Pagi tu, pegi breakfast kat kedai depan chalet. Makan nasik lemak. Service ya Allah ya tuhankuuuuu, slow gile! Siap nak gaduh dah ngan makcik mana tau mulut takde insurans! Padahal dia bukan keje situ pun, sibuk!
Since kitorang dah siap berpakaian mandi, kitorang sekali lagi, menerjah Abg Sabri untuk tanya dia pasal package naik boat pusing pulau and snorkeling. Jek punya jek, Abg Sabri cakap (senyap-senyap sebab tak leh kasitau orang lain), dia akan bawak kitorang naik boat (satu boat besar, dua boat kecik), pusing pulau sampai Pan Pac (pantai terkawal, tak senang-senang leh masuk), benti mandi kat Man Bay , then baru snorkeling, all for RM15 each!!! Ape lagiiiiii! On je lahhhh!
Sementara tunggu naik boat, kitorang blasah mandi lagi. Sampai la turn kitorang, yang budak-budak, ibu mengandung, bawak baby, keluarga Pak Unggai, Abah, semua naik boat besar. Me, Hubby, Boy (anak lelaki Pak Unggai) and Abang, naik boat kecik. Kak Ngah, Abg Ngah, Abg Isa and Hasrul, naik satu lagi boat kecik. Haaa…yang boat-boat kecik ni, punya la laju, siap kona baringgggg sume tau! Best gile! Dah macam boat lanun, mengelilingi boat besar tadi. Ya Allah, punya la best!
Patu driver kitorang, Hassan (beach boy), dok main-main lumba ngan sorang lagi beach boy yang bawak boat kecik lagi satu. Memang terer tau, if tak terer, mau terjun dalam air dah kitorang. Dulu dia keje kat Pan Pac, bawak boat yang para-skiing tu. Tapi keje ngan Abg Sabri lagi masyuk, tu yang dia benti tu.
Then kitorang ditunjukkan batu kepala ular and batu kepala buaya. Agak macam serupa la…menakutkan plak. Patu kitorang berhenti kat satu tempat, driver boat besar tadi, turun amik landak laut. Caranya, tak leh pegang bahagian atas, skali kena, masuk spital. So kena pegang bahagian bawah, lembut skit. Then he took another makhluk, gamat! Ya Allahhhhhhh! Sangat menggelikan ok!!! Kak Ngah la, dia pegang then tetiba gamat tu syok ke apa tah, terus mengeras and terpancut kuar lendir putih!!! Ewwwwww! (Patut la diorang panggil cam ‘anu’ mamak! Itam, panjang, kuar lendir! Yucks!)
We later moved on to Pan Pac, pantai terkawal. Dapat la tengok orang tengah main para-skiing tu. Cantik gak Pan Pac. Tapi setakat duk dalam hotel je la. Takde tempat nak berjalan. Same goes to Pangkor Laut. Cantik, mahal, tapi kat situ je la, takde mende lain.
Lepas tu diorang tinggalkan kitorang kat Man Bay . Masa ni kitorang dok test set snorkeling yang dibeli kat Giant. Hampeh! Asik masuk air je I punya!
Mandi kat situ best sangat. Cantik. Lagi best, I tak abih-abih amik gambar my sis in law, jadi model topi. Patu macam biasa, Skin took turn jadi model spek. Pasir, air, batu, kayu, sume kitorang amik. Hahahaha! Tak cukup, Hubby lak datang sambung! Memang dasyat la pose! (I gak yang takde gambar…cis!)
Lebih kurang sejam camtu, diorang datang balik pick up kitorang untuk snorkeling. Lumba-lumba boat lagi before sampai kat tempat tu! Haha! Best gile! Dah sampai, masing-masing pakai snorkeling set, terjunnnnn! Tak sangka la plak cetek! Abih sume kaki tangan luka-luka! Pedih tak pedih, blasah jugak. Ikan biasa-biasa je. Air pun tak brapa jernih. Cuma kat tempat dalam skit, baru la nampak Morish Idol, Trigger and etc. Ikan-ikan ni banyak berteduh bawah boat yang lepak kat situ. Tak nak kena panas kot. Hahaha!
Kitorang ada beli disposable underwater camera, so try je la. Snap sana sini, tatau la clear ke tak. Masa tengah berenang-renang tu, set piping Hubby terjatuh and tenggelam! Hubby plak tak reti nak dive! Yang I plak, tak reti nak terapung! So we combined both skills, Hubby terapung, I bukak life jacket, bergantung kat dia, then dive ke bawah amik piping tu, then naik balik! Wahhhhhhh! Rasa hebat sial! Dalam gak air tu, sebab Hubby tak nampak I dah masa dive tu!
Patu dah letih snorkeling, its time to go back ke pantai lah. Diorang datang amik, this time kitorang blasah naik semua sekali dalam satu boat besar! Muat lak tu! Haha! Seb baik tak terbalik sebab ada one time tu senget sebab tak balance. So kena rearrange baru ok. Hish menakutkan!
Sampai ke pantai, kitorang sambung lagi mandi! Tak puas-puas! Sampai petang gak la, baru naik. Itupun sebab Abg Isa and Kak Ina nak balik ke Taiping. Dah balik bilik, mandi-mandi, tido jap, then kuar balik. Kitorang nak cari van bawak pusing pulau! Tapiiii takde van yang nak pegi sebab kena charter! So kitorang sekali lagiiiii mencari Abg Sabri! Kihkih! Dia calling sana sini, dapat la satu van. Before that dah dapat dah van lain, RM70. Pak Unggai plak dapat RM60. Tapi van asing-asing la. Sekali tu yang kawan Abg Sabri ni kata, naik skali semua, RM80! Wahhhh! Pelagi, berhimpit la! Janji lepas!
So Abah and Ida, with 2 kids kat depan with driver. Second row, Abah, Kak Ngah, Abg Ngah and 1 kid. Third row, Skin, Hasrul, Hubby with Sami boy. Forth row, family Pak Unggai 5 orang! Abang and another 1 kid, kat blakanggg skali tempat barang! Ya Allah, you guys can never believe this…tau I kat mana? Kat tangga van tu! Muat siallll!
Havoc gile kat dalam van tu. Dah la macam roller coaster jalan kat Pangkor Island ni! First, we went to Dutch Fort (kota lama Belanda). Dah tinggal separuh ke suku tembok, tapi diorang refurbish balik so nampak cam taman gak la skit.
Patu kitorang jalan kaki ke Batu Bersurat. Memang tah pape…sebab tak nampak dah pun ayat-ayat nyer! Siap ada budak-budak conteng lagi! But gambar harimau tu still ada. Kononnyer, anak Belanda tu mati kena baham harimau la, walhal, orang melayu yang bunuh budak tu. Macam-macam…
Lepas tu kitorang gerak ke tokong cina yang ada mini tembok besar cina. Tak turun and tak masuk, just tengok dari dalam van je sebab malas. Then kitorang ke kilang paling popular kat Pangkor, kilang yang buat satay fish tu! Memang murah and fresh, tapi barang cam ikan bilis tu mahal la. So kitorang borong banyak gak la kat situ. Budak driver tu cakap, cina-cina ni bagus. Diorang setahun sekali mesti belanja orang-orang taxi ni sebab tanpa orang-orang taxi ni, memang takde pelanggan la diorang kan . Tengok la, cina nak meniaga, diorang memang jaga hati orang. If melayu, mau dah tu tabur guna-guna. Hahaha!
Ha ni part paling best. Semua dah borong sakan, kitorang gerak ke Teluk Dalam, pusing pulau. Bukit nyer masyaAllah, tinggi! Sepanjang jalan, asik gear satu je! Sampai kitorang takut van tu tak daya nak naik! Dah baca-baca doa ni, dah la maghrib! Dalam hutan plak tu! Eiiii kalau la jadi pape, tatau la. Ada plak tu yang sanggup naik basikal lalu bukit tu. Gila! Sampai la puncak yang paling tinggi, baru start turun bukit. Ha masa ni roller coaster la kan ! Sampai la tembus ke chalet kitorang balik…banyak gak chalet-chalet cantik sepanjang turun bukit tadi.
Sampai chalet, semua balik mandi and malam tu kuar dinner plak. Hujan lebat gak tapi dah benti. Kitorang kuar makan nasik ayam. I and Skin makan bihun sup and laksa. Boleh la…bukan sedap mana pun, mahal je lebih. If meniaga kat Pangkor ni, kaya nih!
Lepas dinner, kitorang jalan lagi sepanjang beach tu. Last minute shopping. My sis and sis in law beli t-shirts. Kitorang beli fridge magnet je. Patu jalan tepi pantai sebab malam tu ada angin plak. Sejukkk. Dah agak-agak ngantuk, semua balik bilik, tido. Letihhhhh!
nice trip!!! salam dari bumi Dublin, Ireland.. tumpang lalu.. :)
ReplyDeletekak ngah dh tapaukn nasik lemak. tp aku xcaya. xcukup tuh. so aku g tapau bihun goreng dua (blum naik boat dh abis dh) ngan naisk lemak lagik 2. kesimpulannye aku mkn 2 nasik lemak, papi satu patu satu lagik aku kasik kt ko ngan sharul hahahhaha
ReplyDelete