Tido tak sedar diri semalam. Pagi ni bangun terus my dad suruh tengok ke luar tingkap! Mak aih, padat gile Medan! Ye la, the third biggest city in Indonesia kan. My dad cakap tengok bumbung-bumbung kat luar tu, macam sama je kat Mekah. Cuma takde piring satelit je. Gile besar piring satelit diorang!
Patu siap mandi, kemas barang skit lebih kurang, turun breakfast. Nak mintak iron, tatau nak tekan no. apa kat phone tu. Takde list. Apeda. Takpe, gi makan dulu. Kitorang turun, terus ke Level 4 (Reception and Restaurant). Mintak iron, dia kata takpe, diorang ironkan. Bagus! Tengok makanan, hmmm...stok hotel RM70 la senang cite. Ada bihun goreng, nasik lemak (seb baik la ada nasik), telur herba, kuih-muih (kampung style siut), roti bakar with variety of jams, air panas and sejuk. Boleh la...blasah.
Lepas makan, mamat tadi tu cakap housekeeping tak datang lagi. So dia kasi je iron tu and guna kat bilik. Ha, kan senang, tadi ko kata nak iron! Ish! Naik bilik, iron, siap-siap, sume turun balik. Check out kul 8.30AM and naik keta, kuar hotel. Jauh lagi ni perjalanan!
Nak kuar dari Medan je dah satu hal. Tambah-tambah, hari sabtu. Hari isnin, Indonesia merdeka! Wahhhh mesti jam ni 2 hari ni. Seb baik nak ke Lake Toba, so keluar ke outskirt ni, harap-harap tak jam la. Banner, bendera, bunga-bunga tanda tahniah merata-rata sepanjang jalan. Raptai hari Merdeka plak, merata-rata kat kiri kanan jalan. Budak-budak balik skolah bersepah di sepanjang jalan, TANPA ibu bapa or guru yang mengawasi. Kalo kat Mesia ni, ada dah kena kidnap ke, langgar ke, apa ke. Nampak sangat sana dah biasa. Sebab merata ceruk bangungan, hutan, mesti ada je budak-budak keluar skolah.
Macam semalam, kitorang cari Jln. Sisimangaraja lagi. Jalan ni bleh lead ke Parapat. Tempat destinasi seterusnya untuk ke dermaga ferry ke Lake Toba. Jauhnye? JAUHNYE TAK PERLU DITANYA LAGI! SUMPAH JAUH! Selagi tak jumpa tempat nama Tebing Tinggi, jangan mimpi nak rasa dah sampai! Nak cari Tebing Tinggi tu, kena cari jalan ke Permatang Siantar. Nak cari Permatang Siantar ni, memang kena lalu Deli Serdang and something Bikam. MasyaAllah, terus terang I cakap, JAUH! JAUHHHH!!! JAUHHHHHHH!!!!
Jalan kecik, satu lane sebelah. Lori berderet-deret! Tatau gi mana! Bas kecik bas besar, tak putus-putus! Dah la takde pintu! Jangan kata lebih muatan barang sampai ke atas bumbung, PENUMPANG pun duduk atas bumbung!!! Siap eh terlupa nak amik rokok, panjat tepi bas, naik atas bumbung, amik barang, turun balik, masuk kot pintu ke tingkat I pun tak tau, SAMBIL BAS MASIH BERGERAK NI! Nak turun? Ha pepandai la ko terjun dari bas tu, sebab bas TAKKAN berhenti! Gile siut! Terbahak-bahak kitorang gelak sepanjang jalan.
Untuk menghiburkan bontot yang dah lenguh dalam keta dengan jalan yang bengkang-bengkok yang ada kalanya elok dan ada kalanya berlubang bersopak-sopak (kalo kasi sama itu Sami Vellu, kompom cantik dah jalan), kitorang ada la berhenti beberapa kali kat Pertamina untuk buang apa yang patut (amazingly, toilet diorang SUME BERSIH! Heran tak?). Hubby macam biasa, cekap macam pak supir, tau je tips-tips memandu kat Indonesia yang mana HON DAN SIGNAL ADALAH KEMESTIAN YANG TAK BERMAKNA APA-APA DI JALAN RAYA ye. Kahkahkah! Pin! Pin! Pin! Apa je yang nampak or nak buat, sume pin, pin, pin!
Masih meneruskan perjalanan, sampai masuk ke kawasan kelapa sawit, yang mana setiap fasa tu diberi nama Kebun (kira cam Felda, patu ada Jengka 14, Jengka 15 ar...). Patu ada satu kebun tu nama Kebun Rambutan, tapi yang ditanam kelapa sawit. Haha! Dah abih kawasan town, masuk kawasan kampung, lalu plak kawasan felda, patu lalu plak kawasan padi huma. Yang best nyer sepanjang jalan ni, peluang tengok orang mintak duit tengah jalan gunakan jala and rumah buruk ada piring satelit! Serius! Memula ingat dorang mintak sampah, cam jaga kebersihan la, tapi dengan perasaan tak puas hati, kitorang jenguk tengok, DUIT! Seb baik tak aim baik nyer buang sampah dalam tu! Patu setiap rumah MESTI ada satelit, tak kira la betapa buruknyer rumah ko! Hebat kan? Letrik macam subisidi! Setiap rumah ada cable. (Dan setiap rumah jugak la ada kerbau kat laman, and anjing yang bersepah macam hayam! Babi ada la sesekali...)
Satu lagi, Kristian Katolik SANGAT kuat kat sini. Setiap 10-20 rumah, mesti ada satu gereja besar! Patu setiap rumah, MESTI ada macam tok pek kong rumah kecik batak tempat sembahyang diorang. Dan setiap tepi rumah tu jugak la, if ada family members mati, tanam kat situ siap ada cross macam cite-cite Mexico tu. Haaaa! Punya la semangat Kristian ni masuk ceruk kampung! Islam ni approach tak banyak...sayang sangat. Ada tu ada la masjid, tapi jarang-jarang la baru nampak.
Dah sampai? Belummmmmm! Brapa banyak pintu gerbang, baru sampai Tebing Tinggi! Kita naik bukit bukau gunung ganang plakkkkk! Ya Allahhhhhh! Masa ni, sape drive, HARUS dan WAJIB terer cilok. Kalo tak, 10 jam pun tak sampai. Kereta-kereta yang amik pak supir, memang laju-laju sebab diorang dah hafal jalan. Patu bas, van benti suka ati atas jalan sebab diorang tak nak turun kat bahu jalan. Tinggi dan nanti susah nak naik balik. Ha cerdik, cerdik!
Kanan, kiri, kanan, elak lubang, masuk lopak, lalu pokok rhu, lalu pokok lalang, naik bukit, turun bukit, tetiba..."TU! TU! HUIYOOOOO! CANTIKNYERRRR!" kitorang jerit! Barulah nampak skit kilasan bahagian Tasik Toba yang besar tuuuuuu! AKHIRNYA! Masa ni sume dah girang gembira sebab dah nampak air. Sumpah cantik masa nak turun bukit tu. Betapa besarnya Lake Toba tu, sampai tatau, yang kitorang nampak tu bahagian mana. Kat tepi-tepi jalan dah ada signboard hotels and such. Ada tugu-tugu tapi tatau la tulis pe. Masa ni ingat nak lunch je. Ye la, dah kul 1.30PM! Almost 5 jam atas keta! Seb baik la Aini bawak biskut! Hai...sampai pun Parapat!
gile jauhhh
ReplyDeletemmg JAUH!!!
ReplyDelete