Pages

Monday, December 29, 2008

Ada Apa Dengan Fraser Hill?

TAKDE APA-APA!
Pagi Isnin, lepas breakfast, hubby tanya I nak pegi mana arini. I pun tak tau nak pegi mana tapi dalam otak pikiranku, rasa cam nak gi pantai je…hehehe.
Tapi untuk berjalan jauh skit, kena la tukar tayar Myvi tu dulu. Since keta hubby banyak nor problemnyer (drive shaft la, gearbox la), so kita naik Black Pearl@The Crow je la. Tayar depan kiri tu dah lama crack, tunggu masa je nak pecah. Malas sungguh nak gi tukar. Sebab? Tayar Silverstone FTZ 205/45/16 sangat susah dah nak cari (ye, saya tau, walaupun tayar ni bising, saya amat menyukainyer sebab bunga dia V-shape a.k.a buang air).
So hubby cakap takde kedai lain dah yang murah, kecuali kat rumah lama dia (blakang Mines). Kitorang gi kedai tu, dia kata takde stock lak…dah la murah! Cipet tul! Kedai Panjang jual RM220 (tayar Taiwan), kedai tu jual RM180 je (tayar FTZ). Since dia kata takde stock, diorang suggest la tayar Indonesia (hubby cakap tayar Indon skang dah semakin popular).
Harga sama, bunga pun V-shape siap ada longkang tengah, ok lah, angkat satu! Dah siap pasang, tanya la tokey kedai tu, nak ke tayar sebelah lagi if trade in. Dia tak nak! Hahaha! Ye lah…sukatilah…
Maka bermulalah perjalanan kitorang ke Fraser Hill. Sembang punya sembang, terlepas exit Rawang! Haha! Terpaksa la keluar ikut Bukit Beruntung (jauh skit la nak patah balik). Menghala ke KKB (Kuala Kubu Baru), banyak la tanaman buah naga (dragonfruit). Then jumpa Ulu Yam (ooooo kat sini rupanya Ulu Yam tu ekkkk).
Lepas masuk jalan tu, tak lama skit ada Empangan Sungai Selangor. Wahhhh cantik sungguh pemandangan! Kitorang benti kejap tangkap gambar. Angin sangat kuat, best gile. Then hubby ajak gerak sebab katanya jauh lagi (masa ni tak sedar lagi betapa teruknye dan jauhnye Fraser Hill tu!).
Patu tau apa jadi??? I PENING KEPALA GILA BABI SEBAB JALAN BENGKANG BENGKOK!!! ARGH!!! Sampai nak ajak je hubby patah balik. Tapi dah jauh kan? Dah nak sampai…ok la, teruskan jua.
Nasib baik sempat sampai kat checkpoint tu kul 5.00pm (gile kan? Dah petang baru nak naik!). Fraser Hill ni ada waktu naik and turun sebab jalan sehala je. Odd time untuk naik, even time untuk turun. So cantik-cantik la masa kitorang sampai kat situ. Sepanjang jalan tu ada la skit-skit construction sebab baru dua minggu lepas ada tanah runtuh (eiii gerun tau tengok tanah tepi jalan tu!).
Sampai kat atas, nampak dah rumah-rumah ala British tu. Depan skit, ada signature clock tower tu. Kecik jek! Then kitorang naik atas skit, ada kiri and kanan. Kanan ada la kedai makan and souvenir. Kiri ada playground, taman bunga (tak jumpa pun) and strawberry park (tutup!). Bosan gile seh!
Dah tangkap gambar skit-skit, kitorang turun balik kat jam tu. Then jalan kaki gi Shahzan Inn untuk beli souvenir. TU JE??? Ye, tu je…kitorang nak make sure balik kul 6.00pm sebab itu waktu turun yang ditetapkan. Lagipun takde pe kat situ.
Masa turun balik, dah start pening. Hubby lak leh layan corner cam rally. Haha! Kejap je dah sampai kat checkpoint bawah. Ye la, nak balik memang slalu cepat je kan…patu beli prosperity burger, balik makan kat rumah. Letih! Sok keje lak tu!!!

TidBits On Singapore

Antara tempat-tempat yang kitorang pegi (in summary).

Our own tour cookbook - Anniversary Edition
Senandung Malam - L6 Superior Coach
Curi duduk katil bawah masa nak dekat sampai Woodlands
Mustafa Center - tempat shopping murah
Sim Lim Square, shopping barang IT

Night Safari entrance
Macam crocodile hunter tak?
Puak apa tah kat Borneo, terer main api seh!
Cable car to Sentosa from Harbour Front Tower 2
The biggest Merlion. Located at Setosa Island
Fort Siloso, tempat memory masa Japanese Occupation
My prisoner of luv...piappp! Hahaha!
Big, Long and Black! U will never turn back!
Memang cantik tempat ni, kat Orchard Rd.
Sepanjang Orchard Rd sempena Christmas
Apek ni bleh buat suara pompuan cina opera tu tau! Siap nari lagi!
Masjid Sultan kat Kampung Glam
Bursorah Street, tempat shopping and makan orang melayu
Kandahar Street, tempat makanan padang
Singapore Flyer yang tutup sebab kes benti 6 jam tu!
The famous Merlion at Merlion Park
See, I can HOLD the flyer!
Suasana Singapore masa petang (ada Maybank siut!)
Wishes on the water...cool siut idea ni!
Esplanade, dikenali dengan nama Durian Singapore
Ni masa malam, cantik kan? Lampu tu tukar-tukar warna
Ok, all Singapore pictures can be viewed in my facebook :
Day 3 (Part 2)

Sunday, December 28, 2008

Kota Singa : Penutup – Singapore Again?

Sepanjang jalan, I tido je. Hubby cakap dia tak leh tido sebab benti banyak kali. I cuma bangun kat Woodlands and untuk ke toilet, tu je. Then sambung balik sampai la kat Kajang. Kitorang benti kat Kajang instead of KL Sentral sebab lagi senang naik komuter dari situ sampai Bandar Tasik Selatan, then tukar amik LRT untuk ke Bukit Jalil.

Sampai Bukit Jalil, kitorang lunch dulu. From Bukit Jalil, amik cab balik rumah. Actually cab tak nak pegi sebab nanti keluar Puncak Jalil, takde orang, so diorang rugi. Tapi nasib baik la cab tu nak gi. Kalo tak, tak tau la camne. Dah la bawak cam rempit! Kalah cabbies kat Singapore! Sampai rumah, terus mandi and lepak.

In conclusion, 

Singapore memang best sebab :
1) Bersih – Takde satu sampah pun kitorang nampak sepanjang jalan. Tong sampah pun tak kotor. Orang smoking pun takde tau, tatau nape.
2) Public transport reliable – Reliable dari segi nombor, arah, time, regardless MRT or bus. Free shuttle ke tempat menarik sentiasa ada. Yang berbayar like Hippo tours, duck tours, u name it! Semua ada. Cab plak lebar (guna keta toyota cam hongkong tu) ada status Hired, Empty, Busy, so dari jauh tak payah nak tahan-tahan dah. Patu kompem tak kena tipu, sebab semua charges tu standardized and computerized. U can even pay using credit card!
3) Places of Interest efficient – Semua ada system. Staff semua knowledgeable. Siap ada info sana sini kat setiap tempat-tempat yg menarik tu. U won’t be lost.
4) Motorcycle and lorry takde in town – Mat rempit? Jauh sekali! Takde! Motor kat sana takde cikai-cikai nyer, semua motor besar. Lori simen, lori sampah, lori ape saja yang kita boleh nampak kat M’sia, takkan nampak kat town Singapore.
5) Jalanraya cantik – Serius, tak berlubang langsung kay! Manhole ke, lopak ke, hump ke, takde! Sebab lori tak masuk kot…
6) Others – Pak guard guna basikal untuk check keadaan, siap dengan uniform, helmet, safety flag, barang-barang keperluan. Orang sapu sampah naik motor yang ada kelengkapan di kiri kanan motor tu, dah macam keling jual roti pun ada.

Singapore tak best sebab :
1) Toilet tak guna air – Ok, selagi Negara tu bukan dipelopori oleh Malays (Malaysia and Indonesia), mesti tak guna air. Susah nyer ya Allah nak guna tisu! Pegi la mana pun, shopping complex, public toilet, MRT, places of interest, semua toilet tak guna air! So kena la basahkan tisu tu and u know what happen next kan

Satu tu je! Hehe…so I need to get use to it if nak pegi negara omputih lak lepas ni! 

So, nak pegi lagi? Ye, saya rasa memang BOLEH pegi lagi nanti...hehe! (Owh btw, kebencian ku terhadap Singaporean masa support IBM Level 1 dulu tetap ada, tapi skang cuma benci kat user IBM Singapore je la…yang lain, ok kot…hahaha!)

Saturday, December 27, 2008

Kota Singa : Day 3 – Traditional VS Modern

Today kitorang breakfast dulu then naik balik bilik, sebab nanti check out terus je. Tido jap then bersiap.

Masa check out, I asked the front desk on how to get to the nearest MRT (dah last day baru nak tanya, pe kess!). Patu dia tunjuk la, rupanya Outram Park to bukan the nearest MRT to the hotel, Tiong Baru lagi dekat! Blakang hotel je!

So kitorang jalan kaki la ke MRT tu…jauh gak laaaaa! Cis! So tak rasa la rugi sangat. Haha! Tiong Baru tu ada shopping complex, bawah dia ada MRT. From there, kitorang amik MRT gi Bugis Station. Dari Bugis Station tu, kitorang jalan kaki pegi Arab Street.

Ha…ni baru betul jalan kaki and dekat! Slalu tertipu je ngan map, nampak dekat tapi jauh, yang jauh tu rupanya dekat. Arab Street ni popular dengan kain baju melayu la. Kalo Chinatown untuk kaum cina, Little India untuk kaum India, Kampung Glam ni untuk kaum Melayu la. So setiap perayaan, disambut dengan meriah kat setiap tempat-tempat ni.

Tapi kitorang tak shopping pape la kat sini. Cuma melawat Masjid Sultan, Malay Heritage Center, Kandahar Street (banyak masakan padang kat sini), and Bursorah Street (tempat souvenir, makanan melayu). Dalam Malay Heritage Center tu ada la replica rumah Minangkabau, kereta kuda, sampan and sebagainya. Yang best nyer, kedai-kedai kat sini sangatlah traditional. Macam kat Melaka, siap warna-warni lagi.

Dah abis jalan kat sini, kitorang amik MRT gi City Hall Station. Turun kat Raffles City, ikutkan map, kena amik free shuttle next to St. Andrew’s Cathedral. So kitorang tanya la orang-orang kat situ, ada yg kata bas kaler merah, ada yg kata bas kaler kuning. Tapi bas kaler kuning tu tak pegi pun ke Singapore Flyer!

Tunggu punya tunggu, last-last kitorang decide, amik free shuttle ke Suntec City. The good thing bout Singapore, banyak gile free shuttle. M’sia ada? Ya ado…so dari Suntec City tu, kitorang jalan gi Marina Square. Kononnnnnn nak amik gambar Singapore Flyer dari atas Marina Square tu, tapi terlindung dek bangunan-bangunan plak.

Potong tul la…so terpaksa tukar plan tengok Fountain of Wealth dulu. Rupanya sebelah Suntec tu jeeekkkk! Cis. Malang skali lagi, fountain tu tak start lagi. Patutnyer kul 7.00pm, tapi kitorang malas nak tunggu, kitorang amik bas gi Esplanade je.

On the way ke Esplanade, nampak la tugu peringatan tentera yang mati masa zaman Jepun dulu. Dengan tak disangka, dari situ dah nampak Singapore Flyer. Cantek arh! Kitorang lepak kat astaka Esplanade tu, amik gambar Singapore Flyer. Kat situ beribu belon-belon putih with wishes atas air. Best gile! Yang gantung-gantung kat tiang pun ada. Semua wish untuk Christmas and New Year.

Nak lagi best? 3 dalam 1! Not only Esplanade, Singapore Flyer, Merlion Park pun nampak dari situ! Orang punya la ramai kat seberang sana. Dekat jeeeeeeee rupanyaaaaaa! Ek elehhhh, dalam map cam jauh je. Then nampak la Raffles Hotel, hotel paling mahal kat Singapore. Semata-mata sebab terletak depan Merlion yang kuar air yang paling popular dalam tv tuh!

So kitorang lepak je konon nak tengok sunset, tapi takde pun. Tapi ramai gile photographers lepak situ sebab nak amik gambar petang and malam. Memang cantik. Then kat Esplanade tu pun cam ada fiesta ape tah, ada la band nyanyi. Lagu memang best, tapi suara penyanyi tu tak brapa sangat la. Band budak-budak rock n roll.

Masa lepak ni, dah mula ada lampu-lampu spotlight menghala kat belon-belon putih dalam air tu. Singapore Flyer pun dah pasang lampu, same goes to Merlion and all the buildings behind it. Cantik sangat.

Around 8.00pm, we made our move to the train terminal, Tanjong Pagar. Instead of naik MRT, hubby suggested to take bus. Bus direct ke Tanjong Pagar. Tengok-tengok dekat jeeeeeee! Bas tu stop betul-betullllllll kat tepi railway station. Ya Allah, senang gile. So next time, datang Singapore, guna je la bas and MRT, memang reliable!

Lepas naik train, tunggu lagi. Lambat jugak la geraknye. This time, a family of Chinese plak kat katil bawah kitorang. Punya la dok bersembang, sampai la train jalan, baru senyap. Haha! Then ada la awek mana plak, bercintan kat henpon, seb baik ada orang tegur shhhhhhhhh! Kahkahkah! Bodoh!
Ok, all Singapore pictures can be viewed in my facebook :
Day 3 (Part 2)