Nuffnang Latest

Monday, October 31, 2011

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011

Ok! Do you know about this? If you don't, DO IT NOW!


Go to this site "Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011" and nominate yourself or your friends, accordingly. Untuk geng-geng travel, sila nominate sesama sendri, mana la tauuuuuuuu, bleh dapat award! (Takpe, pasang je impian macam nak beli tiket gi Europe ye?)

Thanks to my dear friend/reader who has nominated me earlier. (No wonder la aku dapat error!)

Note : *Blogs only need to be nominated once to be in the running for a category, therefore if the message "This field requires an unique entry and [blog URL] has already been used" appears, do not worry as this means the blog has already been nominated.

Masterchef Masak Kucing?

Did you guys watch Masterchef Malaysia? Omigod...I felt like slapping those script-bound juries! Lucky they have changed it recently. Latest episode punya challenge was "kenangan zaman kanak-kanak" and of course, all contestants cooked whatever their mom cooked lah. And these juries were kind of "complaining" this and that, as if they were "growing" up with these contestants and know how the food should be. I was like...HUH??? You asked people to prepare what they used to eat during their childhood, tapi ko cakap tak bleh ada apple, tak bleh serve dengan sos? Dah kecik-kecik dulu dia makan camtu, nak wat camne??? Kalo dia kecik-kecik susah, makan nasik dengan kicap jer, ko nak suh dia prepare apa dalam Masterchef??? Hahahaha! OK, TAK BLEH TAHAN! SUMPAH LAWAK! Dah la skrip macam haram!

Owh btw, dek kerana terlalu menyampah dengan Masterchef tapi tetap tengok, secara tiba-tiba aku pegi beli grill pan, dan ku panggang jua ikan dory. Hamik ko! I bought seasoning for fish, sprinkled with black pepper and lemon juice, patu tabur je bawang. Cepat dimasak, sedap dimakan. "Apa nama masakan anda?" "Udang menari chef." 

Ko buat udang menari ye, aku buat ikan terlentang!


Iklan : Ni la padah nyer kalau ada kucing yang pemalas. Kat mana-mana pun dia bleh tido. "Bangun Kiki! Bangun! Aku panggang jugak ko kang!"

Tuesday, October 25, 2011

30 Minit Ustaz Don

Korang layan tak program ni? Program ni macam belajar agama secara interaktif, kat Astro Al-Hijrah, setiap hari Isnin sampai Rabu, pukul 10.30 malam.

First time aku tengok program ni, terus aku berkenan. Pasal apa? Bukan saja pasal muka dia yang hensem sejuk mata memandang dan cakap dia yang kelakar, cara dia mengajar tu sangaaaaaat efektif, macam dia ada betul-betul kat depan kita. Patu dia amik topik semua yang simple. Hari tu pasal tajwid, then cara-cara baca Al-Fatihah, patu cara-cara mandi wajib, skang cara-cara berwudu'. Kira benda yang kita buat dalam kehidupan seharian kita la. Siap whiteboard, double cam, patu repeat berkali-kali siap slow-mo. Untuk orang-orang muda macam aku yang tak berguru ni, sungguh la sesuai.


Don? Nama glamer ke? Tak. Nama penuh dia memang Don. Don Daniyal bin Don Biyajid. He still young tau, 27 tahun. (Dah kawen!) Dia mengajar kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Though dia muda, cara dia project diri dia memang macam orang berilmu. Dalam dok mengajar tu pun, dia masih bleh mintak maaf, harap ditegur kalo ada salah dah silap. Betapa down to earth nyer orang alim camni. Bukan cam setengah orang, nak menegur, tak "cermin" diri sendri dulu ye dak. (Owh please, ada seketul dua orang camtu kat opis aku.)

Bagus la ada rancangan camni...kira cam memadrasahkan tv secara santai. Dia suka gile buat lawak. Angry bird pun dia jadikan contoh! Hahaha! Sapa-sapa nak call tanya (keraguan atau persoalan) or mencuba (baca quran secara betul) masa on air pun bleh. Call jer 03-22602411 atau 03-22601610. FB pun ada ye, http://www.facebook.com/30minitustazdon

Bak kata Ustaz Don...

"Boleh?"

"Boleh..." 

*Jawabku sambil tersipu-sipu tersenyum sendiri sambil pandang tv.*

Result : Biqque's October Lucky Follower


Ting! Ting! Ting!
It's time for Monthly Lucky Follower RESULT!
Here are the followers: 
1.ako       
2.cik bunny     
3.nana        
4.fieda       
5.analyana      
6.nida       
7.nazayiena       
8.giveawaystuff   
9.fiq'ra         
10.lin azlina      
11.alycia           
12.intanberlian      
13.diahontheblog  
14.cempaka kuning      
15.shidasyakirin      
16.jaa           
17.khai           
18.zie          
19.si petite    
20.mama tisya    
21.wandmcontest    
22.nadya anwar      
23.cute mum       
24.azelyusoff     
25.dunia kebahagiaanku         
26.lelord       
27.golden rose     
28.nani         
29.qienah          
30.azatiesayang      
31.nightinangle_fara         
32.syima          
33.ieyka02          
34.gojes        
35.alvas-87-contest          
36.nasyabella      

37.neena
38.ninie
39.cik lynn
 
 So, WHO are the lucky three?

It's No. 18, 11, and 14!

The LUCKY FOLLOWERS are

Congratulation!
(Hadiah masih misteri...lalalala! Best tak?)

Please email your Full Name, Contact No. and Address to biqque@yahoo.com

Others, jangan sedey ye...ada lagi 2 bulan untuk penutup 2011 ni :D
Go! Go! Go!

Monday, October 24, 2011

Rugby World Cup 2011 : All Blacks Win!

ALL BLACKS HAS GOTTEN BACK THEIR TROPHY! Memang jaguh kampung betul la :D
Congrats to the captain, McCaw, for your amazing line up! 

And why did i say that? Coz this year was just a repetition of 1987, the first Rugby World Cup. Same host (New Zealand), same opponent (France), same victory (All Blacks). Macam sireh pulang ke gagang la ni...kihkih!

My personal view of the game are :
1) All Blacks seemed lost in their tactical game (Weepu missed kicks, Nonu lost his side steps, William still with his last 5 minutes appearance)
2) France tried their best to play defend (rucks, rucks, and rucks...no drop kick, only 1 try with failed conversion)
3) All Blacks later had no choice, to copycat France and played defend as well (that was the only choice that they had)

Overall, France, who was initially considered as a "lucky" team that had through the final (BLAH LA KO BENJAMIN TOK, sukati ko je kutuk France, ko main untuk Selangor je punnnn), has given a hard time to All Blacks. Losing 7-8 to All Blacks was the lowest score ever in history, and no one would expect that. Few stars were injured, and Cruden had the most where he snapped his knee. Scary gile tengok! 

That's the end of RWC 2011. Being in New Zealand to witness the fever, was the best that I can ever imagine. (Masa World Cup Cricket, aku kat India. Best gile tengok game kat railway station. Hahaha! Masa Quiksilver Pro Surfing Competition, aku kat Gold Coast, layan mata tengok gadis pakai thong. Yes, si Slater surfer hebat tu menang lagi tahun ni tau tak!) And being at home, watching the game with All Blacks flag stuck in the pokok hiasan berbentuk bulat, seeing Nonu doing his side steps, Carter's kick (sian dia injured), Weepu yang tetiba asik missed target, was truly enjoyable. 

What I'm gonna miss most, was the jelir lidah Haka dance by All Blacks, and the jawapan sukati France Captain, Dusautoir, who never failed to make me laugh! Seriously, you guys know how bad is French's English kan. This guy NEVER got the question right during interview. Orang tanya lain, dia jawab lain. Comel sungguh! Hahaha! (Bila la dapat gi France niiiii!)

So, England will be the next host for the next 4 years, followed by Japan, for the other next 8 years. Itu rugby. Kalo World Cup untuk bola? Brazil 2014. Ada brani???

Sunday, October 23, 2011

Pak Ein Inc. Akan Serang Penang!

Dari kecik, arwah mak dengan abah suka bawak kitorang jalan-jalan. Sebab tu la kuah tu tumpah kat kitorang adik-bradik, paling teruk kuah tu tumpah, kat aku la (Allah, kuar town Tepen tu pun aku suka...apetah lagi ke luar negara.) Since kitorang duk Tepen, tempat happening yang paling dekat memang Penang lah. Penang kan heaven dari dulu sampai skang. So, almost every year, kitorang mesti pegi Pesta Penang, without failed.

Alah, Pesta Penang je ke?

Tak. Sampai Penang jer, terus ke Bukit Bendera la, Tangga Seribu la, Padang Kota la, u name it. Balik Pulau pun penah. Lepas dah terjah sume tempat ni (berjuta kali tapi masih sonok), kitorang akan camping tepi pantai, pasang khemah kain terpan (yang kaler biru oren tu, macam kat pasar malam dulu-dulu), ikat kat depan dengan blakang keta, hampar tikar, ha berguling la anak-beranak kat situ. Pasir tak pasir, tak pedulik dah masa ni. Makan tak perlu risau sebab almost sume family yang camping kat situ bawak dapur, patu masak. Siap bleh bau lagi orang sebelah masak apa. Yang budak-budak ni plak akan mandi laut dari pagi sampai petang sampai kecut, patu malamnyer baru pegi Pesta Penang.(Aku tatau la skang ada lagi ke tak Pesta Penang ni...if ada pun, maybe dah tak best cam dulu.)

Zaman 80an tu, orang camping secara besar-besaran ala-ala hippies. Sometimes, family yang sama jugak kitorang akan jumpa tiap-tiap tahun. Kira dah boleh tau la tu tempat sapa, so ko jangan la gatai nak amik. Hahaha! Zaman tu takde fesbuk, so tak leh la nak confirm tarikh apa ko nak pegi dengan harapan dapat jumpa kawan lama. Tapi semua orang macam dah tau la tarikh apa yang sesuai untuk lepak kat situ, sebab Pesta Penang ni sebulan lamanya. Paling best nak pi, dah hujung-hujung tahun.

Pesta Penang ni standard macam pesta bodo-bodo la, tapi kira raja segala pesta kat kampung-kampung tu. Ada la buaian pusing, tikam-tikam, baling tin, baling gelang dalam botol, rumah hantu semua tu. Rumah hantu plak siap mamat-mamat muda yang jadi hantunyer. Silap pegang, kena katuk ngan jantan lain. Tapi yang paling gempak adalah, konsert rock! Jangan tak caya, Search, Wings, May, semua turun ok. Senang-senang je ko nak bergambar dengan diorang. Aku ni pulak, dari kecik, arwah mak aku suka hulur aku naik stage, nyanyi. Ya Allahhhhhh...aku plak tak reti malu! Takut tu takut la, tapi nak nyanyi jugak. Masa ni aku membesar dengan kakak si Farawahida (penyanyi kulit hitam manis tu). Family dia memang sume pandai nyanyi. Diorang duk sebelah umah aku.

Bapak dia memang suka masukkan anak-anak dia dalam pertandingan nyanyian. Ada satu pesta kat Tepen ni, aku pun masuk la. Dengan pakai baju hip hop Chicago Bulls serta jaket merah, rambut letak gel ala-ala kembang kiri kanan ada ekor macam Ruhil (pengaruh kakak aku la masa ni), sluar trackbottom, pakai slipar. *curlust ko maria* Bdk2©. Aku mintak lagu Norshila Amin – Kad Ucapanmu. Lagu sedih, tapi nyanyi kat pesta...bleh???

Aku pun nyanyi la dengan penuh perasaan sampai terkuar urat tekak. Aku berjaya hit high note. Orang pun tepuk tangan. (Yang tak tepuk masa tu mesti tengah sibuk main baling tin.) MASA NI AKU DARJAH 6 OK! Patu dah abis, dapat la hadiah cam complimentary la. SEKATON ROKOK SALEM! Bleh??? Sebab Salem yang taja konsert malam tu, ada Search, Fabian, Dinamik, perghhhh sume nama-nama kumpulan Rock zaman tu la. Aku amik kotak rokok tu dengan muka blur. Aku turun stage, aku kasi kat bapak aku. Hahaha! Pengaruh tak baik sungguh! Dah la bagi rokok bapuk! 

Haih...aku ni banyak cite kelakar zaman kanak-kanak...nak-nak aku hidup membesar pada zaman 80an...bebila aku bukak balik semua cite-cite bengong tu. Hahaha!

Berbalik pada cite Penang tadi. Arwah mak aku orang Sungai Kecik, pak aku orang Simpang. So, laksa Penang, pasembor, nasik kandar tu dah memang ada dalam darah aku. TAPI, aku hanya akan cari laksa makcik kat Tanjung Bungah je. Bertahun aku makan laksa makcik ni. Makcik ni dah arwah, skang anak-anak dia sambung. Dulu roda tiga jer, skang lori kecik. Betul-betul kat satu corner ke Batu Feringhi jalan besar ni, ramai orang meniaga. Ha, sape yang pegi Penang, sila la benti situ ye. Laksa dia yang buatkan sedap tu sebab dia tabur bunga kantan. Siap letak otak/petis udang. Perghhhh! Tak nama Biqque la kalo tak 3 pinggan siap bungkus lagi 2!

Kalo nasik kandar plak, kitorang akan pegi Line Clear. Memang yang glamer slalunyer nasik kandar beratur, tapi Line Clear ni best sebab dia ada telur sotong. Penah makan? Dia cam bulat-bulat putih tu. Huihhhhh! Sedapnyerrrrr! Meleleh ayaq liuq! Tapi untuk orang berlagak tak suka tempat sempit and tepi lorong, tak yah pegi la ye. Kang tengok mamak tu lipat kain pelikat dia, tak lalu plak. Hahaha!

Pasembor plak slalunyer kitorang akan makan kat Padang Kota. Kat situ jugak ada sotong bakar. Sambil-sambil makan, abah aku akan pancing ikan. (Pak Ein kaki pancing hardcore siap ada boat fibreglass yang dia tambah stereng sendri. Sape nak merasa, meh datang umah aku.) Paling kelakar, ada orang tanya, ada ikan ke pakcik? Dia akan jawab, tengok la...kadang-kadang ayam, kadang-kadang kambeng. Bleh? Hahaha! (Tiga suku tu jugak la aku dapat dari abah aku. Gengster Tepen pun ye gak. Tu yang susah kalo kuar Tepan dulu, orang kenal sebab hidung aku sebijik hidung dia.) Tapi saban tahun ke tahun, makin mahal kat area tu sebab Padang Kota tu dah jadi cam tourist trap. So kalo pegi pun, dak tak feel cam dulu.

Penah dengar cucuk-cucuk? Bukan cucuk-cucuk macam kat KL tu, yang cicah kuah kacang tu. Bukan. Ha, ni satu benda yang tak semua orang tau. Cucuk-cucuk ni hanya ada kat Pantai Bersih, tepi dermaga feri kat Seberang Perai tu. Yang jual tu pakai roda tiga jer. Dia cam cucuk buah-buahan, telur, sotong, timun, patu cicah dengan kuah rojak. Ada pedas, ada tak pedas. Sesuai untuk seisi keluarga. MasyaAllahhhhhh...menitik-nitik kuah rojak tu kena kasut pun ko tak sedar! So far, still ada sampai skarang. Pegi la try.

So seperti tahun-tahun lepas, tahun ni kitorang plan lagi. Last 2 years, Pangkor. Naik banana boat siap dapat lama sampai orang lain komplen, apsal kitorang dapat lama. Pak Ein special maaaa. Last year pi Genting. Terketar-ketar sejuk sampai tido pakai jaket dua lapis. Indoor je dah cukup gempak sebab rollercoaster tu je dah penuh ngan family aku. 

So this year, kitorang pilih Penang untuk mengimbau kenangan lama (padahal tiap-tiap tahun pegi.) Tapi akan shoot ke Padang Besar dulu (tempat mak pak beli periuk, orang muda beli baju/sluar branded grade A), then baru gi Penang. Ikutkan, nak je explore tempat yang orang tak penah explore lagi macam British Detention Camp kat Batu Maung, Penang Fort, Japanese Detention Camp, yang kuar dalam Hidden Cities tu. Tapi bawak budak-budak ni susah. Kang ada yang tak balik kang. Hotel pilihan kali ni pulak ialah Copthorne Hotel, sebab swimming pool dia besar, and ada private beach. Tu je yang available 7 bilik dengan kadar relevant (cuti skolah weh), patu puas hati dengan facilitiesnya. Bleh la kitorang conquer hotel tu nanti.

Harap-harap this year akan menceriakan lagi Family Day aku. Family aku rapat, so kitorang memang sayang each other. Nak-nak aku kadang sponsor tu ini, lagi la sayang diorang kat aku kannnn *tangan kat dada, mata ke atas* Fatt©. Tak sabar betul aku nak buat game gila-gila kat orang tua dengan budak-budak! *Setan mode*

Saturday, October 22, 2011

Sape Tak Kenal Sivaji The Boss???

Janggel (tak silap aku la...masa komen2 aritu...) dengan Kemang (dia pun sama.)

Ye, dia tak kenal sape Rajinikanth niiiiiii...hahahaha! Before ko gi India, ko BETTER kenal dia ok?
Skang ni tengah tengok cite ni kat TV3. Kali yang ke 4 kot rasanya tengok cite ni (sampai aku bleh humming lagu dia kahkahkah!) Cite ni memang gempak sebab dia jadi dua watak and banyak bluescreen and cgi. Kira gempak la untuk cite Tamil kan. Sound arrengement dushum2 tu mesti la ada, termasuk la menari2 menyanyi2 kat merata tempat.

Antara trademark dia dalam cite ni :
*Spek itam letak blakang kepala
*Baling duit syiling kiri kanan
*Tap tap tap jari atas kepala
*Baling gula2 masuk mulut
(Dan dalam cite ni jugak ada satu scene, minah yang dia nak ngorat tu kata dia hitam, sebab tu dia tanak. Demi nak mengorat, dia makan gula2 special tu, patu PUTIH! Kahkahkahkah!)

Pendek kata kalo cite Rajinikanth je mesti ada trademark. Sapa tengok Padayappa mesti ingat aksi2 trademark dia...kain bahu silang la, baling rokok masuk dalam mulut la hahahaha!

Thursday, October 20, 2011

Billet Gratuit Rejetée?

I have to blog this...cannot tahan any longer...

Out of sudden, aku bermurah hati...

I tot of buying another MEGA ticket for us...and it's free...but hubby tak sudi...

TAK SUDI OK! TAK SUDI!
.
.
.
.
.
Dah hilang akal agaknya laki aku tu...

Sob...sob...such a joykiller...

Biqque's October Lucky Follower

-STICKY POST- 
For new post, please scroll down. 

It's back! 

I know...I've skipped for two months due to Photo Challenge Balik Raya 2011 and New Zealand Road Trip

Now is the time to reward my followers pulak :D So, you guys know what to do, kan?

1. Create an entry "Biqque's October Lucky Follower" as your entry title.
2. Find your profile picture in my follower list and circle it.
That's Janggel.
3. Leave your entry link in the comment section.

THREE lucky followers will get THREE mystery gift.
(Qada' 3 bulan. Paling banyak aku buat ni!)
 
Stay tune on 25th October 2011 at 9.00am,
to know who got lucky!


Wednesday, October 19, 2011

Takut Tak If Post Korang Hilang?

Bengkel IT : How to backup your post.

Sempena post John yang ke 100, dan dengan menakutkan John untuk backup sume post dia, maka Fatt pun tertakut sekali. So dengan berbesar hati, teman pun ngajor ler caghe nak backup posts. 
NOTE : Ni cara paling bangang la nak save post korang. Tolak tepi semua software dipasaran ye. Tak perlu nak kutuk aku buta IT plak ye.

Step 1 : Open your blog and Winword.

Step 2 : Go to the oldest year and expand it. Click on the oldest month, to expand it.
In this case, 2008 is the oldest year, and March is the oldest month. March have 8 posts.

Step 3 : At this point, you are in March posts mode (total 8 posts). Point your mouse to the very 1st word in the first post, hold it, and drag to the very last word of the page. 
REMEMBER : I said last word of the page, so by right, all 8 posts should be highlighted la. If nak copy post by post, balik kampung tanam jagung la korang.
 See, amik dari 1st word. In this case, it's the date.
 Continue holding the mouse (right click tau kan?) sampai bawah...
See, until the end of the page. Sometimes, if posts terlalu banyak, you have to click Older posts. Nanti dulu, buat yg mana ada dalam full page ni dulu. Nanti kena repeat buat benda yang sama.

Step 4 : Press Control C to copy or go to Edit - Copy. Make sure the posts are still highlighted ye. Kalo tak, buat penat je.

Step 5 : Reopen Winword and paste it using Control V or Edit - Paste. If ada banyak posts, ulang alik la copy paste, copy paste, copy paste, copy paste, copy paste, copy paste ok??? 
At this stage, if ada pop up tanya pasal nak connect ke Internet ke, Yes kan aje coz nanti semua gambar and link tu akan masuk skali.

Step 6 : Save and name the file to 2008 Mac. Or if tak suka, sukati la nak letak apa, tapi biar yang senang ingat. If by year, senang sok tersusun cantekkkkk jer ha ko nak cari balik.

Boleh? Amalkanlah sebulan sekali ye...tapi kalo post tu sebulan 400, buat la seminggu sekali hahaha!

Tuesday, October 18, 2011

How Your Blog Is Performing Using GTMetrix

Some info tech that you guys should know, how your blog is performing and what's behind it, for Pakcik Google said, web should be fast. Especially when your blog holds thousands of images (para travelholics la ni...)

This is what you can do.

1. Go to GTmetrix : http://gtmetrix.com/ and key in your blog url.

2. Wait for GTmetrix to fetch your site and analyze it.

3. Your blog header will then appear, and GTmetrix will generate a report.

4. Your blog rate is showed. See my blog performance? 85 seconds to load ONLY for the size of 1.2MB??? Failed to the max. Hahaha!
5. The report will show you the page speed and YSlow, that gives you loads of recommendation. See down there. These are the culprit behind my blog, particularly image dimensions and CSS. (Hate scripting.)

SO!

Time to revamp, AGAIN, my blog template, pages, sidebars, and what not. Having bad habit of keeping unused scripts (kot-kot nak guna balik), is a No-No now. I should, by now, choose a simpler template, colored background instead of image background, put less request, combine the pages, and strip off certain sidebars. (Padah suka test sana-sini. Dah la suka gothic style.)

Here are some blog samples that I have tried. You can see the difference between blogs that have simpler template vs interactive/image background. Basic knowledge. Pfftt!

P/S: I know that some description on the recommendations are bit IT-jargons, I could not somehow understand all of them, so, google it ya?

Monday, October 17, 2011

Casper, The Commuting Cat

Still pasal buku. Have you guys heard of this amazing story? I wanted to buy this book...tapi tak terbeli...

(Gambar guna henpon)

So I read the synopsis je la. This cat REALLY commutes tau. Lesen besar untuk travel naik bas sorang-sorang (ok...tetiba teringat Fatt. Kucing...bas...dua-dua dia suka.)

What fascinates me is, Casper, in fact, queuing with people, masa nak naik bas! Comel gile ok!!! If I were in the queue, I will definitely kiss him to death!

Btw, Casper is dead cat. Dia kena hit and run in 2010...(SCREW YOU TAXI DRIVER!) Sob...sob...if Kiki kena camtu, aku BUNUH manusia tu...

Here is the synopsis. 
Casper the Commuting Cat is the story of an adventurous cat, Casper, that the author, Susan Finden had adopted from a rescue centre in 2002. She describes how Casper liked to wander from her house and was not afraid of people or traffic. Casper used to walk into office blocks and doctors' consulting rooms and find a chair to sleep on. Then he started queuing with people at a bus stop across the road from his house and boarding buses that took his fancy. He would curl up on a seat and go to sleep, and when the bus had completed its 11 mile round-trip to the city centre and returned to his bus stop, the driver would let him off. Casper's commuting habits made him a celebrity and Finden describes the world-wide media attention that she and Casper received. In January 2010 Casper died after being struck by a speeding taxi while crossing the road outside his house. Finden tells how she coped with her loss and the renewed media attention that followed.
In addition to covering Casper's exploits, Finden includes in the book a brief story of her own life, and discusses the other cats she had adopted from rescue centres. Also present are several light-hearted chapters "written" by Casper from "the other side"[4] in which he gives advice to other cats on how to handle humans, catch a bus, and deal with the media.
Source : Wiki
Pendek kata, bukan manusia je yang travel...kucing pun ada. Hehehe! Bestnyer la if dapat travel ngan Kiki...macam Paris Hilton bawak chihuahua dia tuuuuuu...curlast you! (John ©)
 

Trip Tahun Ni Dah Habis?

Dengan rasminya, trip tahun ni dah tutup. Habis! Yelek! Sudah...usah ditanya lagi...benci, benci, benci! *echo* (Tunggu la tahun depannnnnnnnnn...aku cari jugak trip kebabom!)

Aku terpaksa tabah menahan diri untuk tidak menekan lagi button "beli". Sedih bukan? Menyaksikan bebudak blogger geng travelholic lain pi sana sini tak henti-henti membuatkan aku terbakar seperti kambeng golek. TERBAKAR HANGIT PLAK TU!

Teringat tahun-tahun sebelum ni yang mana aku gi sana sini tak hengat donia...owh, tidak...semuanya gara-gara 54 Ville yang aku taburkan duit macam air terjun ni...padan muka, nak sangat rumah tu...bukan aku nak pun, laki aku yang nak pfftt! (Aku terpaksa tarik balik 5 detail entry pasal rumah gara-gara takut sejak kejadian pecah masuk tu..sape penah sempat baca, tau la...umah yang penuh dengan peluh dan keringat aku, buat sendri bancuh simen, pasang tiles, pasang floring, panjat sana sini, setup semua bilik, pasang benda hitech sampai kunci aku pun sekilo beratnyer..sigh...gile saiko!) Rumah yang aku bergantung harap yang tunggu masa aku nak jual balik so that aku bleh kaya raya pi terjah donia patu balik duk kampong bukak kedai komputer! (Boleh kah?) Patu nak duk mana? Umah kotak? Hahaha! (Nasib baik banglo yang biawak komodo duduk tu dah dijual...kalo tak, haruslah aku tak boleh jalan langsung.)

IKLAN : NI PEJADAH JIRAN SEBELAH AKU NI RENO BUAT BALCONY TEPI??? NAK SKODENG RUMAH AKU KE??? HOI ORANG SINI SUME TUTUP BALCONY TAU! KAMPUNG SIUT KO NI! NAK LEPAK SAMBIL MAKAN CUCOQ KA?

Ok, sambung. Kat mana kita tadi?

Oh ye. Aku plak jenis tak kisah destinasi mana pun...JANJI aku dapat pegi berjalan kat luar negara. (Balik tepen pi lake garden pun jadila...) Tapi haruslah murah, kalo tak, bukan Beauty In Darkness la...makan pasir berlaukkan rumput jawabnyer. Sonok ke luar negara ni. Dapat kenali budaya orang, negara orang, yang aku bleh compare dengan negara sendiri. Paling aku suka bab-bab tempat bersejarah, kekejaman, kebangkitan, kecantikan, etc. Ala, macam orang lain jugak...ikut cara kesedapan masing-masing nak explore. Itu la gunanya kita share info...ye dak?

Satu lagi bab cuti. Company "amareka" aku tu kasi 15 hari jer. Dulu opismate slalu heran mana aku dapat masa untuk travel sana sini macam orang gile. Taktik aku, aku pandai "curi" cuti. Terpaksa la aku berhempas pulas slot in public holiday dengan weekend dalam rangka masa trip aku. Patu beli tiket setahun or setengah tahun nyer gap. Nak benti, kang lagi la tak berjalan aku dibuatnyer. (Laki aku cakap, bleh benti...tapi trip gi Melaka je la...) Maka terpaksa jugak la jadi hamba abdi. (Nasib jugak la company aku tu kasi duit lebih buat bayar hotel.) Selamat tinggal server-server haprak, ko bukan lagi dibawah jagaan aku.

Takpe...takpe...walaupun jauh disudut hati aku rasa cam nak ikut je semua orang berjalan, walaupun jauh disudut hati ni macam nak mintak je duit kat korang sume termasukla pak mentua aku, walaupun jauh disudut hati aku nak jual rumah, jual keta, jual diri, AKU PASRAH...pasrah yang tak ikhlas! Nak-nak tempat yang sume orang pegi tu aku tak penah pegi lagi! Waaaaaaaaaaaaaaa...

Pegi lah wahai kawan-kawan ku...pegi lah...sob sob...biarkan aku disini membaca blog-blog korang yang penuh dengan keterujaan itu...hahahaha! Aku sokong! *pejam mata, ketap bibir*

Nah. Aku bagi muka tahan dengki camni kat korang. I'm watching you!
*dua jari tunjuk mata aku, mata korang, mata aku, mata korang*

Sunday, October 16, 2011

RWC 2011 - Final

WOOHOO! 

France has thru, now All Blacks killed the Wallabies! Puas hati aku! Though they were bleeding like hell, it's ok, for the sake of their country. McCaw, Nonu, Weepu, and the rest, you go boys! For Cooper, booooooo! Hahaha!


All Blacks gonna face France in the final! It will be a strategy vs physical game, I must say.


Both team went to final for 3 times, but All Blacks won once, while France never got lucky, yet. With 110%, I bet All Blacks gonna win this year :D Fingers cross! Tadah tangan doa.

Watashi No Namae Wa Biku Desu!

Remember who is the King of Sushi? Go laugh.

I am sooooooo freaking love nigiri-zushi, especially chuka iidako (OMG SOTONG KURITA SEDAP!), tsubukko, egg mayo and cheese tobikko. (Menceceh dah air liur ni!)

And I don't mind to get it from Sushi King or Jusco or Cold Storage. (Jusco cheaper, satu RM1 je, so aku sapu je kat situ.) I did try tako zen at one of the cart, boleh la...Other than this, I like saba teriyaki from Sushi King, and japanese soba from Secret Recipe. Teppanyaki kat Sg. Wang pun sodap!

Can't wait for Japan trip! (Need to brush up my nihongo...tu la dulu belajar bahasa kesat jer!) I really hope that I try all these in Japan itself (tolong la jangan ada arak ke babi ke dalam kedai tu). I bet they have MORE than what we have here. Lagi weird, I must say. Cool...

For those who wants to get to know these type of contemporary dish, here is Sushi 101.

Thursday, October 13, 2011

More Books From Big Bad Wolf

There you go. Another bunch of books that we bought during our second visit to The Biggest Book Sale In The World.

The Hulton Getty Pictures Collections by Nicholas Yap.  
- The reason why I bought the whole collection was due to the simplicity of the content. As a left brain user, images with captions do stimulate my thinking. Aku malas baca sebenarnya, tengok gambar memang aku suka :D
- It's in three languages, English, Japanese and Chinese.
- And it didn't cost me much, RM8 per piece.

Travel Around China and 100 Most Infamous Criminals.
- Travel books were still the same books that I saw during the first visit. No Italy, no Japan, no NZ, no Australia, no no nothing. So we just grabbed this book that covers China, solely.
- RM12 per book.
- Ah, another criminal stories. (The dark side of me.) Likely the same with the True Crime that I bought earlier, but this has no paper cuttings. Why would I get two similar books? Coz it has one of the MOST evil lady in the world, Elizabeth Bathory. (Go figure.)
-RM15 per book. Tinggal satu jer rasanya...

Programming books.
- Don't ask me, I know nothing. These two are my hubby's. Geek! Hahaha!
- RM12 and RM15. BUKU TEBAL YANG PENUH ILMU DIDALAMNYER SEMURAH ITUUUUUU!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog