Nuffnang Latest

Sunday, November 29, 2009

Tiada Masa!

...saya MASIH tiada masa untuk ber-blogging tentang phuket-phi phi-krabi...sigh...

...kena buat cepat-cepat ni, nanti lupa semua cerita!

...ok, upload gambar dulu kat FB!

Thursday, November 26, 2009

Sexiest Man Alive!

Oh ya...we are destined to be together...can't deny that...

While waiting for AK 856 to Phuket, that was delayed for an hour, he is, AGAIN, voted as the sexiest man alive in People's Mag.

Such an eye candy :)
(pushing Paradis away...hahahaha!)

Wednesday, November 25, 2009

Shop Is Now Open!


I'm backkkkkkkkk!


Stay tune for posts and pictures!


Thursday, November 19, 2009

Ke Siam Lagi Kita...

WILL OFF TO PHUKET-PHI PHI-KRABI FOR 5 DAYS!

Tutup kedaiiiiiiii!

Tuesday, November 17, 2009

2 Tahun Lepas


Semalam nikah...

Hari ni kawin...

Happy 2nd anniversary to us!
(Let's Honeymoon @ Phuket-Phi Phi-Krabi!)

"Jangan uji kebahagiaan itu, nescaya ianya tidak akan lama...
sebaliknya, kecapilah kebahagiaan itu, pasti ianya akan kekal selamanya..."


P/S : Adib kasi octopus tu...cute sgt!



Wednesday, November 11, 2009

Saturday, November 7, 2009

Pretty Fly For A Local Band?

Dulu masa gilakan HW3, memang layan live band. Mana diorang perform, kat situ jugaklah kitorang akan pergi. Dan dah berjuta kali jugak la I dok compare band lain dengan HW3 ni. Memang masih tak leh lawan la combination Effie and Winnie yang memang sedap nak mampos tuh!

Since kat Awana Genting ni ada live band, terasa macam nak layan la kejap, tengok camne best ke tak band ni. Pretty Fly, 3-piece, muka cam Philipino tapi sebenarnya local. Ada guitarist, singer (pompuan) and a keyboardist (macam penah tengok). I sampai masa 2nd set. Duduk, order coke (pergh dah lama tak bayar coke RM10), tengok keliling, kerusi lagi banyak dari crowd. Hmm...mesti bosan ni.

Guitarist tu nyanyi...lagu Indon? Ungu ke apa ape tah. Syok sendri! Dah la tu, nyanyi dengan mengetap gigi! Camne tu?! Ahhhhh...abih la ni. Patu keyboardist tu plak nyanyi...lagu Heal The World by MJ...dia rasa sora dia bleh pegi la tu kot...bolehhhhhh laaaaaa (masih tengah figure out sape keyboardist ni).

Ada orang request, lagu cam gampang. Ada ke mintak lagu Lady Gaga!!! Macam tak penah tengok band perform. Manade band perform lagu yang latest-latest sangat bangkaiiii. Dah bosan sangat, I jerit "I WILL SURVIVE! I WILL SURVIVE!" Ha itu ye sume band penah main. Hahaha! Tapi tak dapat sbb diorang nak break for last set.

Masa dorang break 15 minutes, singer pompuan tadi datang kat I. Lepak, I introduce nama I, and dia introduce nama dia Ijah. I start korek..."Lama dah kat sini? Before this kat mana?" Dia cakap la dah 3 bulan kat Awana...before this merata ar kat KL area. I cucuk lagi..."Oooo...so kenal la HW3? Effie...Winnie...Kudin..." "Aaa Winnie...kenal...orang Kelantan kan?" dia tanya. "A'ah! Hahaha..." Patu cite la Winnie dah kawin, laki Kelantan gak, ada 2 anak nak masuk 3, anak-anak pun cakap Kelantan! Patu dia ingat la Winnnie ni putih melepak, Abg Bard rambut panjang and so on (dia macam tak kenal Effie je). Patu I tanya la sape keyboardist tu, muka cam kenal. Dia cakap ex-NRG. Ooooo patut la cam penah tengok, tapi masa tu dia rambut panjang. Ijah tu cakap, dah 3-piece ni kena potong rambut (tah tak paham nape, I abaikan je.)

Then diorang start the last and final set. Bukak je set, terusssssssssss "At first I was afraid, I was pretified..." I WILL SURVIVE LA KORANGGGG! Hahaha! Dapat gak! Memang best la aku dok bergoyang (kat kerusi je la pun, takde geng). Patu tetiba lagu I'll Be Missing You (Puff Daddy) tu ada add lip "...seluar dalam (kuning), ...seluar dalam (belang), ...seluar dalam (masam)" APE KESS??? Kahkahkah! Trying to be funny, tapi orang tak gelak ok!

Patu dah start balik lagu orang tua...tak leh bawak rock sebab takde drum and base. Kan dah rugi camtu...dah abis, I balik bilik. So, memang...susah la nak cari band yang bleh caras HW3 (rempitnyer bahasa)!

Friday, November 6, 2009

Zaman Jahiliah : Tahap Baru Kerja

Orait...dah lepas zaman sekolah rendah, menengah, kolej, kita masuk ke era zaman jahiliah tahap baru kerja.

Hanjing
Dulu Skin sempat keja ngan aku kat satu medium-sized construction company cina. Aku buat IT, Skin buat Project. Memang sempoi sebab ada geng. Kitorang plak leh pakai seksi-seksi sebab sume cina and diorang tak kisah. Ada satu hari ni kitorang pakai above knee length leather skirt with leather boots! Wahhhh...gile, clubbing nyer attire bawak gi opis. Umah aku dekat dengan opis masa tu (jalan dengan kuasa kuda 5km/jam, dalam 10 minit bleh sampai dah.) Kisah ni terjadi masa waktu lunch or nak balik, aku tak ingat la. Masa kitorang turun dari opis, nak lintas lorong depan opis ni, bleh takkkkkkkkkkkkkk ada hanjing ni tetiba menerpa ke arah kitoranggggggggggg!!! "Kong! Kong!" Dia terlompat-lompat sideways, menyalak macam gembira ke marah ke nak main ke ajak berkenalan ke apa ke aku tatau! Tapi sumpah aku ngan Skin lari dengan boots tu!!! Sambil aku dok "Syoh! Syoh!" kat hanjing tu guna handbag aku ke file ke tau takkkkkkkkkkkkk!!! Ya Allah, aku bukan apa, kena samak satu hal, kena gigit kang kena penyakit hanjing gile satu hal, MALU SATU HAL sebab hamboi pakai baju gile seksi siap skirt and boots tapi lari lintang pukang kena kejar hanjing! Dah la tu, sambil lari tu leh gelak-gelak, mau tak penat! Seminggu jugak la dok gelak pasal tu bila cite kat budak-budak cina kat opis tu...

Alaaaaaaaaa...budak-budak ni ajak gi tengok live band plak kat bawah ni...nanti sambung...(ye, masih di Awana Genting for training...kat tv tengah tunjuk Nur Kasih and aku geram sangat sebab orang-orang dalam cite tu sume bodo bleh simpan je sume hasutan si Sarah TANPA TANYA BALIK orang yang diceritakan itu...argh! Sakit jiwa!)

Thursday, November 5, 2009

Zaman Jahiliah : Tahap Kolej

Ha, lemme tell you guys zaman jahiliah tahap kolej plak.

Fanatik
"Bukan aku tak cintaaaaa...padamu semakin ku relaaaaa" tau lagu apa? Nur Kasih - Slam (bukan cerita Nur Kasih kat TV3 tu ye.) Ha dulu, aku minat gile kat Zamani Slam ni. Sebab dia hensem rambut panjang straight plak tu! Haiiiiihhhh! Walaupun dia nyanyi mulut terketar-ketar, mata agak spero, aku tetap puja dia. Punya la puja sampai aku buat kad raya besarrrrrrrrrrrrrrrrrr gile sebesar dua keping kad manila yang dijahit kat tengah, nak pos kat dia. Masa ni aku kat MCC Kuantan, Jalan Gambang. Kalo korang penah gi Kuantan, mesti kena lalu highway Jalan Gambang ni dulu. So tau-tau je la, jalan straight, keta laju. Untuk aku pegi ke pos mini seberang tu, aku kena memperjudikan nyawa aku untuk melintas macam hayam dengan cekap dan cepat! Masa aku tengah pecut laju nak lintas, aku tak sedar yang aku dah 'terlepaskan' kad raya giant tu tadi! Skali bas laluuuuuuuuu, "zasssssss piunggggg pannggggg ketinggggg buuhhhhff pinggggg fiusssschhhhh!" Melayang dilanggar kereta bertubi-tubi tanpa henti! Aku punya lariiiiiiii nak selamatkan kad raya besarrrrr tu, nasib baik tak kena tangkap ngan polis di cas menghalang lalu lintas! Aku dapat jugak kad raya tu balik tau. Aku tengok sampul dia (ada sampul ok, guna 4 pembalut hadiah) amazingly hanya remuk, tak koyak! Perghhhh! Aku betulkan balik skit-skit, aku pos jugak :D Tatau la Zamani Slam tu dapat ke tak kad tu...tak kuar dalam majalah pun! Hahahaha!

Bohjan
Masa kat MCC, Kuantan, aku couple dengan ex-bf aku. Dia ada kawan. Aku tak sangka plak bila aku masuk kelas agama Ustaz Ramli (we called him CDRom), semua pelajar laki! So kitorang yang 4 orang perempuan ni, slalu duduk belakang, tertunduk malu bila CDRom ni cakap lucah (ya Allah, dia memang otak lucah punya ustaz tau!) Tak lama pastu, aku cam prasan sorang mamat ni. Dia duduk row depan kitorang, kira row paling last untuk budak laki la. Eh dia ni macam kawan ex-bf aku! "Weh, bohjan!" (Serious aku tak ingat apa nama dia. Yang aku ingat dia anak tokey balak. Tu je.) Patu, dia pandang! Betul lah tu! Teruk gile aku kan? Kenal orang dengan nama bohjan. Dah la masa tu memang tengah hot pasal bohsia bohjan ni, and I don't even know why he was called so. Lama-lama aku baik gile ngan bohjan ni tau...dan sape sangka, mamat yang aku kenal sebagai bohjan ni adalah Chepeque, dan Chepeque ni adalah Shahrul Nizam, dan Shahrul Nizam ni lah suami ku sayang sekarang :D Ha, camne?

Lesen
Amik lesen kereta kat Kuantan. Susah sangat ke? Macam tak banyak kereta je kan kat town Kuantan tu. Accept semua JPJ kat Malaysia ni mestiiiiiiiii ada bukit kat pintu masuk. So ok lah. Aku amik lesen masa kat kolej. Actually aku memang dah pandai bawak kereta and motor, cuma aku takde lesen je lagi. So untuk bawak kereta dengan sah, ku gagahi jua la. Masa hari test tu, panas gile! Masa ni JPJ masih pakai Datsun buruk untuk test orang. Aku try je, alemekkkkkk clutch dah la tinggi! Keras plak tu! Dugaan sungguh! Tapi maintain...aku bawak dengan cemerlang untuk pegi kat tempat test bukit. Pass! Bila dah pass, parking la plak kan. Ceh...confident je la. Dah la kereta buruk! Depan, blakang, depan, blakang...dalam posisi mengundur la ni..."Ktanggggg tanggggg tanggggg..." Semua orang pandang aku! Ya Allahhhhhh camne niiiiii aku failed keeeeee...aduhsssss! Pegawai JPJ tu naik. Dia suh aku jalan. Muka aku dah gelabah. "Nak gi mana cik?" "Bawak keluar..." Aku drive dengan muka kesian sambil gelabah tahap gaban. "Orang mana? dia tanya. "Perak cik...Taiping..." "Ooooo tepennnnnn...orang sekampung la niiiiiii" dia balas kuat. "Hmmm...tadi palang jatuh kan...camni la, saya bagi lulus...boleh bawak gheta kan? Ha, bawak elok-elok...saya tau awak bleh bawak..." TERKERJUT BERUK AKU MASA NI! LULUS TU WEHHHHH! KIHKIHKIH!

Babi dan Kunyit
Masa kat PPP/UiTM, hostel kat Seksyen 18, kolej tempat belajar kitorang kat Sekyen 17. Kitorang ni bayar mahal nak mampos, tapi macam di anak tirikan oleh Main Campus. Sebabnya, kitorang bayar fee beribu, Main Campus bayar beratus je, tapi bas baru yang berhawa dingin tu milik dorang! Ada ka patut?! Makanya, kitorang kena cari jalan lain untuk pegi ke kelas setiap hari. Semua orang tau adanya bas mini. RM0.80 skali naik. Oleh kerana kalernyer sangat pink, kitorang panggil "bas babi". Saingan paling rapat for "bas babi" ni was "bas kunyit"! Tau kenapa? Sebab "bas kunyit yang berkaler kuning ni berharga RM0.60 if tak silap (kadang ada yang RM0.70, kurang sekupang je dari "bas babi" but still murah la kan.) Cuba teka, bas apa yang slalu kaler kuning? Bas skolah la kan. Ha bas skolah ni (yang bentuk kecik-kecik je, yang besar tak main) lepas diorang antar budak-budak gi skolah, diorang kira cam cari duit extra la, jadi bas hangkut kitorang gi kelas. Hahaha! Tapi kena tunggu ramai skit baru dia jalan. Kalo tak, memang tak jalan la, tak pulang modal. But still la, tak leh lawan cilok ngan laju bas mini pink tu...tak lehhhhhh...bas mini hebat lagi walaupun mahal sekupang dua! Hahaha! If naik, memang sampai dulu la dari bas skolah kuning tu. Patu, memang kalau tak pegang tiang or tak pegang kerusi, memang bleh tercampak ar! Rempit abis!

Rasuk
Masa kat MCC, aku rapat dengan dua orang kawan perempuan, Nina and Fiza. Tapi partner in crime aku si Nina la. Dia ada boyfriend budak Kuantan, budak Taman Guru (kira bukan budak kolej la). Tah mana dia kenal. So takpe la, kitorang kenal-kenal la ngan mamat ni. Satu ari ni geng-geng budak laki aku, Zan, Labob, Kem, and few other guys buat plan gi Cherating. Zan ni gile! Bawak kancil macam bawak off road nyer keta! Dah terbabas pun still leh angkat tangan tanda setuju! Gile! Hahaha! So masa kat Cherating ni (uish ni tempat lepak budak-budak MCC la, sampai ustaz slalu buat raid la) Nina and boyfriend dia ikut skali. Malam tu, masa kitorang tengah baring-baring dalam chalet budak laki, dengan cerita hantu yang menakutkan, tetiba bf si Nina ni (aku lupa nama dia) ni cakap "Korang! Kem kena rasuk!" Kitorang terus la bergegas ke tepi pantai, cari dia dalam gelap, tengok-tengok dia terbaring kat tepi air, basah kuyup! Tak sedarkan diri plak tu! Aku apa lagi, terus peluk dia ajar mengucap! "Mengucap Kem, mengucap! Ashhadualla ilahaillallahhhhh waashhaduanna muhammadarrasullullahhhhh!" kat telinga kanan dia. Hampir nak menangis gak la aku, sebab orang sekuat Kem tu bleh lemah semangat (dia cam alim-alim skit la). Patu masa balik ke chalet ni, tetiba mamat si bf Nina tadi tetiba tepuk tangan kuat-kuat! "Syabasssss..." dia cakap, "What a drama..." dia tambah. SEPANTAS KILAT SATU TERAJANG SUDAH SAMPAI KAT PERUT DIA, SATU PENYEPAK SUDAH SAMPAI KAT MUKA DIA! (Terajang by aku, penyepak by Nina.) Diorang bleh takkkkkkk belakon sebab nak mainkan kitorang! Ha amik hobat kena sedebuk! Dengan Kem, Kem, skali kena maki ngan aku! Memang lakhanat tau mamat bf Nina tu. Terus Nina mintak break off. Padan muka! BODOH MACAM KAMBING!
Sampai skang kitorang masih duk kutuk dia bila teringat cite ni. Especially part aku ajar mengucap tu...KAHKAHKAH!

Adeh....tak leh ingat la, banyak lagi ni. Bleh spill out lagi ni! Tapiiiiii...agak sejuk dan mengantuk la kat Awana ni...penat lawan karaoke dengan uncle cina yang memula malu, alih-alih siap rampas remote, pilih lagu, and dalam list lagu tu, semuuuuuuuuuuuaaaaa lagu dia!!! Dah la lagu cina, omputih oldies evergreen, tak penah dengar plak tu! Bleh tak dia select songs, cakap "Aiya, just pick la any song, don't care la..." Patu dah pasang, dia tatau lagu tu! Dah la tak leh delete! Kena dengar sampai abis! Hoi, you don't care, but I DO CARE LA! Bosaaaaaaaaaaaannnnnnnnn! Ada hati suruh kitorang tunggu lagi dengar dia abiskan lagi dua lagu (lagu aku ada satu lagi Menghitung Hari kat bawah lagu dia, tapi aku sanggup balik tak puas hati tak dapat nyanyi, daripada dengar dia sambung lagi dan lagi!) Balik la uncleeeeeeeeeee!!! Last-last, kitorang yang blah :| hmph!


Wednesday, November 4, 2009

Zaman Jahiliah : Tahap Menengah & Rendah

Tetiba teringat masa dulu-dulu, zaman sekolah menengah rendah...(ni sume Aisha punya keje nih!)

Crush
Bila Aisha cite dia gilekan Slash, perghhh, gile ganas. Aku hanya gile suka kat Fred Savage (Wonder Years) sebab cerita dia pasal budak-budak bercinta. Sama macam Mark Paul Gosselaar (Save By The Bell). Dua-dua ni memang jenis cute-cute nyer type la. Tapiii tak leh lawan Aaron Kwok dengan Leonardo DiCaprio! Aku punya suka kat diorang ni sampai aku pegi kedai gunting rambut cina amoi tu, mintak dia potong rambut sebijik macam diorang (tau kan, rambut pendek bulat belah tengah tu?) Apa? 21 Jump Street? Pompuan bodo je tak kenal Johny Depp dalam tu! YE, MASA TU AKU BERSUMPAH, AKU SANGGUP TIDO NGAN DIA DOWH! HAHAHAHA! Handsome tahap gaban tau! Almari jangan cakap la...dari luar, kosong, baik je. Bukak je dalam, nah, melekat sana sini gambar artis kesayangan! Bila spot check, jenuh cover ngan tracing paper or brown paper! Kahkahkah!

Tudung
Masa kat hostel dulu, WAJIB pakai tudung. Ye la, asrama kan. So budak-budak perempuan ni, biasa la...tak mencabar la selagi tak tunjuk rambut ko kaler apa, corak apa, bentuk camne kan. So, untuk berbuat sedemikian, korang kena masuk apa-apa acara sukan. Tak kira la netball ke hockey ke. Aku masuk dua-dua. Haaaaa...masa pukul bola or nak amik bola tuuuuuu la tetiba tudung terlucut! Hahahaha! Tak bleh blah ok! Masa tu plak rambut aku gile karat. Baik ngan cikgu disiplin je, terus lepas. Tudung plak, zaman tu semua letak kertas la, transparency la (betul, nak kasi bulat nyer pasal), or paling cikai, skarf yg dilipat berulang kali.

Rap
Ni paling saiko la...dulu, mesti nak glamer kan? Salah satu acara untuk mengglamerkan diri, junior akan lawan menari rap dengan senior (abang-abang sahaja). Masa tu zaman Kriss Kross, MC Hammer, 4U2C, Nico, KRU kan. Tapi ni bukan menari secara street dance depan-depan tau. Ni lagi gile. What the juniors did, diorang akan naik katil atas (double decker) and nari atas katil tu! So korang bayangkan la, atas tilam getah tu, bergegar-gegar katil besi karat tu, kipas angin kat atas kepala, tapi korang nari terhenjut-henjut tak jatuh! Hahahaha! Seniors plak akan tengok dari block seberang, direct ke celah-celah jaring kat block bawah tempat juniors tadi menari (kira seniors bangunan dua tingkat, juniors kat bangunan setingkat). Ha gile tak gile! So the next day, masa prep, lalu depan kelas abang-abang senior, masa tu ko akan dapat ranking korang. "Yang ni...ok...yang ni...tak ok..." gile kasi kasta! Hahaha!

Baju
Aku ni rapat ngan arwah mak. Arwah mak plak sukaaaaa tempah baju. Kalo dia buat reben, reben la aku tiru. Kalau dia buat ropol, ropol la aku. Kalau dia buat lis, lis la aku. Punya la aku puja baju-baju dia. So masa kat asrama, baju aku agak "terlebih sudah" la kan. Siap ada baju kurung kaler shocking pink! Sape nak jawab! Patu tak pakai kain dalam adalah satu kemestian sebab konon jarang, leh kasi abang-abang ngorat. Bahananyer, akak senior yang jeles patu kena cop budak gedik! Hahaha! Korang penah conteng kain? Ala...kat pelipat kain skolah tu. Guna liquid paper :D Aku penah. Setiap pelipat tu ada signature kawan-kawan. Bila assembly, ramai yang kantoi. Tapi aku lepas, sebab pe? Sebab baik dengan cikgu disiplin. Hahaha! Penah pakai/tempah seluar "gayboy"? Yang ada buckle kat tepi kiri kanan, kain kotak-kotak tu. Ha, sampai kena maki ngan abang sendri la kan. Kahkahkah! "Seluar sapu lantai" katanya.

Rambut
Selain daripada rambut bulat belah tengah ala Aaron Kwok tadi, aku jugak penah ada "remos" ala Ruhil Amani penyanyi lagu Kawan tu! Semua ni sebab aku ada dua orang kakak yang hidup zaman Ruhil. Aku plak terpinggir, budak plak tu, so nak join punya pasal, aku buat rambut camtu gak! Siap kembang ala cobra lagi kat kiri kanan. Ya Allahhhhhh! Bleh plak auntie kedai tempat arwah mak slalu perm rambut dia, gunting pendek, siap kasi ekor! Ingat tak rambut ekor??? Haaaaaaaaaa aku balik nangis tau! Macam hina nyer ada ekor rambut auntie ni pejadah buat rambut aku camniiiiiiiiiiiii!!!

Kawan
Dulu aku ada sorang kawan rapat, sebelah rumah (kanan, kiri tadi umah Tok Udoh tu). Kitorang suka main "fashion show". Tengok rumah sape yang takde mak bapak, kitorang buat kat situ. What we did, sorang masuk bilik depan, sorang bilik blakang. Patu reka la nak pakai baju camne, seksi ke tak, ikut citarasa masing-masing. Patu jerit "Dah ka?" "Dah!" "Satu, dua tiga! Tadaaaa!" Macam cowboy main tembak-tembak tu, tapi kitorang tunjuk la baju ciptaan kitorang. Dia besar skit dari aku, jadi sah-sah la dia seksi lagi, putih plak tu! Tapi sian dia, skang saiko, duk umah tak keje, tak kawin-kawin lagi. Sigh. Dalam masa yang sama, kat area tu, ramai budak kecik...dalam 10 orang gak la! Kitorang ni macam tai ka che la kat diorang. Aku suka buat sukan lumba lari. Hadiahnyer, aku kait getah belacan buat rantai, patu lukis kat kertas kadbod, No.1, No.2, No.3. Patu sape menang, kalungkan la. Orang cakap kitorang buli budak-budak tu sebab asik kitorang yang menang. Manade! Hahaha!

Abang
Kan tadi aku cite aku ada dua kakak? Since diorang remaja masa aku masih budak, aku rapat skit ngan abang. Beza setahun aje pun. So kitorang slalu main gusti. Siap ada aksi "kunci" kaki sume tu la. Bila aku sakit, aku nangis, dia suh aku diam. Takut abah marah sebab bising. Haha! Yang lawaknyer, dia ramai kawan kat area tu. Ada yang hensem, ada yang tak. Yang mana hensem, memang aku akan melawa la bila diorang datang. Main kawin-kawin tu dah jadi kebiasaan, sebab yang datang sume panggil abang aku, "Abang ipar" (konon). Disebalik keayuan aku yang tak brapa nak ayu ni (hitam-hitam pun maneh bak kata abang kat kaunter Puduraya tu), aku akan cuba berpakaian cantik la. So auntie aku suka buat baju tido ala maxi labuh. Aku punya suka baju tu, aku pakai la satu malam ni, pi kedai depan (ada budak tu aku suka, hensem.) Skali aku tatau la nape, aku buat flying kick la kat depan kedai tu. Ingat lepas la! Skali tersadung baju maxi tu! Gedebuk aku jatuh, nampak plak spender bintang tigaaaaaaaa! Ha, sebulan la aku kena ejek "Jula juliiiii bintang tigaaaaaa..." malu seh...

FunFair
Aku suka funfair (kecik-kecik panggil "panpe"). Aku jugak akan masuk segala pertandingan/acara nyanyian kat situ sebab arwah mak suka aku buat benda-benda seni ni. (jiran sebelah umah aku nama Tok Udoh, tok kepada FaraWahida si penyanyi tu. Kecik-kecik, Tok Udoh ni jaga aku dengan abang aku.) Zaman tu, Search, Wings, Fabian, UG14, Damasutra masih lagi pegi buat show kat funfair camni (aku ada gambar dengan Search ok, pakai baju Chicago Bulls. Sungguh la tak masuk!) Seronok nyanyi kat funfair ni sebab ramai orang tengok. Agak menggeletar, tapi ku gagahi jua. Aku nyanyi lagu "Kad Ucapanmu" by Norshiela Amin. Hahahahahaha! Tatau nape aku pilih lagu ni! Tapi part ending tu aku bleh nangis sebak sebab lagu sedih! Host funfair tu tak terkata. Dah la tu, dapat hadiah! ROKOK SALEM SEKATON! Ada ke kasi rokok kat budak??? Dah la rokok pondan plak tu!

Banyak lagi...nanti bebila sambung! Nak ke Awana Genting for Teambuilding bosan...bye! Btw, kalo korang ada cerita menarik masa zaman jahiliah tahap menengah dan rendah, cerita la!

Tuesday, November 3, 2009

What Is Your Blood Type? WELL I DON'T KNOW!


Call balik LPPKN for 2nd appointment. Amik blood test lagi for day 21 after period. Pagi tadi pegi jam 7.30am. Sampai je terus dia panggil nama. Cepat dan cekap!


"Sister...sister...nak mintak tolong skit..." nurse yg slalu tu panggil.

Sister tu datang and tengok lengan I and said "Alamak!"

WHAT'S THAT SUPPOSED TO MEAN? KALAU KORANG, TAKUT TAK??? TAKKAN LA TAK JUMPA URAT LAGI CAM ARITU??? GEMUK SANGATKAH AKU???

Tapi disebabkan Sister tu berpengalaman dan hebat, dia dapat gak amik darah I. Lepas siap, I said "I luv u sister" and smile :D

Memandangkan darah ni diambil untuk hormone test, dan setelah umur 31 baru nak tau darah jenis apa, I requested them to check sekaligus. Hahaha...bleh tak, tatau darah jenis apa! Hish!

Total? Hanya RM19 (Hormone test = Rm14, ABO nak tau jenis darah =RM5)! Freaking cheap kan???

Result ujian darah haritu for both husband and wife (Hep.B, STD, HIV) semua negative. Alhamdulillah.

So, kena tunggu this month nyer 1st day period to call LPPKN for 3rd appointment. This time baru dapat jumpa doctor. At last! Let's hear what she has to say bout us...harap-harap semua ok, semuanya murah, semuanya senang...amin amin aminnnn!

HSG Test At Tawakal


Ok, sambung cerita pasal LPPKN. Right after 1st appoinment aritu, I diminta untuk menjalani HSG test kat Tawakal (the cheapest among all).

This test meant to check uterus and fallopian tube, as well as the area around them. Kenapa nak check? Sebab nak tau system tu ok ke tak. And how did they do it? Dengan memasukkan dye dalam thin tube melalui va-jay-jay terussss ke uterus! Sakit? Penah buat Pap Smear? Lebih skit sakitnya dari itu, sebab besi tube tu panjang and berbentuk anak panah! (Ok...I need to stop before korang sume takut nak buat...tapi bagus buat benda ni tau...)

Sampai kat Tawakal, terus ke bahagian X-Ray. Dont forget to bring the form yang disediakan oleh LPPKN. Then tukar baju wad (ala yang ada butang kat blakang je tu), and wait till u being called. Masuk bilik X-Ray, baring. Ada scanner sebesar mesin photostat heavy duty kat atas badan u. Radiologist assistant tu akan amik gambar uterus before HSG test dilakukan, sampai la dia puas hati gambar tu ok and elok.

Tunggu Radiologist datang. Then bermulalahhhhhhh...dia bukak set besi-besi spatula pejadah tu, aku dah gerun! Masuk je benda tu, perasaan nyer still sama cam buat Pap Smear. Tapiiiiii lepas dia masukkan besi spatula ape tah tu with the thin tube, memang terasa sampai ke pusat tau! Sakit la. Lepas dye dalam thin tube tadi tu dilepaskan, X-Ray sebesar mesin photostat tadi akan capture kemana dye tu mengalir. Adakah melepasi fallopian tube hingga ke hujung kiri dan kanan? Semua akan nampak. (Mine nyer, kiri faster than kanan...jauh skit tube nyer...but still sampai, if tak sampai tu yg risau...).

Then I kena tunggu 30minit for last scan. Dia akan amik gambar ke mana cecair tu keluar. Masa ni dia kasi pad (tebal gile cap ayam) sebab dye tadi akan kuar bersama darah skit (tatau mana datang darah tu...masa jolok tadi kat dalam kot...ye la, dah bentuk macam anak panah!) Lepas amik gambar, nampak la cecair tu keluar, kira normal. Alhamdulillah. Terus amik X-Ray result and keluar kiss hubby :) Alhamdulillah...at least, kita sama-sama ok kan ayang? :)

Next?

Monday, November 2, 2009

Music Making : Do Your Own Ringtone


I luv to make my own ringtones (coz i hardly find a free and nice ringtone from internet according to the verse that I want).

First, I use Digital Media Converter to split the song by mark in and mark out the portion that I want. Since this software is unregistered, I can only split it for 30seconds (approx. 2 verse). That should be enough for a caller ringtone or message ringtone.

Then, I need to convert the selected entry from MP3 format to WAV. Yup, this software can't do direct conversion from MP3 to MP3 (maybe in full/registered version.)

After that, since Digital Media Converter can't do the conversion, I have to convert the selected entry from WAV to MP3 back, using Cheetah Audio Converter. (Don't ask me why I need to use 2 softwares just to do the conversion. Read between the lines.)

And finally, I do some touch up by edit the selected entry to fade in and fade out, for a better result, using FlexiMusic Wave Editor. (I totally forgot which software that I used previously, darn! And this software, just got it downloaded today! Feels like sound engineer dowhh!)

And voila! Beyonce - Halo is now my ringtone! (Nak beli? Satu lagu singgit! Kahkahkah!)


Snooker Legend, Jimmy White


Jimmy Whirlwind White is IN town! Unbelievable! Hubby and I gonna catch him tomorrow @ Red Ball South City Plaza!

p/s: kita main terus la ayang? :D

Sunday, November 1, 2009

"BiqCloZet" In The Making!


I'm going to start a pretty personal online shop that slightly similar to my previous garage sale that I had 3 years ago. Am gonna call it,
"BiqCloZet" (how bout that? Coz they are handpicked by ME! Swallow that :D)

Basically, I have too many things in my closet...clothes, accessories, shoes, you name it. I have a bad habit where I only wore once (okay, maybe twice), then it will be at the bottom down of less-favorita-folded-clothes on the next day. Can't help it! Believe me, those clothes even walk to hubby's closet just to get a minor chance to say "Halo, I'm still here! Remember me?" right to my face! (I bet hubby gonna have rolling eyes then.)

Some clothes are becoming smaller (in denial that I AM THE ONE who are becoming bigger and bigger each day) and some, I just don't have the heart/feel to wear it anymore. Simple. Not to mention, I love shoes but not all shoes love me. They failed me most of the time. So I need to get rid of them, as soon as I can (thank god, some of them already line-up in Zaff's shoe rack.)

Besides used clothes and shoes, I also have tonnes and tonnes of accessories that I hardly wear. To name it, earings and beaded necklaces. Three words that I can describe on the feeling of having them are, I HATE THEM. (They came from China, don't ask me why I bought them, will you?)

Uh-uh, not all items on sale are used pieces. I will definitely get you guys new items not for BiqCloZet, but for "your closet". This idea being hold back for quite some time when I start to travel around Asia. I usually buy things for my family and close friends besides myself. Getting an urge from Dibitz the online business-minded guru, and Deb the business-mindset lawyer, I think we have come to an agreement! (Anyone, ANYONE who wants to sell my things, you are welcome to do so.) Am gonna call it,
"Sell Biq's, You Get Tips!" (I might be talkative but I don't know how to sell.)

When will I start? Right after I screen my clozet and right after I came back from Phuket-Krabi. Okie-Dokie?

Shall I start with "cheap wall deco sticker"?

Let's Lepak WiFi

(yup...my husband memang kain pelikat hardcore fan...hahahaha!)

This is what we call, Hubby-Wifey QualiT Time : IT Era.

:) Sebab nak temankan kucing kecik si Memey tu, kitorang pun lepak kat luar menghabiskan
petang weekend selepas hujan...tapi Kiki kat dalam, dah macam anak tiri dah dia kitorang tak layan...hahaha...ye la, dah kena spray ubat kutu, arini kena mandi guna shampoo halau kutu plak. Padan muka. Si Memey sonok betul main lari sana-sini...nak-nak kena layan dengan cik Nanzo yang singgah kejap dengan cik Deb sepulang minum petang di Jusco.

Yang kitorang laki bini ni pulak, sibuk berinternet. Ye lah, apa lagi nak buat besides that kan. Dua-dua budak IT, belasah je la. I dengar lagu Halo-Beyonce, and hubby download Apocalypse:Second World War Episode 2. Dah siap, kita kasi burnnnnnn!

God Bless You, MJ


Watched This Is It : MJ yesterday and one word that can describe it,

AWESOME!!!

I even luv MJ more...


...like what you always said MJ,

God Bless You...

Laksa Shack @ Giant Kota Damansara


My dear darling, Elly, now a manager, an owner, of franchise Laksa Shack at Giant, Kota Damansara. Congrats dear...and I luv ya! Muah!

PERGILAH KE SANA BERAMAI-RAMAI
DAN CUBA YA?
DIJAMIN SEDAP!

The shop on launching day
The crews (from left)
Fizzi, Faiz, Firdaus, Elly (owner+manager), Shira, Ika, Kak Lyn (partner)
I luv ya!
My choice (twice) of the day, Bihun Tomyam! Sedap gile ok!I got "welcome kitchen tour" and I want that freezer!Facebooking+Cashier perhaps?TT session with Kak Lyn of on board kinky stories were awesome!Kudos to Deb for beautiful photos.

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog