Nuffnang Latest

Wednesday, November 26, 2008

Nokia 6085 ---> Sony Ericsson W660i


Lost this...

Got this!


Belasah je la...

Tuesday, November 25, 2008

Argh!!!

I LOST MY PHONE!

DAMMIT!



There go all my contacts and pictures…silly Biqque…

Monday, November 24, 2008

I Am 30, and I Am 50!

Ok…WE, have discussed and agreed to have rabbit healthy food EVERY NITE, just to keep our muffin tops’ away!

Our tummies need to be trimmed. (This exercise is particularly for me, yesterday timbang dah 50kg! But pointless la if I kena makan salad, or grilled fish, at the same time I kena masak for hubby kari ikan! So hubby is not exempted!) They are getting bigger and bigger each day. Full of fat. Hubby ada ‘one big pack’ while I have ‘three mini packs!”. Ridiculous kan?! Kena start jaga ni!

So tonite, we will have to find :

1) broccoli

2) salad

3) tomato

4) onions

5) cucumber

6) fruits

7) dressing

8) corn

9) dory

10) punch

Hubby said, if I can prepare salad AS GOOD AS what he had in Houston, he WILL DEFINITELY have it every nite at home…hmmmm…any idea what dressing should I use?

Mischievous Nephews & Baru-baru Ini...

I have these three nephews (2 from my bro, 1 from my elder sis) yang sangat nakal. Mischievous gile!

From left : Mohd. Azri, Adieb Khuzairy, Mohd. Amin.

Adieb Khuzairy – Kak Ngah’s second child, 8 y/o.

Tak bleh duk diam! Kat sekolah, sebaik umat! Macam ustaz. Dia tak bercampur ngan orang, buat keje sendri je. Baik gile la! Tapi kat rumahhhhhhhhh…ya Allah, tuhan saja yang mengetahui. Buas! Ada je benda yang dia nak cuba buat. Kecik-kecik dah kena iron. Dua-dua tangan dia memang berparut besar la. Patu baru-baru ni, jatuh kat Cameron. Berjahit dahi dia 6 jarum. BARU-BARU NI, dia ikut rombongan, Kak Ngah and Abang Ngah cam heran, anak sape la yang jatuh tu…darah teruk siap ada student lain tolong tadahkan. Tengok-tengok anak sendiri! Pucat muka diorang! Ha…ni rabu depan Adieb ni nak sunat. Kitorang cakap, sok tok mudim tanya nape sana sini parut, dahi berjahit, cakap je,

“Saya dulu mat rempit tokkkkkk”. Hahaha!

Mohd. Azri – Abang’s first child, 7 y/o.

Dia ni super hyper. Kecik, pendek, tapi penuh dengan akal fikiran yang kita tak sangka. Apa yang dia nak, dia mesti dapatkan. Dia satu sekolah ngan Adieb, tapi tak penah lepak sekali. Paling takut kat my sis (my sis, mak Adieb, cikgu kat sekolah tu). Everytime nak marah, tak leh sebut Mak Ngah la, kena sebut cikgu. Naik motor kecik tu macam mat rempit, siap ngorat anak dara kat perumahan tu. Kalo bergaduh, adik dia yang slalu mengalah. BARU-BARU NI, exam. Sains dapat highest, tapi B. Kira budak lain lagi teruk la. Subject lain, ok-ok je la. Sebab? Dia tak jawab 2 pages!

“Nape tak buat lagi dua page ni Azri?”

Ala, yang ni senang sangat cikgu”.

Boleh tak??? Cikgu suruh dia buat jugak, dalam masa 10 minit, dia dah siapkan 2 pages tu. Macam-macam…kat sekolah buas, kat rumah pun buas. Cikgu dia siap kena darah tinggi jaga kelas tu. Eventhough dia ketua kelas, ada lagi dua rows kat depan dia yang laaaagi nakal dari dia.

Mohd. Amin – Abang’s second child, 5 y/o.

Dia ni amat memahami. Baik budi pekerti tak macam budak 5 tahun. Dia tau je bila mak and abah dia takde duit, tak gaji lagi, nak apa pun, ikut suka hati mak la. Ada one time tu, my dad bawak dia datang rumah I, kitorang carikan dia kasut Adidas ciplak, kitorang tanya dia suka tak, dia tak ckp, dia senyum je…tandanya setuju la tu. Haha! BARU-BARU NI, kawan mak dia datang rumah. Patu nak gi mandi. Amin ikut dari belakang. Kawan mak dia tu heran la, nape.

“Tu ada darah”.

“Mana?”

“Tu kat kaki…”

“Mana? Takde pun?”

“Ermmmm…takde la, bukak tu (towel) kejap, nak tengok sat…” (sambil peluk tubuh ni gaya dia!)

“IDAAAAAAAAAAAAAA TENGOK ANAK HANG NIIIIIIIIIII!”

YA ALLAHHHHHH! Budak umur 5 tahun dah pandai nak ayat pompuan siap suh bukak towel! Boleh tak?! Bila mak dia tanya, dia kata saje je…nak test. Rupanya, bila my bro nak tido ngan wife dia, Amin ni slalu tak kasi, dia siap tanya, nak buat pe kat mak tu…adeh…rupanya Casanova gile budak ni! Pantang melawa, nak hensem aje! Gatal plak tu!

Sunday, November 23, 2008

Ahad Yang Letih

Pagi Ahad, semua dah ready nak gi Ipoh. My eldest sis nak jumpa Lang’s family (my dad’s sis). Hubby and I lepak dulu, sambung tido. Around 12.30pm baru kitorang gerak gi Ipoh. But the best part was, hubby balik umah Mama, I pegi umah Lang. Hehe. Sebab tak puas lepak sembang lagi!

So hubby sent me over to Lang’s house. Dibah and her twins were also there. Lepak kat meja makan sambil tengok tv tak henti-henti. Apa yang tak henti tu? Makan! Omg! Lepas satu, satu! Percaya tak??? Berat I skang 50!!! Gile seh!!!

Macam biasa, sembang and gelak macam setan la kan bila dah jumpa kaum kerabat! Ditambah lagi dengan gelagat twins Qistina and Batrisyia yang memula macam wanita melayu terakhir, then naik minyak ganas macam cannibal! Asik lompat, cubit, tampar sesama sendri. Padahal identical twins tu! Serius tak leh beza lagi sampai skang.

About 5pm, Kak Ngah and Kak Saba dah nak balik. Sebab kesian kat my brother yang bosan takde geng. Suh kuar round Ipoh, dia takmo. So I asked them to send me over to Mama’s house. Hubby kat sana dok melepet lagi la tu.

Sampai je, anak sedara semua dah nganga tengok rumah Mama.

“Acu, ni rumah acu ke?”

“Tak la, rumah mak Pakcik Sharul”

“Besarnyeeeeeeeee”

“Besar pun watpe, boring sebab senyap” (Hehe…sorry ayang :D saje tak nak kasi anak sedara I masuk, kang abih umah Mama…)

Lepas bye-bye diorang (sedih plak masa ni…) terus masuk dalam. Tengok-tengok diorang semua tengah minum petang. Abah panggil makan kuih. Seperti prosedur-prosedur biasa, angkat kerusi tanpa membunyikannya, minum dengan tertib, makan kuih sambil cicah sos di dalam piring seperti wanita melayu terakhir! Awwwww!

Patu lepak kat luar rumah, duk kat kerusi taman tu sambil sembang ngan Abah and Mama pasal pokok-pokok bunga. Hubby sedap je layan DVD kat dalam umah! Ingatkan dia tengah bersiap. Cis! Dah nak ujan, baru kitorang gerak.

Sepanjang jalan ke KL, ujan…gelap…letih gile nak mampos! Sian hubby drive sorang…sorry la ayang, ngantuk la… :(

Saturday, November 22, 2008

Sabtu Ku Yang Penuh

As usual, I la yang siap paling lambat. Semua orang dah tunggu kat hall bawah, I baru nak mandi manda. Hehe. Lepas semua dah breakfast, maka bergerak la kitorang ke kampung halaman.

Sampai kat Ipoh, we went separate way…hubby and I singgah umah Mama sebab nak salin baju, balut hadiah, then convoy ngan diorang ke Seberang Jaya. Kak Ngah terus ke Taiping. Punya la laju Abah bawak keta! Hubby pun pe lagi, tekan gak ar…rupanya dia dah ‘bakar’ Abah siap-siap, suh bawak laju sebab nanti kot-kot tertinggal…ceh!

Sampai rumah Kak Ngah, hubby park keta. Rupanya Kak Ngah baru sampai! Diorang benti kat Tapah for lunch. (Uih masa ni I lapar nak mampos!) Then Abah drive, hubby ngan I duk blakang je la. Yeaha! (Slalu hubby kena drive, saje je dia terus duk belakang…hahaha). Dengan lajunya, kitorang sampai kat umah Mak Ndak tu dalam sejam lebih gak la.

Sampai-sampai, I tak brapa nak kenal la, sebab hubby’s side kan. Ada la muka-muka familiar tapi 80% memang tak kenal la. Masa ni perut dah berkeroncong. Abah terus sembang ngan adik bradik dia. I ajak hubby and Mama, terus menuju ke meja buffet tu. Haha! Banyak gile nasik I amik! Abis lak tu! Sambil-sambil makan, gossip jugak la ngan Mama. Asal nampak orang je, mesti tanya tu sape and cite pun bermula…hahaha!

Mama yang ku kenal, memang tak suka panas and ramai orang. So dia ajak I masuk rumah kenduri tu la. (Padahal bawah khemah tu ada kipas, sedeeeeep je kena angin). Seb baik takde pelamin dalam rumah, and then ada kipas. Ada la budak-budak kecik tengah main depan tv. Ya Allah, ‘big family’ hubby ni semua putih-putih melepak! Budak-budak comel-comel! Patu jumpa Mak Ngah, diorang lepak hotel kat-kat situ gak la. Cite bagai nak rak la, bini ambassador la katakan.

Patu sorang demi sorang kaum Hawa ni masuk lepak dalam rumah. Maka bermula la sesi soalan cepu emasssssssss,

“Ni menantu…”

“Oooo yang kawin tahun lepas tu kan? Ha takde pape lagi ke?”

Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk…

“Plan ke?”

Aku terus berpaling ke Mama and sengih lagi…

Tetiba Mama tolong jawabkan,

“Biar la…bagi depa jalan puas-puas dulu…”

YES!!! PUAS HATI AKU!!!

Patu, for the first time, Mama and I, started to talk about having kids, pregnancy, period pain and semua hal yang berkaitan ngan wanita la senang cite! Rupanya that was not the first time, people asking Mama bout when hubby and I will have kids, as all his cousins yang baru kawin or sama kawin ngan dia dah ada anak. Mama cakap masa nak dapat hubby pun after 2 years, sebab 1 year tu memang plan tak nak anak. Abah ngan Mama tinggal jauh-jauh, cam tak best la nak ada baby lagi kan. Patu bila ada hubby pun, arwah Mak Tok yang jaga.

So I tak rasa sangat la pressure tu. But Mama ada la cakap dapat sorang dulu pun ok. Then I told Mama, hubby tu bukan boleh sangat ngan budak kecik, if budak baik, dia suka la, if budak nakal, dia dah rimas. Rupanya, Abah pun camtu! Memang sebijik la…mau nyer anak kitorang tak sebaik hubby, mampos sepah umah Mama…pecah sana sini…eiiii takutttt! I told hubby what Mama has said to the lady yang tanya pasal kitorang takde anak lagi tu, hubby cakap,

"Ha, kan I dah cakap, family I tak kisah pun...". Ok la gitu...jangan esok bising dah. Kira pikir-pikir balik, Mama nak kitorang stabil dulu...rumah tu tunggu lama skit pun takpe, sewa je dulu. Dah betul-betul tetap nak tinggal mana, baru beli. Keta nak tukar nanti-nanti pun boleh. If tukar skang, bak kata Abah, makan maggie tiap-tiap ari. Haha! Anak plak, once dah ada, komitmen tinggi, tak bleh nak macam skang dah. Ok la ayang, kita lepak dulu la gitu! :D

Lepak punya lepak, gossip punya gossip, Mama suh hubby tanya Abah bila nak balik. Abah bila jumpa family dia, memang lama la. Around 5pm camtu, baru kitorang gerak. Tetiba Abah ajak gi makan Mee Udang Sungai Dua. Haaaa…cayalah! So kitorang pun menuju ke Sungai Dua mencari Mee Udang sebenar (banyak kedai, tapi kedai yang sedap tu kat bawah jambatan menghala ke Sungai Dua).

Then Abah pilih udang, beso-beso udangnya! Seb baik kedai tu agak bersih, kalo tak, mampus Mama tak nak makan kat situ! Dah la aku tengah lapar! Tu pun dia komplen gak la tahap kekemasan kedai tu. Peace! 4 orang makan, dalam RM60 gak la, sebab udang tu besar kot. Tapi sedap la…terasa kolestrol nyer! Haha!

Sampai rumah Kak Ngah, sembang jap ngan Abah and Mama, then diorang gerak balik Ipoh. Kak Ngah and Kak Saba, the whole family, nak dinner kat kedai depan rumah Abang, patu nak lepak tengok Sehati Berdansa. Hubby and I lepak dulu mandi-manda and tengok tv. Patu baru kitorang join diorang.

Masa kat rumah Abang, memang lepak tak hengat la! As usual, family I ni memang sembang gelak sembang gelak takkkkkk benti-benti. Al maklum la, both my sis tak bawak laki diorang, memang tak ingat dunia la. Hubby sembang ngan Abang kat luar rumah. Kitorang kat dalam sembang lucah pasal suami masing-masing! Bongok gile kay! Patu dah sakan sangat gelak cam setan, kitorang buat plan, nak round Taiping.

Dalam keta, gelak lagi cam setan. Mana tak nyer, naik Avanza, 6 dewasa, 6 kanak-kanak! 12 nyawa tuh! Abang drive, hubby duk depan. Me, Kak Ngah, Kak Saba and Ida (semua bontot besar-besar!) duk row kedua. Kanak-kanak 6 orang semua sumbat kat row ketiga! Sian diorang tak cukup tempat duduk, tapi kitorang buat bodo jer. Teruk gile! Mak-mak nak berjalan, anak-anak tersiksa. Penuh keta! Tak yah tinted, dah gelap cermin! Kahkahkah! Sepanjang jalan, kitorang gelak je sampai orang naik motor yang lalu tepi keta pun berpaling dua kali! Tak percaya! Kitorang rasa cam nak gi je Toyota nyer showroom, nak ckp,

“Kami sudah pun menguji nyer. Memang luas! Anda bila lagi?” hahahahaha!

Kitorang gi Taiping Sentral, tempat lepak budak-budak muda yang tak tentu arah. Atas tu ada Cineplex la. Patu tepi tu ada Tesco. Abang yang drive ni buat macam pemandu pelancong. Siap cite kanan ni apa, kiri ni apa. Hahahaha! Dah la tu, hubby siap tapau teh o ais, minum sambil Abang cakap-cakap. Punya la miskin trip melancong ni, sampai minum air bungkus! Kahkahkah! Patu lalu Euro funfair, ingat nak benti, tapi kang teruk plak nak control 6 kanak-kanak ribena tu. So kitorang terus ke Lake Garden je. Dah complete satu round, macam biasaaaaaaaaaaaa, tengok pondan arrrrrrr!

Masuk la area-area rumah bapok ni, namanya Jalan Liek Thamby. Yang mana lampu merah tu, rumah diorang la. Kitorang suh budak-budak kat belakang ni duduk menyorok skit. Patu diorang dah gelak kekek-kekek siap tunjuk,

“Tu mak! Tepi tu!”

“Kanan mak! Uiiiii hehehehe!”

Boleh tak? Budak-budak bawah umur ni! Kitorang lagi la, siap mendengki breast bapok tu lagi besar, and pinggang diorang lagi kecik dari kitorang. Siut tul!

Dah penat gelak, kitorang pun balik. Tapi hubby and I lepak kat kedai makan ngan Abang and his wife, Ida. Diorang hanimun sebab anak-anak diorang, sorang ikut my dad gi Pangkor, sorang lagi ikut kakak my sis in law tu ke rumah dia. Kitorang makan burger je. Then tapaukan untuk Kak Saba and Kak Ngah.

Memang penuh informasi la hari kitorang arini! I luv my family!

Friday, November 21, 2008

The Unplanned Plan

Hubby got a phone call from Mama, tanya nak gi ke tak kenduri anak Mak Ndak (his dad’s sister) kawin kat Seberang Jaya. Since Mama said, Abah suruh pegi, plus Mak Ndak one of the pengangkat dulang masa kenduri kitorang dulu, hubby kena la pegi kan. Tambah pulak, Raya Haji nanti kitorang tak balik.

Tetiba Kak Ngah (my elder sis) pulak called and cakap nak datang KL for Abang Ngah nyer adik convo kat UiTM Shah Alam. They’ll be staying at rumah adik Abang Ngah kat Shah Alam tu sebab dekat. The next day tu baru Kak Ngah tido rumah I. Patu kitorang pun plan la nak balik ke Taiping sama-sama on Saturday. Kebetulan, Kak Saba (my eldest sis) pun nak balik jugak ke Taiping. Cantekkk!

So petang tu after keje, jumpa la Kak Ngah kat Menara KL. Seb baik dekat ngan my office. So diorang turun je Menara tu, I dah tunggu kat jalan keluar tu. (Boleh tak my sis tak nampak I sebab dia tak sangka perempuan yang pakai baju biru, seluar putih tu, adalah I sebab perempuan tu berisi! Ceh!) After they picked me up, I tunjuk la office I. Sok-sok senang cari.

Then we went to Sungai Wang, jalan-jalan. Hubby later joined us and we had pre-dinner at mamak kat tepi BB tu je. Patu jalan lagi, sementara nak tunggu seluar hubby siap (potong bawah original kat apek tu murah, cepat dan cantik!). Then kitorang bergerak pulang…tak sempat sampai rumah, kitorang gi Giant plak. Hubby potong rambut, me and my sis and her family, jalan-jalan jap.

Sampai-sampai je kat rumah, semua dah flat…letih berjalan. Lepak nyer lepak, leh plak terlayan cerita hantu Indonesia “Suster Ngesot”. Cam sial! Selama ni kalo terbukak je cite tu, mesti tukar channel. Malam tu, semua cam terasa nak tengok. Takut gak la, tapi bila lama-lama dia focus kat muka hantu tu dah rasa cam fake plak. Hahaha. Tapi bila semua nak masuk tido, anak-anak my sis sume dah takut. Hahaha! Termasuk la I, yang menghimpit hubby gegila sebab takut. Peace!

Thursday, November 20, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah - InDoor & OutDoor

It’s our OutDoor Day Anniversary!

Pada tarikh hari ini (20 Nov), setahun yang lalu (2007), hubby and I telah bertungkus lumus menyiapkan shoot Indoor kat Takteh Bridal Gallery, and OutDoor kat 4 tempat, Old and New Kopitiam Taiping, Taman Tasik Taiping, Saujana Golf Resort Kamunting, dan Bukit Merah Lake Town, seawal jam 9am sehingga lewat 7pm, dengan hanya berbekalkan breakfast!

Studio

Taman Tasik Taiping

Old Kopitiam

New Kopitiam

Taman Tasik Taiping

Saujana Golf Resort Kamunting

Bukit Merah Lake Town

Masih teringat lagi dengan mekapnyer, rambutnye, bajunyer…sampai kat Taman Tasik, orang yang lalu tepi-tepi tu siap jerit “Selamat Pengantin Baruuuuuuu” and honked at us…dengan nyamuk gigit penuh satu badan merah-merah...gile arh! Patu kat Saujana Golf Resort tu, ada yang kata Shasha (photographer) bawak model dari luar…hahaha! Padahal masa ni muka dah berminyak abis, baju dah basah kena air pool. Sampai je Lake Town, hujannnnnn! Memang kotor gile gaun tu! (Edit kaw-kaw ni!) Actually kat Kopitiam lama tu buruk gile, tapi dalam gambar nampak klasik. Tak sangka gak. Sempat gak la bersessi kat galeri Shasha dulu before ke tempat luar semua tu.

Memang amazing race abih...Tah bila lagi nak merasa amik gambar OutDoor macam ni lagi…

Monday, November 17, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah - Sanding

It’s our Sanding Day Anniversary!

Pada tarikh hari ini (17 Nov), setahun yang lalu (2007), hubby and I telah bersanding berbusanakan baju berwarna putih dan maroon, di Dewan Changkat Jering, Taiping, berkonsepkan Indoor Garden yang dihasilkan daripada 100% bunga-bunga segar dan dihiasi air terjun bertingkat.

Masih teringat lagi trajedi veil 3 meter ku terlucut tiba-tiba, tapi dengan kepantasan team Kak Akma Seri Andam (my wedding arranger…nape arranger? Sebab I plan, dia yang buat…hehe!) terus zap zap zap pin dicucuk ke kepalaku and voila! Veil ku kembali melekat! Dan masih teringat lagi bila bakal mak mentua (skang mama kesayangan la kan) tak benarkan hubby pakai coat yang dah disediakan mengikut tema garden, sebab nak gak anak sulung dia tu pakai tengkolok! Pakai gak la baju melayu bersampinkan bunga dan keris di pinggang…simpan…simpan…adeh…

Hubby and I wished each other this morning (masa ni dua-dua baru bangun tido and pandang each other sambil tersenyum…)

Sunday, November 16, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah - Nikah

It’s our Nikah Day Anniversary!

Pada tarikh hari ini (16 Nov), setahun yang lalu (2007), hubby telah melafazkan aqad nikah dihadapan kadi, saksi, dan kaum keluarga kami, untuk menikahi I dengan mas kawin RM101.00, berhantaran 9 dulang berbalas 11, dengan wang hantaran RM9,999.99 hangus!

Rasa macam baru je lagi kawin…dah setahun dah…

Hubby and I wished each other last night (masa ni hubby tengah kiwi kasut keja dia, I plak tengah lepak baring kat sofa…kihkih! Pelik kan?)

Saturday, November 15, 2008

Casa Natura Outbreak! White Party!

Wonderful!

Tak sangka sangat event I (Casa Natura Outbreak - HouseWarming@OpenHouse@Anniversary - White Itu Suka Suki) berjalan dengan lancarnya and amazingly, 98% of the invitees, semua pakai white!

Pagi tu I goreng Nasik Goreng. Hubby dah start to prepare ‘pati’ air sarsaparilla, senang nanti main tambah-tambah je. I plak bukak Sumi and paper plate/cup, and letak atas meja. Nasib baik la jugak, dining table yang Mama kasi ni boleh expand from 6 to 8 seaters.

Around 11.00am, we went out to take Nasi Tomato at Kak Ayu’s house. Dia ni tokey kedai makan kat Kem Kinrara tu. Dia cakap ni first time jugak la dia buat Nasi Tomato (mintak-mintak la sedap!). Patu dia kasi skali ngan kaki tray tu with tempat lilin semua (tatau la nak pakai ke tak…hehehe! Ambik je dulu!).

Then we moved to another house, Kak Eran, untuk ambik Bread Pudding and Roti Jala. Punya la susah cari rumah dia kat Kinrara tu, skali sampai,

“Ya Allahhhh…besarnye rumah dia ayang!” I shouted in the car.

So I rasa Kak Eran ni meniaga kecil-kecilan mesti sebab bosan duk umah je kot. Speaking berabuk. So setakat bape puluh hinggit dia dapat, tak kaya mana lah pun sebab memang dia dah kaya. Haha!

Then we went back dan susun segala makanan-makanan tadi kat atas meja. Ada la jugak kuih raya yang order kat my sis, yang 80% dah hancur, I pilih-pilih la and letak dalam bekas kuih raya. Jadilah…

Dah tengah hari skit, kawan hubby semua dah start datang. Na and hubby, Hafiz, Meor and friends, Zam and ehem-ehem, Megat and boss insuransnyer (dah agak penuh la hall tu, camne la malam kang nih!) Lepak, sembang, makan, lepak, sembang, makan, petang tu semua balik. Selesai satu trip, rehat jap untuk sambung trip malam ni plak, Casa Natura Outbreak – White Party!

Lepas mandi and siap, Elly and Arab datang. Both in white! Yeay! (Alamat baik nih!). Patu Izmet and family, Fiza and childrens pun menyusul (all in white, siap baby baru lahir tu pun!). Tak lama lepas tu Imran and family pun datang. Then tak benti-benti la orang datang! Yang best nyer, semua ikut tema tuh! I loikeeee!

(In random) Yang datang malam tu, budak opis, Camilea, Shafida, Ezhan, Siti and family. Sistas of course semua ada, Elly and Arab, Skin and family, Dib and Fyzal, Deb and Nan, Sha and Wanser, Enda alone sebab Majid ada dinner. Budak cyber, Aida and Nizam, Faeza and family. Gangbang yang sempat datang, Amir and Sonia, Montel, Am, Abai, Syura, Bang Zam, Maz and Diana (Maz and Diana datang gak walaupun lewat malam! Thanks!). Sape lagi? Ermmm…ermmm…

Overall, semuanya ok. Makanan cukup (cuma paper plate/cup tak cukup, cis! Kena gak kuarkan pinggan dalam lemari tu! Berguna jugak...) and rasanya semua kata sedap la…(kan? Kan?). Paling memuaskan, semua pakai white! Best sangat! Oh ya, btw, ada yang datang kasi I hadiah. MEKASIH SANGAT-SANGAT! Paling I suka, Dib, Fyzal and Sha gave me a pair of white towels! (Memang I nak sangat tapi hubby tak kasi beli dulu…dapat gak!). Imran and wife kasi bunga apetah kaler biru (bunga hidup nih! Tatau la camne nak bela…). Then Izmet and wife kasi Kek Lapis. Nizam kasi labu air kecik cam cite Jangan Pandang Belakang tu (Cuma takde kain kuning je…eeiii takut!). Pe lagi? Ermmm…ermmm…

Last but not least, thank you so much for making this Casa Natura Outbreak event, happening. Mintak maaf la atas segala kekurangan (sebab me and hubby berdua je, takde pembantu upahan) tapi harap-harap semuanya ok la ek?

Gambar? Nanti I upload!

Friday, November 7, 2008

Houston, TX USA He Went...Day 24...And He's Back!

~Caution : 18SX~

A picture worth a thousand words...aite! Enjoy!

White Bedsheet + Red Roses = Kinky!

Thursday, November 6, 2008

Houston, TX USA He Went...Day 23

Since semalam dah pack semua barang-barang (4 bags jugak la), so pagi ni senang skit. Today, I will go back to Casa Natura for good.

Here’s a thank you note for Skin, Dib and Elly.

Luv you Skin…

Coz u let me stay at your house and eat your food…

Coz u and your my-friend-hubby care bout me being boring or sick…

Coz u eases my traveling to work by giving me your kitchen key…

Luv you Dib…

Coz u and your drumhero/great siblings really make my day/nite with outing and PS2…

Coz u and your Turkish-spolit-cat are too beautiful to handle…

Coz u and your unborn-kicking cam tak kicking-baby make me wanna have one…

Luv you Elly…

Coz u still have the craziness when we lepak together…

Coz u can share the long-lost-sedap-skin and dib tengah gian tapi tak dapat-puffing…

Coz u and your guitarhero really really really like to gossip and only we know what…

Sampai rumah, tengok ada kenduri kat rumah sebelah. Met the husband, and he told me that they were looking for us since last 2 weeks…ada kenduri tahlil…his mom passed away (selama ni yang dok sakit, pak mentua dia kat kedah…dah nak ajal dulu kan…only God knows when…). Told him that my husband outstation, I plak stay umah kawan kat Bukit Antarabangsa…sembang-sembang jap, dia hulur lotong…alhamdulillahhhhhh!

I unpacked my things and changed the bedsheet…to white! Hehe! Ada plan baekkkkk punyerrrr! Will update you guys tomorrow! Ja'!

Wednesday, November 5, 2008

Houston, TX USA He Went...Day 22

Gile banyak keje!!!

Went back to Skin’s and ate laksa (pedulik la gastric ke tak, janji puas!). Watched CSI and played with Sammy.

Then online kejap ngan hubby…then off to sleep.

Tuesday, November 4, 2008

Houston, TX USA He Went...Day 21

“Adehhhh sakitnyerrrr…”

I can still feel the same pain like last night. Dang! Camne nak pegi keje ni? I took some time and rehat kejap…pedih tu masih ada.

I got ready and went off to work. This time tak brapa sakit sangat…but on and off masih sakit skit-skit. While doing my work, I started to tell my colleagues of what I’m experiencing and they straight away said,

“Confirm ko gastric!”

HUH? GASTRIC? Tak penah-penah I kena gastric! They said that the place where I feel the pain tu, ulu hati…memang symptom-symptom gastric la tu. They even showed to me the place where ulu hati located, and yes, kat situ la I rasa sakit tu. Rupanya two of them, memang ada gastric…

They asked me to go and check…since lately I memang skip lunch and stress kerja…buttttttttt I tak sangka la bleh kena gastric! Bulan puasa tak makan, ok je. Tapi memang la, I admit yang I tak banyak makan since I stay at Skin’s. Malas lagipun.

And so I went back to Bukit Antarabangsa and met Skin at Klinik Idzham. She went inside with me since she knows the Doc. I told the Doc semuanya la yang I rasa.

“Ni gastric ni…early stage tapi tak max lagi la…InsyaAllah, makan ubat, baik la nanti”.

Tak sangka ek? Tak sangka sungguh bleh kena gastric…dulu bila dengar orang sakit gastric, mesti I ingat sakit tu tak teruk…sekadar tak makan…or alasan satu lagi jenis penyakit bagi orang yang tak nak berpuasa…rupanya, baru tau betapa sakitnye, pedihnye, ulu hati tu…

Tonight, I masak bubur je…Doc pesan tak bleh makan benda-benda pedas dan berat (ala…tak bestnyer la…). But I have to…semata-mata nak hilangkan rasa sakit ni dengan menelan ubat-ubat yang doc kasi tadi! Cis! Wish me luck and get well soon!

(Ayang? Where are you?)

Monday, November 3, 2008

Houston, TX USA He Went...Day 20

Malasnyeeeeeeeeeeeeeeeee…

Keje…keje…keje…

Again, after work, I went back to Casa Natura to do the houseworks…(one more trip, camonnnn! U can do it!) I bought a beef burger right at the corner of my house…makan jap then main-main ngan Kiki. Kiki macam biasa, manja nak mampos sebab tak nak kena kurung balik.

After finished watching THS:Kardashians and THS:Kimora Lee, I gerak gi umah Skin balik. At this moment, I started to feel dizzy…don’t know why…but I had to continue driving to Skin’s and arrive there before 12am (takut nyer pasal).

Sampai je TERUS MUNTAH and CIRIT-BIRIT! I tot diarrhea because Skin, Hasrul and Sammy baru je kena. But then, terasa sangattttttttttt senak kat bawah tulang rusuk ni. Pedih gile! Tak penah plak rasa camni.

So Skin asked me to take Hasrul’s medicine. Ubat angin, sakit perut, and ape tah satu lagi. I ate 2 pieces of roti kismis and followed by the medicines la. Then terus tido.

ONLY GOD KNOWS HOW SUFFERED I WAS! Tak boleh tido, tak tau apa yg tak kena! Sakit sangat part atas perut ni! Senak! I felt like screaming and crying…minyak angin takde, terpaksa la guna minyak cap kapak je, sapu kat perut, dada, kepala semua. But on and off, macam pedihhhhh sangat sakit tu.

Last-last paksa jugak la tido…sekali tu terjaga kul 4am! Tak bleh nak kuarkan angin dari mulut@sendawa! Bangun je terus gi bilik air, MUNTAH! Muntah tak hengat sampai kuar air pahit tu! Owh god...I wonder what's wrong with me...Kenapa lah aku ni ek? Apa yang tak kena? Tak penah-penah nak rasa sakit camni.

Then tido balik tapi skit nyer susah la nak tido tu...teringat kat hubby...tak chat ngan hubby pun malam ni sebab dah lewat and sebab dah sakit sangat…

Sunday, November 2, 2008

Houston, TX USA He Went...Day 19

Today is Sunday. Bangun lambat lagi. Heaven nyer la…

The maid@cleaner came to clean Skin’s house. Sampai petang, Skin and I later decided to go for spa. Since hubby will be coming back next Friday, I better get ready mentally and physically for him. Hik!

We went to the nearest spa at Bukit Antarabangsa. Skin had a facial + body massage. While I, had a full body scrub and milk bath (the person who did the scrub and bath for me, siap buat aura seri bunga melur lagi u! She also offered to give some treatment for peranakan and nafsu tah ape tah I tak tau…hehe! Tapi I tak amik ar. Nanti-nanti ar.) Overall, I was quite satisfied with the service la, rasa segar and bersih :D

Dah abis, Skin terasa nak makan masakan I. So we went to get ikan bawal at the nearest kedai runcit to make curry. Dah pilih-pilih, bleh la plak budak kedai tu TER-bagi kat orang lain…ya Allahhhh…kena lak pulak pilih ikan lain!

I cooked and asked Skin to eat. I macam biasa la, lepas masak malas nak makan lagi. So main ngan Sammy jap. Lepas tengok Sehati Berdansa, baru I makan. Later I borrowed Skin’s lappy and chatted with hubby. We talked bout his Mama, PS2, PS3, Xbox, iPod and what not. Tengah pilih nak bli yang mana satu. Patu as usual la, lovey dovey tak hengat sebab dah lama tak jumpa…hik!

(Both of us dah turun berat badan…adakah ini tandanya rindu? 5 more days to go!)

Saturday, November 1, 2008

Houston, TX USA He Went...Day 18

I woke up late sebab semalam stayed up…bosan, tak buat apa…Skin wasn’t at home as she went to Sunway Lagoon with her sister.

Tengok tv, tido…tengok tv, tido…tengok tv, tido…OK THAT’S IT!

I took a bath and I heard Adib was laughing next door…I sms-ed her and she said that she didn’t do anything at home and asked me to come over…Aisha and Ash also will be coming over…ha menariks nih!

I chatted with hubby for a while…arini agak muram and nak merajuk je rasanya…maybe sebab terlalu lama kot hubby takde (but he tried to pujuk me and wanted to sing a song…how nice…owh ya, hubby tak suka nyanyi, tu yg agak heran tuh…).

Then I went to Adib’s. We watched dvd and they decided to go out for drinks. I went back to Skin’s to get ready and met Aisha, Ash and Wanser downstairs. We later met Adib and Fyzal at mamak near Sentul.

I was introduced to the Project AK’s singer and guitarist (btw, Fyzal is the drummer). Rudy really had a great voice when singing, and it was exactly the same sound when he talked. Shami plak memula malu, patu bleh tahan gak sembangnye. Dengar sekali je terus I tau dia budak utara. Haha. And there was another guy, Amy, I tatau la dia sape plak, but kelakar gak la bila bercakap.

“Eh muka dia macam Catriona Ross lah.” Alya, Shami’s girlfriend said to Aisha.

“Betul la, macam Catriona Ross! Sebijik” she repeated again, but this time direct to my face.

Dah macam Catriona Ross plakkk…hahaha…kejap macam Syafinaz, kejap macam Misha Omar…bleh plak tukar-tukar…tapi Catriona Ross ni memang tak bleh blah ar…mungkin sebab pipi I dah chubby sangat kot…Then I tengok si Alya ni plak, sebijik macam Zila Bakarin! Cuma dia kecik comel lagi la. And she told me, I was the tenth person who said that. Kira memang betul sama la tuh!

While watching soccer, we talked about iPod. Interesting gadget. They asked me to get hubby to buy it since he’s in USA, as it would be cheaper than what you can get in Malaysia. Tapi mesti hubby takmo, cis! (Ayang, belikan satu bleh?)

We lepak till 2.30am, kira sempat tengok 3 games jugak la. But Aisha, Ash, Wanser and I, made a move to Adib’s for PS2 Guitarhero game. When we arrived, Wanser told me that he can ‘see’ that makhluk Allah at times. Dang! Tapi itu kat rumah dia la…kat area umah Adib and Skin ni, sekali je la. Ok, dah dah!

Then I tried to play once, ewah, best plak! Main lagi sekali, tapi buat gelak je ar. Haha! (Ayang, tak nak beli ke? Dah murah ni!) Hubby used to have PS before, tapi dah rosak. Since then, we never played any games dah. I ada gak la main PC game before, tapi lain rasanya. Ish! Lamanyeeeeeeeeeee tak main game! Bila tah nak main balik ni!

We stayed up till 6am. Then Aisha and Wanser balik. I pun balik umah Skin balik. Tak bleh tido, tengok tv dulu. Tetiba je terjaga, dah siang…hehe!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog