Pages

Wednesday, December 9, 2009

It's All About Moneyyyy!


WOW!

Hari ni sangat berkualiti!

Hubby and I, both, cuti hari ni. Sebabnyer, kitorang nak settle kan baaaanyak benda.

1) Maybank Kinrara - Hubby bank-in kan duit tabung nyer yang dia simpan tiap-tiap ari. Ha, jangan tak percaya, dia still menabung! Bila dah penuh, dia tebarkan atas katil, kira brapa banyak. Best gile tolong dia kira. Hehe. Beratus jugak la. Lepas bank-in syiling tu, kitorang terus bank-in ASB plak. Maklumla, dah nak dekat closing. Mamat counter tu siap advise kitorang yang dividen hanya dikira ikut bulan, macam kitorang tak tau. Lawak sungguh. Ye bang, ni untuk tahun depan punya dividennnnn. Rasa bangga jugak dapat simpan berkepuk-kepuk akhirnya. Lepas selesai urusan ASB, hubby increase kan credit limit credit card dia plak. Hai, tak abis-abis mamat tu layan kitorang je kat meja dia. Nasib baik tak kena halau. Hahaha!

2) KWSP Petaling Jaya - Pegi sini sebab hal ex-company hubby yang tak bayar EPF sedangkan caruman dipotong setiap bulan. Before this, ada la 2-3 staff yang dah report. And hubby pun dah lama dah nak report, ha this time, aku masuk campur. 9 bulan tak bayar, if dicampur, boleh jugak beli motor EX5. Memula amik nombor. Pegi kat counter, officer tu kasi form, suh fill up. Banyak plak tu. Dah fill-up kena photostat plak supporting documents. Hai, macam-macam! Pastu, amik nombor lagi. Gi counter, submit form, dia bagi plak lagi satu form kena fill up. Masa ni dah meluap-luap gak la aku! Seb baik hubby nyer hal. Lepas fill up, jumpa officer tu balik. Baru la dia key-in sume data dalam computer. Key-in alamat je dah 10 kali. Nape la tak copy paste je abang oiiiii! Meh sini nak buatkan! Dah report, tunggu je la...tah bila dapat balik duit tu...sigh...

3) Public Bank Kelana Jaya - Tujuannyer sebab nak amik credit card hubby yang baru. Dalam keta, aku dah bet ngan dia...mengatakan card dia takkan ada kat situ, sebab dia tak call pun tanya card tu ada kat cawangan mana. Dia duk ingat card tu dah lama tak amik, so mesti hantar kat home branch. Ye la tu...sekali pegi, ha amik! Takde! Kena call credit card center. Nyeh nyeh nyeh! Patu tetiba nampak iklan Unit Trust. Aku yang selama ni tak penah nak trust benda-benda ni, akhirnya terpanggil untuk melabur. But aku tak amik kat agent sebab aku tak nak amik kat orang yang tak keja benda ni full time. If amik kat orang yang part time, usaha diorang tak 100% sebab mata pencarian diorang bukan kat situ. If amik kat bank, mana-mana officer yang benti pun akan diganti dengan officer baru. So aku harap, semuanya ok la. Bukan senang aku nak buat keputusan ni. 2 tahun tuh! Tapi guna Akaun 1 KWSP je la. Layak setakat 5k je. Belasah je la daripada dok dalam tu tak beranak-pinak kan.

4) Tabung Haji Kelana Jaya - Sebenarnya hubby yang nak bukak akaun. Aku dah ada. Tapi tah la idup ke idak lagi. So, isi borang kemasukan duit, sekali check, tak active dah! Hahaha! Bila tahun punya akaun! So aku keluarkan duit tu, and bukak akaun baru, and masukkan duit baru. Hehe. Simpanan untuk ke haji weh. Sape tak nak. Daripada duk dalam Maybank tu kan...abih kat barang yang bukan-bukan je nanti. Hubby pun berjaya bukak akaun dia, alhamdulillah.

5) M.A.C Sunway Pyramid - Dengar citer Ad pasal M.A.C Mid Valley, terus malas nak gi sana. Since M.A.C ada kat Pyramid, kitorang ke sana je terus. Dekat nak balik rumah pun nanti. Masuk parking, masuk shopping mall, ternganga kitorang! Fuih! Dah baru tu! Totally different than 5 years back! Memang cantik dan luas. Parking pun ada sensor...senang kita nak tau occupied ke tak dari jauh. Bagus! Cari punya cari, sampai la M.A.C. I terus mintak press powder Studio Perfect. Senang nak refill nanti. My sis guna code 30. Skali tanya minah tu, dia kata kulit aku better guna code 42. Nampak sangat aku hitam. Hahaha! Patu mintak kat dia Strobe cream hydratant lumineux. Bagus untuk protect kulit and powder pun senang lekat. Berkilau muka! Dah! Dah! Abis duit. Aritu dah beli mascara, eyeshadow, eyeliner, blusher! Pakai tak pakai blakang kira. Hahaha!

6) Damai Utama Sales Office Kinrara - Aritu kitorang dah tengok dah rumah ni. Interior amatlah menarik. Dah terbayang-bayang nak pasang chandelier. Hehe! Tapiiiiiii...exterior nyer sangatlah macam warna kedai! Garden pipe takde plak tu. Haihhhhhh! Mana nak dapat rumah murah kat Kinrara oiiiii! Staff tu kata model Sinesis dah abis...tinggal 6 unit 2 and 1/2 storey je yang tak dijual lagi. Kitorang dah masuk tengok, tak larat nak naik tangga la! Tinggi sangat. Patu dia kata model Ixora akan di buat, tapi tengah tunggu green light je. Yang tu mahal skit dah nak sampai tahap rumah kat Kinrara je. Haihhh...gile mahal! Camne nak beli rumah niiiii! Kena la beli rumah murah, then renovate kaw-kaw nampak gayanyeeee! (Yeay! Berjaya jual rumah Tepen kat Kak Ngahhhhh! Boleh beli rumah baruuuu!)
Tak pun, bak kata hubby, kita beli rumah, buat sewa...patu kita plak, sewa sampai mati :D


2 comments:

  1. labur jgn tak labur..janji ada dari tade kan..huuhuhuhuh...sikit2 lama2 jadi bukit..

    ReplyDelete