Nuffnang Latest

Saturday, January 31, 2009

Sea, Sun & Splash!

Tak cukup dengan Pangkor, kitorang ke Port Dickson plak!
This time dengan hubby’s circle of friends. This trip kira so-called pre-GC (Gold Coast) la sebab lama sangat nak tunggu pegi sana kan, so nak merasa air masin Mesia dulu la. Kihkih!
Pagi tu I rasa cam nak nangis je kena bangun awal sebab ngantuk yang amat. Tiga hari kerja sampai pukul 2 pagi, then masuk balik kul 8.30am gara-gara email system ada problem and anti-virus server upgrade. Pressure gile! Nape la orang nak menyusahkan hidup aku…sigh. Tapi memikirkan P.D would be my instantaneous getaway, ku redahkan jua. Hubby pun dah gerak banyak kali, so nak tak nak bangun jugak.
Lepas siap, gerak ke highway and berhenti kat Nilai R&R. Kawan-kawan hubby semua janji jumpa kat sini untuk ber-convoy. Sampai ke kat situ, we met Mona & bf, Na & hubby (Cawan) and his younger brother, Amir (ya Allah, muka sebijik siut! Dah macam mini Cawan!) Tengah breakfast, si Meor called kata dah terlepas sampai ke R&R Seremban. Apeda…
And so we made a move and met Meor, Zam & gf (Aini, did I spelled it right?) kat Shell. Then kitorang gerak 4 kereta, my car The Crow, Na’s Honda, Mona’s Neo, and last but not least, Aini’s cutie-whitie MyVi. Kitorang kuar exit Seremban, then masuk tol P.D. Wahhhhh, dah mahal seh! Masuk je dah kena bayar RM3.50! Lagi la orang tak nak guna tol ni.
Cuaca agak mendung…tapi tak bermakna kitorang nak kensel acara bermandi-manda kat sana! First pit stop, Kota Lukut. We planned to visit this historical fort sebab tempat nyer on the way je. Plus, hubby and I penah sampai tempat ni tapi tak masuk sebab dah lewat petang sangat. So we took this chance untuk merasai zaman kegemilangan Kota Lukut lah konon! (Padahal tak tau menahu pun cite pasal tempat ni…haha!)
Sampai je (siap terlepas ke kampung orang dah, tah pape nyer signboard), terus kitorang park and panjat tangga. Agak menarik untuk bergambar sebab tempat ni ada giant letter boards macam HOLLYWOOD tu tapi dia tulis KOTA DAN MUZIUM LUKUT.
Tangkap saja, janji ada. Luckily this fortress ada batu pengenalan, so dapat la tau skit pasal sejarah Kota Lukut ni. Sejarah telah menceritakan (ewah) Raja Jumaat yang buat fotress ni, and it was surrounded by a square of trench, kira-kira 3-5metres dalamnyer. Siap ada Poisoned Well (perigi beracun) a.k.a tempat untuk punish major crime offenders masa dulu.
Enuff with history, I mula amik gambar sana sini…jadi papparazi kejap, hehe! Scenery kat sini sangat cantik sebab location nyer atas bukit. But too bad, fortress ni tinggal sisa batu je…cam takde pape dah. So kitorang jalan slow-slow ke arah Muzium Lukut plak.
Muzium ni dulu rumah sape tah, orang bangsawan gak la. Cantik rumah ni, rumah kayu, so sejuk sangat. Di tambah lagi dengan air-condddddddd! Lega rasanya! Inside this house, ada banyak gambar and barang-barang sejarah. Kira banyak gak la untuk Muzium sebesar ni. Susur galur raja-raja zaman dulu, barang-barang zaman dulu, basically semuanya related to Negeri Sembilan la. Ada la beberapa tourist yang datang situ, rasanya dari China kot, sebab kasut diorang sangat la interesting…ada corak kat tapak…hehe!
Tempat ni kira well-preserved la, bersih plak tu. Cuma tak brapa nak disinggahi orang, tatau nape. Maybe sebab dah takde pape sangat kot. From the top of the hill, ada menara pandang. Bleh la nampak oil refinery. Tapi takat tu je la.
So we moved on, ke Ostrich ShowFarm. Ni menarik sebab memang teringin sangat nak tengok ostrich! Sampai je kat situ, kena bayar entrance fees. Zam siap beli jagung untuk kasi ostrich makan, tapi dia tak brani kasi. Meor sorang je yang brani hulur tangan. Ostrich tak gigit sebab dia takde gigi, tapi skali dia patuk-patuk kecil tu, ada la beberapa kali gak jari Meor tu direntap! Eiii takut gak la.
Kebanyakan ostrich kat sini sume cam tak cantik sangat, bulu banyak yang takde, tatau nape. Tapi ada la sekor dua yang masih penuh bulunya. Yang kaler grayish skit, betina. Yang kaler itam, jantan. The beauty of this animal, bulu mata dia panjang. Comel sangat!
And…believe it or not, ostrich is the second fastest animal in the world tau! It can run as fast as 70kmph! (Takkan dia lagi laju dari big cats? Mushkil…).
Dekat ShowFarm ni, ada jugak kuda, rabbit, kambing, ayam, iguana and parrot. Ada kambing ni terlepas, patu terus berdiri makan daun-daun kat pokok depan kitorang! Lawak gile! Patu I ada la kasi makan kat sekor kambing putih ni, sian dia.
Tapi semua binatang ni skit-skit la. Patu semua nampak cam lapar je, sian. Patu kitorang buat Fear Factor kejap! Makan daging ostrich! I tak penah makan daging yang bukan biasa dimakan, such as rabbit, kijang, puyuh, merpati…sian, sebab comel. But this time, trasa cam nak mencuba plak satay ostrich. Dikhabarkan, satay ostrich ni sangat lembut sebab dagingnyer hanya boleh didapati di bahagian peha sahaja. Meaning, badan dia yang bulat besar tu, tak sedap dimakan sebab penuh ngan minyak! No wonder la harga satay tu RM10 for 6 pieces! So kitorang SEMUA try sorang satu cucuk. Berjaya! Haha! (Sumpah sedap ok…).
Patu budak bakar satay tu baik hati, dia bawak kitorang tengok telur burung unta ni. Memang besar and keras, sejuk plak tu. Siap demo berdiri atas telur ni, tak pecah. Lepas tu kitorang tanya dia, bleh tak naik ostrich. Pe lagi, kitorang memang hulur Meor la suh try naik, siap sponsor nih RM4 untuk 2 pusingan! Sekali tu, rupanya budak-budak laki ni (trainer dua orang), pegang and ikut buat 2 round, tak lari kemana pun! Laaaaaaaa bosan gile! Ingatkan dia lepas kasi burung unta tu lari laju sendri while Meor terloncat-loncat atas dia! Hampeh.
Since Meor dah naik, bleh la amik sijil. Jangan main-main, naik ostrich ada sijik k! Si Meor ni skit nyer bagus jual minyak, siap ngan kitorang skali semua dapat sijil kosong. Haha! Blasahkan aje, sok-sok nak mintak keje kat zoo, senang skit.
Lepas bersuka ria kat Ostrich ShowFarm, tiba masa untuk lunch. Lapar seh. Tanya kat akak kaunter tu, dia suggest Medan Selera Mayang Suri. Boleh lah. Sampai kat situ, tengok banyak jugak la lauk. Makan tak banyak mana, mahal je lebih. Ceh! Tah-tah sedara mara akak tu gak. Haha!
Mana lagi nak pegi? Kita ke Cape Rachado Light House! I nak sangat pegi tempat ni. Seb baik semua setuju. Sampai kat Blue Lagoon, tanya orang, semua tatau kat mana. Sampai la kitorang blasah pegi ke Hutan Rekreasi ni, dalam tu baru ada signboard ke Rumah Api Tanjung Tuan tu. Ikut peta, bunyi cam tak jauh. Jalan punya jalan (jalan kaki ni, sebab tak dibenarkan bawak masuk keta or motor, tapi jalan tar tau), rupanya kitorang dok panjat bukit! Makin lama makin steep! Haih, melampau nih! Gagahkan jugak tau tak sebab nak tengok sangat Light House tu!
Kira berpeluh sakan jugak la nak sampai! Almost 2km tau! Ya Allah, that will be the first and the last, I pegi tempat tu! Lagi menyakitkan hati, ada je keta and motor naik sampai atas tu, tapi tak nampak lak sape orangnya sebab parking tepi jalan. Ada la laluan untuk burung and so on. Tapi bila dah sampai tu rasa cam nak cium je Light House tu. Dengan kepayahan kitorang mendaki (I siap pakai dress lagi ok!), penuh peluh, tengok-tengok tak dibenarkan masuk selagi tak dapat surat kebenaran shahbandar! Wt*!
Who the hell is ShahBandar?! Shahrul Nizam I kenal la, laki aku! Eiiii! Dapat tengok dari keliling je. So kitorang pun jalan keliling Rumah Api tu, sampai la blakang dia (actually bagi kapal, depan la), masyaAllah, cantik gile kay cliff tu! Tengok bawah rasa cam memanggil-manggil je suruh terjun bunuh diri (bak kata Skin). Haha! Ada menara pandang, tapi malas nak gi sebab cam dalam hutan skit.
Lepas pusing satu pusingan, Zam baru sampai (tadi masa kitorang mendaki, dia jumpa abang dia kat bawah). Dia sempat lepak jap, patu kitorang turun balik. Ha turun rasa laju skit sampai I kena cari ranting kayu untuk buat handbrake. Kahkah! Masuk keta, terus pasang air-cond! Peluhhhhh! Memang nak kena mandi ni!
Pe lagi, cari port nak mandi laut la! Since Blue Lagoon tu air tak pasang-pasang, kitorang ke Teluk Kemang jugak. Ramai memang ramai, tapi cam best. Lepas salin baju dalam keta, kitorang cari port untuk lepak. Kat P.D ni banyak gile orang buat bisnes. Payung sewa bersepah! From RM15-40. Tapi I nego dapat RM10 je. Hehe. Share-share tak rasa sangat. Patu terus terjunnnnnn! Seperti biasa, Mona and bf tak mandi laut. Kitorang memang tak tunggu la, memang hantu laut! Gambar laut kena tunggu camera Na. Hubby tak mo bawak camera dia.
Zam and gf dok belajar berenang. Bak kata Aini, macam ketam mengajar anak je, sebab Zam pun tak reti berenang. Na seperti biasa, makin boleh berenang. Me? Berenang, menyelam no hal, terapung plak masalahnyer. Haha! Dah la air kotor gile! Nak-nak plak air tak pasang lagi, eiiii penuh sampah! Nasib baik P.D ni tak dalam, so bleh mandi tengah-tengah skit.
Dah bosan-bosan, kitorang nak naik banana boat! Gile banyak seh banana boat kat P.D! Beach boy tu kata nak dekat 50 biji! Kitorang kowtim ngan dia, dapat la RM10 untuk package yang RM15. Siap jatuh 3 kali! Wahhhh menarik! (Masa ni Aini dah contemplated nak naik sebab dia takut. Tapi kitorang ayat dia and kitorang akan ‘selamat’kan dia. Lagipun cik abang Zam ada kannnnn…hehe!
So kitorang pun naik la. Dia bawak sampai pulau kecik ni (jauh gak la) then kecebushhhhh kitorang jatuh! Gile dalam tempat tu! Masa ni almost 8 of us terbukak life jacket tau! Sebab kuat gile jatuh! Amir nyer paling teruk, terus terbelit! Yang lain semua masih terikat yang bahagian bawah je. Masa ni Aini dah panic, sian dia. So kitorang cool kan dia, and naik atas banana boat balik. Masa ni baru la tau betapa susahnyer nak panjat benda alah tu! Siap kena cam naik kaki dulu, then baring, baru leh bangun. Beach boy tu siap terjun, and tolong hulurkan tangan angkat kitorang semua. Gile terer budak tu! Berenang sambil isap rokok ok!
Lepas naik balik, Zam dah request, not to proceed with the second nyer jatuh. Sian kat Aini (and him). So kitorang bagitau kat budak tu, tak payah jatuhkan yang kat tengah-tengah nanti. Tetiba boat tak leh jalan. About 2-3 minutes gak la terapung kat situ. Patu gerak. Kitorang pun melonjat-lonjat (ada ke perkataan ni?) atas banana boat tu sebab sonok sangat. Sampai kat tengah-tengah, tetiba boat tu dah kona! Haih, dia nak jatuhkan kitorang ke? Kecebushhhhhh! Jatuh lagiiiii! This time I jatuh betul-betul atas Zam! Sian gile kat dia! Tak sangka la plak budak tu nak jatuhkan kitorang lagi! Tadi dah cakap tak yah!
Kali ni I terus dapatkan Aini. I berenang, tarik dia ke banana boat, then diorang tarik dia naik. This time dia cam ok skit dah. Lepas semua naik, boat tu gerak balik. Kitorang budget, lepas ni mesti ada yang ketiga, paling last. Sampai je kat tepi pantai tetiba boat tu semakin laju! Elok dia kona je, Amir and hubby dah terjun dulu! Ngelat sial! Diorang cakap dari kena lempar, baik terjun betul-betul! Haha betul gak! Tapi lepas terhempas je, perkara pertama skali yang I buat, cari Aini. Tapi kali ni I dapat tangkap Na. Tengok-tengok laki dia, Cawan, pegi tangkap Aini. Kahkahkah! Ni dah kira laki orang tangkap gf orang, bini orang tangkap bini orang ni! Whatever it is, semua concern ngan kawan-kawan. Baik kan?
Lepas tu I terus dapatkan Aini. I asked her to face the sea, supaya dia nampak ombak yang datang, senang nak budget untuk bernafas. Tak la dia panic. I tarik dia, I berenang slow-slow, tak sampai 2 meter, kaki I dah cecah pasir! Laaaaaaaa cetek keeee! Hahaha! Terus I lepaskan Aini, and we laughed on it. Patu semua naik atas and cite pasal apa yang terjadi. Kira Aini ni brani gak la, first time naik, jatuh 3 kali, dah leh counter panic dia. You go gal!
Patu, tak cukup lagi, kitorang sambung mandi! Seperti biasa, macam-macam gaya/aksi yang kitorang cuba explore. Hubby tetap tak leh menyelam, Na dah bleh terapung sendri and berenang sebelah tapi belah kiri je, while me, boleh terapung sambil kedua-dua kaki rapat ke dada! Hahahahaha cam sial kan! Tah pape! (Renang berima dah biasa sangat dah…).
Tetiba kaki hubby terpijak satu batu tajam! Dalam gak luka dia, berdarah tak benti. Tapi dia teruskan mandi gak. Sampai la dah nak maghrib, baru kitorang naik. Lepas tu gi mandi kat public bathroom (ya Allah kotornyer masyaAllah, air plak slow cam air kencing. Kena tutup yang lain baru dapat laju skit!). Then kitorang salin baju dalam keta. Masa ni luka hubby tak benti-benti lagi darahnye. Sian dia. Tempang sat.
Bincang-bincang, semua setuju nak makan seafood kat Permatang Balak, Melaka. Around 30minutes, sampai la kat kedai yang I ngan hubby penah try dulu. Tak brapa sedap tapi itu je yang ada. Skali hubby gi tanya akak kat kedai hujung tu, dia kata dalammmmm sana ada banyak lagi kedai! Ha pe lagi, kitorang naik dua keta and sampai la kat satu kedai ni (agak ramai orang, so mesti sedap kan). Lepas pilih ikan, udang, kerang and sotong, kitorang decide nak order ikan bakar, kerang bakar, sotong goreng tepung, butter prawn, and tomyam.
Since kitorang semua 10 orang, so makan tu jadi lagi sedap! Sebab makan beramai-ramai kan. Plus, masakan kedai ni ok la, at least better than kedai yg first tadi. Cuma air asam dia tak sedap gile, pedas macam cili aje tapi takde rasa asam langsung. So kitorang cicah ngan kicap je. Total semua dalam RM118, kira ok la sorang RM12 dapat rasa semua jenis seafood (itupun abang kedai tu cam salah ke sengaja ke tulis ikan lain jenis, padahal kitorang amik ikan beso! Murah rejeki abang ye bang.)
Dah kenyang, semua gerak balik ke KL sebab Cawan and Zam kena keja sok. Ikut hati semua cam nak lepak Melaka je. Ewah! Tapi Mona singgah rumah Mak Long dia. I memang tak sedar ape, tido sepanjang jalan (again, sorry ye hubby…letih…nanti I jadi nurse peribadi you ek!).
Next trip? Huih melampau! Yang masuk senarai, antara Perhentian, Krabi, or Langkawi. Bila? Lepas Gold Coast and Sabah…so bulan 7 keeeeee? (Wink! Wink!) (Tak sedar diri nak gi Japan la, Europe la, China la…suka ek ngabiskan duit! Bonus tiap-tiap bulan ke dek nonnnnnn!)
Kompem I tak leh benti keja…………………………

Tuesday, January 27, 2009

The Leaning Tower Of Teluk Intan

Tak penah pegi Teluk Intan. Kenapa nak pegi? Sebab nak tengok The Famous Leaning Tower a.k.a Menara Condong.
On the way balik dari Pangkor, kitorang (we and Skin) ikut jalan Bidor-Sabak Bernam. So dapat la singgah kat Teluk Intan. Cantik gile pemandangan. Dah macam wallpaper WindowsXP! (Gambar kedua, nampak tak 'blueberry' Skin dalam side mirror? Cool huh?)
Along the way ke Teluk Intan, I tidooooooo je sebab letih sangat. Abah pun tido. Dua-dua tak sihat. Sedar-sedar, dah sampai town Teluk Intan. Bukak mata je dah nampak Menara Condong.
It was so unbelievable as it was really leaning. Abah cakap dulu nyer architecture tak betul, tiang kayu tu tak dapat nak tampung tangki air kat atas Menara tu. That was why dia condong (tah betul tah idak, wallahualam). But you can only see it leaning from this particular angle, which was from the Medan Selera, opposite the Leaning Tower. You should face the clock tower, and you would see it leaning slightly to the left.
Dengan keadaan yang panas terik, memang cantik la untuk photo shoot, tapi since I dah tanned gile dek Pangkor, I chose not to expose my skin further. Haha! Hubby je yang dok amik gambar. Luar dalam dia amik. Abah plak dok cari pharmacy sebab dia demam, pening kepala and batuk. Sian dia.
Lepas tangkap gambar, kitorang ‘ter’masuk satu complex ni, tak sangka la plak ada fridge magnet Menara Condong! RM8 siut! Mahal gile! Tapi, belikan ajelah. Then kitorang gerak balik ke KL…penat! Sambung tido!

Panggilan Pulau Pangkor – Day 3

Awal-awal pagi, semua dah pack siap-siap, then gi breakfast. Makan kat kedai semalam sebab arini tak ramai sangat orang. Patu check out, cari van. Chartered dua van, kitorang gerak gi jetty. Seb baik tiket dah beli pegi bali, so tak perlu susah-susah. This time naik ferry cantik and luas skit. Lepas letak beg, kitorang naik ke atas ferry, amik gambar. Tak puas-puas…hahaha! My sis and sis in law dah skang ni sibuk amik gambar sendri kat handphone, sebab tengok I amik asik elok-elok je gambarnyer. Kihkih!

Sampai kat jetty Lumut, unload barang, yang laki-laki ni semua gi amik keta. Lepas salam-salam semua, kitorang berpecah. My sis and bro, 2 keta, patah balik gi jalan kat town Lumut. Me and Skin, gerak ke KL melalui Teluk Intan (ada sebab nih!). Pak Unggai, balik ke Taiping.
Kira this time nyer family vacation memang best la. Sebab semua benda kitorang try. Patu semua orang cam tak kisah nak get involved. Can’t wait to have another family trip bebila. Brapa duit abis? Sebabkan ramai, so tak terasa sangat la. Yang penting, kita enjoyyyyyyy!

Monday, January 26, 2009

Panggilan Pulau Pangkor – Day 2

Pagi tu, pegi breakfast kat kedai depan chalet. Makan nasik lemak. Service ya Allah ya tuhankuuuuu, slow gile! Siap nak gaduh dah ngan makcik mana tau mulut takde insurans! Padahal dia bukan keje situ pun, sibuk!
Since kitorang dah siap berpakaian mandi, kitorang sekali lagi, menerjah Abg Sabri untuk tanya dia pasal package naik boat pusing pulau and snorkeling. Jek punya jek, Abg Sabri cakap (senyap-senyap sebab tak leh kasitau orang lain), dia akan bawak kitorang naik boat (satu boat besar, dua boat kecik), pusing pulau sampai Pan Pac (pantai terkawal, tak senang-senang leh masuk), benti mandi kat Man Bay, then baru snorkeling, all for RM15 each!!! Ape lagiiiiii! On je lahhhh!
Sementara tunggu naik boat, kitorang blasah mandi lagi. Sampai la turn kitorang, yang budak-budak, ibu mengandung, bawak baby, keluarga Pak Unggai, Abah, semua naik boat besar. Me, Hubby, Boy (anak lelaki Pak Unggai) and Abang, naik boat kecik. Kak Ngah, Abg Ngah, Abg Isa and Hasrul, naik satu lagi boat kecik. Haaa…yang boat-boat kecik ni, punya la laju, siap kona baringgggg sume tau! Best gile! Dah macam boat lanun, mengelilingi boat besar tadi. Ya Allah, punya la best!
Patu driver kitorang, Hassan (beach boy), dok main-main lumba ngan sorang lagi beach boy yang bawak boat kecik lagi satu. Memang terer tau, if tak terer, mau terjun dalam air dah kitorang. Dulu dia keje kat Pan Pac, bawak boat yang para-skiing tu. Tapi keje ngan Abg Sabri lagi masyuk, tu yang dia benti tu.
Then kitorang ditunjukkan batu kepala ular and batu kepala buaya. Agak macam serupa la…menakutkan plak. Patu kitorang berhenti kat satu tempat, driver boat besar tadi, turun amik landak laut. Caranya, tak leh pegang bahagian atas, skali kena, masuk spital. So kena pegang bahagian bawah, lembut skit. Then he took another makhluk, gamat! Ya Allahhhhhhh! Sangat menggelikan ok!!! Kak Ngah la, dia pegang then tetiba gamat tu syok ke apa tah, terus mengeras and terpancut kuar lendir putih!!! Ewwwwww! (Patut la diorang panggil cam ‘anu’ mamak! Itam, panjang, kuar lendir! Yucks!)
We later moved on to Pan Pac, pantai terkawal. Dapat la tengok orang tengah main para-skiing tu. Cantik gak Pan Pac. Tapi setakat duk dalam hotel je la. Takde tempat nak berjalan. Same goes to Pangkor Laut. Cantik, mahal, tapi kat situ je la, takde mende lain.
Lepas tu diorang tinggalkan kitorang kat Man Bay. Masa ni kitorang dok test set snorkeling yang dibeli kat Giant. Hampeh! Asik masuk air je I punya!
Mandi kat situ best sangat. Cantik. Lagi best, I tak abih-abih amik gambar my sis in law, jadi model topi. Patu macam biasa, Skin took turn jadi model spek. Pasir, air, batu, kayu, sume kitorang amik. Hahahaha! Tak cukup, Hubby lak datang sambung! Memang dasyat la pose! (I gak yang takde gambar…cis!)
Abah ngan Pak Unggai plak macam biasa, gi mancing. Patu sorang demam, sorang sakit jantung. Adeh...
Lebih kurang sejam camtu, diorang datang balik pick up kitorang untuk snorkeling. Lumba-lumba boat lagi before sampai kat tempat tu! Haha! Best gile! Dah sampai, masing-masing pakai snorkeling set, terjunnnnn! Tak sangka la plak cetek! Abih sume kaki tangan luka-luka! Pedih tak pedih, blasah jugak. Ikan biasa-biasa je. Air pun tak brapa jernih. Cuma kat tempat dalam skit, baru la nampak Morish Idol, Trigger and etc. Ikan-ikan ni banyak berteduh bawah boat yang lepak kat situ. Tak nak kena panas kot. Hahaha!
Kitorang ada beli disposable underwater camera, so try je la. Snap sana sini, tatau la clear ke tak. Masa tengah berenang-renang tu, set piping Hubby terjatuh and tenggelam! Hubby plak tak reti nak dive! Yang I plak, tak reti nak terapung! So we combined both skills, Hubby terapung, I bukak life jacket, bergantung kat dia, then dive ke bawah amik piping tu, then naik balik! Wahhhhhhh! Rasa hebat sial! Dalam gak air tu, sebab Hubby tak nampak I dah masa dive tu!
Patu dah letih snorkeling, its time to go back ke pantai lah. Diorang datang amik, this time kitorang blasah naik semua sekali dalam satu boat besar! Muat lak tu! Haha! Seb baik tak terbalik sebab ada one time tu senget sebab tak balance. So kena rearrange baru ok. Hish menakutkan!
Sampai ke pantai, kitorang sambung lagi mandi! Tak puas-puas! Sampai petang gak la, baru naik. Itupun sebab Abg Isa and Kak Ina nak balik ke Taiping. Dah balik bilik, mandi-mandi, tido jap, then kuar balik. Kitorang nak cari van bawak pusing pulau! Tapiiii takde van yang nak pegi sebab kena charter! So kitorang sekali lagiiiii mencari Abg Sabri! Kihkih! Dia calling sana sini, dapat la satu van. Before that dah dapat dah van lain, RM70. Pak Unggai plak dapat RM60. Tapi van asing-asing la. Sekali tu yang kawan Abg Sabri ni kata, naik skali semua, RM80! Wahhhh! Pelagi, berhimpit la! Janji lepas!
So Abah and Ida, with 2 kids kat depan with driver. Second row, Abah, Kak Ngah, Abg Ngah and 1 kid. Third row, Skin, Hasrul, Hubby with Sami boy. Forth row, family Pak Unggai 5 orang! Abang and another 1 kid, kat blakanggg skali tempat barang! Ya Allah, you guys can never believe this…tau I kat mana? Kat tangga van tu! Muat siallll!
Havoc gile kat dalam van tu. Dah la macam roller coaster jalan kat Pangkor Island ni! First, we went to Dutch Fort (kota lama Belanda). Dah tinggal separuh ke suku tembok, tapi diorang refurbish balik so nampak cam taman gak la skit.
Patu kitorang jalan kaki ke Batu Bersurat. Memang tah pape…sebab tak nampak dah pun ayat-ayat nyer! Siap ada budak-budak conteng lagi! But gambar harimau tu still ada. Kononnyer, anak Belanda tu mati kena baham harimau la, walhal, orang melayu yang bunuh budak tu. Macam-macam…
Lepas tu kitorang gerak ke tokong cina yang ada mini tembok besar cina. Tak turun and tak masuk, just tengok dari dalam van je sebab malas. Then kitorang ke kilang paling popular kat Pangkor, kilang yang buat satay fish tu! Memang murah and fresh, tapi barang cam ikan bilis tu mahal la. So kitorang borong banyak gak la kat situ. Budak driver tu cakap, cina-cina ni bagus. Diorang setahun sekali mesti belanja orang-orang taxi ni sebab tanpa orang-orang taxi ni, memang takde pelanggan la diorang kan. Tengok la, cina nak meniaga, diorang memang jaga hati orang. If melayu, mau dah tu tabur guna-guna. Hahaha!
Ha ni part paling best. Semua dah borong sakan, kitorang gerak ke Teluk Dalam, pusing pulau. Bukit nyer masyaAllah, tinggi! Sepanjang jalan, asik gear satu je! Sampai kitorang takut van tu tak daya nak naik! Dah baca-baca doa ni, dah la maghrib! Dalam hutan plak tu! Eiiii kalau la jadi pape, tatau la. Ada plak tu yang sanggup naik basikal lalu bukit tu. Gila! Sampai la puncak yang paling tinggi, baru start turun bukit. Ha masa ni roller coaster la kan! Sampai la tembus ke chalet kitorang balik…banyak gak chalet-chalet cantik sepanjang turun bukit tadi.
Sampai chalet, semua balik mandi and malam tu kuar dinner plak. Hujan lebat gak tapi dah benti. Kitorang kuar makan nasik ayam. I and Skin makan bihun sup and laksa. Boleh la…bukan sedap mana pun, mahal je lebih. If meniaga kat Pangkor ni, kaya nih!
Lepas dinner, kitorang jalan lagi sepanjang beach tu. Last minute shopping. My sis and sis in law beli t-shirts. Kitorang beli fridge magnet je. Patu jalan tepi pantai sebab malam tu ada angin plak. Sejukkk. Dah agak-agak ngantuk, semua balik bilik, tido. Letihhhhh!

Sunday, January 25, 2009

Panggilan Pulau Pangkor – Day 1

This plan was originally brought up by mi sista. Sebab nak bersuka-ria beramai-ramai seperti percutian keluarga.
So here goes the list…
1. Abah
2. Kak Ngah + Abg Ngah + 2 kids
3. Abang + Ida + 2 kids
4. Pak Unggai + Mak Unggai + 3 teenagers (jiran Abah)
5. Me + Hubby
6. Skin + Hasrul + 1 baby
Agak sedih sebab Kak Saba se-family tak leh pegi sebab busy. My stepmom? Tak ikut sebab dia pun bercuti bersama anak-anaknyer. Hehe. Senang gile kan?
Maka bergeraklah team A (1, 2, 3, 4) dari Taiping. Kak Ngah beria bet ngan hubby, nak tengok sapa sampai Lumut dulu. Kitorang, team B (5) gerak dari Ipoh, while team C (6), gerak dari Sekinchan.
Hebat tak hebat la, team B and team C sampai at the same time! Padahal dua-dua keluar rumah 7.00am. Kak ngah plak bagi excuse diorang gerak ngan orang tua…hahaha! Tak leh pakai langsung!
Sampai kat terminal jeti, unload barang, yg lelaki-lelaki semua gi park keta. Hubby ngan Hasrul ‘sangat pandai’, gi bayar parking sampai RM30, padahal nak park dua hari je! (Patutnyer, RM20 jer la…adeh!)
Barang-barang jangan cakap la, my dad bawak satu troli barang untuk BBQ! Beg setiap sorang pulak mesti at least satu beg baju, satu beg misc. Dah macam nak berkampung kat Pangkor tu. Haha!
Then I ngan Kak Ngah gi beli tiket. Lepas semua ready, kitorang naik feri. Jakun la konon! Abah la siap nampak hubby amik gambar kitorang dari level bawah, terus dia enter-prem!
Masa atas feri, cuaca dah mula redup…macam nak hujan…alamakkkkkkkk!!! Kak Ngah kata,
“Tak kira, hujan ke tak hujan ke, nak gak mandi laut!”
And kitorang pun semua bersetujuuuuu. Ye la, rugi wor. Patu memang hujan pun, cuma masa sampai tu dah renyai-renyai ar. Matahari dah ada balik. About 11am, kitorang sampai, cari van kaler pink (taxi Pangkor). Mentang-mentang la peak season, diorang blasah satu van RM20! (My dad told me, off season, taxi tu baru RM12.)
Since kitorang ramai, so tak trasa sangat la mahalnyer. Load semua barang, maka bergerak la dua van ke Ombak Inn, Teluk Nipah. Perjalanan ke sana sangat-sangat la seronok macam naik roller coaster. Haha.
Sampai je, kitorang tak leh check in lagi! Sebab orang tu tak kuar bilik lagi. By right, memang check in time kul 2.00pm pun. Siap ada tourist sorang ni (Ombak Inn ni memang port tourist…tak ramai melayu, semua mat saleh je) pun duk tanya-tanya kat owner chalet tu, bila bleh masuk. Adeh…kitorang pun nampaknyer kena la buang masa.
Kitorang letak barang semua kat chalet tu, kitorang gi jalan-jalan kat tepi pantai. Dari depan chalet sampaiiii la ujung beach tu (ada tokong cina). Sambil-sambil tangkap gambar, dapat la tengok apa aktiviti yang bakal kitorang buat kat pantai nanti.
About 1.00pm, kitorang jalan balik menuju ke depan chalet, for lunch. Bau punya la sedap! Tapiiiii diorang tak jual selagi tak habis masak! Boleh tak? Lauk semua dah tersedia, nasik tak masak lagi! Dah la tu, bihun sup, laksa, nasik ayam pun tak nak jual sebab tah ape tah tak siap lagi! Ya Allahhhhhh…
Kitorang pun bangun dari kerusi, pegi kedai sebelah. Kedai tu ada nasi ayam and nasi goreng ayam je. Blasah la. Tapiiii nak panggil lap meja pun terhegeh-hegeh! Harap muka penuh compact powder! Jalan terketek-ketek! Malu punya pasal, budak tu bleh tak datang lap meja?! Eiiii dah la lapar ni! Seb baik budak laki tu mintak maaf.
Lepas makan (tak sedap pun jadi sedap…dah la mahal cam KL!), we checked in @ Ombak Inn. Dijanjikan 6 chalet, 1 chalet short! Pe lagi…yang pompuan-pompuan ni mula la menyinsing lengan baju, mintak gak satu lagi chalet tu! Sampai owner tu mintak maaf, sebab tersilap, and nak kasi bilik orang gaji dia…sigh…at last, my dad sacrifice ‘bilik’ favorite dia, kasi kat Pak Unggai (yup, my dad ada bilik favorite kat Ombak Inn, bilik batu, ada fridge…bilik kitorang yang lain semua kayu, tapi ada air-cond…certain bilik je ada mini fridge).
Me stayed next to Skin’s, Abah stayed with Abang and Ida, which was next to Kak Ngah and Abg Ngah. Lepas semua salin baju, gerak ke pantai, terjunnnnnn! Nasib baik cuaca redup, so tak la panas sangat nak mandi. Tetiba,
“Kayak nak? Kita lawan sape sampai dulu kat pulau tu.” Sambil tunjuk ke satu pulau yang biasa orang snorkeling…if air surut, u can walk to that island…agak dalam 400meter kot dari pantai.
Wahhhhh…kitorang sewa 3 canoes…Me+Hubby, Kak Ngah+Abg Ngah, Abang+Ida…Hasrul nak naik tapi tak cukup orang. Abg Sabri (owner water sport, anak angkat Abah) tu cakap, sejam RM15. We asked him, how long we can get to that island…dia kata, professional dalam 20minutes, if amatur cam kitorang sejam pun tak tentu.
So kitorang pun kayuh, kayuh, kayuh…best gile…patu,
“Huh? Dah sampai?! Baru 15 minit!”
Seriussssssss…tak sangka tul kitorang leh sampai kat situ cepat! Kira, kitorang lagi terer dari pro la! Haha! Siap leh lepak-lepak, main laga-laga…sampai bosan! Tak sampai setengah jam, kitorang naik ke darat balik…hujan renyai-renyai…masa ni Abah pulak baru nak turun kayak sorang-sorang. Laju gile! Patu kena patah balik sebab kitorang nak naik banana boat! Haha!
This time, kitorang ayat lagi Abg Sabri. By right, sorang RM15 (satu boat RM120). Tapi Pak En (what people used to call my dad) punya pasal, satu boat RM100 jek! Haha! Ikut susunan dari depan, Hubby, Me, Kak Ngah, Ida, Abg Ngah, Hasrul, Abang, Abah. Paling berat duk blakang! Lawak gile. Boat yang tarik banana boat tu dipenuhi dengan my nieces and nephews, including Skin and Sami boy. Haha!
Punya la tak adventurous, sampai kitorang meloncat-loncat atas banana boat tu! Kahkahkah! Ada la this one time, rasa nak terbalik, tak terbalik pun. Siap mintak dijatuhkan dalam air, tak bleh, sebab ada baby on board (Sami boy). So, since tak dapat dijatuhkan, kitorang menjatuhkan diri sendri ke dalam air la! 1, 2, 3! Semua lompat! Kahkahkah! Lagi lawak, anak-anak Mak Unggai naik second trip, ngan orang lain la. Tak dapat pusing pulau macam kitorang! Patu Mak Unggai tu komplen kat Abg Sabri. Abg Sabri sampai menarik nafas sambil menjawab,
“Pak En tu special skit…”. Patu Mak Unggai tu cakap “Kami pun group Pak En jugak…” KAHKAHKAHKAH! TAK TERJAWAB. So my dad mintak Abg Sabri discount la untuk anak-anak Mak Unggai tu…
Lepas terjun, semua mandi, berendam dalam air, sampaiiii la petang. Agak-agak semua dah kecut, berhingus, baru naik. Nak prepare untuk malam ni, BBQ!
Luckily, depan bilik I and Skin, ada gazebo. Lepas mandi, cun-cun, Abah datang untuk siapkan tempat BBQ. As usual, my handyman daddy, pegi cari barang-barang nak buat tempat bakar la. Dia bengkokkan zinc mana tah, untuk jadi bekas bakar, patu letak jaring. Tak cantik, dia gi cari dua drawer kayu (believe me, it was REALLY cabinet’s drawers), he deposited sands into it, and letak jaring on top of it! Gile arh! Voila!
Api pun dah ada, he started to bakar satay. Maklumlah, tokey satay la katakan. Siap orang lalu tepi pagar, tanya, jual ke tak. Haha! The other dapur, I bakar ayam. Ya Allah, beso-beso nyer la ayam-ayam tu! Lepas ayam, ikan plak. Sambal dibawa khas dari Taiping. Bersila la I depan dapur tu dengan dress yang cantik lagi cun…hahaha!
Hubby plak, goreng nugget kat tepi bilik kitorang. Abah ada bawak dapur gas kecik tu, Ida ada bawak periuk. Ha, hebat tau hubby menggoreng!
Team D nak datang? Punya la hebat my sis mengayat kawan a.k.a jiran dia (kira partner in crime dia untuk bercuti la, Abg Isa + Kak Ina + 2 kids), diorang leh sampai ke Pangkor Island malam tu gak! Seb baik chalet sebelah ada bilik kosong! So diorang pun dapat la join kitorang BBQ malam tu.
Sambil BBQ, ada la kedengaran suara-suara sumbang yang suka hati je berkaraoke kat chalet-chalet hujung jalan tu. Pitching lari seh! Sampai kitorang plak yang karaoke sendri kat tepi-tepi tu. Sampai kenyang jugak la kitorang dengar mamat-mamat tu nyanyi!
Lepas kemas skit lebih kurang, kitorang jalan-jalan kat gerai-gerai tepi jalan, sepanjang pantai. Memang Teluk Nipah ni focal point la untuk stay and shopping kat Pangkor Island ni. Better than if u stay kat area town or jetty tu. As usual, kitorang akan cari fridge magnet la. Ada la bentuk map, tulisan Pangkor, selipar pantai and so on, tapi mahal la. Beli je la, kalo tak bila lagi kan.
Dah abih jalan (bukannyer banyak mana pun), kitorang gi tepi pantai, tengok Abah memancing (ha, dia memang seorang kaki pancing…asik pancing, pancing, pancing…bukannye ada ikan pun tepi pantai tu, janji dia dapat pancing!). Kitorang main buai, tangkap gambar, patu balik. Sebab tak rasa angin pantai sangat. So balik titon.

Wednesday, January 21, 2009

Throphy For AD

Well…I’m addicted to certain blogs (refer to my addicted blogs on the right pane) in many views. Pasal life, pasal cinta, pasal experience, pasal hiburan, pasal travel, pasal politik, u name it…once I sangkut, memang I akan ikut...

So I came across this one blog, and it happened that dia ni kawan kepada kawan I…I tak penah jumpa dia (ye, banyak blogger yg I kenal, tak penah jumpa, tapi dalam blog cam kenal lama jek, haha!)…but this gal, I admire dia dari segi kisah hidup dia, family dia, and not to exclude, her love life (sangatttttttt shakespear ok!)…dan dia pandai masak!

Yet, her blog…full of colors, regardless ups and downs. She's too tiny to handle all the big things in her life (petite, anak sulung, kaki gunung), but still, dia tempuh je semua tu...And I always eagerly wait for her to post new stories, (esp kisah family and resepi dia), each day of my bloody working days (keje banyak, nak gak baca blog!).

And today, I nak kasi satu award lagi kat dia (oh ya, tatau la mana datang permainan kasi-kasi award ni…tapi blasah je la…macam best jek!).

aD, this is for you!

Tuesday, January 20, 2009

Humairah - New Angel For Sistas


My sista has delivered her baby!

Mama : Cute Sista - Dib

Name : Humairah

D.O.B : 17th Jan 2009

Weight : 3.49kg

My Snow White

P/S: Ni la product yang keluar when emak bapak dua-dua putih melepak macam jepun! :D

Samiul Maleek - First Angel For Sistas

Sami dah pandai berjalan!

Mami : Sexy Sista - Skin

Name : Samiul Maleek

D.O.B : 28th February 2008

My Prince Charming

P/S: His b'day is just around the corner...hmmmm...yang 'ni' ke yang 'tu'? (sambil membelek hadiah...)

Tudung Ekin On The Run!

Aqaq buat business lama deq nonnnnn! Business ape?

Dulu business tudung bawal. Eksport dari Ipoh, jual kat Tepen. This time, aqaq jual tudung Ekin! Eksport dari KL, jual kat Tepen. Hahahahaha!

Aqaq pun beli la kaler yang agak suram-suram sebab takut orang kat sana tak brani nak pakai kaler terang-terang! Lepas pos guna poslaju (siap buh dalam kotak, balut ngan brown paper tuh!), aqaq kepada aqaq dapat la kotak tu kat sekolah dia! (Untung ada aqaq keje cikgu, macam-macam leh dia jualkan).

Sekali nyah, ramai yang sukaaaaaaaaaa! Especially yang bunga berkaler-kaler gitu! Yang kaler itam tu, diorang nak awning-nyer kaler terang-terang! Tak sangka la pulak kannnnn!

Takpe, Jumaat ni aqaq seludup lagi tudung Ekin tu! Aqaq nak kaya cepat nih! Kihkihkih!

P/S: Tatau la nape orang suka tudung ni, tapi memang senang dipakai kemana sahaja la. Sape-sape berminat, bagitau aqaq ye?

What We Had For Dinner?


Dory in tempura and paprika, served with steamed broccoli and carrot, corn in butter, with chili and tartar sauces.
Meat in Worcestershire sauce, mixed with onion, cucumber, and chili sauce, all in pita bread.
Spaghetti bolognese with button mushroom and meatballs.

Kucing Pun Kena Bisul!

Yup, I brought Kiki to St. Angel’s vet. After got him examined, it is confirmed that he’s having bisul right below his right jaw.

“Kucing pun boleh kena bisul ke Doc?”

“Eh memangggg..kucing macam-macam boleh kena…”

Doc. Sharon kata bisul tu tak matang lagi (tapi pipi Kiki dah bulat besar dah). So kena tunggu dia pecah (samada pecah luar or pecah dari dalam), then baru leh baik. Or…kena operate!

Kesian plak kat Kiki, aritu dah undergone castrate operation, ni nak operation pipi plak. So I requested for medicine dulu la. Doc kasi tablet untuk antibiotic, inflammation and apetah satu lagi tak ingat. Kira bila makan ubat tu, some bisul can subside la, so tak payah operate.

Yang lawaknye, Kiki ni penakut klinik! Dalam kereta skit nyer hebat, sampai klinik, tak nak kluar dari carrier dia. Siap marah-marah lagi Doc and pekerja situ. Doc tu sampai suh I keluar sebab Kiki jadi mengada sebab I ada (ye, I angkat dia, dia tak marah pun).

Patu bawak la Kiki balik. Kat rumah, I tried to fed him those medicines la. Letak dalam biscuits, tak makan. Letak dalam can food pun tak makan. Last-last I pegang dia, sumbat gak dalam mulut!

Melompat-lompat Kiki cam budak kecik makan ubat! Siap berbuih mulut, patu cam uwek-uwekkkkkk tak sedap! Hahahahaha! Lawak seh! Tapiiiiiiiiiiii bengang la kan, bayar sampai RM45, tak nak makan lak ubat tu!

I called Doc. Sharon, cakap Kiki tak leh makan ubat tu. Rupanya Doc tu kata ubat tu pahitttttttt! Boleh tak? Ada ke buat ubat untuk binatang pahit-pahit? Baby pun kasi ubat manis-manis kan. Mana la binatang tu nak makan. So I asked for refund.

I went back to the clinic, Doc tu kata dia nak try kasi Kiki makan (ceh ingat aku tak reti ke). Tengok-tengok Kiki naik berang, and marah-marah dia. Patu Doc kata dia tukar la ubat tu (ha kan dah cakap, tuannyer sendri pun tak leh kasi, ko expect apa…) kepada ubat air. The same ubat, but in the form of liquid. This time dia kata manis skit la, but he wont like it as well. Harganye? Lagi mahal dari tablet! Dapat refund pun tak guna, kena tambah lagi ada la.

So kitorang balik, then I try lagi kasi Kiki makan. This time guna picagari tu. Wah! I pegang lengan dia, I picitkan ubat tu ke dalam mulut dia! Melompat-lompat dia!!! Sah tak sedap ubat tu! Hahahaha! Tapiiiiii…I dah dapat trick, lepas sumbat ubat tu, sumbat ngan air kosong. Haaaa baru dia jilat-jilat balik. Ok ar tu kan

So dah 2 ari Kiki makan ubat tu, memang nampak la kesannya! Bisul tu pun dah subside skit. Daripada sebesar bola golf, jadi sebesar asam boi. Mintak-mintak la reda lagi, tak payah nak operation.

Sigh…Kiki…Kiki…semalam dah datang balik perangai aktif dia lari sana sini. Masa dia sakit, I pun sakit (demam, batuk, selesema). So sama-sama tido atas sofa depan tv. :D

Thursday, January 15, 2009

Does Cat Has Food Allergy?

Ok, for 1 and half years, I’ve been feeding Kiki with Frieskies biscuits. Semua perisa Kiki dah makan. But NOT even once pun I kasi yang dalam tin punya tau.

These 2 days, biscuits tu dah abis and I normally get it from Pasar Borong Selangor (lagi murah beli kilo kat sana). Memandangkan tahap kemalasan yang melampau, hubby and I malas nak pegi sana, so kitorang kasi la Kiki makan can food yang dapat free masa beli Frieskies kat Giant.

Last 2 days, kitorang kasi yang Royal Canin can food tu. Huihhhhhh! Suka la Kiki! Siap licin bowl tu, then mintak-mintak lagi. This free food, size dia kecik je, kira skali makan. Ada dua, so pagi and malam la.

Last nite, yang Royal Canin nyer dah abis. Tapi ada satu lagi Snappy Tom punyer can food. Tin besar. So pagi tu kasi dah sekali, banyak gile dia makan. Patu dinner sekali, pun I kasi banyak (punya la pandai, I panaskan tin tu dalam microwave, siap berapi-api macam kena welding! Hahahaha! Terus offkan microwave tu.)

Tengah lepak-lepak, Kiki macam biasa la nak bermanja, datang kat I and lepak tepi I. Skali tu,

“Eh, pesal pipi Kiki bengkak ni??? Macam ada benda bulat dalam pipi dia!!!”

Betul tau! Penah tak korang tengok beruk makan kacang, then simpan bahagian tepi dalam pipi dia? Ha macam tu la pipi Kiki, tapi sebelah kanan je tau! Then I try la pegang, dia tak marah plak, macam tak sakit. Hubby pun try gak pegang. Serious takut weh!

Hubby terus pegi tengok tin Snappy Tom tu. He came back to me and advised, better I throw away the food sebab bau tak sedap…anddddddddd ada shrimp!

Maybe Kiki allergic shrimp kot!!! Macam orang allergic seafood tuh! If korang tau, can food kucing ni ada cam jelly tau. Ha jelly tu la kot!

So pagi tadi hubby kasi Kiki makan, tengok pipi Kiki masih bengkak sebelah. Then hubby kasi yang biscuits punya. Tak nak dah kasi can food tu kat dia. Sian Kiki. Tapi hubby kata dia sihat je, aktif je cam biasa…tatau la…balik kang nak tengok dia.

Lesson learned : DO NOT BUY SNAPPY TOM...? OR ANY CAN FOOD...? WITH SHRIMP...? BUT SHRIMP IN BISCUITS BLEH JE...? ARGHHHHH!

Saturday, January 10, 2009

Teluk Batik GetAway

“Kenduri?”
YESSS! Makan kenduri! Lately ni I suka sangat makan lauk kenduri. Pantang ada kenduri, senyum lebar I ajak hubby pegi.
Normally kitorang pegi kenduri member-member I, but this time, kenduri kawan hubby, Hafiz. He’s a photographer for a car’s magazine (dia test drive skali).
So kitorang convoyed 4 kereta, kereta Meor, Na, Mona and mine. Kitorang try guna jalan baru! Naik highway PLUS, keluar exit Bidor. Then from Bidor, guna jalan lama sampai Teluk Intan and Setiawan. Along the way, jalan memang best. I think if tak best pun jadi best sebab convoy. So best la main overtake-overtake ni! Tambah-tambah, ada ladang pokok kelapa, sawah padi…cantik sangat.
Berpandukan peta dalam kad kawin, akhirnya sampai jugak lah ke Dewan IPD Setiawan (ye, kawin kat balai ye, bapak dia polis, bini dia pun polis…haha!)
Setiawan? Sangat PANAS! Sampai-sampai je, dewan penuh, so kitorang tunggu kejap kat tepi meja buffet tu. Then nasib menyebelahi kitorang, sebab dapat meja special kat tepi high table! Ape lagi, dapat la merasa lauk pengantin! Sedappppppp!
Lepas tangkap gambar dengan pengantin, I went out to snap few pics of kereta pengantin, yang di sponsor khas oleh Mazda, Mazda 3 (keta tu untuk di evaluate for magazine, but the nite before keta satu lagi, Mazda 3 jugak, kena pecah! Then Mazda kasi lagi satu…best gile kan?)
Lepas kenduri, kitorang tak tau nak buat pe dah. So semua agreed to chill out kat Teluk Batik, Lumut!
Tak sangka la pulak semua nak mandi lautttttttt! Me and hubby dah la bawak baju spare untuk ganti baju pakai for kenduri je! Tak bawak baju nak mandi pun! Sekali tengok diorang semua bawak baju mandi! Tak leh jadi ni! I pujuk hubby pegi beli beach short kat kedai! Hahaha!
Lagi best, tetiba semua agreed nak cuba banana boat! Kitorang gi tanya kat pakcik tu, satu boat around 7 orang, RM45. Kitorang ada 6 orang, sama jugak charge nyer. Ok la tuh! Pakai life jacket, I duk depan skali, followed by hubby, Na, Cawan (hubby Na), Zam and Meor. Mona and her bf, bercinta kat beach chairs yang kitorang sewa RM2 sorang, a.k.a tukang jaga beg and camera. Mekasihhhh!
Mana nak sangkaaaaaaaa duk depan skali atas banana boat tu kena splash air laut kaw-kaw punye!!! Sampai tak bleh bukak mata langsung! Tak leh nak menghayati pun keseronokannye! Air laut asik masuk mulut je! Sampai tak tahan, pandang la blakang. Pandang blakang, air masuk telinga plak! Ya Allahhhhh! I became the water-shield tau untuk semua! Hahahahaha!
Kira ok la, dia round 2 kali, agak jauh gak la. End to end. Tapi cam tak la thrill sangat. Sammmmmmpai la kat tepi pantai, pakcik tu tanya, nak terbalik kasi jatuh tak! Pe lagi, semua nakkkkk! Driver tu tekan minyak, terpelanting kitorang! Best gile! Havoc gile satu pantai. Orang tengok kitorang macam tak penah dapat pantai…Zam siap cemas tak leh nak swim balik ke pantai. Hahahaha!
Actually semua rasa cam relieved sangat. Keje stress gile bab* kan. Sekali dapat keluar kejap pun dah rasa ok. Lega!
Tapiiiii tak lega sebab lepas mandi air paip, takde baju nak pakai! Hahaha! Nasib baik Na kasi pinjam satu baju (undergarments jangan tanya k?).
Then malamnye, kitorang pekena ikan bakar kat jalan nak gi TLDM. Amik ikan pari bakar, sotong goreng tepung, and tomyam campur. Boleh tahan gak sedapnye. Makan tepi laut, best la kan. Nyamuk jangan cakap, sampai malas nak layan. Lama-lama dia pun bosan, tak gigit dah.
Lepas makan, Na and Cawan, gerak balik Ipoh. Kitorang, Meor and Zam, gerak balik KL ikut jalan tadi. I tak sampai separuh jalan, dah KENA tido sebab esoknye (Ahad) nak kena keja (bunuh worm!). Sayang kat hubby sebab tahan drive sorang-sorang sampai KL. Muah!

P/S: Gambar? USB HDD kong, so tak leh transfer from hubby's lappy to mine lagi. Nanti lah...

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog