5 menit, uncle tadi datang. Wah pantas! Tersengih-sengih dia masuk, dia check, dia betulkan. Hehe…bagus-bagus. Skarang bleh mandi air panas.
Lepas mandi, kitorang turun bawah nak cari dinner. Masa kat bawah ni kitorang tanya-tanya pasal nak sewa motor. Diorang kata diorang takde motor, tapi bleh kenalkan la ngan orang yang sewakan. Dia call, ada sorang budak datang naik satu motor. Cawan ngan hubby kena gi amik motor kat kedai dia. Camne nak gi? Naik sorang, hantar, patah balik, hantar ke?
Tidakkkkkkkkkkk! Dua-dua naik sekali!!! Kira 3 orang la satu motor. Macam kat kampong tu. Cuma tak leh bayangkan, orang-orang itu adalah Cawan dan hubby!!! Kahkahkah! Gelak besar I ngan Na. Lepas diorang amik motor, kitorang tanya nape tak amik vespa comel tu. Mahal katanya. So kitorang naik Yamaha Nouvo je. Best gak. (Auto je, sebab hubby tak reti kan…tapi skang dah terer merempitttt!)
First, kitorang isi minyak. Minyak kat sana mahal ok. Kitorang isi pun skit-skit je. Patu dalam nak cari kedai makan, ternampak satu makcik tengah goreng bihun. Terus benti. Masuk kedai tu, order. Pad Thai goreng. Macam bihun tapi manis. Tapi kalo dah kat sana takde makanan, bedal je laaaa! Sedap ok! Satu kemestian kat Siam ni, ulam atas meja. Mesti ada. Tapi this time bukan saje timun, kucai pun ada! Na siap gigit-gigit lagi cam kambing. Haha! (Na mesti nak muntah baca ni! Hahaha!)
Lepas makan, kitorang ronda jap. Riki jalan. Rupanya dekat je Hotel Goodwill tu dengan Ao Nang beach. Di tepi kiri kanan jalan, banyak la hotel, restaurant, pusat hiburan, spa, BAPOK, dan sebagainya. Kitorang ronda sampai ujung Ao Nang Beach, nak masuk Nopparat beach. Patu patah balik sebab gelap. On the way, kitorang ternampak satu hotel yang sangaaaaat besar dan cantik, macam istana Siam. Sumpah cantik. Tatau la brapa harganye. Hehe.
Patu kitorang singgah tepi jalan jap, cari fridge magnet. Macam biasa la kan. Agak-agak dah bosan and penat, kitorang balik hotel. Nak simpan tenaga untuk esok. Tapi sempat gak lepak kat lobby tu. Atas meja ada details staff kat hotel tu. Rupanya uncle baik hati tadi tu, MANAGING DIRECTOR okkkkkk! Patut la! Dan description of specialty dia “…you can always see him around, smiling and asking you about the facilities and satisfaction that we blablabla…” ooooo memang keja dia. Patut dicontohi ni untuk hotel-hotel lain.
<<
bodohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku xdpt abiskan baca sbb xtahan dok tbyg uncle c ngan 'uncle ca' naik moto bertiga kahkahkahkahkahkahkahkahakhakahkahkahakahkahjakhakahjakajkakakakakakakkakakakakakkakaka
ReplyDeletevery informative, am going in may.... hope i'll hv fun too.
ReplyDeletei'll update more post on krabi...masa tak mengijinkan nih! arghhhhh!
ReplyDelete