Nuffnang Latest

Friday, July 31, 2009

Biq : Before and After

Dulu I SANGAT kurus...sape yang kenal I dari dulu, memang tau betapa kurusnya I...dan betapa gemuknya I skarang...for those yang baru kenal I, memang tak kata apa-apa...Tapi setelah ramai sangat yang kenal I dulu terkejut beruk dan slalu cakap "huih biq dah gemuk" atau "eh ok la camni skarang, dulu tu yang kurus sangat", this post akan membongkarkan how I transformed from a SKINNY BIQ to BIGGY BIQ. (Atas permintaan Na, ha nah ko Na, layankannnnnn...)

2002
Masa ni baru keje setahun.

2003Masih boleh pakai bikini.

2004Gile Slim.

2005Masa ni keding gile!

Ni sumpah paling keding skali dalam sejarah!

2006Dah macam berisi skitttt la.

Patu kurus balik. Tengok kaki...

Kepala besar, kaki kecik!

Ye, masih berani lagi pakai bikini.

Slim siut perutttttt!

Kaki tetap kecik. Peha kurus seh!

2007Masa ni perut maintain lagiiiiikkk!

Kaki masih kurus.

Tulang bahu masih nampak!

Ha tetiba terus berisi! Dah tau nak kawin :D

Ni baru kawin! Kurus sebab banyak preparation.

Ha patu dah start nak naik skit skit...

2008Potong rambut nampak kurus balik.

Patu mula la pipi tu start jadi muffin!

Ni la permulaan orang cakap I gemuk!

2009Ha patu muka ngan lengan dah startttt!

Patu perut pulak turut sertaaa!

Maka semuanya bahagian juga turut mengambil bahagiannnnn...

Dan terjadilah segala lemak di kiri kanan depan belakang atas bawah segala celah mak bedah seperti sekarangggggg!

Note:
Transformasi berat : From 39kg to 51kg
(tapi sebenarnya, from underweight to ideal weight tauuuuu :D)

Belicious Di Serang Sekali Lagi!

Tak puas hati lagi!

Hehe...

Petang semalam I ajak hubby pegi lagi Belicious! Hahaha! I can't stop thinking bout that white dress! Walaupun dah belambak white dress and top, I nak gak yang tu! Hubby sampai tanya, "Cantik sangat ke baju tu? U kan dah beli kat Thailand..." and I replied, "...sebab cantik la I nak...(dalam hati tak kira la dah pegi Koh Samui ke nak gi Krabi ke apa ke, nak gak!)"
And I got it! Yeay!

Patu Vie pun pesan satu...hasil dari pujuk rayu I suruh dia tengok website Belicious smalam.
And I got this for her. Bleh buat baju pregnant katanya...

[Pic by Belicious Boutique]

Ok, cukup...ENUFF! Habis dah ku tabur duit di sana sini... :) Kena hibernate jap...

Thursday, July 30, 2009

Kami Serang Belicious!

I bought all the above!

And Skin bought this!


I bought another 3 items from Belicious today...tak sabar nak beli through online, Skin picked me up and we went to Damansara Perdana. Masuk kedai, terus try! Code baju, harga, semua dah siap catit. Haha! Alih-alih, Skin pun beli satu! Termakan hasutan si suri rumah sepenuh masa itu. Haha! Thanks Nasif sebab layan kakak-kakak tak sedar diri ni ye...tapi takpe, awak jugak yand dapat duitnyer...hahaha!

Wednesday, July 29, 2009

Beauty Is Pain

I have recently removed my skin tags a.k.a acrochordons (macam raksasa gorgon je bunyi) on my face, neck, shoulder and chest. Kat KL haram mahal, seketul RM8! Mau beratus ketul nak remove kan!

What I did...I went back to my hometown (Taiping) and get them removed with only RM150! Tu pun masih ada skit-skit lagi saki baki here and there, but tak kisah la, instant result...janji yang kat muka, leher, bahu, dah tak nampak sangat...

Sakit? Yup! Macam kena cucuk ngan jarum kecik then ditarik-tarik kulitku patu digunting...minor bleeding tu wajib! Nak mandi and basuh muka pedih gile! But slowly, bekas tu akan hilang and takde kesan parut...

Hebat bukan?

Heart VS Brain

When we think of something,
does anyone think of it too?

When we think of someone,
does that someone think of us too?

I wonder...
and I ponder...

For damn sure,
Einstein has no twin!

For damn unsure,
that someone might or might not think of us back...

What say you?


Follow the heart...or follow the brain?


...coz I DID follow the brain...
...and now my brain is fighting compromising with my heart religiously...

Friday, July 24, 2009

Roger Federer : Father of Twin Girls!

Another celebrity with twin kids?!

And I wasn't expecting that!

It seems so easy nowadays huh...

Congrats Fed! We have found the next Venus and Serena :)

Monday, July 20, 2009

Koh Samui - Hotel Ibis

Ibis - Memang Hotel Tetap Kami.

Bangun pagi, mandi, terus gi breakfast. Macam semalam, amik benda yang sama. Lepas makan terus lepak kat pool. Nak amik gambar sebijik macam dalam internet. View pool mengadap laut! Haha! Macam-macam gaya dah, hubby pun suka. Cuaca arini sangat cantik. Panas terik. Cis! Kalau la semalam camni, mesti cantik gambar Ang Thong tu.
Gambar berdua kena gak amik untuk "wall of frame" kat tangga rumah nanti. Macam biasa, sorang depan sorang blakang, patu ganti. Haha! Dah abih satu pool kitorang bergambar, dah tatau nak buat pe.
Tetiba hubby dapat sms dari Firefly! Flight delay. Patutnyer 11.20am, delay ke 12.20pm. Laaaa...Firefly niiii! Seb baik antar sms. Seb baik jugak la hubby guna Digi. Seb baik jugak la orang kuning tu ada kat Samui. Hehe!
Museum - Lost In Translation.
So to kill time, kitorang naik lagi motor. This time hubby tak pakai helmet lagi. Wahhhhh dah cam local la ni kononnnn. I tetap pakai. Hehe.
"So kemana kita?" I tanya hubby. "I tengok dalam map tadi, ke arah Maenam beach, ada satu Natural History Museum. Dekat je..." hubby jawab. Dia ada tengok map tadi, so ok la.
Kitorang keluar dari hotel, menuju ke arah kanan. Agak dah lepas Nina Suzy, tak de signboard pun. Tengok map, betul. Masuk ke lorong kanan, sampai Highway Dept. Terus lagi, jalan mati. Aiks! Keluar balik. Pegi balik ke arah Nina Suzy tadi. Tapi still takde signboard.

Last-last benti tanya satu mini market. Pompuan tu tak paham English plak. So terpaksa la tunjukkan Map yang ada Museum tu. Dia kata
"Straightttt...100 meter...school, school..." hai sekolah mana plak ni. Takpe, teruskan lagi. This time kitorang masuk ikut skolah tu. Sampai dalam, ada selekoh ke kanan. Ooooo...jalan ni la kot.

Tetiba sampai luxury residential area. Dah plak...mana Museum nyer??? Tanya guard, tak paham English jugak. Tunjuk Map, pun tatau. Dia dok cakap
"Residential...residential..." sukati ko la. Kitorang kuar balik.

Patu nampak sorang mat motor ni tengah angkut barang kat tepi kedai. Tanya dia, dia pun tatau kat mana. Patu dia suh tanya makcik jual daging cucuk (babi la kot). Dia cakap Thai ngan I. Alaaaaaa! Makcik, saya Malaysian la. Hahaha! Patu baru dia speaking. Seb baik terer. Dia ckp
"Oooo...museum...give away...long time...I Thai..." tah pape. Tapi paham la maksudnyer, Museum tu dah takdeeeee! Cehhhhh! Penat cari!

Terus kitorang balik. Kang tak pasal-pasal kena isi minyak plak. Baik tak yah. Balik bilik, kemas, turun lobi. Tadi dah book dah airport transfer. Senang, semua ada. Turun je, check out, ada driver dah tunggu ngan CRV. Lebih 80B dari naik minibus, ok la sangat kan.
Airport to Airport - There Goes Another Trip of The Year.
Sampai airport, tanya counter, diorang tatau pasal delay tu. Huh? Camne if orang datang lambat ke patu tetiba naik kul 11.20am tadi? Diorang cakap Firefly akan tanggung. Ha seb baik. Patu gi kat ruang menunggu, tetiba diorang announce memang flight delay. Haram tul! Dah masuk baru bagitau! Seb baik ada kedai free duty! Seb baik jugak ada complimentary corner, dpt la makan minum free. Tapi dah kenyang, tak makan pun.
So kitorang lepak je tepi pokok bunga. Tengok flight sampai. Dalam setengah jam camtu, dapat naik. Masa take off, gegar gile sebab lawan angin. Terasa seh! Haha! Tapi cuaca cantik, so awan nampak seketul-seketul. Best la.
Dalam dua jam, sampai Malaysia. Amik beg, terus gi makan nasik berlauk kat Subang! Balas dendam youuuuuuu!

Koh Samui - Ali Baba Restaurant

Dinner – Ali Baba Bujang Lapok Ada Bapok Daa...
Pas beli, masa untuk cari makanan halal! Nak cari nasik nih! Mana la nak pegi. Kitorang pusing satu round, sempat la tengok orang beriadah. Pompuan muda dan tua, sume senamrobik macam muay thai tu. Yang laki plak, main sepak raga and bola. Bagus tul, menjalani kehidupan yang sihat! One thing, diorang ramai yang kurus-kurus macam kat Jogja nun. Kurang makan kah?Ok, cari lagi. Pusing punya pusing, tetiba nampak lagi push cart jual pancake, ada logo bulan bintang! Dah banyak dah dok nampak, tapi takkan makan pancake je kan. Tetiba nampak “Ayang! Ada Ali Baba Restoran! I nampak bulan bintang! Halal yang! Patah balik!” Hubby pun buat u-turn. Memang betul restoran tu halal. Sebab ada gambar budak mintak doa, ayat-ayat Quran sume. Ok lah!Patu masuk tanya. Budak laki tu macam orang India. Kitorang tanya harga, tak paham. Alamakkkkk tak pandai cakap English plakkkk! Patu dia masuk dalam, panggil kak kak. Eh! Cakap melayu plak. Skali ada sorang kakak ni kuar pakai tudung. Dia kata baru lepas maghrib. Alhamdulillahhhhh. Memang Islam. So I order tom yam kung with glass noodles (sana takde beehoon, rupanya Malaysia je suka-suka tambah ni) while hubby have fried pineapple rice. Ha amik!Sambil makan, rupanya pancake tadi tu, roti canaiiiiiii! Laaaaa! Punya la tak tau, skali tu tengok dia tebar, ceh! Tapi takkan nak makan roti canai je kan. Mana kenyang.Pas makan, bayar (agak mahal la…105B), kitorang round kejap kat area Chaweng tu. Niat di hati nak cari bapuk! Tapi tak jumpa. Last-last nampak la cam las vegas nyer broadway gals (pondan) kat tepi jalan. Tak brani nak benti dekat-dekat kang kena kejar ke hempuk ke naya je. So zoom dari jauh je. Haha!Patu hubby ajak massage. Tapi stakat massage kaki je, Malaysia pun adaaaa! Takpe, nanti ajak Na ngan Cawan je la kat Krabi ye! Hahaha! Patu kitorang balik, tido…

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog