Nuffnang Latest!

Monday, June 29, 2015

#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015


YEAHHHH! PHOTO CHALLENGE DATANG LAGIIIII! KALI NI THE WHOLE #TRAVELHOLICAWESOME SELAKU ORGANIZER! ARE YOU GUYS READYYYYYYYYYYYYY? LET'S DO THIS! 

3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
1.       Setiap gambar MESTI ada Blogger.
2.       Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".
3.       Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Tak kisah baju melayu/baju kurung/kebaya/jubah/apa2 yg motif raya la)
Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah je la kihkih!


10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!
1.       Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya.
(Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)

2.       Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.
(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)

3.       Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya.
(Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)

4.       Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.
(Lagi kreatif, lagi bagus.)

5.       Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih.
(Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)

6.       Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.
(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)

7.       Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas.
(Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.)

8.       Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR.
(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)

9.       Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat.
(Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)

10.    Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya.
(Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)

PERINGATAN!
- Ingat! 10 challenges diatas, mesti kena ada 3 syarat utama tu dalam setiap gambar. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D
- Tarikh tutup ialah Ahad (26 July 2015). Blogger kena publish post kat blog pada Isnin (27 July 2015). Jangan lewat tau!
- Post kat blog mesti bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – Nama korang”. Patu letak 10 challenges berserta gambar bukti, ikut sususan. (Copy paste je kat atas tu.)
- Dah post, sila tinggalkan link post korang tu kat ruangan comment bawah ni. Senang kitorang nak view nanti. Kat sini je tau! Jangan comment tempat lain plak hehe.
- Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (3 Aug 2015). Again, jangan lewat yeeee :)
- Segala keputusan akan dijuri oleh ahli #TravelholivAwesome dan segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!

THE BEST PART IS, OF COURSE LA HADIAH-HADIAH NYER!

FIRST PRIZE :

TIKET FLIGHT



SECOND PRIZE :

VOUCHER HOTEL



THIRD PRIZE :

VOUCHER TAMAN TEMA

Notes:
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur. 
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.

APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA! SEMUA ORANG BOLEH MASUK, JANJI POST KAT BLOG JE. APA? TAKDE BLOG? CEPAT BUAT SATU HANYA UNTUK PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA NI! INGAT! PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE. NAMPAK JE SUSAH TAPI ACTUALLY SENANG GILE KALAUUUUU KORANG TAU BERFIKIR SECARA KREATIF. KALO TAK TAU, JANGAN RISAU! KORANG IMPROVISEEEEEE :D OK?

P/S: Nak tengok macamana peserta tahun-tahun lepas buat dengan jayanya? Klik link kat bawah ni.
·         Contoh perserta 2012
·         Contoh perserta 2011
·         Contoh perserta 2010

P/S: Nak tengok hadiah menarik tahun-tahun lepas? Klik link kat bawah ni.
·         Hadiah tahun 2012
·         Hadiah tahun 2011
·         Hadiah tahun 2010
~Organized and sponsored by #TravelholicAwesome.~

~Originated by Sekupang Team~

Subscribe To This Blog