Pages

Monday, July 13, 2009

Boating and Wedding - Johor Part 1


“Hello, bah kat mana?” I called him at 7.00am, in the car, heading to Seremban, to fetch him la kan.

“Abah kat rumah la…” jawab dia selamba macam takde pe je yang berlaku. Siap nak pegi amik sate lah ape lah!

“HUH??? ABAHHHHHHH! KAN ARINI NAK GI JOHORRRRRR!” sumpah aku jerit cam gaduh ngan boyfriend lah!

“La…abah lupa sungguh laaaa…sorry sangat…” tak abih-abih dia mintak mahap…

“…sigh…takpe la…Ina cari hotel je la…” I majuk. Majuk bukan pasal kena tido hotel, majuk pasal tak dapat bawak dia gi jalan-jalan! Eiiii geram!

He thought that we’ll be going to JB next week (this week la). He supposed to stay 2 nights at my stepsis’s house in Seremban, and then we supposed to fetch him from there, and stay another 1 night at another stepsis’s house in Kota Masai.

Dengan hati yang frust sebab tak plan nak tido hotel, I bermasam muka sepanjang jalan. Knowing my dad, I know that he WILL call me back and do whatever he can to please me. And so he did. He kept on calling me and tell me that he’ll take a bus to JB and we shall meet him there.

And knowing hubby, I know that dia tak suka benda yang susah-susah ni. He said no need for my dad to do that, kita stay hotel je. Buttttttt knowing my dad and benda tu turun kat I pun, (perangai sama) mesti nak pegi jugak-jugak kannnnnn. And so he bought the tickets for two! Amik ko, 10 jam atas bas!

Kesian tu kesian, tapi marah tu mengatasi segalanya. Hahaha!

So hubby and I pun gerak la ke Johor. Bangun, tido, bangun, tido, at last, sampai kat Machap. We had our lunch kat situ. Siap bergosip pasal botox sebab ada this one stylish babe, sangat botox ok dagu dia…and guess what, laki/bf/scandal dia tu sungguh tua siap bertongkat. Hahahaha! Hubyy tak paham nape orang nak botox lagi sedangkan dah cantik before botox and botox tu membuatkan orang tu laaaaaaaagi tak cantik! Hahaha so true…

Then sambung lagi journey ke JB…tapi kitorang sampai awal. Tengok jam, baru pukul 2.00pm. Apa nak buat? Pusing town and tetiba nampak istana. Benti kat istana, amik gambar tapi kat luar je la sebab tutup. Agak-agak ada askar tu macam dah tengok-tengok je, kitorang blah. Istana Sultan Johor la tu! Kihkih!

Patu drive lagi, jumpa Masjid Sultan Abu Bakar yang cantik tu. Benti jap nak amik gambar, tapi dah terlepas. Lepak jam dalam keta…tetiba pusing kiri, ada gajah!!! Apahal ada gajah, kuda, ostrich ni??? Rupanya Zoo Johorrrrr! Hahaha! (Ada jugak zoo kat Johor ni…)

Patu kitorang terus lagi ke arah tepi laut…kotor…kaler teh susu…kahkahkah! Sebab aktiviti mengorek pasir tu. Then we off to Danga Bay, nak tengok apa yang best sangat kat situ. Masuk tv, cam hebat je.

Sekali tengok??? Nothing! Laaaaa…tak happening langsung. Kosong. Panas. Ada la keretapi, funfair yang tak bukak lagi, kedai makan, and few private boats. Ada la kakak tu dok panggil-panggil "bot dik, naik bot dik"...ha terus la, ape lagi! To kill time, kitorang pun naik la boat! Ingatkan naik speed boat yang hebat tu! Rupanya dia tunjuk ha boat kayu tu. Hahaha! Boat tu kena cukupkan 15 orang baru akan gerak. So kitorang gi jalan-jalan dulu naik keta. Elok tengah jalan, kakak boat tu call. Patah balikkkkk.

Naik boat. Diorang bawak gi kat Kelong, floated house yang penuh dengan tong-tong biru all around it. Tempat ni adalah tempat diorang bela ikan, kepah and so on. Siap ada toilet yang terumbang-ambing…tatau la camne diorang bleh duduk berak dalam tu. Hahaha!

Slow boat (ye, memang slow ye) tu buat satu pusingan. Best la jugak. Tapi masa balik, slownyer ya Allahhhhhh! Bleh tido dulu. And kitorang tertipu, kata gi Pantai Lido, rupanya Pantai Lido tu adalah tempat kitorang naik boat tu la. Ingatkan dia pegi pantai lain! Bosan…

Abah called. Dia dah kat Seremban. Ha, berjanggut lagi la nak sampai ye. I siap jelouskan dia lagi yang kitorang dah naik boat. Dia kata nanti dia sampai naik speed boat dia. Haha! Lepas naik boat, kitorang gi cari tempat majlis tu. Grand Oriental Chinese Restaurant. Alamak…restoren cina ke? Ye, memang restoren cina. Sebab mak Jasmine tu Chinese convert. Takpe la, takkan tak halal kot kan…mesti la halal, nama pun kenduri kawin.

Patu kitorang pusing town lagi sampai ke satu taman yang tatau apa namanya. Tapi baru buat. Cantik. Sebab ada monument sejarah, kolam, gua, bendera and so on. Siap ada 2 orang pakcik ni bawak pelampung, mandi dlm kolam tu! And kolam tu kaler dia macam teh susu! Eeeeiiiiiii! Kotor laaaa! Rupanya diorang sedap je menjala ikannnnnn…patut la.

Dah jalan ke atas, tetiba hujan lebat! Terpaksa la berteduh dulu…masa ni baru la nampak couple dok berpeluk sakan kat atas menara pandang nun. Kitorang ni selamba dok bergambar. Diorang sedap peluk memeluk. Sejuk la katakan, peluk la ape lagiiiiii! Hahaha!

Dah reda, sambung amik gambar. Then cari tempat, salin baju. Patu patah balik ke restoren tadi. Sampai-sampai, nasib baik ada orang pakai songkok, sampin, tudung sume. Kira betul la ni, makanan halal. Tapi mostly orang pakai kasual la sebab theme nyer kasual. Siap dress bagai. Chinese ramai. Melayu pun ramai…yang pakai seksi-seksi pun ada. Hehehe…kenduri alaf baru.

Masuk dalam, duduk kat meja family Zan. Memang ada satu meja khas untuk kitorang. Decoration sangat cantik, English style. Patu kat stage, ada band. Combination of Ilusi, Heavy Machine, and Kembara. Sume otaiiiiiiiii! Lama gile tak dengar Ayai nyanyi. Ada la dia nyanyi sekali Puisi Cinta. Yang lain sume pakcik-pakcik Jasmine nyanyi. Sedap la sebab suara orang tua kan.

Patu Zan and Min masuk diiringi oleh kompang dari luar. Then masuk dalam, gendang cina lak sambung. Then ada video screening. Tunjuk la gambar Zan and Jasmine masa diorang kecik sampai la diorang gi travel sana sini. Selamba gile siap tunjuk pakai bikini pun ada. Sempoi gile! Memang open minded gilelah family diorang.

Patu Zan and adik-adik dia perform. Hahaha! Lawak gile pengantin nyanyi lagu selamba katak je jamming. Dia main gitar, adik dia main base, adik yang kecik main drum. Complete la. Tapi sweet la sebab dia nyanyi untuk Jasmine. And Jasmine looked so fabulous malam tu. Nice dress, gal!

The food? Chinese style lah. Satu-satu dia bawak masuk. Dengan lagu ala-ala zaman ceaser tu. Memang tak penah dibuat orang la. I think, ni la reception yang paling open and pelik tapi best penah I attend. And I guess, belah Zan nanti, mesti lagi best sebab dia buat Mexican wedding…siap ada donkey and piñata sume. Haha!

Kawin jugak Zan gile…hahahaha!

Dah la aqad 4 kali! Samada dia gugup orrrrrrr knowing Zan, dia memang gile-gile and suka main-main! Hahaha!

Patu kitorang jumpa my dad and my stepsis’s family kat Petronas mana tah. Tapi kitorang kat Petronas lain, diorang kat Petronas lain, bleh? Hahaha! Patu baru jumpa. Terus follow diorang balik rumah kat Kota Masai, Pasir Gudang. Jauh gile nak masuk rumah diorang.

Lagi tak tahan, diorang offer tido master bedroom! HUH??? GILE BAIK! (Ye, I tak penah sangka la adik tiri I ni baik sebab dulu dia kuwang ajar skit…maybe sebab dah kawin, dah ada anak, dah sedar la kot…even salam pun skang dah cium tangan I…ok la tu…). Patu diorang bagus la, siap masak sume…haih…if tau susahkan diorang, I cari hotel je…tak sangka sungguh!

Sape bleh kasi guest tido master bedroom? I? Tak kot…but she did!

3 comments:

  1. ya allah sian abah hahahahhaha, next week wedding zan kat sini xdpt pegi la sbb nk g stadium..

    ReplyDelete
  2. adeh... kelakar part pantai lido..hahahaha... anyway, danga bay mlm cam ramai lepak2 la gitu. siang mmg takde mende pun... bosan... sorry la tapi kalau i nak pi johor lagi memang taklaaa.. cukup la 5 tahun kat sana.

    ReplyDelete
  3. mmg tak nak pegi dah la dib oiiii...bosan...

    ReplyDelete